Cara Menjual DVD Cetak Rompak Di Internet Dan Menjadi Jutawan
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Pertamanya, kami tidak akan mengajar anda menjual DVD cetak rompak di Internet tapi kami ingin berkongsi strategi yang digunakan oleh penjual DVD cetak rompak ini supaya dapat kita applykan dalam pemasaran produk yang kita jual di Internet.
Btw, saya menulis artikel ini kerana semalam Syazwan memberitahu saya seorang jutawan internet yang menjual DVD cetak rompak ditangkap polis dan masuk akhbar. Pendapatan lanun cetak rompak ini dilaporkan mencecah seratus ribu ringgit sebulan!
Saya mengatakan kepada Syazwan, dulu diorang main belas-belas ribu sahaja sebulan, sekarang dah seratus ribu, patutlah! “Ko tahu mcm mana diorang market?” tanya saya.
Ini adalah kisah benar dari pengalaman saya.
Beberapa minggu lepas, saya telah membeli sekeping DVD di sebuah pusat membeli-belah kurang terkenal di Ipoh. Jangan tanya samaada DVD tersebut tulen atau cetak rompak. Saya rasa tulen, tapi kalau cetak rompak tu maksudnya saya kena tipulah sebab saya ingat tulen.
Ketika saya memasang DVD tersebut ke dalam PC saya untuk menonton, saya mendapati ada beberapa lagi file didalamnya. Tapi tidak kisahlah. Saya tonton dulu filem tersebut. Setelah puas menonton filem tersebut, saya pun explorelah apa lagi yang ada dalam DVD tersebut. Rupanya, pengeluar DVD tersebut telah bermurah hati memberikan sebuah filem “King Kong” yang boleh dimainkan di handphone, PSP dan handheld lainnya dengan percuma!
Neat! Kata hati saya. Saya pun dengan segera memuat turun filem tersebut ke dalam Ipaq saya. Memang best menonton di dalam Ipaq! Namun saya hanya tengok sekejap sahaja kerana saya tidak minat cerita King-Kong. Saya lebih suka cerita komedi ataupun cerita perang. Jadi saya explore lagi DVD tersebut, mana tau ada cerita lain.
Tiada.
Tapi ada sebuah laman web yang bila diklik akan membawa ke sebuah laman web di Internet. Huh! Di laman web tersebut bukan sahaja ada jual DVD, VCD bahkan filem yang boleh dimuat turun ke handheld pun!
Dan ada macam-macam cerita, cerita Melayu, Inggeris, Cina dan Hindustan. Termasuklah cerita perang (cerita perang susah nak cari di kedai DVD). Jadi saya dengan segeralah mencari bagaimana untuk membeli. Malangnya, walaupun matawangnya dalam Ringgit Malaysia, tapi laman web tersebut berbahasa Mandarin (Cina). Oleh kerana saya tidak faham arahan pembayaran dan ketika itu baru saya terfikir, ni tak ori ni….
Maka saya pun membatalkan hasrat untuk membeli… Jangan beli barangan cetak rompak
Moralnya di sini, mari kita lihat bagaimana penjual DVD tadi melakukan pemasaran. Beliau bagi percuma sebuah filem untuk handheld dan meletakkan link ke laman webnya di dalam DVD tersebut. Jika orang berminat, mereka boleh beli.
Nyaris-nyaris mereka mendapat seorang pelanggan.
Tidak hairanlah jika dulu saya mendengar penjual DVD cetak rompak berpendapatan belasan ribu sebulan, kini mereka berpendapatan ratusan ribu sebulan. Canggih idea pemasaran mereka.
(Gurauan) Sehingga Syazwan pun berkata, kalau kita buat, setengah tahun pun jadilah.
![]()
Jadi, cuba fikirkan bagaimana kita boleh mengintegrasikan konsep ini dalam pemasaran perniagaan internet kita. Saya bagi satu contoh, En Walikard sebagai penjual sate di Internet boleh berpakat dengan En Noorizam, penjual pelamin di Internet. Orang yang mahu menempah pelamin sudah semestinya mahu berkahwin, jadi En Walikard boleh melakukan JV dengan En Noorizam untuk menyediakan pakej hidangan sate diskaun untuk penempah pelamin dengan En Noorizam. Boleh? ![]()
Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under General, Idea Bisnes, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet | RSS


















Tak silap saya budak tu masih student kan? Hmm, macam-macam yer.. Kalau orang bersungguh buat benda salah, kita yang benda betul ni pun masih terfikir-fikir nak buat. hehe.. Tak gitu?
PS. Dah lama tak layan VCD / DVD samada ori atau x ori, hehe..
PPS. Member2 saya tak beli pon DVD nih. Diaorang download jer macam citer superrrmannn & citer lanun tuu.. Pastu diaorang burn, bertingkat-tingkat CD/DVD ‘ciptaan’ sendiri.. huhu..
Kira macam viral marketing le ni ya?
buat e book pasal kingkong, pastu bagi vcd kingkong free.
Ha`ah yer.. JV yang baik tu… baru saya perasan ada satu majlis kahwin … mereka siap tempah cendol .. so sesapa nak cendol leh ambil layan diri…
good idea.
Ada sesapa nak JV yang berkaitan dengan saya lagi
hah? memang macam2 cara nak cepat kaya nih. jual vcd cetak rompak. cara yang paling salah ataih dunia nih.
Moralnya: buat bisnes kena lah berhemah.
Jangan fikir psl duit shj.
Kena fikir juga psl undang2 juga!
Zul, sama la kita… Tapi cerita perang yang betul2 tembak2 susah nak dapat kat network, citer perang cintan cintun tak best..hehe
soulof99, entahlah. Ada jugaklah unsur viral tu, unsur JV pun ada sikit kot.. Yang pasti, ada back end selling.. hehe
Noorizam, agak2 kalau majlis kahwin tak bagi bunga telur, tapi bagi buku boleh tak? Kalau gitu leh la JV..hehe
Assalamualaikum.
Jual buku dapat VCD free, dah digunakan oleh Saifulsham.
hehe.
Wassalam.
am selalu download cerita korea kat internet jer… pastu masuk kat cd dan tengok sendiri… kat sini bukan takde jual tapi dekat 100 lebih.. mana mampu.. so boleh dapat free kat internet ok aje la…
JV ni adalah sinergi dan saling melengkapi. win-win. pelanggan sate boleh jadi pelanggan pelamin dan sebaliknya. sinergi seerti dengan 1+1=3! lebih hebat dan berganda. saya pun sedang mencari JV partner tapi nanti saya akan announce kemudian bila dah ready.
Erm… menarik la idea tu.. jeng jeng jeng…
boleh tlg ajar cra nak jual brg kot intenet
serious JV amat terbaik!
Boleh nak jual dvd cetak rompak, tapi kena jual kat kaki lima. Jangan jual di internet merosakkan nama usahawan internet. Susah plak peniaga internet nak cari makan.
tapi pada waktu sekarang nie, memang banyak orang jual vcd cetak rompak kat tepi jalan. Macam menggalakkan plak. dah kena serbu banyak kali, tapi yg hairannya esok ada lagi. Entahlah tak tahu apa nak dikata.