Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Atas permintaan ramai pembaca SaifulSham, hari ini saya akan menerangkan pemahaman asas mengenai dunia saham (bukan perniagaan internet!)

Bukan niat mengajar anda bermain saham atau membuat pelaburan, tetapi lebih kepada perkongsian ilmu pengetahuan yang dipelajari saya sejak setahun lalu.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sebelum anda memahami bagaimana untuk memilih saham yang sesuai, pertamanya anda perlu memahami jenis-jenis saham yang ada di Bursa Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur).

Kalau anda sudah biasa dalam pasaran saham, anda mungkin biasa mendengar dan membaca jenis-jenis saham sebegini:

=======================================================

Large-cap Stock

Jangan anda takut mengenai perkataan ‘cap’ kerana disini ia tidak lebih dari membawa maksud market value atau nilai pasaran dalam bahasa Malaysianya. Selalunya, syarikat yang diletakkan dalam jenis sebegini mempunyai market value tidak kurang RM4 bilion. 

Mengikut pembacaan saya, syarikat sebegini selalunya mempunyai simpanan wang tunai yang besar (selalunya digunakan untuk melabur apabila terdapatnya peluang-peluang perniagaan baru). Syarikat sebegini juga amat menarik perhatian ramai pelabur disebabkan bayaran dividen yang baik dan stabil.

========================================================

Blue Chip Stock

Blue chip bukanlah membawa maksud cip kentang ataupun keropok. Perkataan Blue Chip sebenarnya berasal dari kad poker — nilai paling tinggi dalam semua jenis kad (saya tidak pandai main kad poker!). Syarikat yang tersenarai dalam golongan ini selalunya sudah well known, atau well established. Mereka mempunyai sejarah pendapatan yang baik dan membayar dividen tidak kira diwaktu zaman ekonomi melompat ataupun dizaman ekonomi terlipat!

Mereka ini juga boleh tergolong dalam jenis large-cap stock.

 Antara yang tergolong dalam golongan ini adalah : Genting, Maybank, Tenaga, Telekom dan lain-lain.

=========================================================

Penny Stock

Syarikat di dalam senarai ini selalunya berharga lebih rendah dari nilai par sepatutnya. Kebanyakan dari mereka ini berisiko tinggi dan harganya amat susah untuk dijangka. Oleh sebab itu, syarikat sebegini haruslah dielakkan oleh pelabur-pelabur.

Anda tentunya tertanya, “Syazwan, apakah disebabkan perkara itu sahaja mereka ini harus dielakkan?”. Untuk pengetahuan anda, syarikat dalam keadaan ini selalunya mempunyai pendapatan negatif (kerugian - sila baca laporan penyata kewangan mereka). Disebabkan itu, mereka ini pada bila-bila masa sahaja boleh dikeluarkan dari senarai Bursa Malaysia. Jadi, jangan mengada-ngada membeli saham mereka!

=========================================================

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya kira, cukuplah setakat kelas kita pada hari ini. Kita tidak boleh terlalu panjang dan berjela-jela ( sebabnya, nanti ada yang berpinar-pinar dan menggosokkan kepala untuk memaham dunia saham!).

Kita sambung lagi di masa hadapan, dengan beberapa lagi jenis saham yang ada di Bursa Malaysia.

Yang penting, anda baca dan faham.

=========================================================

Quote Warren Buffet - pelabur paling berjaya di dunia:

” Jika anda ingin menjadi pelabur yang kaya, anda perlu belajar. Tidak ada jalan singkat”

=========================================================

 

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Kelas Saham Bersama Syazwan : Sesi 3
  • Kelas Saham bersama Syazwan : Sesi 2
  • Smart Pricing Technique
  • del.icio.us:Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!-digg:Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!-spurl:Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!-wists:Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!-simpy:Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!-newsvine:Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!-blinklist:Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!-furl:Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!-reddit:Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!-fark:Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!-blogmarks:Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!-Y!:Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!-smarking:Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!-magnolia:Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!-segnalo:Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!
    Posted Wednesday, September 20th, 2006 at 10:22pm
    Filed under General | RSS

    6 Comments on “Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!”

    1. irwan.dahnil

      Akhirnya kelas saham kita bermula.. bravo!

    2. cikgubiz

      Bagus jugak dapat belajar saham sendiri di sini dari pada main HYIP yg kebanyakannya scam.

    3. Noniza

      Best nya…. Next lesson?

    4. em

      one of the way untuk menyimpan wang long term ialah dgn invest dgn beli stock stock yang bermutu tetapi stock jenis ni mahal. Macam penny stock ni selalu kene manipulate oleh ’syndicate’ so ramai yang rugi.Tapi kalau jenis yang adventure tu boleh la beli penny stock .Sebab penny stock ni kalau naik tinggi memang berbaloi la kita dapat untung .

    5. Noorizam Shah

      best best… saya tak pernah tahu pasal saham.. so today dapat something yang berilmu.. terima kasih sabri

    6. Labanon

      Garu-garu kepala -_-” Huhu best jugak yerp main saham nanti layak saya juga nak cuba :D

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.