Tips Meningkatkan Response Rate: Audio
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Tips hari ini cukup mudah dan simple. Team SaifulSham sudah mempraktiskannya lebih 2 bulan dan hasilnya memang memberangsangkan.
Tipsnya: Letakkan audio di laman web perniagaan anda.
Tidak kira sama ada ia laman berbentuk mini site atau shopping site, ia memberi kesan kepada peningkatan pelawat laman web yang menjadi pembeli.
Oh Syazwan, tapi gimana ya mau letaknya sih ? (Saya cuba bercakap mengikut dialog Bawang Merah Bawang Putih :)).
Baik, ada banyak tempat yang anda boleh letakkan audio. Satu contohnya, saya letakkan dalam main page seminar disini.
Tiap kali pelawat membuka web tersebut, secara automatiknya audio akan dimainkan.
Tetapi ada juga tempat-tempat lain yang sesuai. Contohnya di testimonial.
Jika laman web anda berbentuk shopping site, letakkan audio sebagai pesanan daripada pengasas web tersebut (andalah!).
Saya suka untuk memberitahu anda, sebaik-baiknya, dapatkan testimoni berbentuk audio. Walaupun anda menaip testimonial, pada masa yang sama letakkan sekali audionya. (Dengan anggapan bukan semua komputer pelawat laman web anda mempunyai speaker!).
Caranya, galakkan pembeli yang telah membeli produk anda memberikan testimoni bersuara (audio). Ada tools yang boleh diletakkan di laman web anda yang membolehkan pembeli memberikan sepatah dua ucapan (testimonilah!).
Relevan meletakkan audio adalah:
Bukan semua pelawat ingin membaca surat jualan anda hingga ke hujung muka surat (saya sendiri pun malas membaca kesemuanya). Jadi, tujuan kita adalah menyakinkan mereka dengan audio.
Tips untuk merakamkan audio:
Pertama, perkenalkan diri anda (tetapi jangan melalut).
Kedua, ceritakan produk yang ingin dijual dan kebaikannya kepada pengguna.
Ketiga, galakkan mereka untuk membeli dengan menekan button pesanan.
Selalunya, panjang sebuah audio adalah dalam lingkungan 2-4 minit bergantung kepada berapa lama anda mengambil masa untuk menghabiskan sesi ucapan anda :).
Jangan menggatal untuk bercakap lebih daripada itu. Selebihnya dikira ceramah dan sesi anda melalut.
Baik, itu sahaja tips di hari minggu ini. Selamat Bergembira bersama keluarga. Dan Selamat Tahun Baru Cina (saya harap sayalah orang terawal membuat ucapan!).
Sekian.
Bacaan Lanjut:jutawan internet pemasaran Perniagaan Internet Syed Mokhtar Al Bukhari usahawan berjaya

February 11th, 2007 at 3:50 pm
Saya sudah mendapatkan perisian audio tu. Sikit masa lagi nak letak audio pada laman web saya. Apa pendapat saifulsham sebab ada juga dikalangan pelawat yang tidak suka audio autoplay ini ‘memekak katanya’. Sebab saya ada pengalaman tentang benda ni. Mungkin saya akan letakkan audio yang hanya dimainkan secara manual
February 11th, 2007 at 9:25 pm
ooo… saya pun cadang hendak buat macam tu. Cuma tak tahu caranya saje…
February 11th, 2007 at 11:53 pm
testing testing
February 12th, 2007 at 7:22 am
testing testing
February 12th, 2007 at 7:25 am
Aa..baru boleh nak mengomen di blog SS ni
Tips yang bagus..tp kena upah org la kalau nak buat audio2 ni sbb suara pun kena menarik perhatian jgk
February 12th, 2007 at 9:06 am
kita belajar macam mane nak bercakap dgn penuh keyakinan, kita praktiklah berkomunikasi dgn berkesan.
February 12th, 2007 at 10:55 am
Berkomunikasi ada macam-macam cara… salah satu daripadanya ialah seperti mana yang di beritahu oleh SS… cara komunikasi yang mereka kemukakan dalam post blog ini memang berkesan. Anda mudah memenangi hati bakal pelanggan anda kerana kata-kata bukan sahaja menggunakan susunan ayat, malah di adunkan sekali dengan intonasi suara yang berlainan. Ini membuat cara tersebut memang efektif.
February 12th, 2007 at 11:44 am
dah boleh komen dah..Tu la “preoccupied” sangat godek blog (Iklan NSTP)…:p Jangan mare ye SS..
February 12th, 2007 at 2:27 pm
Setuju dengan Jebat MesraNet. Beri pengunjung web pilihan untuk dengar audio atau tak. Kadang2 kita surf dekat public, kalau auto play nanti takut ganggu orang lain.
February 12th, 2007 at 3:26 pm
Just to share my first experience… Sape2 x pernah buat rakaman suara sendiri, mesti tergelak besar kalau dengar suara sendiri berkumandang.. sengau semacam jek
February 12th, 2007 at 4:58 pm
alhamdulillah, dah boleh komen kat sini.
selepas call cik azy, (merdu juga suaranya)
saya lega sikit,
maklumlah dah jadi habit
komen kat sini.
ops, audio, lepas ni saya akan gunakannya.
tapi mcm mana nyer, nak buat?
suara? tak sedap pun takpa,
yg penting mesejnya, pendengar faham, ok tak?
February 12th, 2007 at 5:38 pm
Sham,
sekarang baru ada masa nak godek-godek bila Syazwan kerap buat posting…
Godek2 pun berbaloi Sham. Dulu ada 300+ page je dalam Google, sekarang dah jadi 600+.
Kepada semua,
Maaf sebab saya bermain-main dengan komen. Saya tak sedar sangat sebab saya tak pernah log out. Semalam baru sedar. Terima kasih kepada Irwan, Jebat, Zhafran & Hapisol yang menghubungi untuk beritahu.
February 12th, 2007 at 9:42 pm
takpa, yg penting objektif anda tercapai.
cuma saya suspend jer coz takleh komen.
tu yg nekad call cik azy.
February 12th, 2007 at 11:56 pm
kadangkala suara juga memain peranan yang penting