Pemasaran Perniagaan Internet Untuk Pendekar Melayu
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Ting*Tong*Ting*Tong (satu cara untuk buat pengumuman, penting ni)
Seperti anda semua maklum, mulai beberapa hari lepas tugasan saya untuk menulis di SaifulSham.com akan berkurang kerana saya menumpukan kepada membantu peserta-peserta seminar kami berjaya dalam perniagaan Internet mereka. Secara jujurnya saya melihat mereka ada potensi untuk berjaya dan ada 2 peserta yang saya lihat paling berpotensi untuk berjaya dalam tempoh terdekat. 3 bulan untuk melakukan RM 1000 per month, itu target peribadi saya untuk mereka capai.
Tapi seperti biasalah, saya tak akan approach orang tu direct dan kata, “saya boleh bantu anda”. Just bagi hint dalam bentuk tindakan dan kata-kata perangsang, lagipun, kejayaan dalam perniagaan Internet adalah bergantung kepada usaha, komitmen dan kemampuan untuk “Step Up To The Plate & Rise To The Occasion”. Kalau pilingnya lemah, seteguh manapun batu bata yang membina sesebuah bangunan itu, tidak berguna.
Kepada ahli Golden Class yang lain, dapatkan niche dahulu dan segalanya akan nampak lebih mudah kemudian.
Hari ini kita akan melihat strategi pemasaran untuk Pendekar Melayu. Hehe… sebenarnya, dikalangan Mat Salleh ia dipanggil Guerilla Marketing, tapi apa salahnya kita Melayukan kan?
Dikalangan kita mungkin ada yang cukup gemar menggunakan terma2 bombastik seperti ini, tapi apakah makna sebenarnya?
Bercita-cita Tinggi Dan Cuba Ubah Dunia
Jeneral-jeneral perang tidak pernah berperang semata-mata untuk menang. Mereka melakukannya untuk satu misi yang mereka anggap lebih besar, lebih suci dan lebih mulia seperti membebaskan negara dan memperjuangkan ideologi.
Begitu juga dalam perniagaan Internet. Anda perlu bercita-cita tinggi dan bukan setakat mengambil peluang atas kesempatan yang ada. Sikap “Opportunis” ni akhirnya akan mengakibatkan perniagaan anda tersungkur akhirnya. Contoh mudah, kontraktor Kelas F yang hanya mengharapkan tender kerajaan. Akibat kurang visi untuk mengembangkan perniagaan ketika zaman kemewahan, bila tiba masa kerajaan terpaksa mengurangkan projek, bungkus mereka.
Menang Perang Bukan Pertempuran
Saban hari kita melakukan jualan. Namun adakah ia tamat di situ? Ya, jika anda Panglima tentera yang berpuas hati menang pertempuran dan kalah perang. Apabila anda melakukan jualan kepada seorang pelanggan, anda telah menang satu pertempuran. Untuk menang sesuatu peperangan, anda perlu menjual berulang-ulang kali lagi kepada pelanggan ini dan jadikan beliau pelanggan setia anda. Di sinilah, back end selling berlaku dan kunci kepada kekayaan perniagaan anda. Cara untuk menang perang? Perkhidmatan Pelanggan mestilah cemerlang.
Sokongan Orang Awam
Tiada perjuangan yang boleh berjaya tanpa penyokong dan sympathizer. Begitu juga perniagaan anda. “Orang Ramai” di sini boleh jadi pelanggan setia anda boleh jadi peminat anda. Stay true kepada matlamat asal perniagaan anda, jaga kepentingan affiliate dan JV Partner anda, separuh dari peperangan telah dimenangi.
Gunakan Senjata Dengan Bijak
Ingan peperangan seperti perniagaan tidak sama dengan permainan komputer. Anda tidak kebal dan senjata anda terhad pelurunya. Dalam perniagaan, sumber anda limited. Tambahan lagi dalam pasaran moden kini, apa lagi yang belum kita saksikan? Anda harus pintar memilih pasaran mana yang anda mahu serang dan menggunakan tawaran apa.
Sebab lama kelamaan pasaran akan tepu. Contoh mudah, Mc Donald tidak menjual satu jenis burger sahaja dari dulu hingga sekarang. Mereka sentiasa memperkenalkan menu-menu baru supaya ada kelainanan dan pelanggan tidak bosan atau lali dengan mereka.
Jangan dedahkan semua “trick” atau teknik pemasaran anda sekali harung. Gunakan ia step by step supaya anda tahu yang mana berkesan, yang mana tidak. Maksimumkan impak dari setiap tindakan yang diambil atau sumber yang anda gunakan.
Jika anda berbelanja RM100 untuk modal perniagaan, pastikan anda dapat perah setiap sen untuk keuntungan perniagaan. Get the best bang for the buck.
Biar Lawan Anda Berteka Teki
Dalam dunia perniagaan dan realiti, kita memang akan ditiru. Itu hakikat. Apabila Digi mengeluarkan Caller Rintones, Maxis & Celcom pun ikut. Apabila Digi mengurangkan harga sms nya, Maxis & Celcom pun tetap ikut. Nah, jika gergasi pun di tiru apa lagi kita. Jadi, apa rahsia gerila kita?
Biar mereka nampak jet di langit, tapi mereka tidak tahu peluru apa yang ditembak.
Contohnya bila kami melakukan firesale untuk seminar kami, ada yang mengikutnya. Itu pun bukan idea asal kami, Air Asia dan banyak Internet Marketer antarabangsa lain telah melakukannya. Tapi di Malaysia? Dan yang masih melakukannya dengan berjaya?
Elemen kejutan. Anda mungkin boleh menggunakan idea yang lama, cuma berikan sedikit “twist” baru.
Jangan Tertikam Rakan Sendiri
Semua orang mahu mendapatkan untung untuk perniagaan, tapi jika usaha tersebut tiada fokus, ia akan sia2. Jika seorang mahu mendapatkan untung dengan menjual produk A secara besar-besaran di laman web dan seorang lagi mahu mendapatkan wang dengan blog mengenai niche Z untuk mendapatkan komisen Adsense & Affiliate, usaha yang dilakukan tiada sinergi dan akhirnya, sia-sia.
Get Fokus, Get Sinergi.
Selamat Bertempur!
Â
Bacaan Lanjut:Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under General, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet, Sales | RSS


















Pendekar Melayu tidak boleh cepat putus-asa… Yang penting, kena rajin dan bersungguh untuk ‘berlatih’..
Tak kenal lelah dan penat.
Itu baru nama pendekar Melayu.
Ya sokong SmartUsaha… Usaha berpanjangan barulah dapat hasil berpanjangan.. :p