Apa Yang Anda Nak Tahu? Bagitahu, Saya Tulis
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Perhatian Peserta Seminar RBDDI 19/8
Peserta Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet SaifulSham di Berjaya Times Square Hotel & Convention Center, pastikan nama anda disenaraikan di sini (klik utk page baru) dan telah menerima emel pengesahan terbaru hari ini. Jika tidak sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di sini (klik utk page baru) atau emel terus saudagar@saudagar.com.my (Cik Mazlina). Maklumat seminar:
- Lokasi : Bilik Bronx 6, Tingkat 14, Berjaya Times Square Hotel, KL
- Masa: 9 pagi - 5 petang (uruskan pengangkutan utk berada di sana 8.45-6ptg)
- Persediaan: Buat homework dahulu sedikit mengenai perniagaan Internet dan kalau boleh ada satu idea produk untuk dikongsi
Menulis blog adalah satu tugas yang senang tapi sukar. Selain menulis perlu mempunyai idea, kita perlu bersoal jawab dahulu dengan diri kita. Apa yang pembaca mahukan? Berpuashatikah mereka dengan apa yang kita persembahkan? Dalam menulis SaifulSham, saya sebenarnya banyak kali berhenti separuh jalan. Banyak pengisian yang saya nak kongsi, tapi bila saya rasa apa yang saya nak tulis terlalu advance, ataupun terlalu mudah kadang2 tu, saya tinggalkan begitu sahaja. Pembaca SaifulSham sebenarnya terdiri dari beberapa golongan, mari kita lihat:
1) Pembaca Riang
Ini adalah golongan pembaca yang paling senang untuk dipenuhi permintaan mereka kerana mereka sentiasa ceria, boleh kata peminat SaifulSham lah, semua topik mereka minat dan boleh kaitkan dalam aktiviti seharian mereka. Antara pembaca dalam golongan ini, En Matzfain, Labanon, dulu ada CikguOnline, tapi sekarang cikgu dah sibuk sikit…
2) Pembaca Keusahawanan, Perniagaan & Kewangan
Sebenarnya, sedar atau tidak… golongan ini adalah golongan pembaca terbesar SaifulSham.com . Ingat, bila kami kata SaifulSham.com adalah portal keusahawan Nombor 1 Malaysia (dan yang pertama), kami bukan kata saja-saja. So far dalam niche ini, alternatif kami masih belum dapat dilihat dengan jelas, kerana itu kami masih memonopoli niche ini. Bila ada topik yang agak umum, general dan berkaitan pengurusan kewangan (Syazwan selalu tulis), baru golongan ini tertarik untuk memberi komen. Kalau bab-bab perniagaan Internet, mereka kurang berminat.
Sebenarnya, sebagai antara blog “senior” a.k.a veteran dalam bidang perniagaan internet ni, kami cuba-cuba juga untuk convert pembaca umum ini menjadi peminat perniagaan Internet. Biar mereka berminat dan mahu mencuba, selain meramaikan komuniti usahawan internet, tetapi malangnya, susah. Kenapa? Sebab bila mereka berminat, mereka akan masuk golongan ketiga di bawah.
3) Pembaca Bisnes Internet Asas
Mereka ni eager nak belajar tapi ada masalah. Selalunya antara 3 masalah ini. Satu masalah bahasa Inggeris, Kedua tidak ada kemahiran teknikal a.k.a Tak tahu mana nak start, dan yang ketiga segan. Mereka tidak tahu apa yang mereka tak tahu, dan mereka “lost”. Kalau ada post yang memberitahu bagaimana untuk bermula, mereka selalunya akan jadi defensif dan “ala, tulis memang senang. Susah sebenarnya tu“…. Susah memanjang…
Kepada golongan ini, memang susah kalau tak cuba. Kalau dah cuba? Susah sikit saja… Oh ya,saya ada satu contoh real life case study, benda susah jadi senang. (Bukan kami, tapi seorang pembaca buku RBDDI, nanti saya kongsi)
4) Pembaca Bisnes Internet Mahir
Haa… ini macam shuth, smartusaha, azwan dll.. Mereka ni dah tahu dah benda-benda yang biasa ditulis di SaifulSham.com , dan kadang-kadang malu juga kami asyik cerita benda yang simple dan sama sahaja berulang-ulang kali. Masalahnya, kami boleh jika nak bercerita benda yang lebih advance sikit, tapi, nanti ramai pembaca yang tidak faham, keliru dan post tersebut tidak dapat sambutan… isy3.. jadi rugi masa plak.
