Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Ganjaran-Ganjaran Sebagai Seorang Usahawan Internet Untuk Anda

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Kita telah bercakap-cakap lama mengenai faedah menjadi usahawan internet dan semua laba-laba dan kemudahan yang datang dengannya. Jadi hari ini saya akan bawa anda lihat, apa yang anda akan dapat dengan bekerja sebagai seorang usahawan internet.

(psst, saya sudah sihat sekarang. Namun, saya perlu semak emel setiap hari. Ketika saya demam dulu, saya ambil keputusan utk “Switch off” 2 hari, dan dengan bercuti 2 hari ketika itu, saya terpaksa merana beberapa hari hingga pukul 2.30 pagi tadi menyiapkan semua tugas-tugas tertangguh dan juga menjawab emel. (emel buku tidak diterima, hubungi protege, siapkan senarai penerima buku,etc… you got the idea) ;)

1) Emel yang banyak saban hari.

Wahh…. untuk pengetahuan anda, saya mendapat bantuan dari adik saya untuk menguruskan emel-emel yang diterima saban hari. Dan 2 orang masih belum cukup! Dalam emel yang diterima, ada emel main2 dan emel bersungguh2, kami cuba untuk melayan kesemuanya dengan efisien, personalize dan mesra .

Namun sejak minggu lepas, saya menggunakan sebuah perisian yang menjimatkan kira-kira 15 minit sehari tempoh kami dalam menjawab emel. Mungkin dengan masa, pengalaman dan beberapa tips yang dikongsi oleh Gobala ketika di MidValley tempoh hari kami akan dapat berehat sedikit.

2) Jangan menggunakan PDA atau gadget2 canggih yang membolehkan anda membuat kerja dalam perjalanan.

Bila anda menjadi usahawan internet, Kerja (Work) & Kehidupan (Life) dipisahkan oleh satu garisan yang sangat nipis sehingga hampir tidak nampak. Jika anda campurkan kerja dengan kehidupan (seperti yang saya buat), you will not have much life. ;) It’s the truth. Jadi nasihat saya, jangan jadi seperti saya, jika anda masih ada masa dan baru bermula, jangan campur adukkan antara kerja dan kehidupan. :)

3) Jangan berfikir banyak sangat

Berfikir memang seronok. Terutamanya jika berfikir mengenai bisnes. Tapi di dalam dunia internet ini, benda yang perlu anda fikirkan tidak akan habis. Sampai satu ketika, anda akan rasa minda anda seperti mikprosesor yang sedang melakukan multi-tasking. Tak pernah berhenti.

Sampai anda akan ketagih. Memproses information yang tidak diperlukan (overload) dan sukar nak berhenti. Setiap hari, buat jadual yang praktikal mengenai tugas yang anda mahu buat. Bila semua yang tersenarai telah disiapkan, bergembiralah dan enjoy. Jangan sesekali siapkan kerja cepat untuk menambahkan lebih banyak kerja ke atas bahu anda. Tiada manusia yang waras akan berbuat begitu. ;)

Hint: Jika anda suka buat kerja dengan cepat supaya anda dapat menyiapkan kerja lain pula dan lagi dan lagi dan lagi, dan bukan supaya anda dapat berehat dengan lebih cepat, anda telah menunjukkan simptom seorang workaholik dan jangan biarkan ia menular dalam diri. Tarik nafas, relax dan let go. Lupakan sejenak kerja. :)

Mesej ini ditulis untuk diri sendiri dan pembaca SaifulSham. Jujurnya, saya sendiri tidak mengamalkan perkara-perkara di atas dan jika diberi peluang saya mahu amalkan dari dulu lagi supaya kualiti hidup & masa saya lebih meningkat. :) Kepada anda yang mahu bermula, better start now. Esp, tips no. 3.

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Saya Perlukan Nasihat Anda! Tolong…
  • Pay,pay, and pay your affiliates
  • Pendapatan bukan untuk dihebah
  • del.icio.us:Ganjaran-Ganjaran Sebagai Seorang Usahawan Internet Untuk Anda-digg:Ganjaran-Ganjaran Sebagai Seorang Usahawan Internet Untuk Anda-spurl:Ganjaran-Ganjaran Sebagai Seorang Usahawan Internet Untuk Anda-wists:Ganjaran-Ganjaran Sebagai Seorang Usahawan Internet Untuk Anda-simpy:Ganjaran-Ganjaran Sebagai Seorang Usahawan Internet Untuk Anda-newsvine:Ganjaran-Ganjaran Sebagai Seorang Usahawan Internet Untuk Anda-blinklist:Ganjaran-Ganjaran Sebagai Seorang Usahawan Internet Untuk Anda-furl:Ganjaran-Ganjaran Sebagai Seorang Usahawan Internet Untuk Anda-reddit:Ganjaran-Ganjaran Sebagai Seorang Usahawan Internet Untuk Anda-fark:Ganjaran-Ganjaran Sebagai Seorang Usahawan Internet Untuk Anda-blogmarks:Ganjaran-Ganjaran Sebagai Seorang Usahawan Internet Untuk Anda-Y!:Ganjaran-Ganjaran Sebagai Seorang Usahawan Internet Untuk Anda-smarking:Ganjaran-Ganjaran Sebagai Seorang Usahawan Internet Untuk Anda-magnolia:Ganjaran-Ganjaran Sebagai Seorang Usahawan Internet Untuk Anda-segnalo:Ganjaran-Ganjaran Sebagai Seorang Usahawan Internet Untuk Anda
    Posted Thursday, September 14th, 2006 at 3:03am
    Filed under Anecdote, General | RSS

    7 Comments on “Ganjaran-Ganjaran Sebagai Seorang Usahawan Internet Untuk Anda”

    1. anas

      Disebalik kesakitan (tidak sihat) kita mulai melihat kehidupan yang lebih berkualiti. Fizikal sihat barulah semua kerja boleh jalan…Sabri pun dah lama (2 hari?) tak menulis, depa dah mula rindu2an tu..

    2. robotys

      hmm, bagus tips2 kali ini. Nasib baik terbaca kat sinih. Kalau tak, mungkin saya terpaksa merana jadi workaholics! :) Thanks bro!

    3. cikgubiz

      Kerja2 jugak kesihatan pun harus di jaga….

    4. Labanon

      Wah.. ya betul kesihatan perlu dijaga walau dimana jua anda berada :D.

    5. Fuad

      Menarik2… Kerja2 jugak.. lepak2 jugak.. :-)

    6. irwan.dahnil

      Kesihatan tak boleh dibeli dengan wang, baik secara tunai, kredit mahu pun paypal… :)

    7. Zul SmartUsaha

      Demam tu kalau kita sabar, dapat hapuskan dosa. :)

      Betul kata sabri, bila dah jadi usahawan, banyak benda kena buat. So, kena buatlah perancangan? Tapi bagaimana? Tak ada formula yang tetap, bagi saya kita kena lalui sendiri, rasa dan baru kita tahu bagaimana nak urus masa dan kerja kita. Orang kata, ukur baju kat badan sendiri. ;)

      PS. Sabri, otak bila dah jadi mikroprosesor tu, agak2, berapa yer kelajuan dia? hahaha.. :lol:

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.