Saham Amanah : Sebuah realiti
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Hari ini saya akan menyambung kembali penulisan saya dalam dunia saham. Dikala saya belajar dunia saham dari bapa saya, saya pernah dipromosikan untuk melaburkan wang saya dalam saham amanah atau dalam bahasa Inggerisnya “Unit Trust”.
Saya cuba bertanya kepada bapa saya, apakah begitu hebatnya melabur sejumlah wang ke dalam saham amanah kerana pulangan yang dijanjikan oleh agen jualan saham amanah kadangkala begitu sukar untuk diperolehi sebagaimana jika kita bermain saham secara individu. Ya, ada syarikat saham amanah yang memancing pelabur baru dengan menunjukkan rekod cemerlang mereka menguruskan pelaburan anda.
Jujurnya, bapa saya tidak pernah pun seumur hidupnya melabur wangnya dalam saham amanah. Bukan tidak bagus atau baik, tetapi prinsipnya, adalah lebih baik kita melabur sendiri kerana, saham amanah adalah sama dengan melabur dalam saham yang lain. Bezanya, ia diuruskan oleh pengurus dana (fund manager) yang bekerja untuk anda.
Tetapi realiti hidup, tidak semua saham amanah adalah baik dan bagus. Sebab itu, bapa saya lebih senang menguruskan sahamnya sendiri.
Sebenarnya, ramai orang berfikiran mudah, hanya memberi sejumlah wang kepada syarikat saham amanah, dan menunggu pulangan. Tetapi, hidup tidak selalunya indah. Untuk pengetahuan anda, bapa saya pernah berbual dengan seorang rakannya yang menjawat jawatan pengurus dana kepada sebuah syarikat saham amanah.
Katanya, sebenarnya, bukan mudah untuk menjadi seorang pengurus dana. Ini kerana, hidupnya penuh dengan tekanan, bekerja keras untuk memenuhi kehendak dan harapan setiap pelabur.
Oleh sebab untuk mendapatkan keuntungan semaksimum mungkin, kebanyakan pengurus dana selalunya melaburkan wang kita dengan melihat keuntungan jangka pendek. Sebab, setiap tahun, mereka harus bekerja untuk menjadikan pulangan pelaburan anda, jika tidak lebih tinggi dari tahun sebelumnya, sekurang-kurangnya adalah sama.
Seperti dalam tulisan saya sebelum ini, untuk menjadi seorang pelabur saham yang berkarisma dan kacak, anda harus menjadi seorang pelabur yang berfikiran seorang usahawan. Dan sebab itu, anda harus melihat pada sudut pelaburan jangka panjang, dan tidak berfikiran pelaburan jangka pendek.
Satu lagi perkara mengenai saham amanah, mengikut apa yang diperhatikan, kebanyakan pengurus dana saham amanah tempatan lebih memfokuskan untuk mendapatkan dana baru berbanding menguruskan dana sedia ada.
Dan selalunya akan timbul masalah apabila dua situasi yang bakal berlaku. Apabila keadaan pasaran saham lembap, dan kebanyakan harga saham jatuh atau rendah, mereka akan pening kepala memikirkan cara dan kaedah untuk memenuhi matlamat keuntungan dari pelabur seperti anda.
Mereka terpaksa menjual pelaburan ke atas saham yang tidak menguntungkan walaupun merugikan kerana mereka akan mengelakkan kerugian yang lebih besar.
Dan selain itu, mereka terpaksa menggunakan dana baru untuk mencari pelaburan lain untuk menutup kerugian ke atas saham sebelumnya.
Begitu juga jika keadaan ekonomi yang baik, mereka terpaksa mencari dana yang besar untuk menampung pembelian saham yang pada ketika itu harganya tinggi. Mereka terpaksa melakukannya demi untuk memenuhi expectation dari anda.
Jadi, anda nampak betapa sukarnya menjadi seorang pengurus dana. Saya tidak berkata saham amanah tidak baik atau elakkan. Bagi saya, walaupun segala rekod cemerlang yang lalu yang ditunjukkan mana-mana syarikat saham amanah, anda perlu tahu bahawa mereka juga bermain saham.