Jadi bagaimana?
Baiklah, supaya saya dapat menumpukan perhatian dengan menulis post, anda bleh membantu mengurangkan persoalan yang saya pelu jawab.Beritahu kami apakah perkara yang anda ingin tahu? Selain dari Adsense, (sebab terus terang kami kata, kami bukan ahli dalam bidang tersebut) yang lain kami akan cuba penuhi. Jika mengenai internet business,tanya apa sahaja yang anda ingin tanyakan. Saya akan cuba jawab berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya. Saya nak tahu apa yang anda mahu.
Kalau anda nak tahu pasal hartanah dan sebagainya,Syazwan akan cuba jawab manakala jika mengenai saham, let’s wait and see. Ayah Syazwan tidak membenarkan beliau menulis mengenai saham kerana katanya orang Malaysia cepat excited, bahaya.
Untuk hari ini, saya beri satu tips menjadi blog yang popular:
Tak perlu jadi penyanyi soprano Itali yang bersuara emas dan berbakat besar, cukuplah sekadar jadi Mawi. Suara biasa-biasa saja, tapi POPULAR. Bakat menulis boleh dipupuk dan diasah, tapi motivasi untuk menulis dan terus menulis tu jangan sampai padam. Nak jangan bagi padam, tulisan kenalah dapat sambutan!
Cepat. cepat…. saya nak tahu apa yang anda nak tahu.
p/s: Struktur ayat di edit kerana menurut Syazwan ayat teruk sangat
Bacaan Lanjut:

August 15th, 2006 at 6:09 pm
Akum, saya nak tau serba sedikit mengenai PayPal. Perlukah saya mempunyai merchant account/kad kredit terlebih dahulu sebelum apply PayPal nih? Sekian dahulu, terima kasih.
August 15th, 2006 at 7:05 pm
hehe..saya kategori mana ya sabri? saya pun tak tahu :p btwn, saya baru perasan sekarang dah ada ezine. Bile dapat? ade space nak letak artikel tak ;p
August 15th, 2006 at 7:51 pm
Saya suka kalau SS dapat beri banyak2:
1) tips/teknik pemasaran/jualan di internet (tak kira yg asas atau advance)
2) cara nak cari niche market (bab ni saya masih sangat blur lagi!)
3) cara nak tarik trafik ke laman web/blog (pengalaman SS sendiri - tak payah trial & error lagi)
4) pengalaman/kisah benar bisnes internet SS sendiri atau protege SS
5) hmmm… apa lagi…. takpe…. nanti kalau ada lagi, saya akan tambah ok. Thanks SS!
August 15th, 2006 at 8:13 pm
hu hu.. saya dlm kategori kanak2 riang..
Sbnarnya nak jgak masuk dlm kelompok yg ke 2,3 dan 4 tapi blom bole lagi..
August 15th, 2006 at 9:26 pm
Mr sabri, mungkin boleh share:
1. Kesilapan yang sepatutnya dielakkan dalam urusniaga internet
2. Ciri sebenar usahawan internet
August 15th, 2006 at 9:41 pm
hmm.. mana 1 kategoriku..?
best juga kalu saifulsham dpt share kisah suka duka internet marketer ni. ye laa.. bukan senang nak senang tau!
