Saya ingin menjadi jutawan!
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Hari ini adalah pertengahan bulan September dan bagi kebanyakan pelajar disini, mereka sudahpun memulakan sesi memakan magee sejak seminggu lepas!
Ada yang melihat-lihat tarikh kalendar dan mengharapkan magik, iaitu supaya tarikh kalendar dipercepatkan kepada bulan oktober (supaya wang biasiswa masuk awal!)
Jika dihitung, jumlah golongan ini di universiti saya mewakili hampir 80 peratus atau tidak keterlaluan saya katakan, jumlah tersebut terlalu ramai! (Sedangkan saya dan Sabri masih lagi boleh bersiar ke bandar, memakan makanan sedap-sedap!)
Tuan-tuan dan puan-puan,
Ada beberapa rakan saya bertanya kepada saya, “Bagaimana saya boleh menguruskan perniagaan internet sedangkan saya masih lagi merupakan seorang pelajar seperti mereka. Adakah saya memonteng kelas?”
Jawapan saya:
“Semuanya bermula dengan keinginan. Apabila saya menginginkan menjadi seorang jutawan pada usia muda, saya akan lakukannya untuk mencapai keinginan saya. Apabila kita sudah mula melakukannya, kita akan belajar bagaimana untuk menyesuaikan dengan keadaan diri kita, jika anda seorang pelajar, anda akan faham dimana untuk mencari masa melakukannya”.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Satu contoh terbaik saya dapat lihat adalah kisah Lim Goh Tong di dalam bukunya “My Story”. Saya sudah habis membacanya tahun lepas dan dari kandungan buku tersebut, saya dapat membaca peribadi seorang billionair seperti Lim Goh Tong secara tidak langsung.
Buku yang penuh dengan kisah perjalanan hidup Lim Goh Tong tersebut sudah cukup menceritakan betapa, Lim Goh Tong adalah seorang yang berusaha mencapai keinginannya, walau dengan apa cabaran sekalipun.
Itulah yang membezakan mengapa saya dan Sabri masih boleh bersiar-siar dan memakan makanan yang sedap!
Jadi, setiap hari, jeritlah didalam hati anda : “Saya ingin menjadi jutawan” dan pastikan jeritan itu didengari oleh deria-deria anda supaya semua deria itu melakukan apa yang dijeritkan itu!
=======================================================
Quote Azizi Ali:
Anda tidak perlu pun menjadi jutawan……..tetapi, jika jiran anda yang tidak sekacak anda, tidak memiliki pendidikan tinggi seperti anda, tempang sebelah kakinya, bercakap gagap tetapi merupakan seorang jutawan!
=========================================================
Bacaan Lanjut:

September 17th, 2006 at 3:56 pm
menjadi jutawan ialah impian semua orang.kenapa? kuasa beli yang amat tinggi,cukup2 tinggi. tp kenapa org rs susah untuk jd jutawan? mungkin mcm saya,terlalu banyak merancang tp gagal untuk melaksanakan,terlalu banyak yang nak kejar then sumernye berciciran dan terlalu sayang nak korbankan gaya hidup joli2 nieh
September 17th, 2006 at 4:55 pm
Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kita terlalu biasa mendengar ayat ini “cukuplah apa yang kita ada”, “duit bukan boleh dibawa mati” dan sebagainya. Itu semua ayat2 MEROSAKKAN DAN MENGHANCURKAN ANAK2 BANGSA KITA SENDIRI. Perkara ini kita harus ubah!!!. Kita golongan muda harus mengubah. Jgn lagi kita lafazkan pada anak2 kita dan bangsa muda kita sepotong ayat tersebut sekali pun!!!
September 17th, 2006 at 8:32 pm
Semalam, di RBDDI saya berjumpa dengan dua pemuda yang mengejar cita-cita untuk menjadi jutawan dan Datuk di usia muda.
Best of Lucks.
September 17th, 2006 at 10:48 pm
ASSALAMUALAIKUM
Maaf kalau aku berkata kebiasaannya mentaliti student melayu macam tu laa… sebab ia dah di didik sejak kecil lagi….BERSUAP… sekarang aku tengah train generasi aku akan datang supaya kuat berusaha… janga cepat mengalah… biar tiada perkataan “JANGAN” dan “TIDAK BOLEH” dalam dirinya…
WASSALAM…
September 17th, 2006 at 10:57 pm
mmg sy pun terlintas gak nak tanya soalan ni dkt both of you…tp hari ni dah dpt jwpn.nk jadi jutawan mesti le bertindak sebagai seorang jutawan…usaha pun mesti la lebih kan.sy pun nk jadi mcm anda berdua,masih dpt balance antara studi n bisnes..esok pagi sy akan jeritkan pada hati dan deria2 lain “Saya ingin menjadi jutawan!!!!”
September 18th, 2006 at 1:12 am
Yer… jeritkan ke dalam kepala kita perkataan tu etiap masa.. insyaallah.. kuasa minda separa sedar kita akan bangkit dan terus menggerakkan tubuh badan kita untuk mencapai tujuan itu.
Satu tips… bagaimana nak tahu minda separa sedar kita sudah bangkit atau belum…
Anda akan sentiasa terfikirkan perkara itu walaupun dalam tidur..
Pendek kata..
sebelum tidur pikir nak jadi jutawan..
bangun tidur fikir nak jadi jutawan..
Gosok gigi fikir nak jadi jutawan..
Bawak keta fikir nak jadi jutawan..
Setiap masa anda akan fikir nak jadi jutawan..
P/s:- wah!.. banyak betul keyword jutawan saya dah letak kat blog nie.. ho! ho! ho!..
September 18th, 2006 at 11:24 am
kalau nak jadi jutawan ,kena pandai buat Planning… bukan senang. Banyak orang akan memberi kesan negative kepada diri anda. Tapi untuk berjaya, anda harus mendorong diri senditi sebab……You are born alone and you may even die alone…But if you leave a mark in the world, then you will be Remembered forever… So for me, most important thing now is to teach people how to make more money on the internet and not just chase empty dreams…
September 18th, 2006 at 11:36 am
Assalamualaikum.
Betul. Rugi gak pasal zaman blajo dulu x prnh terfikir ke arah buat duit…
ish ish ish..
Wassalam.
September 18th, 2006 at 3:45 pm
Yap..saya memang respek dgn anda ” SAIFULSHAM “.
Saya sebenarnya berumur kurang setahun dari umur anda berdua.Sekarang nie saya tgk ada usahawan internet kita yang berumur 15 dah start belajar bisnes internet.
Saya pun baru nak start belajar dan berharap saya juga akan berjaya mencapai impian saya untuk menjadi jutawan pada usia yang muda.Saya harap anda berdua dapat dijadikan contoh bagi anak2 muda kita.
Good luck!
P/S: Bertuah la sesiapa yang dapat menantukan anda berdua(..anak sape la nie..ish3..)
September 18th, 2006 at 4:44 pm
Saya tambah lagi keyword jutawan… saya pun nak jadi jutawan !
September 18th, 2006 at 11:45 pm
Syazwan sebenarnya tengah kemaruk jutawan, sebab kerana “jutawan” lah telah memberikan kami RM 700+… haha..
Syazwan, cukuplah pasal jutawan ni.. tak pasal2 kena penalti “keyword spam”
uhuk2…
Ya, siapa tidak mahu jadi jutawan..
September 19th, 2006 at 4:41 pm
hi smue..
saya di kota kinabalu ni pun kemaruk juga nak jadi jutawan diusia muda..
kata Azizi Ali, kalau nak jadi jutawan, do what it takes..dia juga cadangkan agar jadi seorang extremis dan buat apa yang disukai. Huhu..bunyinya macam senang le, tapi susah jugak tau..
Baru saya sedari perit jerih nak capai impian jutawan.
well, bukan senang, tapi, yg penting berani gagal, semua boleh jadi