Mereka juga berdepan risiko yang sama tidak kira ketika ekonomi adalah baik ataupun buruk. Jadi, walau apa pun rekod yang lepas, itu adalah rekod yang lalu. Yang baik pada lepasnya boleh jadi buruk pada akan datangnya.
Tidak banyak syarikat saham amanah yang berjaya. Kebanyakan saham amanah terutama milik kerajaan negeri bungkus ketika kegawatan ekonomi yang lepas.
Kesimpulannya, ada pro dan kontra untuk melabur dalam saham amanah. Pro nya, adalah saham anda diuruskan oleh pengurus dana yang pakar, tetapi kontranya, mereka juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan pelaburan.
Bagi bapa saya, dia lebih senang untuk menguruskan sendiri permainan sahamnya dari memberikan tugasnya kepada pengurus dana. Bapa saya mungkin dengan caranya, tetapi segala akhirnya bergantung kepada anda juga.
Bagaimana dan apakah pilihan hati kalbu anda. Uruskan sendiri atau saham amanah.
Â
Â
Bacaan Lanjut:


















Tidak semua saham amanah baik dan bagus dan tidak semua saham amanah tidak baik dan tidak bagus
Contoh sykt saham amanah yang bagus ialah Public Mutual (Sykt Unit Trust No.1), telah mendapat anugerah daripada Standards and Poor dan The Edge Lipper yang tidak diperolehi oleh sykt2 lain…
Bukan senang ye nak main saham ni. Lebih baik kalau nak uruskan sendiri.
Saya nak ajukan satu soalan boleh?
Kalau tak boleh pun nak tanya jugak… hehe…
Siapakah yang anda kenal/tahu telah buat duit/jadi jutawan dengan main saham sahaja (maksud saya di Malaysia)?
Bagi saya menguruskan sendiri risikonya tinggi. Sesuai untuk org yang telah lama berkecimpung dalam dunia saham. Seperti ayah sedara.
Bagi yang beginner saya rasa start la dengan saham amanah kerana risikonya kurang. Faham macam mana saham tu diurusniagakan. Lagi pun kita bukan kita yang nak pening kepala, si fund manager tu patut pening…sebab kita dah bayar upah untuk urus wang kita…
Main saham jer tak kan jadi kaya….yang penting duit yang kita dapat tu dilaburkan ke tempat yang berlainan…mesti keuntungan dapat ditingkatkan…
Post yang menarik. Saya juga nk tanya soklan. Adakah langkah yang bijak kita mencontohi pelaburan yang dilakukan oleh Saham Amanah. Cthnya:
Public Ittikal invest dalam saham A, B, C dan kita pon tiru sebab kita rasa itu pilihan yang bagus utk melabur. Praktikal tak?
Huh, memang senang anda kata main saham sendiri tetapi bagi orang-orang biasa terutama orang yang tinggal jauh di kampung, pengetahuan mereka untuk bermain saham adalah cetek. Sedangkan mereka yang bergelumang hari-hari dengan saham boleh rugi, inikan pulak mereka. Oleh itu, sekurang2nya risiko mereka telah dikurangkan dengan melabur dalam unit amanah yang dipercayai. Selain itu, mereka boleh menjamin yang wang mereka bekerja untuk mereka sekurang2nya dapat melepasi tahap inflasi berbanding simpan bawah bantal.
Bukan kata unit amanah nie sangat baik, tetapi ianya adalah sesuai untuk golongan yang tidak ada masa nak tengok turun naik saham hari-hari. Mereka ada kehidupan lain yang perlu diuruskan dan perniagaan yang perlu dijaga. Anda bagaimana? Nak main saham sendiri…. tepuk dada tanya selera.
Penerangan saudara memang baik. Bagi individu yang ada wang dan kepakaran eloklah melabur terus di Bursa saham.Keuntungannya memang berganda. Bagi yang kurang wang dan tidak ada kepakaran eloklah melabur dalam amanah saham.Sebaik-baiknya laburlah dalam saham amanah yang diuruskan oleh PNB.
Wah…. ramai juga yg minat dgn saham ni ya… hehe…
Bagi saya:
1) saham amanah - amat selamat tetapi pulangannya sedikit (lebih baik sikit dpd tak de langsung kan!)
2) pelaburan terus di bursa saham - amat tak selamat (kalau belum pakar) tetapi pulangannya infiniti (juga kerugian
)
Ainol >> itulah sbb nya saya tanya soalan tu… hehe…
Fuad >> kalau belum pakar, langkah tu boleh pakai tp kita tahu tak bila dia beli & bila dia jual? Ini salah satu faktor penting/kritikal utk pastikan keuntungan!
Salah satu petua yg saya tahu (mungkin x leh pakai sbb belum pakar lg ni), bila kita beli sesuatu saham, maka masa itu juga kita mesti dah ada target dan masa nak jual. (maksudnya: kalau kita beli harga RM20, kita dah set kalau jatuh RM19.50, kita jual & kalau naik RM21 pun kita jual - ini contoh je ya…. figure tu kena buat calculation sbb saya rasa ada formula dia, kan Syazwan?
Apa nama stategi tu ringgithit? Nampak macam ‘Chandelier Exit’ strategy tapi bab kalo naik pon jual tu dah lain dah.. Alang2 ringgithit dah sentuh pasal strategy ni, ada tip tak cara nak set stoploss value (selain dari guts)?
P/s: Sori nyusahkan dengan soklan basic2 camni.
saham amanah? selalunya tak banyak sangat simpan dalam saham amanah. asyik kuarkan aje.
itu pasal tak boleh nak tersimpan banyak2. tak konsisten sangat kalu nak simpan dan simpan tapi ambik balik.
Ish bestnya blog nih.
Lagi best dari Irfan Khairi punya.
Suzy >> Welcome
Fuad >> Strategi tu x tahu lah pulak apa ke name nye. Nak set stop loss tu… hmm… ikut kita sendiri lah … berapa kerugian yg kita sanggup tanggung…. biasanya 5-10% (yg saya biasa guna dlm virtual trade saya… hehe…)
Hehe… lps ni nak pergi buat latihan matematik pulak. SS dah buat soalan tu… ntah2 diorang nak bagi hadiah ke… mana tahukan?
5-10%.. Hmmm.. Tip yang bagus.. Terima kasih..
Salam sejahtera.
Fikirkan risiko bila melabur. Agihkan pelaburan kepada beberapa kelas aset sebagai satu cara minimakan risiko: equity, bond atau money market.
Awasi indek BSKL, sebagai contoh apabila indek mencecah 1200 mata perlahan-lahan keluar dari market. Kita tidak tahu adakah pasaran akan terus meningkat atau jatuh merudum: apabila kita sedar, semuanya sudah terlambat. Jangan tamak!!. Keuntungan hari tersebut itulah sahaja rezeki kita, selebihnya bukan hak kita.
Terima kasih.
Saham anamah ni bagus…walaupun pulangan tak begitu tinggi dalam masa setahun. Tapi melabur saham amanah lebih baik daripada simpanan tetap yang biasanya hanya 3.7% faedah setahun je kan???Maka, melabur je lah jika ada duit lebihan. setuju tak ?
Selamat melabur….
melabur kat bura saham sangat berisiko tinggi,terutama bagi yang baru nak cuba. Saya dah cebur bidangni dah lebih sepuluh tahun last-last habukpun tak dapat…nak tau sebab apa. kekadang ada syarikat yang gulung tikar..duit kita sekali dia gulung..contohnya srihartamas…berhatilah melabeu di busa saham
hum, kebetulan jumper blog ni di kala sayer sdg menyiapkan assigmnt untuk paper current issues untuk program Bachelor Business Admin…tapi spjg proses menyiapkan kerja-kerja ni, saya hanya jumper sgla kebaikan unit trust..so,ader ckit kompius..maner yg baik..maner yg buruk…raser2 unit trust ni byk mmbntu pelabur x, dr segi ekonomi…exspecially dgn mgunakan sgl kelebihan yg ada?