August 16th, 2006 at 12:09 am
saya nak tau macam mana dapat idea tulis blog biz.
kalau blog peribadi macam2 boleh tulis
saya punya kategori- semuanya (bergantung pada apa yang saudara tulis)
August 16th, 2006 at 2:10 am
Sabri n Shazwan,
Keep up dengan apa2 penulisan yang kalian rasakan baik dan berfaedah. Saya percaya walau apa yang kalian tuliskan pastinya akan memberi kebaikan kepada pembaca. Walau pun sebaris ayat, tetapi kalau itulah yis nya, itu sudah memberi kepuasan kepada pembaca.
Sebagai pembaca, sebenarnya tak kisah dengan apa yang ditulis atau dipaparkan. Yang penting BACA! Ibarat kalau kita baca surat khabar, kita akan baca headline yang menarik hati masing2. Tidak semua kita baca. Cuma mata akan memilih bahan bacaan yang dirasakan dekat di hati.
Teruskan menulis.. Jangan hadkan skop anda. Pentingkan keaslian. Pembaca SS akan terus membaca…
Bak orang putih kata “Stay the way you are ..”
p/s Saya nak datang menyibuk pada Seminar SS Sesi 3 bole tak ??
August 16th, 2006 at 8:17 am
Nak tahu sangat macam mana boleh promote website tanpa kena kluar blanja yg besar sesudah kita ada website.
Contohnya kalau nak promote kat local(malaysia) dan yg kedua kalau nak promote kat sebelah asia barat.
August 16th, 2006 at 9:59 am
Hmmm bagus juga sbb saya percaya ramai yang bigginer akan memasuki blog saudara setiap hari mencari maklumat atau tips tips yang boleh diguna macam saya hari hari tak penah miss sebab ada perkara yang saya perlukan kadang kadang ada disini….
August 16th, 2006 at 11:48 am
Wah ini sudah bagus. Secara generalnya saya berminat kepada perniagaan dan pelaburan. So, kira apa saja yang SS tulih memang relevan. Alang2 SS dah tanya apa yang pembaca nak (kira ambik kesempatan la ni ;-))interest saya sekarang (tgh teraba2 lagi) ialah saham. Pasal fundametal analysis, technical analysis, contra, option, warrant dan sewaktu dengannya. Really2 appreciate your advise on this. TQ bro.
August 16th, 2006 at 12:12 pm
setakat ni, apa yang ss tulis semua saya suka..
August 16th, 2006 at 12:40 pm
Saya pula minat bab2 teknikal internet marketing macam teknik2 tag n ping, teknik2 SEO . Almaklumlah, org “teknikal” sikit. Apa2 ilmu yang saya tahu, saya kongsi kat blog saya. So, harap SaifulSham pon leh cerita sket (ala, sikit jer pon takper
) bab2 teknikal nih lagi. 
August 16th, 2006 at 7:32 pm
Saya nak tahu sesuatu… tak lain tak bukan lebih lanjut tentang bidang kepakaran anda iaitu PERNIAGAAN INTERNET.. saya sendiri sudah mula berniaga kat internet
dan hasilnya Umphh… lumayan
August 17th, 2006 at 1:07 am
Saya ada pertanyaan mengenai teknik SEO yang diamalkan oleh SS dan senarai kesilapan yang patut dielakkan dalam perniagaan internet.
August 17th, 2006 at 9:59 am
Akak nak tahu more on hartanah and auctions plllllleeeassssee…plus unit trust.
thank you
August 17th, 2006 at 10:51 am
Antara topik yang jarang ditanya atau diceritakan tapi perlu diketahui oleh semua terutamanya orang baru:
1. Bagaimana nak buat ecover dan jenis-jenis toolnya.
2. Bagaimana nak post gambar di forum.
3. Bagaimana nak buat screen capture dan apakah tool yang selalu diguna.
4. Boleh tak kita terima bayaran melalui kad kredit sekiranya kita sendiri tak ada kad kredit.
5. Boleh tak kita bayar menggunakan kad debit walaupun kad kredit yang diminta.
August 18th, 2006 at 3:17 pm
Saya pun nak tanya jugak..
Sabri, Syazwan, dah ada makwe ker? hehe.. Gurau jer.
Just nak tanya pendapat, agak-agak bilalah orang-orang Malaysia ni akan begitu suka dan mahu membeli di internet yer? Maksudnya kuasa beli di internet orang Malaysia juga akan tinggi seperti negara yang lain.
