Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Tips untuk mendapatkan testimoni

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Saya ada memberitahu peserta seminar dan juga tidak silap saya terkandung dalam buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” mengenai kaedah yang boleh dipakai untuk mendapatkan testimoni.

Hari ini, saya ingin menambah perkara ini. Kita tahu testimoni adalah satu perkara yang penting jika kita berhasrat meningkatkan kadar jualan laman web kita.

Ada banyak kaedah untuk mendapatkan testimoni:
- Bagi mereka yang menjual servis digital seperti autoresponder, antara kaedah yang boleh digunakan adalah memberikan free trial untuk jangka masa tertentu.

-Bagi mereka yang menjual e-book pula, ada yang sanggup memberikan beberapa chapter percuma atau memberikan versi percuma khas kepada orang-orang yang mempunyai nama bagi mendapatkan testimoni mereka.

- Tetapi bagaimana pula untuk produk fizikal? Ya, persoalan ini yang saya akan kupaskan hari ini. Selalunya, apabila pertama kali kita menjual produk fizikal di laman web, sukar untuk kita memberikan free trial kerana margin untung yang rendah. Satu perkara lagi, adalah satu kerja yang rumit untuk menghantar produk free trial kepada pelanggan, ia memakan kos penghantaran pula.

Jadi, bagaimanakah anda fikir permasalahan ini boleh diselesaikan? Baiklah, tips hari ini adalah:

“Sebagai baru memulakan perniagaan produk fizikal diinternet, tidak semestinya anda dapatkan testimoni mengenai produk tersebut melainkan jika produk tersebut memang mempunyai testimoni. Anda boleh gunakan testimoni mengenai diri anda sebagai permulaan.

Gunakan testimoni daripada orang yang mengenali diri anda. Baik dari segi kejujuran, perkhidmatan pelanggan atau apa jua perkara yang hebat mengenai anda “
Untuk pengetahuan anda, manusia bukanlah membeli semata-mata kerana kehebatan produk tetapi mereka membeli daripada orang yang mereka yakini boleh memberikan perkhidmatan terbaik untuk mereka.

Kemudian, selepas berjaya menarik pelanggan, barulah anda dapatkan testimoni mengenai produk pula. Seimbangkan testimoni mengenai anda dan juga produk.

Begitulah tips hari ini: Untuk berniaga produk fizikal, dapatkan testimoni mengenai anda dahulu, kemudian selepas mendapat pelanggan, tambahkan testimoni mengenai produk pula.
Senang saja kan :)

Bacaan Lanjut:hartanah jutawan Perniagaan Internet rahsia buat duit dengan internet usahawan berjaya

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Satu Pos Menarik Buat Usahawan Internet
  • Tips Meningkatkan Response Rate: Audio
  • Feedback Anda Mengenai Buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” Diperlukan Di Sini
  • del.icio.us:Tips untuk mendapatkan testimoni-digg:Tips untuk mendapatkan testimoni-spurl:Tips untuk mendapatkan testimoni-wists:Tips untuk mendapatkan testimoni-simpy:Tips untuk mendapatkan testimoni-newsvine:Tips untuk mendapatkan testimoni-blinklist:Tips untuk mendapatkan testimoni-furl:Tips untuk mendapatkan testimoni-reddit:Tips untuk mendapatkan testimoni-fark:Tips untuk mendapatkan testimoni-blogmarks:Tips untuk mendapatkan testimoni-Y!:Tips untuk mendapatkan testimoni-smarking:Tips untuk mendapatkan testimoni-magnolia:Tips untuk mendapatkan testimoni-segnalo:Tips untuk mendapatkan testimoni
    Posted Thursday, February 8th, 2007 at 2:14pm
    Filed under Idea Bisnes, Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet, Sales | RSS

    11 Comments on “Tips untuk mendapatkan testimoni”

    1. Azmizam Zaman Huri

      Bagus tips ni… terima kasih

    2. Jebat Mesranet

      Pastikan produk yang dijual berkualiti. Susah sikit untuk mendapatkan testimoni jika produk kita tidak berkualiti. Cara menunjukkan produk kita berkualiti atau tidak.. kena cuba atas diri kita terlebih dahulu.. Info yang berguna :-) tq.

    3. smartzul

      Saya pernah bagi testimoni untuk satu produk fizikal ni. Dia nak bagi CD tu, tapi saya kata tak perlu sebab saya bagi testi pasal perkara yg berkaitan dengan apa yg dia jual. “kalau anda guna benda ni, anda akan dapat ini..”. :)

    4. hapisol

      tq for tips.

      testimoni yg banyak terutama sekali jika pandangan drpd pakar2 IM/bidang tertentu dan luahan ikhlas yg menyentuh hati org ramai pastinya akan menambahkan lagi keyakinan mereka utk membelinya.

    5. Zhafran

      saya pernah buat iklan servis design ebook free utk 5 org kat forum utk mendapatkan testi free masa mula2 nak bermula dulu

      btw, thanks saifulsham. great tips!

    6. Annuar Nordin

      Tip yang bagus. Bolehleh saya cuba nanti…Terima kasih.

    7. Razman Hal

      Tips yg sangat menarik. Banyak perniagaan produk fizikal di luar sana mempunyai testimoni. Lagi terkenal orang yg member testimoni, lagi banyak lah dapat jual produk.

    8. FikriFadzil

      Selalunya tidak ramai yang mangambil testimonial untuk produk fizikal. Kalau ada pun, setelah dia berjaya menjual produk tersebut kepada satu atau dua pelanggan sahaja. Ini disebabkan susah bagi mereka mendapatkan tetimonial untuk produk tersebut… tips yang saudara bagi memang boleh di guna pakai… saya akan mencubanya nanti… Insya-Allah…

    9. Mohd Ashraf

      Saya ingat produk digital saja boleh buat testimonial. Produk fizikal pon boleh ek? Rasanya kalau dapat testimonial daripada orang yang memang terkenal dalam bidang tu, lagi bagus :D

    10. nizam

      fizikal produk memang susah nak dpt kan testimoni..kalau nak kasi free awal2 (semata2 nak dptkan testimoni), susah sikit. nak kena deliver lag, itu ini..payah sikit.

      Cuma bole kasi pada kawan2 terdekat, jiran2, ahli keluarga dan minta derang bagi testimoni…
      ok gak mcm tu…cuma arap testimoni itu ikhlaslah..

    11. afzaiafandi

      Insyaallah, by April saya akan keluarkan produk fizikal saya berasaskan makanan “Dadih Segera” akan saya gunakan cara ini untuk dapatkan testimoni…terima kasih atas tips ini.

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.