If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Wahai anak-anakku (rakan-rakanku) SaifulSham, dari manakah dikau mendapat nama yang sungguh glamour seperti SaifulSham? Inilah soalan yang kerap ditanya kepada kami, bahkan inilah soalan pertama Patric Chan kepada kami! :)

Kemudian saya akan menjawab, mana lebih sedap dan “komersil”? SabriSyazwan.com or SaifulSham.com? It’s a brand…

Kemudian, mereka akan bertanya, tapi kenapa SaifulSham? Dari mana anda dapat idea “brilliant” tu? ;)

Sebenarnya, ilham tersebut datang dari intuition. Tiada jawapan. Tapi, saya tahu, orang tidak akan berpuas hati dengan jawapan tersebut, mereka tetap sangka perkataan “SaifulSham” tu satu perkataan keramat yang mempunyai banyak rahsia dan cerita di sebaliknya. Jadi saya pun reka-rekalah cerita untuk mereka, supaya mereka berhenti bertanya dan mendesak saya… ;) :

Cerita Tipu

  1. It’s a dynamic personality. SabriSyazwan point to two people, tapi SaifulSham hanya ada satu fokus. Manusia senang ingat personaliti benda yang hanya ada satu.
  2. Nama Melayu moden. Some suggest kenapa tak guna nama English sikit barula canggih, truth is, ethnic & unique words create a bigger and stronger identity.
  3. Nama manusia. People relate very well dengan sesuatu yang ada nama manusia. (quote Dan Kennedy)
  4. Lain-lain idea yang saya terfikir nak goreng ketika itu. ;)

Tu la… tanya banyak sangat… sorry kepada sesiapa yang terkena! :)

Cerita Benar

SaifulSham.com sebenarnya dibeli untuk laman web peribadi saya. Dan saya memang envision, SaifulSham.com will have blog structure and everything else will be built around it. (ketika itu saya sudah ada mysabrionline.com & blog peribadi sendiri) Hasil dari penelitian saya, saya lihat blog dan TLD domain do well in search engine compared dengan laman web biasa dan laman web free. jadi, saya berpendapat, why not combine both? Hasilnya pasti lagi superb! Jadi itulah yang saya buat. Namun, saya dihimpit kesibukan ketika itu, saya sedang belajar selok-belok perniagaan internet dan banyak lagi perkara bersangkut paut dengannya. Jadi saya pun menyerahkan domain ini kepada business kami untuk dimajukan sebagai blog perniagaan dan keusahawanan pertama di Malaysia ketika itu. Syazwan baru nak berjinak-jinak belajar aspek teknikal dan dia tiada website sendiri lagi, jadi ringan sikit beban saya…

Tapi kenapa SaifulSham.com?

Sebenarnya, saya suka membaca. Di Internet ketika itu ada bermacam-macam blog. Bagi remaja, blog mereka adalah diari mereka. Melainkan mereka bercerita mengenai cinta (topik ke2 kegemaran saya selepas bisnes), blog mereka agak pasif. Dan jika anda pernah menjadi guru BM saya, anda akan tahu bahawa minda saya tak macam remaja lain (ada orang kata terlebih matang, ada yang kata skema, tapi pada saya, Sabri is Sabri, saya tak kisah… ;) ) . Dan bagi orang tua pula, blog mereka adalah tempat meluahkan nasihat kepada pembaca. Jujurnya, walaupun nasihat mereka okay jugaklah, tapi sedikit menjemukan. Yalah, biasalah… Apa lagi yang mereka nasihatkan, itu lah juga, benda sama diulang-ulang…. (jangan marah pembaca senior SaifulSham,ini pendapat ketika itu, saya masih belasan tahun lagi… ) ;) 

Dalam banyak-banyak blog, ada sebuah blog yang ditulis oleh seorang remaja yang berkisar mengenai isu semasa. Walaupun blog tersebut ditulis dalam English, tetapi namanya tetap NikNazmi.com . English, tetapi identitinya Melayu. Dan isu-isu yang dibawa oleh blog tersebut, agak moden dan mencabar minda. Lebih-lebih lagi ketika itu bannernya adalah gambar cermin mata. Begitu elegan sekali impressionnya. 

(*cerita ini berlaku pada tahun 2004. Bilangan blog tidak sebanyak sekarang)

Saya rasa blog tersebut cool…

Orang muda, tapi mempunyai idea yang matang. Bahkan orang tua-tua pun membaca dan mengikuti perkembangan blog tersebut. Sungguh hebat. Saya pun hendak blog macam itu juga!

Tapi, nama saya bukan Tengku Sabri, atau Nik Sabri, atau Wan Sabri. Tiada oomph… Dan saya yakin, tanpa sebarang oopmh, blog saya tidak akan menjadi popular. Saya pun mencari-cari nama yang sesuai untuk digunakan. Tiba-tiba, hari baik bulan baik, SaifulSham diilhamkan dalam kepala saya. Haa….

Dari situlah nama SaifulSham dilahirkan.

Kini, menoleh kembali, saya amat berbangga, rupa-rupanya cita-cita saya untuk mempunyai sebuah blog perdana, mempunyai pembaca yang ramai, peminat yang setia (saya harap anda akan mengundi saya jika saya masuk AF!), dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat, tercapai!

Mimpi jadi kenyataan.

Pelajaran untuk kita:

Jika anda ingin mencari jenama, pastikan jenama anda unik dan bertenaga. Jenama tidak semestinya mempunyai maksud seperti Burger King atau Kentucky Fried Chicken, Jangan lupa, Pepsi pun jenama juga… :)

Untuk tips-tips am memilih nama jenama, rujuk Cerita Tipu di atas. :)

Bacaan Lanjut: