If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Perniagaan Internet Pak Lah Bulan Ramadhan telah tiba lagi dan saya mula menyedari betapa “tua”nya saya, kerana saya sudah tidak seexcited dulu menunggu dihadapan televisyen pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengenai tarikh tibanya Ramadhan. Jika dulu, saya sudah tahu apakah yang emak saya akan sediakan sebagai lauk bersahur 1 Ramadhan, Ayam Goreng Kentucky! Tanpa ayam goreng Kentucky, pasti saya dan adik saya (Marsyal S) liat untuk bangun (ketika itu 2 beradik sahaja)Bulan puasa atau bulan Ramadhan ini ada cerita tersendiri buat saya. Mari kita lihat kenapa… ;)

Selama ini, Syazwan banyak bercerita mengenai bapa jutawannya,sekarang tiba masa bapa saya pula (saya & Syazwan adik beradik lain ibu lain bapa) :) . Bapa saya BUKAN seorang jutawan, bahkan saya rasa ribuan pun bukan. Bapa saya adalah seorang pemandu teksi di bandar Kuantan. Kalau anda pernah menaiki teksi di bandar Kuantan, dan pemandu tersebut asyik bercerita mengenai anak-anaknya kepada anda, haa… kemungkinan besar, itu ayah saya lah tu. (classmate saya pernah kena ;) )

Keluarga sebelah bapa saya unik sedikit. Daripada tuk (nenek) saya, menurun kepada Pak Long&Mak Long saya, melalui bapa saya, sehinggalah kepada Poksu saya dan kini menurun kepada sepupu saya, mereka terlibat dalam penjualan kuih raya setiap kali musim raya sejak berpuluh-puluh tahun dulu. Bahkan dalam usia 21 tahun saya ni, saya ada berbelas-belas tahun pengalaman menjual kuih raya. Agak dasyat bunyinya kan? ;) Dan di sinilah saya belajar secara hands-on mengenai perniagaan.

Ketika saya masih kecil, ayah saya akan mengambil anak saudaranya menjaga gerai kuih raya, namun setelah saya bersekolah rendah dan sudah mahir mengira, saya pula yang membantu ayah saya setiap kali musim raya. Masuk saja sekolah menengah, saya memang menguruskan semuanya (kira stok kuih, suggest berapa banyak nak ambik, berapa banyak diskaun boleh bagi, kuih mana ambik lebih, yang mana ambik kurang), ayah saya akan memandu teksinya dan ibu saya hanya akan membantu sehari sebelum Raya sahaja (hari paling sibuk). Dari situlah minat saya untuk berniaga timbul, dipupuk dan diasuh.

Tapi….

Maafkan saya pakcik makcik, saya sedar saya baru setahun jagung, tapi saya ada sesuatu untuk dikongsi. Ramai yang kagum dengan Team SaifulSham kerana dalam usia muda sudah minat bisnes dan sudah boleh melakukan perkara-perkara yang orang 20 tahun lebih tua dari mereka pun belum tentu mampu lakukan. Sehingga ada yang mahu “expose” kan anak mereka kepada bisnes dengan harapan bila besar dapat jadi macam SaifulSham.

“Saya nak dedahkan anak saya dengan bisnes sejak kecil”

Tips: Jangan paksa anak anda buat benda yang anda sendiri tidak pernah buat

Saya sungguh “seram” apabila terdengar,

Saya nak suruh anak saya jual kuih dari rumah ke rumah supaya dia minat business

Saya nak suruh anak saya jual goreng pisang kat depan rumah“, “Saya kerja kerajaan, tak boleh buat business, tunggu anak saya besar sikit, boleh la dia start bisnes kecik2. Nanti bila dia besar dia minat la...” dll.

Ini sudah dasyat sangat. Melainkan anda memang penjual goreng pisang atau penjaja kuih dari rumah ke rumah, JANGAN paksa anak anda lakukan, MELAINKAN dia memang minat. Sebab darah yang mengalir dalam tubuh mereka adalah darah anda juga dan anda harus sedar bahawa sedikit sebanyak sifat anda akan mereka warisi. Jika anda sendiri malu untuk berhadapan orang ramai…tiada jaminan anak anda akan berani. Sebelum anda memaksa mereka, lebih baik anda memaksa diri anda dulu. Tidak begitu? :)

Seperti keluarga saya, mereka tidak pernah memaksa saya membantu menjual kuih raya. Tetapi saya selalu di bawa oleh tuk saya, menaiki beca ke pasar, melihat sepupu-sepupu saya membantu menjual, minat itu datang sendiri. (tambah pula pengalaman pertama melihat duit setambun), dari situ saya sendiri meminta untuk membantu dan saya sentiasa tidak sabar-sabar menunggu musim raya sebab nak tolong jual kuih. (ada upah sudah tentunya! ) ;)

Tapi tidak bagi adik saya (Marsyal S a.k.a Mazlina). Beliau memang out dalam membuat kerja-kerja jualan. Setelah sekali di bawa ke gerai, emak saya menyuruh beliau menjaga adik-adik saya di rumah dan membantu tuk saya membuat persiapan raya. Kenapa? Sebab adik saya ni tidak minat jual kuih, beliau lebih prefer buat kuih untuk dijual. Dia cepat moody dan bila penat, muncung terus mulut kerana malas nak melayan karenah pelanggan yang banyak songeh.

Jika anak anda tidak minat bisnes, jangan tekan. Saya percaya bapa Syazwan juga tidak pernah memaksa Syazwan minat berniaga. Tapi minat itu datang sendiri kerana selalu melihat dan darah tu memang darah orang bisnes.

Saya tidak mahu anda menyamakan anak anda dengan kami atau sesiapa sahaja. Kami rasa bersalah dan “segan” sangat kepada anak anda. :) Setiap manusia ada kelebihan masing-masing. Saintis barat menyatakan manusia ada tujuh jenis kepintaran, jadi berikan mereka asuhan dan “groom” mereka dalam bidang yang mereka ingini.

Jangan jadikan anak anda sebagai “alat” mencapai cita-cita anda yang anda gagal capai dalam hidup anda.

Post hari ini satu tanggungjawab sosial saya kepada remaja, kerana saya melihat ramai ibu bapa hari ini yang mahu anak-anak memenuhi cita-cita ibu bapa dan bukan cita-cita anak tersebut. Anak yang ada potensi dan kebolehan untuk jadi Perdana Menteri akhirnya hanya dapat jadi Menteri Kesihatan. Kan rugi begitu? ;)

Bacaan Lanjut: