Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Pasaran Perniagaan Internet | Malaysia Atau Antarabangsa?

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Ini satu soalan yang kerap juga saya terima. Mana lebih untung? Jual untuk local market ke untuk international market? Dan begitu jugalah jawapan yang saya telah ulang dan ulang di mana-mana sekalipun. Mungkin lain orang mempunyai jawapan yang lain, tetapi jawapan SaifulSham tetap international market. Kenapa? Sebab kita ada cara sendiri untuk menentukan harga sesuatu produk yang akan menjamin margin keuntungan.

Namun, ini bukanlah jawapan yang hak.

Misalnya, jika anda baru bermula dan masih tiada pengalaman dalam berjual beli di Internet, tambah pula anda kurang keyakinan, maka apa salahnya anda bermula dengan pasaran tempatan dahulu. Yang penting anda bermula. Tapi, jika anda mahu terus attack pasaran antarabangsa pun, tiada masalah. Yang penting, method dan caranya kena betul. (jangan beritahu Syazwan perkara ini, sebab dia memang PAKSA mereka yang mahu memulakan perniagaan Internet untuk bermula dengan oversea market, saya lenient sikit)

Yang penting anda bermula, yang paling mahal adalah pengalaman mengatasi Information Overload tu

Tapi, jika anda sudah mempunyai perniagaan internet tempatan, maka sudah sampai masanya untuk anda melihat lebih luas lagi ke arena antarabangsa. Sebab anda sudah tahu dan sudah faham mengenai sistem dan segala perincian yang diperlukan dalam perniagaan internet.

Menyentuh mengenai pasaran Malaysia walaubagaimanapun, anda harus maklum bahawa sesetengah produk tidak sesuai untuk pasaran tempatan. Ada yang menyanggah dengan mengatakan bahawa menjual untuk pasaran tempatan dan antarabangsa tiada bezanya.

Harap maklum, saya tidak mengatakan ada banyak perbezaan, tetapi perbezaan walaupun sedikit, adalah sangat signifikan. Tak percaya? Boleh cuba… ;)

Saya sentuh dari satu aspek sahaja. Dalam aspek penentuan harga ataupun pricing. Untuk pasaran antarabangsa, kami meletakkan RM50 sebagai minimum untuk keuntungan bersih bagi satu unit produk. Jadi anda boleh kira keuntungan kami secara kasar jika kami menjual hanya 2-3 unit produk sehari.

Cuba anda bawa model perniagaan tersebut ke pasaran tempatan. Orang akan cakap anda gila! Kenapa? Sebab pada rakyat Malaysia, RM50 adalah angka yang terlalu besar! Namun, tidak pada rakyat Amerika. Jadi, bolehkan produk untuk pasaran Malaysia anda letakkan markup sehingga RM 50, tidak bukan? Dan jika tidak, apakah efeknya kepada bottom line perniagaan internet anda?

Jika anda peserta Seminar RBDDI kami, kami ada menunjukkan bagaimana kami membuktikan dengan real life case study bahawa US$ 5 kepada international market tidak membawa impak besar berbanding jika di bawa ke pasaran tempatan.

Ketara bukan?

Ini baru satu dari beberapa aspek lain. Patric Chan sendiri pernah mengakui kepada kami, “Malaysia is a sensitive market”.

Kesimpulan dari artikel hari ini:

1) Bermula, bertangguh itu pencuri masa.

2) Jika tidak rotan, baik akar. Dari tidak, baik ada.

3) Namun jika anda mahu bermula dengan pasaran tempatan, brace yourself untuk bekerja lebih keras, kerana sesetengah peraturannya berbeza.

p/s: Oh ya, seorang peserta seminar RBDDI kami akan melancarkan perniagaan internet tempatan beliau yang pertama minggu ini. En Anas, bila lagi? :)

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Latest News
  • Perniagaan Internet Musim Perayaan | Shopping Sakan!
  • SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC
  • del.icio.us:Pasaran Perniagaan Internet | Malaysia Atau Antarabangsa?-digg:Pasaran Perniagaan Internet | Malaysia Atau Antarabangsa?-spurl:Pasaran Perniagaan Internet | Malaysia Atau Antarabangsa?-wists:Pasaran Perniagaan Internet | Malaysia Atau Antarabangsa?-simpy:Pasaran Perniagaan Internet | Malaysia Atau Antarabangsa?-newsvine:Pasaran Perniagaan Internet | Malaysia Atau Antarabangsa?-blinklist:Pasaran Perniagaan Internet | Malaysia Atau Antarabangsa?-furl:Pasaran Perniagaan Internet | Malaysia Atau Antarabangsa?-reddit:Pasaran Perniagaan Internet | Malaysia Atau Antarabangsa?-fark:Pasaran Perniagaan Internet | Malaysia Atau Antarabangsa?-blogmarks:Pasaran Perniagaan Internet | Malaysia Atau Antarabangsa?-Y!:Pasaran Perniagaan Internet | Malaysia Atau Antarabangsa?-smarking:Pasaran Perniagaan Internet | Malaysia Atau Antarabangsa?-magnolia:Pasaran Perniagaan Internet | Malaysia Atau Antarabangsa?-segnalo:Pasaran Perniagaan Internet | Malaysia Atau Antarabangsa?
    Posted Wednesday, August 30th, 2006 at 11:11am
    Filed under General, Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet | RSS

    9 Comments on “Pasaran Perniagaan Internet | Malaysia Atau Antarabangsa?”

    1. sham

      Memang pasaran oversea lebih untung..Kita boleh latk margin keuntungan yang lebih tinggi tanpa orang bising “MAHAL” sebab bagi diorang dh berpatutan maybe diorang kata “MURAH” berbanding kat tempat diorng..

    2. min

      sy rasa bg org baru better mula dgn pasaran tempatan dulu…just gain experience.nanti nampak cm profesional sket bila masuk international market.

    3. anas

      yup..keyword = mula!

    4. kamil yusoff

      saya setuju jika kita bermula dipasaran overseas, peluang kita lagi luas berbanding tumpuan dalam negri.

    5. cikgubiz

      Tahniah En Anas.. blog pun dah makin ramai penggunjug sekarang promosi bagus dari Team SaifulSham tahniah.

    6. smartzul

      isk isk.. Saya baru jer nak buat post topik ni kat blog saya.. ermm.. hehe..

      Actually no komen, cuma pasaran antarabangsa lebih bergandalah berbanding tempatan.

      Lama tak masuk ruang support seminar saifulsham, insyaAllah, dah kelapangan, saya akan masuk balik. ;)

    7. Mohd Ashraf Shuib

      saya pon berpendapat patut mula dengan web tempatan. sebab dah tau macam mana citarasa orang tempatan. kalau affiliate produk fizikal international, tak sesuai kot jual kat tempatan, melainkan harga barang tu, mampu beli oleh orang tempatan.

    8. Mohd Ashraf Shuib

      Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    9. irwan.dahnil

      Internet marketing adalah konsep perniagaan yang menggunakan konsep globalisasi, tanpa sempadan yang pertama sebelum perniagaan globalisasi @ FTA konvensional diperkenalkan!! Hebat bukan ?

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.