Menjadi kaya begitu mudah| Nilai RM1 juta
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Saya memahami satu sebab mengapa orang sanggup membayar sejumlah wang kepada Team SaifulSham untuk mengajar perniagaan internet kepada mereka.
Orang tersebut hendak menjadi kaya.(Saya pun mahu, itu sudah pasti)
Satu hal yang selalu dirungutkan kepada saya adalah kepenatan bekerja makan gaji. Doktor, jurutera, akauntan, dan banyak lagi orang-orang profesional yang datang ke seminar memberitahu hal ini.
Ada yang merungut bosan membuat perkara sama setiap hari, ada yang merungut sudah tidak sanggup mengikut arahan bos atasan, malah ada pun yang sudah mengambil keputusan berhenti kerja. Situasi begini sebenarnya hampir tidak terjadi dalam zaman bapa saya.
Menurut bapa saya, pada waktu sekitar 80an, semua orang muda dizamannya akan berkejar-kejar untuk mencari pekerjaan. Hatta mendapat pekerjaan seperti pegawai kerajaan, itu sudah dianggap sebagai kebanggaan sebuah kampung!
Dizaman itu, jika seorang anak muda berjaya masuk ke universiti, maka hebohlah sekampung. Maka adalah makcik-makcik yang merisik-risik untuk dijadikan menantu mereka! (cuba tanya orang muda zaman 80an, benarkah perkara ini).
Saya melihat kembali dalam zaman ini, perkara itu sudah jauh berlalu. Hari ini, masuk ke universiti adalah perkara kebiasaan. Bukan itu sahaja, malah si profesional juga sudah mula ingin keluar dari pekerjaan mereka untuk membina perniagaan sendiri.
Nampaknya kita benar-benar bertuah. Untuk menjadi kaya pada hari ini lebih mudah daripada dahulu. Ia memang lebih mudah.
Baik, jika kita perhatikan jutawan-jutawan atau orang-orang kaya di zaman 80,90 an, hampir kebanyakan daripada mereka memerlukan modal yang besar untuk membina perniagaan mereka.
Industri perkilangan dan pembinaan adalah penyumbang utama kepada kekayaan seseorang jutawan pada zaman itu. Lihatlah sahaja, Tan Sri Lim Goh Tong. Beliau kaya sebab beliau mempunyai pembangunan di Genting Highland.
Tetapi, semua itu memerlukan modal yang besar untuk bermula. Semuanya memerlukan ramai kakitangan, berisiko tinggi, serta sudah tentu jumlah pinjaman yang banyak terpaksa dibuat bagi menampung projek-projek mereka.
Hari ini, kita sebenarnya benar-benar bertuah. Sebab untuk menjadi kaya, anda hanya memerlukan idea yang kreatif! Dengan internet, segala-galanya yang nampak mustahil dahulu sudah tidak mustahil lagi.
Sebelum saya sendiri mengenali perniagaan internet, saya hanya berfikir, jikalah dapat membawa produk yang dijual ke luar Malaysia, ia sudah dianggap hebat, hatta produk saya itu dijual di Golok, Thailand :). Sebab, saya sudah berjaya menjual ke luar negara.
Pemikiran saya ketika itu juga berfikir bahawa, kita perlu mendapat kelulusan MATRADE, perlu mempunyai gudang stor di lapangan terbang, perlu menggaji 100 orang untuk membawa produk ke luar negara. It seems you need millions of dollar to do that.
Tetapi, selepas saya mengenali apa itu perniagaan internet dan mempraktiskannya, produk saya dapat dijual ke seluruh dunia tanpa perlu saya berjumpa pegawai-pegawai Matrade, mempunyai gudang-gudang simpanan produk, menggaji selautan manusia. Saya hanya memulakan perniagaan global saya dengan kos di bawah RM500!
“You need creative idea to load your pocket with money, and you dont need to start with thousands or even millions to achive it!”
Dalam konvensyen Sabtu lepas, seorang jutawan dalam bidang dropshipper memberitahu bekas peserta alumni bahawa beliau juga bermula dengan zero cost. Dengan great idea, beliau perlahan-lahan menjadi seorang dropshipper yang berjaya!
Pada sekitar akhir 90 an dengan idea yang kreatif, seorang pengasas laman web yang menawarkan e-kad percuma, Bluemountain (ingatkah anda ia popular sekitar tahun 99), menjual perniagaannya pada harga ratusan juta dolar!
Anak muda dari UK, Alex Tew menjadi jutawan hanya dengan sebuah idea, menjual piksel di internet.
Jadi, mengapa saya memberitahu anda, begitu mudah sebenarnya untuk menjadi jutawan pada hari ini berbanding waktu dahulu. Jadi, adalah rugi jika kita masih kekal tidak mempunyai walau satu perniagaan internet.
Sama hal juga dengan nilai RM1 juta. Nilai RM 1 juta dahulu adalah berbeza daripada hari ini. Saya tahu, jika dahulu, dengan nilai RM 1 juta, anda boleh membeli 3 dan 4 buah rumah banglo di Kuala Lumpur. Tetapi kini, ada sesetengahnya separuh rumah pun tidak cukup dengan nilai RM 1 juta.
“Walau apapun nilainya, jika anda mencapai target RM1juta, anda tetap dikatakan jutawan walau dizaman manapun anda berada!”
Bacaan Lanjut:bapa genting highland hari ini jutawan kaya lim goh tong maka makcik mencari pekerjaan muda perniagaan internet saifulsham tan sri lim goh tong zamanPembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under General, Idea Bisnes, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet | RSS



















Saya setuju dengan kenyataan tersebut… Luar biasa sungguh pemikiran kalian berdua…
cuma bila dah bergelar jutawan, jgn lupa belajar bagaimana nak maintain jadi jutawan yg beriman.
“Who will give you the highest pay, the best benefits and the fairest terms of employment? The answer is you. Only you will be able,and would want to give yourself all the above. In other words, the best employer is yourself.” - Kata2 Bijaksana
Lepas baca entry syazwan nie.. satu persolan muncul di kepala saya…
Jika di tahun 80an.. orang masuk U.. akan menjadi kebanggan orang-orang dikampungnya.. tetapi sekarang.. orang masuk U dah kira macam masuk sekolah biasa je..
jadi, saya rasa.. tidak mustahil situasi yang sama akan berlaku kepada orang-orang yang berjaya bergelar jutawan.
Jika sekarang, orang yang jadi jutawan sungguh dikagumi.. mungkin pada masa akan datang.. orang yang jadi jutawan akan menjadi perkara biasa.. sepertimana kita mendengar berita rakan-rakan kita baru dapat kerja pada hari ini.
Hmm.. nampaknya.. kita perlu jadi jutawan sekarang!!..
Betul juga kata shuth tu. Dahulu kalau dapat keja dah kira hebat tapi sekarang walaupun ada ijazah, belum tentu dapat kerja yang diingini.
Shuth bukan itu saja… nanti kelak Billionare adalah target kita ;)Hehe tq Team SaifulSham buat saya bersemangat semula hehe
p/s: Jom Berniaga!!!! .com hehe
Memang fakta sebenarnya. Zaman sekarang kekayaan tidak dikira dengan nilai juta… sebaliknya billion
http://www.irwandahnil.com/2006/09/27/apabila-millionaire-tidak-cukup-kaya/
Rasa kecik je bila bandingkan dengan bilion2 ni…
tepat sekali. sapa tak nak jadi jutawan?..sya pun alami perkara yg sama…kadang2 terfikir untuk berhenti kerja tapi… belum berani nak buat decision untuk quit sebab perlukan wang untuk survive…tunggu lah nanti kalau bisnes internet dah berjaya, sya akan umumkan persaraan saya…he.. he.. he..
Betul tu!! masa zaman 80an teringat sape-sape yang masuk U mesti heboh sekampung. Kira mak bapa bangga jugalah.. La nie kalo masuk U dah tak heran.. Tapi kalo bawa balik kete BMW 7 series.. Kampung sebelah pun heboh sekali.. Penting tu tuk jadi jutawan
nampaknya sumer topik dah bincang nak jadi kaya…harap jadi kenyataan kepada anda sumer dan saya juga…
www.love-cinta.com
pada saya kekayaan ni pun agak sukar di ukur.. kalau orang yang kurang berkemampuan memperolehi rm100k..dia akan merasakan dia dah cukup kaya.. tapi cuba billgates kita berikan 100juta pun.. dia rasa itu blom cukup kaya..
Ye ke kalau kita bagi Bill Gates 100 juta dia rasa belum cukup kaya….
apa itu kaya? adakah ia sejenis jem yang disapu pada roti? oh tidak.. adakah kaya itu bermaksud mempunyai banyak harta berbentuk liquidity atau bukan liquidity…. sejumlah besar akan mengatakan yaa..tapi jangan kita lupa, kaya budi (rohaniah) juga penting dalam pembentukan sesorang dari menjadi terlalu materialist… harap usahawan semua menjadikan ini sebagai satu topik dalam seminar yang dianjurkan atau sebagai nota kaki didalan e-book yang dihasilkan agar usahawan yg dilahirkan terutamanya usahawan muslim dapat menyeimbangi kedua-dua bentuk kekayan tersebut.
betul2..duit2 jugak..jgn sampai lupa Tuhan dah la..kene igt tu..kaya camne kita pun..kalo Tuhan nak, bila2 masa je dia boleh tarik balik sume tu..na’uzubillahi min zalik
kekayaan dirasai apabila kita merasa bebas melakukan apa -apa saje yg kita suka. Kita rasa bebas tanpa rasa kekangan oleh perkara lain (bos, jem, 9-5 waktu berkeja etc)
kadang2 saya rasa cemburu gak dngn kejayaan member2 ayah saya jadi kaya. seronok jugak tngk diorang buat business. saya pernah terdetik nak tanyakan soalan ‘ayah, bila kita nk jadi macam mereka?’, tapi, setelah lama saya berfikir, biarlah kami hidup sederhana asalkan bahagia dan happy. hehe. tapi, ia tidak menghalang saya untuk berjinak2 dengan business, sbb, saya rasa saya susah skit utk kerja makan gaji sbb saya ni seorang yg agak rebellious, hehehe.
nak berjaya kena ada pemikiran dan semangat motivasi yang betul…kena faham apa yang ingin dicapai dan kekosongan pasaran..
jadik tokey offline walaupun kekadang buat 1, 2 project dah dpt 1 juta, tapi bila didharab, campur , tolak hasilnya ciput bole la nak hidup.
1 juta offline amat berbeza dengan 1 juta online
saya pun ingin menambahkan pendapatan saya melalui internet,tapi saya tak tahu bagaimana nak memulakan….. adakah saya perlu menggunakan modal yang begitu banyak…
owh, betul tu. perniagaan internet memang tak perlu modal byk. cuma masa je yg byk habiskan. huhuhuhuu…
hm…. tak perlu modal byk nizam…. paling byk pun RM100 hehehe
tp kena ingt, liku2 memang ada. mcm2. lg2 mcm sy ni ayah sendiri kutuk sy
siapa yang tak mau kaya….macam2 dah buat semua tak menjadi. Mungkin cara yang tak betul.. ada apa2 petua tak. kalau ada leh kongsi tak. nak berenti keje mmg dah tak boleh,sbb gaji itu yang nak dijadikan modal.
kaya.. kaya jugak.. tapi kena zakat kena keluar kan jugak
kenapa org kita tak kaya2? sebab byk cakap dari bekerja. kenapa kita masih bekerja makan gaji dgn bangsa lain? kita x boleh ckp bagaimana nak jadi jutawan kalau kita masih x bergelar jutawan. Kekadang saya malu dgn bangsa sendiri bila diorang sembang pasal bisnes. pakai smart, temberang dasyat tapi poket kosong.
Jangan lupa membayar zakat bila dah kaya yer… rezeki yang kita ada hanya sementara, nikmatnya kita kongsi bersama antara yang miskin dan juga kaya. Barulah harta yang kita perolehi berkat dan di redhai Allah…
sebelum ni sya ada buat program paid to clik,..payoutnya ada yg banyak dan ada yg sikit..tapi bila dh smpai target payout..saya tak dpt nk keluarkan duit..kemudian saya jdi frust..adakah program ni benar2 boleh bagi kita duit atau bagaimana??misalnya program www.numenmail.com,fx-mails.com dll.
hrp en saiful dpt mambantu sya.
Ada tip baik untuk jadi jutawan segera. Selalu sangat dengar cerita macam nie. Tapi sehinggalah ke hari nie saya masih tercari2 info jutawan
sy brminat dalam cari duit ni..
cari duit dlm internet lak..lg sya brminat.
sya harap abg leh bantu sy k..
Salam.
Saya masih tertanya-tanya lagi ttg program ini.Sudah mendaftar tapi masih belum mendapat jawapan.Cuba hubungi tapi gagal.Harap dapat membantu jika sudi.
assalammualaikum.
en saiful perkenalkan saya ali dari brunei Darussalam. saya ingin tau dan mepastikan tentang kekayaan sama ada dari perbadi dan kekayaan dari segi kewangan.
menusia manjuga tidak mau kaya tetapi bagaimana untuk menjadi saorang kaya ini kunchi yang belum dapat dibuka dan belum pasti mcm mana mau jadi saorang yang kaya.
ada yang mengakatakan jika kita mengikuti menjadi ahli FOREX dengan melabur duit dengan sekian rupa tetapi akhir nya tumpas tempa berita dan jika orang mengakatakan dengan $20 kita melabur wang sentiasa masok account simpanan setiap hari apa kah ini menusia akan menjadi kaya apa kah benar En saiful? tlg jelaskan?
saya mau tau dan ingin menjadi saorang kaya dari segi kewangan dan dari segi hermonian dalam hidup sebagai melayu yang bertamadun.
sekain dari saya yang jauh
teriimakasih
ali :ol: