Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Tips menjual beribu-ribu lemon

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Hari ini, sepintas lalu, saya kongsikan satu tips yang baik bagi meningkatkan jualan produk digital diinternet terutama buat usahawan info product.

Saya tidak mahu menamakan ia $ 7 Dolar Secret, $ 8 Dolar atau apa-apa nama. Setiap daripada internet marketer yang saya kenal mempunyai cara dan pendekatan masing-masing bagi menambahkan jualan.

Ada yang sanggup menjual pada harga $ 1 Dolar! Ada yang meletakkan harga sehingga USD 97, 997 dan lain-lain.

Cuma saya lebih sukakan dengan pendekatan begini:

Pecahkan produk digital anda kepada beberapa bahagian. Kaedah ini adalah sedikit berlainan daripada strategi 3S Pricing Strategy (yang digunakan Irwan Dahnil).

Pertama, jualkan ebook versi asas pada harga yang rendah. Mungkin 7,8 atau 9 Dolar. Kaedah ini adalah untuk menarik perhatian pelawat laman web membeli sesuatu yang murah.

Strateginya begini, orang tidak kisah mengeluarkan 7,8 Dolar tersebut. Jadi, strategi ini adalah untuk mendapatkan volume.

Sebab, pembeli diinternet ini boleh dibahagikan kepada 2 golongan:

1) Orang yang hanya suka membeli barangan murah.
2) Orang yang tidak kisah membeli walau apapun harga.

Strategi ini lebih menumpukan untuk menarik golongan pertama tadi. Sebab, golongan kedua sudah pasti akan membeli.

Tetapi, kita bukannya akan kekal dengan harga tersebut.

Kemudian, mungkin seminggu, 2 minggu atau 3 minggu kemudian, tawarkan versi lengkap. Yakni, versi penuh ebook tersebut. Mungkin juga boleh diselitkan bonus-bonus lain.

Anda boleh meletakkan harga anda. Mungkin dijual pada 67, 87 dolar. Tujuannya adalah untuk menarik golongan pertama tadi membayar lebih kepada anda. Golongan kedua bukan menjadi masalah kepada anda.

Untuk tips kali ini, jika golongan pertama tadi tidak mahu menaikkan versi lengkap, its OK. Mungkin sudah begitu gaya hidupnya diinternet, tidak mengapalah. Tetapi anda sudah mendapatkan jualan daripada mereka. Itu sudah begitu baik sekali.

Dan jika golongan pertama ini berhasrat menaik tarafkan versi ebook mereka, itu adalah bonus!

Baiklah, itu sahaja tips saya kali ini. Amalan yang saya selalu gunakan:

Gunakan kreativiti anda dalam meletakkan harga. Gunakan ia untuk menjual beribu-ribu lemon (produk andalah). Untuk mengatakan harga 7 Dolar adalah harga terbaik masa kini, tidak juga.

Untuk mengatakan harga berpuluh Dolar adalah harga terbaik, tidak juga.

Jadi, cari jalan supaya produk anda boleh dijual pada harga murah dan pada harga mahal.

Sekian.

Pencita Internet Business,
Syazwan.

Bacaan Lanjut:akademi fantasia jutawan hartanah kisah kejayaan nazmi salleh Perniagaan Internet raja lawak usahawan internet

