Sesi 3 Tips Menulis Blog Popular | Konsistensi Mesra Pelawat
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Kali ini kita akan menyambung kembali sesi kegemaran ramai, bagaimana untuk menulis blog yang popular. Sebenarnya untuk sesi ketiga ini saya akan memetik sendiri satu kesalahan yang dilakukan oleh salah seorang protege kami. Ceritanya begini, saya sebenarnya baru mem”bambu” ataupun me”nasihat” protege ini kerana progressnya sudah statik selama beberapa bulan. (jangan main-main woo.. Kepada protege2 yang masih statik tu, tunggu masa kami akan warning!hehe…
)
Setelah dinasihati, beliau pun dengan tergopoh-gapah mengemaskini blog yang sudah sekian lama ditinggalkan. Sehingga lebih kurang 7 post sehari! Saya sendiri naik malas nak mengira post yang sebenarnya (mungkin lebih dari 7) kerana saya tahu, selepas update yang banyak secara tiba-tiba ini, entah berzaman pula saya harus tunggu update yang seterusnya.
Sebenarnya begini. Katakan jika anda mempunyai idea yang terlalu banyak sekarang untuk menulis 5 post, jangan update blog anda dengan kelima-lima post serentak. Ini satu pembaziran yang jelas nyata. Sebaliknya, cuba anda renung berapa lama anda yakin anda boleh menulis kembali? Jika 5 hari, gunakan fungsi ”Post Timestamp” di dalam blog Wordpress anda untuk “delay” posting kepada sehari satu post (yang anda telah tulis lebih awal). Jika 10 hari, tetapkan aturan 2 hari untuk satu post. Jika 15 hari, 3 hari satu post. Jika sebulan, ehem… baik anda beritahu awal-awal kepada pembaca blog anda, anda mahu bersara dari dunia Internet.
Tips ke 5: Konsisten dalam mengemaskini blog anda supaya pelawat tahu bila beliau harus melawat kembali untuk membaca post seterusnya
Objektif kita dalam menulis blog popular bukan sahaja untuk menarik pembaca baru, tetapi kita mahu pembaca-pembaca lama juga setia membaca blog kita. Jika kita terlalu bergantung kepada pembaca baru sahaja, sukar untuk kita menjadi blog popular, kerana unsur “relationship” itu tiada.
Jadi, kepada semua pembaca. Cermin-cermin diri, “Apa khabar blog anda hari ini?” ;)Â
Bacaan Lanjut:

September 1st, 2006 at 3:07 am
hmm..betul tu..konsisten..nak dapat ranking yang baik dalam enjin carian pun kene selalu update. Saya mampu tulis 1 je sehari..Tak mampu la tulis banyak kalo dalam english ni..dalam Bm Insyaallah..leh wat banyak..
Sekarang dah boleh nak compete dengan site² yang dah “tua” sebab blog saya yang ni baru berusia xsampai 3 minggu.
“Unique Content is King”..Rajin² la perah ilmu dalam otak untuk menghasilkan yang unik..
September 1st, 2006 at 4:18 am
Blog saya pulak insyaAllah akan di-update setiap hari. Kalau saya tak menulis dalam sekian hari, saya biasanya akan menyatakan kepada para pembaca saya.
September 1st, 2006 at 7:35 am
Bagus sham.. keep up the content, so can ensure ur kingness :)…
Kadang2, ramai blogger terlalu memikirkan apa idea nak tulis. Sebenarnya, it can be as simple as u wish. Anything yang membuat kan anda berfikir sejenak. Atau sesuatu yang membuatkan otak anda bergerak berfikir dan menganalisa.
Tak perlu terlalu kompleks. Something yang relevent will do
September 1st, 2006 at 8:25 am
Assalamualaikum.
Maklumat yang menarik.
Baru saya tahu ada fungsi â€Post Timestamp†rupanya.
Patut lah kadang-kadang saya buka http://www.saifulsham.com ni, pagi nya belum ada apa-apa update, bila buka lagi sekali dah ada sampai 2,3 new blog. Terkejut juga. Ingatkan saya masuk salah timing.
Terima kasih.
Wassalam.
September 1st, 2006 at 2:21 pm
Satu tip saya nak kongsi hasil eksperimen saya. Jangan banyak pos dalam satu masa yang jaraknya dekat. Saya ada test kat lab smartusaha (konon) dengan melakukan beberapa post dalam satu hari dan secara kerap dalam jarak masa yang dekat.
Hasil dia, ermm, ‘tindak balas’ (interaksi) dari pembaca menurun!
Berbeza dengan satu post dalam satu masa, wahhh, banyak betul komen!!
Itu saya test kat blog saya lah, kat blog orang lain saya tak tahu.
So, seperti kata saifulsham, jangan buat post yang kerap sangat. Pokoknya, ada jadual.
September 1st, 2006 at 4:03 pm
betul kat smartzul tu saya pun dah cuba menang macam tu hasilnya.
September 1st, 2006 at 5:39 pm
Menulis blog memerlukan displin sebenarnya. Saya pun sebenarnya masih (kurang) berdisiplin dalam blog posting saya. Kadang-kadang rajin dan kadang-kadang kurang rajin. Masih mencuba lagi ni untuk jadikan penulisan blog rutin harian yang mesti dibuat
dan ekarang sedang memcari tip-tip untuk menjana idea dan memcari identiti blog.
September 1st, 2006 at 6:12 pm
Hipotesis lab Zul diterima. Memang macam tu, kami di SaifulSham pun sama…
September 1st, 2006 at 8:55 pm
tumpang lalu sikit bleh..saya ni pun baru start jer buat blog…saya ada beli buku RBDDI sbb takleh nak ke seminar saifulsham sbb duduk jauh, kat sarawak tu..saya post blog pun paling bnyk 2 jer sehari tapi tak tahu la pulak kalau post bnyk2 boleh bagi effect -ve according to zul smartusaha.
nak tanya saifulsham la…pakai script wordpress apa kalau nak letak post2 lama yg relevant dgn post baru spt kat blog ni…(pembaca artikel ini mendapati artikel2 ini juga menarik). TQ
p.s. setakat ni ada juga ler dpt beberapa sen dr adsense..
September 2nd, 2006 at 7:31 pm
Saya menulis blog di McD lah…!
September 2nd, 2006 at 10:31 pm
Satu panduan yg berguna. Saya pun baru tahu apa itu fungsi â€Post Timestampâ€.
September 3rd, 2006 at 11:50 am
Terima kasih Afzai,
Saya sangat gembira jika ada orang yang dapat manfaat dari tulisan saya. Berbaloi rasanya.
Freeze, nama plugins tu adalah “Related Post”. Search >>> “Related Post” Wordpress plugins di Google.
September 4th, 2006 at 12:56 pm
wuhaaa…. tips kelima nih yang nak kena selalu login dan online. sekali sekala kena jugak buat otopost jugak ler…
nampaknya saya kena kemas kini selalu ler blog saya yang terkini nih… berbeza jugak bila dah pindah rumah baru nih… kena anda panduan yang terkini untuk buat post terkini… terima kasih team saifulsham dan otai2 internet yang lain…
sila jenguk http://www.abdfatah.wordpress.com
yang nih kalu banyak iklan nanti. sapo pun taknak jenguk. wuhuuuuuuuuuuuuuuu…..
September 8th, 2006 at 7:55 pm
Bagus laman korang ni.aku akan melebihkan masa aku kat sini nanti.peluang Buat Duit ni memang menarik.maybe pergi seminar korang.Datang ke blog aku.http://buatduitonline.blogspot.com/.Ada banyak tips dan kalau nak ebook percuma pasal buat duit ni dan caranya,email je kat aku.free je ebook tu.