Dan pada penelitian SS, apakah trend pembelian dan perniagaan internet orang-orang kita ni? Maksudnya, adakah terlalu menumpu kepada skop yang tertentu sahaja?
PS. Pakai kalkulator lagi yer.. Saya dah tak pakai dah. hehe..
August 22nd, 2006 at 1:30 pm
a’kum sahabat, pekabo
just nak tanya skit pasal pelaburan dalam hartanah…camna nak mulakan pelaburan, harga harta dan tanah mahal2..duit plok cukup2 makan jer setiap bulan, kalo buat loan, gaji bulan2 habis bayar interest jer…so kesimpulan orang2 yang berduit sajer yang bleh DO IT…sgt2 nak tahu..tq in advance
August 23rd, 2006 at 11:17 am
2.Apa Yang Anda Nak Tahu? Bagitahu, Saya Tulis
di sini saya nak bagitahu pasal ebook pengalaman mereka yang kena hacks ataupunpengalaman mereka2 yang kena blok server akibat dari spamming. bolehlah dijadikan panduan dan peringatan kepada sapo2 yang tak reti sangat pasal spamming yang cukup tragis tu. yer tak?
satu lagi menda yang saya mahukan adalah berkenaan posting yang telah lepas2 tu harap dapat dijadikan ebook mengikut tajuk khusus sebagai rujukan semasa mengikut topik, saham ke, hartanah ke, blog ke.
yang saya nak kat sini ebook citer pasal nak posting blog berdasarkan pengalaman saifulsham.com dan lain2 blogger.
November 3rd, 2006 at 2:51 pm
Apa kata kalau SaifulSham meningkatkan kesedaran tentang Islamisasi Internet. Maksudnya, memurnikan Internet dengan menjadikan apa yang kita usahakan selari dengan batas syarak dan kehendak agama.
January 23rd, 2007 at 2:26 am
its so easy to this br0
in US any one can do this
the harder is making a industry site generate 100 ~200 million a moth/year..
you know how to this?
tell me
July 27th, 2007 at 1:15 pm
bagi contoh case stduy in malaysia
August 14th, 2007 at 10:07 pm
saya berumur 20 tahun,merupakan pelajar tahun pertama di sebuah IPTA.saya memang berminat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai perniagaan sendiri.saya membuat perancangan untuk membuka perniagaan sendiri selepas tamat pengajian 4 tahun akan datang(insya Allah).jadi saya ingin dapatkan tips untuk bersedia dari sekarang dalam pelbagai aspek sebelum memulakan perniagaan.
August 14th, 2007 at 10:16 pm
saya juga meminta pendapat anda apakah jenis perniagaan sampingan yang saya boleh lakukan di universiti saya belajar untuk menyimpan duit dengan bermodalkan modal yang kecil dan sesuai dengan status saya sebagai pelajar.
August 14th, 2007 at 10:25 pm
minta pihak anda dapat memaklumkan saya mengenai seminar yang diadakan dengan lebih lanjut.saya berminat untuk mengikuti seminar ini tanpa meganggu aktiviti pembelajaran,dan akitviti kokurikulum saya sebagai palapes di universiti.saya betul-betul berminat.terima kasih…
October 17th, 2007 at 4:25 pm
hello,
untuk memaksimumkan keuntungan tentulah jika pelanggan kita datangnye dari serata negara lebih2 lagi US and Europe (sbb duit dorang convert duit kite…untung tuu beb) dan payment method yang paling mudah untuk semua ialah Paypal. Tapi untuk Malaysia, Paypal kite tu bleh send duit tp nk receive and withdraw takleh plak thru local bank. so, solutionnye ialah bukak akaun bank di singapore ke sbb paypal singapore bleh withdraw fr local bank. ini lah yg menjadi halangan terbesar utk saya start internet bisnes ni. So, tolong ulas lebih lanjut psl ni or if u have solution? I still prefer paypal than credit cards. Thanz