If you never dream, you can’t be what you want to be - Tony Fernandes
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Wah, nampaknya ada beberapa respon yang diberikan kepada saya berkenaan pos mengenai si gadis blonde. Terima kasih atas komen anda dan saya faham sensitiviti anda. Jadi, terima kasih sekali lagi.
Untuk pengetahuan anda, saya hanya bereksperimen sahaja, dan saya sedia berkongsi hasil eksperimen Team SaifulSham. Tidak semestinya kami mengalakkan anda meletakkan mana-mana gadis untuk menjadi penghias laman web anda
.
Baik, cerita hari ini agak menarik. Ia sedikit motivasi yang baik untuk saya dan juga anda. Ia adalah mengenai impian (dream).
Pemenang anugerah Master Entrepreneur Ernst & Young tahun ini, Dato’ Tony Fernandes ketika ditemubual wartawan mengenai kemenangannya memberitahu kejayaannya memajukan AirAsia sebenarnya bermula daripada satu impian.
“If you never dream, you can’t be what you want to beâ€â€”beginilah lebih kurang kata-katanya.
Cukup bersahaja tetapi penuh bermakna. Itulah yang membuatkan saya sentiasa kagum dengan ketokohan Tony Fernandes. Kisahnya membangunkan sebuah syarikat yang tiada nama kepada sebuah syarikat penerbangan tambang murah terulung di Asia sudah terpampang dimana-mana dada akhbar mahupun majalah antarabangsa.
Memasang impian adalah satu perkara yang perlu dilakukan untuk meletakkan standard pencapaian kita. Saya turut merasai kebenaran peraka ini. Benar tuan-tuan dan puan-puan.
Tahukah anda bahawa dahulu tidak pernah terlintas dalam fikiran saya mahupun Sabri untuk menulis sebuah buku yang laris dipasaran. Saya sentiasa memandang tinggi kepada penulis buku tempatan seperti Azizi Alli dan Resenial Long yang mencapai taraf best-seller dan berpengetahuan tinggi dalam bidang mereka. Secara tidak sengaja saya memasang impian, “satu hari nanti, aku juga ingin menulis buku sendiriâ€.
Tidakpun begitu lama, saya dan Sabri sudahpun menulis sebuah buku yang diterbitkan Mac tahun ini dan akan menambah koleksi tulisan kami pada tahun hadapan.
Apabila saya membelek-belek kembali buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internetâ€, saya baru terperasan bahawa semuanya bermula dengan impian! Dengan impianlah berani saya katakan, saya dan Sabri sudah menulis sebuah buku best-seller pada usia 20 tahun!
Tanpa impian, saya pasti saya akan masih sama dengan kebanyakan rakan sebaya saya. Menghabiskan waktu muda dengan berhibur dan hidup dalam keriangan tanpa mengetahui bahawa realiti kehidupan sebenar tidak seindah disangka.
Sama jugalah ketika awal menceburi perniagaan internet pada 2003, tidak terlintas dalam fikiran kami untuk menjadi seperti hari ini. Bagi saya, cukuplah sekiranya perniagaan internet kami berdua mampu menampung sedikit sebanyak perbelanjaan kami di universiti.
Tetapi secara tidak langsung, saya memasang impian untuk menghampiri Fiona Tan—antara idola saya. Dan, lama kelamaan, kami kini berada di landasan yang betul untuk ke sana.
Juga, ketika saya sendirian dan merenung kembali perkara yang telah dilakukan kami, ia juga bermula dengan impian!
Jika tidak dengan impian, saya mungkin adalah orang kebiasaan yang hidup dengan membazirkan masa dengan perkara tidak berfaedah, yang hidup dengan sentiasa meminta wang daripada ibu bapa, yang hidup hanya ingin bekerja dengan orang lain.
Itulah sebenarnya kuasa sebuah impian!
Bagi saya, impikanlah apa yang anda ingin capai.
Letakkan impian setinggi mana sekalipun dengan syarat anda harus mengejar dan berusaha mencapai standard impian anda. Nescaya, pada akhirnya anda akan mendapati impian yang dahulunya dikatakan gila sebenarnya tidaklah sesukar dicapai seperti yang anda fikirkan.
P/S: Saya pernah bercakap mengenai impian menjadi seorang usahawan berjaya ketika saya menuntut di sekolah menengah. Dan rakan saya pernah mengatakan “sedarlah diri siapa!†. Tetapi, kini, saya sedar diri saya. Saya sedar bahawa saya sememangnya layak! Hanya dengan sepasang impian yang pernah dianggap lekeh.
Bacaan Lanjut:Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under General, Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet | RSS

