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Rakaman MP3 Tips-Tips Perniagaan Internet SaifulSham
  • “Iklan – Penjana perniagaan”
  • Cara Menjual DVD Cetak Rompak Di Internet Dan Menjadi Jutawan
  • del.icio.us:Tips menjual beribu-ribu lemon-digg:Tips menjual beribu-ribu lemon-spurl:Tips menjual beribu-ribu lemon-wists:Tips menjual beribu-ribu lemon-simpy:Tips menjual beribu-ribu lemon-newsvine:Tips menjual beribu-ribu lemon-blinklist:Tips menjual beribu-ribu lemon-furl:Tips menjual beribu-ribu lemon-reddit:Tips menjual beribu-ribu lemon-fark:Tips menjual beribu-ribu lemon-blogmarks:Tips menjual beribu-ribu lemon-Y!:Tips menjual beribu-ribu lemon-smarking:Tips menjual beribu-ribu lemon-magnolia:Tips menjual beribu-ribu lemon-segnalo:Tips menjual beribu-ribu lemon
    Saya Tidak Mahu Baca Artikel Seperti Ini LagiTerima kasih Kerana MenulisArtikel Ini Bagus, TQ!Saya Banyak Belajar Dari Artikel Ini!Saya Mahu Lagi Banyak Artikel Macam Ini (2 undi, purata: 4 dari 5)
    Loading ... Loading ...
    Posted Saturday, February 17th, 2007 at 1:13pm
    Filed under Idea Bisnes, Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet | RSS

    10 Comments on “Tips menjual beribu-ribu lemon”

    1. syia

      syia suke dgn tips kali ini, selain no. 1 itu utk dapatkan volume kira kite juga boleh dpt opt in mail ;)

    2. naz

      Aikk? dah lain rupa bentuk blog ni? :roll: saya sorang ke nampak benda ni atau….

      takpelah, apapun isinya yang penting..

    3. Zhafran

      Tips yang bagus. Memang tak semua org mampu beli sesuatu produk pada sesuatu harga. Lain org lain citarasa. So variasikan harga & ‘citarasa’ produk untuk tingkatkan sales :grin:

    4. poje

      askum team saifulsham..

      satu lg tips yg berguna drp anda..produk dengan 2 harga berbeza memberi peluang kepada pembeli samada memilih yang murah atau mahal..

    5. Helmi Hakim

      Tahniah Syazwan atas idea anda yang baik :)

    6. Irwan

      Terima kasih kepada Team Saifulsham atas info yg padat dan menarik. Semoga perkongsian idea-idea
      hebat anda …dapat memberi dorongan dan motivasi kepada semua pencinta2 bisnes internet. http://www.saifulsham.com/wp-includes/images/smilies/icon_lol.gif
      :lol:

    7. smartzul

      Cara saya pula, saya pecah-pecahkan satu produk kepada beberapa bahagian dan namakannya Pakej. 1st launch RM3XXX dalam

    8. Jebat Mesranet

      Lain orang lain caranya dalam meletakkan harga. Irwan dahnil mnegunakan mukadimah dalam produk pertama beliau.. manakala yg betul-betul mengajar dalam perniagaan sms akan dilancarkan pada bulan mac tak silap saya. Rasanya pelanggan yang membeli produk pertama akan membeli produk kedua walaupun harga mahal sikit :smile:

      Dr Irfan sebelum meletakkan harga poduk cara promosi memberi peluang pada pembaca blog meletakkan harga. Rata-rata tak kisah berapa harga ebook tu. Walaupun ada sebilangan kecil nakkan harga murah. Sekurang-kurangnya Dr.Irfan dah ada market kat situ walaupun harga yang diletakkan mahal sikit. Teknik nie nampak berkesan :smile:

      SmartZul menggunakan pecahan produk dan ruangan support untuk pembeli. Menjadikan produk Zul seperti over diliver. Harga mahal seakan murah. :smile:

    9. nizam

      tips yg bagus utk org membeli produk kita. Ada yg guna OTO (one time offer), pastu lepas OTO, ada 2nd offer pulak dan pastu ada 3rd offer pula. Itu semua berlaku pada satu masa. ini teknik yg digunakan oleh salah sorg internet marketer US.

    10. qebalt

      tp la, kalo dh berjaya jual brng2 yg murah, x bleh la berterusan teruskan. x berkembanglah business camtu. tp, noobs mcm aku, jual benda kecik2, ok la, at least dpt duit, hahaha.

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.



    Close
    E-mail It