Kelas Saham bersama Syazwan : Sesi 2
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Nampaknya ramai yang masih keliru, yang mana satukah pos yang ditulis Sabri dan Syazwan (saya terpaksa membuat bantahan ini kerana pos yang ditulis saya, tetapi Sabri mendapat nama, haha). Jadi, untuk mempermudahkan pemahaman, antara ciri-ciri yang membezakan pos yang ditulis Sabri dan Syazwan adalah seperti berikut:
- Sebarang pos perniagaan internet, 99% nya ditulis oleh Sabri. Syazwan jarang menulis mengenainya sebab sudahpun dibahagikan tugas sedemikian.
- Pos mengenai saham dan hartanah, semuanya ditulis oleh Syazwan.
- Satu perbezaan ketara, setiap permulaan pos Syazwan bermula dengan “Hello pembaca SaifulSham “Â (trademark Syazwan katakan).
- Dan terakhirnya, setiap pos Syazwan kini diselitkan dengan Quote pada penghujung pos.
- Pos Syazwan selalunya tidak ada gambar, sebab Syazwan agak malas mencari gambar untuk diletakkan pada posnya (hehe).
Jadi, selepas ini, anda tidak boleh sama sekali keliru siapa yang menulis (dan tidak wujudpun manusia bernama Saiful ataupun Sham di SaifulSham.com). Haha.
=======================================================
Selepas sesi pertama kelas pembelajaran asas-asas dunia saham kelmarin, saya mendapat feedback dari beberapa pembaca SaifulSham; ada yang mengatakan mereka suka, dan ada yang mengatakan mereka tidak faham langsung!
Buat yang menyukainya, terima kasih. Dan buat yang tidak memahami apa yang diujarkan saya, saya akan menulis seberapa asas yang mungkin agar mudah difahami anda semua.
Saya ada banyak sekali cerita mengenai saham dan yang pastinya, hanya pembaca SaifulSham.com sahaja yang akan tahu cerita-cerita ini. (sebabnya mudah, saya hanya menulis untuk SaifulSham!).
Baiklah, marilah kita menumpukan subjek kelas kita pada kali ini, iaitu jenis-jenis saham yang terdapat di Bursa Malaysia:
=======================================================
Mid-cap Stocks
Tuan-tuan dan puan-puan, dua hari lepas saya menulis apa itu Large-cap Stocks, Blue Chip Stocks, dan juga Penny Stocks. Selain dari 3 jenis itu, ada juga Mid-cap stocks.
Syarikat-syarikat yang tergolong dalam mid-cap stock selalunya mempunyai market value di antara RM750 juta hinggalah RM 4 bilion (lebih dari itu dikira large-cap stocks).
Sesetengah dari syarikat ini boleh juga dikategorikan sebagai blue chip stocks tetapi dengan market value yang lebih rendah berbanding dengan syarikat yang dikategorikan sebagai blue chip stocks dan pada masa sama juga adalah large-cap stocks.
(setakat ini, anda faham atau tidak? Jika tidak, sila angkat tangan ;p).
Satu lagi mengenai mid-cap stocks adalah, syarikat-syarikat dalam kategori ini selalunya mempunyai perniagaan lebih dari sedekad dan mempunyai pertumbuhan dan sejarah yang baik. Menariknya, mereka juga membayar dividen yang baik kepada pelabur.
========================================================
Small-cap stocks
Seterusnya pula adalah small-cap stocks. Mereka ini adalah syarikat yang kecil yang rata-ratanya mempunyai market value kurang dari RM750 juta.
Mereka juga selalunya baru dalam bidang perniagaan mereka dan mempunyai potensi untuk berkembang. Oleh sebab mereka ini kecil, jarang sekali keuntungan mereka digunakan untuk membayar dividen kepada pelabur (tetapi jangan disalah anggap, bukanlah bermaksud mereka ini kedekut).
Selalunya, keuntungan mereka digunakan untuk melabur kembali ke dalam perniagaan bagi mempercepatkan pengembangan syarikat mereka (jadi, mereka terbukti tidaklah kedekut).Â
Mengikut pemerhatian saya, saham syarikat yang berada dalam kategori ini amatlah popular dikalangan pelabur-pelabur yang mementingkan pertumbuhan syarikat berbanding melihat dividen semata-mata.
Ini kerana, saham syarikat-syarikat ini adalah murah. Tambahan lagi, jika para pelabur melabur dan menyimpan saham di syarikat yang benar-benar berpotensi berkembang pesat, lambat laun nilai saham tersebut boleh melonjak tinggi.
=======================================================
Ok, cukuplah setakat itu. Saya agak bimbang ada antara anda terpaksa membeli pil panadol untuk memahami sesi pembelajaran kita pada kali ini :).
Satu soalan pendek dari anda, “Syazwan, anda menyebut mengenai market value atau market capitalisation (cap), tetapi anda tidak pun menyebut bagaimana untuk mengetahui market value sesebuah syarikat”
“Oh ya, saya terlupa memberitahu anda, begini caranya, ambil kalkulator dan kiralah ini”
Market value = Share price x No. of Shares outstanding
Contoh mudah:
Katakan sesebuah saham syarikat A berharga RM 5 sesaham. Jika syarikat A mempunyai 10 juta Shares outstanding, maka, nilai pasaran syarikat A adalah RM50 juta.
Maka, syarikat A tergolong dalam Small-Cap Stocks. Mudah bukan!Â
Baiklah, saya biarkan anda disini. Kita jumpa lagi di lain hari (silalah memberi komen, bahagian mana diatas yang tidak difahami anda, saya akan cuba menjawabnya).
Jumpa lagi.
=========================================================
Quote Warren Buffet - pelabur paling kaya didunia:
“Jangan sesekali melabur dalam perniagaan yang anda tidak fahami” —contohnya skim cepat kayalah~~haha.
=========================================================
Bacaan Lanjut:


















Faham jugak la sikit2 dari sini dari tak tahu apa2 lansung pasal saham ni.
Paham…paham..hehe. Penerangan yg mudah dan ringkas.
wooo… tak faham laa pasal saham nih, haru biru kepala hotak den… alahai… tak minat sangat pasal sahama laa. tapi kalu nak ikuti perkembangan memang bagus la untuk pengetahuan umum…
wuhahaaa… saham oh saham.
selamat puasa para brokerzzzz saham semua.
thanks syazwan..penerangan yg simple tp padat dgn ilmu2 yg amat berguna..pasni boleh la citer strategi2 utk melabur plak ye..hehehe..bodek sket bia die kasi rahsia banyak2..hoho
Jika pelajar sesuai nak melabur dalam katogeri mana? -_-”
saya sedang membuat kajian tentang saham internet dan pandangan Islam mengenai saham internet,boleh saudara hantarkan saya apa-apa sahaja salinan yang boleh dijadikan rujukan,,,thank u