Kelas Saham Bersama Syazwan : Sesi 3
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Bagi anda yang sentiasa mengikuti perkembangan tulisan saya mengenai saham, seperti biasa, kelas kita akan disambung seperti yang dijanjikan~
Baiklah, disebabkan saya kesuntukan masa, jadi saya menulis seberapa ringkas mungkin mengenai kelas kita kali ini. Kita masih lagi didalam topik jenis-jenis saham.
Ya, topik kali ini adalah terakhir dalam jenis-jenis saham yang terdapat di Bursa Malaysia.
Sebelum ini kita berbicara mengenai Large-cap, Small Cap, Blue Chip, Penny, dan macam-macam lagi. Dan ada 2 lagi yang tidak dibincangka sebelum ini, iaitu:
—————————————————-
Growth Stocks
Syarikat di dalam golongan ini terdiri dari sektor yang mempunyai pertumbuhan yang tinggi dan perniagaan mereka dijangka berkembang seiring dengan masa.
Pendapatan syarikat juga dijangka meningkat. Saham syarikat sebegini selalunya mempunyai PE ratio yang tinggi dan mereka tidak membayar dividen yang tinggi kepada pemegang saham mereka.
( PE ratio adalah bermaksud Price/Earning; harga saham/ pendapatan untuk sebuah saham ——saya tahu PE ratio ini kadangkala menyusahkan pemahaman anda yang baru hendak memahami dunia saham, tetapi anda harus tahu akannya ;P)
Contoh dalam saham jenis ini adalah seperti syarikat teknologi dan juga bioteknologi.
—————————————————–
Defensive Stocks
Dengan namanya pun membawa makna bertahan/defend, saham syarikat sebegini akan memberikan pertahanan kepada pelaburan anda dan mereka akan kekal stabil walaupun ekonomi negara jatuh meleset.
Mereka ini selalunya terdiri dari syarikat yang tidak terlalu terikat dengan persekitaran ekonomi seperti syarikat makanan (sebab setiap hari orang makan walaupun ekonomi meleset), rokok (setiap hari orang merokok walaupun harga rokok naik), judi (yang ini, saya tidak tahu komen, haha), syarikat utiliti (setiap hari orang menggunakan air, elektrik).
Selalunya, mengikut pembacaan saya, syarikat dalam kategori ini akan bertahan semasa ekonomi merudum tetapi ketinggalan ketika ekonomi berkembang (contohnya: diwaktu zaman gawat atau zaman selesa, orang akan sentiasa makan.
Jadi, pertumbuhan syarikat dalam kategori ini sentiasa mendatar dan stabil. Tidak pula terjadi di waktu ekonomi merudum, orang mengikat perut dan diwaktu ekonomi selesa, orang makan banyak-banyak).
Menariknya, defensive stock begitu popular dikalangan pelabur terutama ketika kegawatan ekonomi:
Contohnya: Magnum, Berjaya Sports Toto (ini semua judi), Telekom, Tenaga Nasional.
——————————————-
Ok, tamat sudah sesi berkenalan dengan jenis-jenis saham. Kita akan sambung kelas kita pada masa akan datang ya. Soalan menarik? Bagaimana bermulanya langkah awal ketika bermain saham? Hendak tahu…….nantian pos akan datang.
Yang penting, jangan memeningkan kepala anda memahami kesemuanya sekaligus, belajar perlahan-lahan dan anda akan dapati, saham ini juga satu perkara menyeronokkan~ (walaupun anda tidak melabur di dalamnya)
==================================
Quote Syazwan SaifulSham:
“Apabila anda belajar dan terus belajar sesuatu perkara, lama kelamaan, anda akan dapati sesuatu perkara itu terlalu mudah untuk anda. Di satu masa, anda akan berkata “Apala si polan tu, benda senang pun tidak faham” —hahaha.
==================================
Bacaan Lanjut:Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under General, Idea Bisnes, Perniagaan Internet, Sales | RSS


















tak sabar nak blaja cara-cara nak main saham
yang quote tu, memang betul sesangat.. hehehe
ok, satu soalan ringkas: saham jenis mana pilihan saifulsham?
aah aah, syazwan main saham mane ?
Syazwan! pada penganalisaan anda untuk ketika ini, kaunter apakah yang mesti dibeli, dan yang telah anda beli. Saya nak cuba jugak.
Faham cikgu.. takde latihan ker?
ok boleh follow lagi setakat ini tq..
Ternanti2 post pasal saham..
Adakah saham defensive ni saham yang memberi dividen kepada pemegang saham? Pernah dgr orang ckp, beli saham yang bagi deviden, value appreciation consider as bonus..
aduhai saham, boleh tengok aje laa…
yer la latihan pasal saham. saham apa yang dah merudum sekarang nih?
ternanti2 update seterusnya…
Aku baru dpt saham ESOS,x tahu plak tu sikit pun bab saham ni.Skrg kena study sungguh2 hu…hu…hu…
Boleh ajar saya main saham tak?Please..yang selamat dan menguntungkan