Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!

Hello pembaca SaifulSham,

Saya mengambil cuti sehari daripada menulis di SaifulSham. Pertama, saya gunakan masa sehari ini merehatkan minda dan tubuh badan (sudah lebih 2 bulan saya tidak bercuti seperti ini!).

Saya hanya sempat pergi bersiar-siar dengan melihat pameran War Criminal di PWTC pagi tadi sebelum kembali membaca bahan ilmiah termasuk buku panduan kewangan dirumah. Malam ini saya akan menyambung kerja di pejabat.

Sedang saya membaca buku dirumah, teringat saya pada satu pagi hening tahun lalu, seorang lelaki menelefon saya dan bertanya mengenai seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet. Ia berbunyi seperti ini:

“En Syazwan, saya sudah membaca buku tulisan anda. Amat hebat. Saya rasa saya memerlukan bimbingan anda. Bolehkah kita berjumpa?”

Saya: “Saya agak kesibukan buat masa ini tetapi lebih baik jika saudara mendaftar dengan seminar saya di Berjaya Times Square, lebih mudah saya berikan nasihat dan mentorship program (saya memang mengutamakan peserta seminar dalam hal ini)”.

” Oh tetapi berapa ya?”

Syazwan: “RM397 sahaja”

“Mengapa mahal sangat. Tidak bolehkah diskaun lagi? Jika tidak, saya rasa, tidak mengapalah. Terima kasih ya”

Sebenarnya, ini bukan kes pertama saya menerima panggilan seperti ini. Saya sebenarnya terkilan kerana tidak ramai orang sanggup untuk membayar sejumlah harga untuk sesuatu yang bernilai.

Harga itulah adalah harga yang anda bayar untuk mendapatkan pengalaman, pembelajaran dan praktikal Team SaifulSham selama ini. Boleh dikatakan Team SaifulSham saban bulan memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku, home course dan tools-tools yang membantu dalam perniagaan internet.

Kami mempraktikkan teknik-teknik terbaik dan apa yang memberi kesan, kami masukkan dalam modul seminar. Nilai tersebut lebih daripada RM397!

Dan, adakah ramai orang sanggup melakukan seperti kami? Jawapannya mudah, tidak ramai.

Tidak ada yang mudah dalam hidup ini. Tetapi peliknya, orang kita mahukan kejayaan dengan kos, tenaga, dan pengorbanan pada harga RM 0! Itulah punca menyebabkan mengapa begitu ramai rakyat Malaysia sanggup bergadai harta bagi menyertai skim-skim gila.

Menulis di SaifulSham inipun merupakan pengorbanan kepada saya. Saya tahu, saya akan beritahu kebanyakan idea saya disini kepada umum. Saya tahu saya akan menghabiskan sekurang-kurangnya 15 minit sehari untuk menulis disini. Maka selama setahun, berpuluh jam akan dihabiskan di SaifulSham. Ia juga satu pengorbanan yang tidak ramai yang sanggup lakukannya.

Saya teringat pada waktu ketika dahulu, ketika pertama kali saya dan Sabri menceburi perniagaan internet (saya dan Sabrilah orang pertama yang melakukan di universiti saya ketika itu).

Rakan-rakan yang lain melihat kami berdua seperti orang gila. Menghabiskan masa dan wang hanya untuk belajar perniagaan internet. Ya, kami lakukan apa yang orang lain tidak sanggup. Wang biasiswa yang diberikan Petronas, kami peruntukkan untuk membeli buku dan course diinternet.

Pada cuti semester, saya dan Sabri banyak menghabiskan waktu membina laman web dan membuat promosi. Sesuatu yang jauh berlainan dimana rakan sebaya akan menghabiskan cuti dengan berehat dan jalan-jalan cari makan!

Hari ini, nama Team SaifulSham disebut-sebut oleh rektor universiti kami sendiri, disebut oleh pensyarah kami. Rakan sekeliling mula melihat kami sebagai mentor perniagaan internet. Umumnya orang melihat kami berdua sedia berjaya dalam perniagaan internet.

Tetapi, tidak, bukan mudah untuk kami capai apa yang ada hari ini. Kami melakukan sesuatu yang rakan sebaya kami tidak pernah terfikir dan sanggup lakukannya di awal dahulu.

Jadi, saya teringat kembali kepada si penelefon tadi. Saya hanya tersenyum sendiri. Bagi saya, apalah sangat melabur RM 397 untuk ke seminar yang telah melahirkan orang seperti Irwan Dahnil.

Ianya berbalik kembali pada persoalan, tidak ramai yang sanggup lakukan apa yang orang berjaya lakukan.

Sekian.

PS: SaifulSham.Co.Nz bersedia untuk dilancarkan bila-bila masa!