Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Syarikat| Staff | Pelan

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Saya tidak bercadang menulis mengenainya hari ini (mungkin juga pada masa hadapan), tetapi memandangkan terdapat beberapa perkara yang boleh membawa manfaat kepada semua, jadi saya pun tulislah ia!

Jika sebelum ini saya banyak menulis mengenai perniagaan internet, sekarang mari kita lihat pula bagaimana untuk men’formal’kan perniagaan internet kita!

4 tahun lalu, saya dan Sabri memulakan perniagaan internet tanpa arah tujuan. Maksud saya, kami tidak tahu dimana kami akan berada satu hari nanti. Tujuan sebenar waktu itu adalah untuk menambah wang saku poket di universiti, jika menjadi kaya itu sudah satu bonus hebat!

Bercakap untuk 4 tahun lalu, tidak ada dalam perancangan kami untuk membuka sebuah syarikat seperti hari ini. Mahupun mengambil sebarang staff, hatta memiliki sebuah pejabat kecil.

Minat memulakan bisnes secara formal hanya timbul 2 tahun yang lalu. Selepas saya melihat seorang pelajar senior di universiti saya, Husam yang mempunyai sebuah syarikat ternakan kambing Boa, saya berminat untuk belajar bagaimana untuk menformalkan perniagaan internet saya ketika itu.

Hanya pada tahun yang lepas saya mendaftar secara rasmi nama syarikat SaifulSham Consultants. Itupun selepas beberapa nama lain telah di’reject’ oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Jika anda bertanya kepada saya, apakah perlu anda juga mendaftar syarikat sedangkan perniagaan internet boleh dimulakan tanpa mempunyai syarikat? Jawapan sebagai rakyat Malaysia yang patuh kepada undang-undang, adalah YA! :shock:

Jawapan lain pula, tidak perlu pun tidak mengapa, tetapi anda akan merasakan keperluannya pada satu ketika anda berkembang. Baik, kita teruskan cerita kita…

Sebelum saya membuat keputusan untuk menggaji seorang pekerja, pertama saya melihat dimana kedudukan kewangan saya berada. Dan juga dimana perniagaan saya berada.

Sebab lainnya, saya dan Sabri sudah tidak mampu menguruskan kesemuanya serentak. Bukan disebabkan pemalas tetapi faktor sebagai seorang pelajar juga banyak mempengaruhi keputusan kami berdua. Kesuntukan masa untuk menguruskan semua hal menyebabkan kami mengambil keputusan drastik mengambil staff.

Satu sebab lagi, banyak perkara menjadi berterabur apabila kami cuba melakukan banyak kerja dalam satu masa.

Bagi saya, tidak mengapa saya membayar gaji jika pekerja saya mampu membawa hasil lebih daripada itu (dan itu sememangnya sudah berhasil!). Pengalaman pertama saya menjadi majikan adalah, anda tidak boleh langsung mengharapkan pekerja anda tahu apa yang diinginkan anda di awal mereka bekerja melainkan mereka pernah bekerja di syarikat yang sama seperti anda.

Walaupun mereka datang dari universiti Harvard sekalipun, anda masih perlu memberikan tunjuk ajar kepada mereka. Kesalahan adalah perkara biasa dilakukan staff anda tetapi pastikan ianya tidak berulang-ulang (ingat, kesalahan adalah satu kos kepada perniagaan anda).

Kelebihan mengambil staff adalah, jika dia bekerja 8 jam sehari, bermakna anda telah menjimatkan 8 jam hidup anda untuk melakukan perkara yang lebih penting.

Baik itu cerita staff. Sekarang kita ceritakan pula percancangan syarikat. Apabila anda sudah mempunyai entiti perniagaan secara formal (mempunyai staff dan pejabat), anda harus menyediakan pelan perancangan perniagaan. Sebaik-baiknya anda sudah harus mempunyainya untuk sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini (jika tidak, anda tidak ada tujuan pasti tentang hala tuju syarikat anda).

Back up plan juga penting. Jika ada beberapa projek yang mungkin tidak siap mengikut tarikh atau tertunda, apakah projek lain yang mampu menampung pendapatan syarikat anda.

Ingat setiap transaksi perlu direkodkan. Ia dibuat untuk mengukur sejauh mana syarikat anda berkembang, dan sejauh mana ‘kesihatan’ kewangan syarikat.

Topik kali ini nampak lebih serius dan itulah sebenarnya yang harus dilakukan jika anda serius untuk mengembangkan sayap perniagaan anda. Saya tidak bercerita secara lebih detail (akan saya ceritakan kemudian hari) tetapi anda harus tahu ianya bahawa bukan semudah yang difikirkan.

Saya pernah mendengar rungutan graduan yang mengganggur mengatakan begitu payahnya untuk mendapatkan kerja, macam-macam rungutan, majikan tidak suka penampilan lah, tidak layaklah dan banyak lagi.

Sebenarnya saya ingin beritahu mereka, lebih payah sebenarnya untuk menjadi majikan. Sebab itulah, bukannya boleh sesuka hati majikan mengambil pekerja! Kesilapan mengambil pekerja akan menganggu proses perjalanan sebuah syarikat.

Dalam sesi yang akan datang, saya akan tulis secara lebih detail kepada anda, bagaimana proses perjalan sebuah syarikat formal.

Sekian,
W.M.Syazwan

———————–
Tambahan Dari Sabri

Kebetulan pula. Sebenarnya saya baru sahaja menerangkan sesuatu kepada staff kami, berkenaan perkara lebih kurang ini juga. (itu kelebihan “indirect” menjadi apprentice kami, segala pengalaman dan knowledge kami, kami tidak lokek berkongsi)

Btw, sebenarnya saya sibuk sangat dan tiada masa untuk menulis, saya akan cuba beri dalam bentuk tips.

1) Ingat Principle Pertama. Start Small, Finish Big.
Ramai usahawan internet dan protege-protege kami yang telah berjaya mengamalkan konsep, Start Small, Stay Small. Jika anda start small, stay small anda akan terlepas banyak peluang dan anda merisikokan perniagaan dan pelaburan yang anda telah lakukan.Internet sentiasa berubah saban hari dan syarikat gergasi korporat mula menyedari kepentingan Ecommerce kepada perniagaan mereka.

DRB Hicom bercadang untuk membeli Proton antara salah satu sebabnya untuk melindungi pelaburannya dalam bidang automotif yang lain. Mereka terpaksa berkembang kerana jika tidak mereka boleh ditinggelami pesaing! :?:

Kalau boleh, jadilah seperti Lelong.com.my @ walaupun Ebay.com.my masuk, mereka tidak terancam sebagai laman lelong pilihan ramai pembeli online di Malaysia. Untuk jadi seperti Lelong, anda tidak boleh Start Small, Stay Small. Ia satu kerugian kepada negara dan juga anda sendiri.

2) Cara yang paling mudah adalah kita melihat sendiri contoh yang sudah sedia ada. Dan untuk menggambarkan situasi ketika ini, mari kita lihat Industri Perniagaan Internet Amerika Syarikat 10 tahun dahulu. Jika anda Start Small, Stay Small, anda akhirnya akan menjadi seperti Usahawan Internet Veteran sekarang ini yang kadang-kadang kita dengar namanya dan kadang-kadang tidak. Kita perlu proaktif untuk kekal dalam target market kita. Antara contoh Usahawan internet cum businessman yang bagus untuk kita contohi adalah:

Mendiang Corey Rudl atau orang kanannya, Derek Gehl.

Belajar dari tindakan mereka dan fahami kenapa mereka mengambil sesuatu tindakan itu. :)

Yang Menambah,
Sabri

Bacaan Lanjut:gradua menganggur kejayaan Keusahawanan panduan usahawan pelan perniagaan tips perniagaan usahawan berjaya

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Outsource memang menjimatkan!
  • Tips Mendapat Layanan Mesra, Cepat & Tepat
  • MLM & Sistem Basket
  • del.icio.us:Syarikat| Staff | Pelan-digg:Syarikat| Staff | Pelan-spurl:Syarikat| Staff | Pelan-wists:Syarikat| Staff | Pelan-simpy:Syarikat| Staff | Pelan-newsvine:Syarikat| Staff | Pelan-blinklist:Syarikat| Staff | Pelan-furl:Syarikat| Staff | Pelan-reddit:Syarikat| Staff | Pelan-fark:Syarikat| Staff | Pelan-blogmarks:Syarikat| Staff | Pelan-Y!:Syarikat| Staff | Pelan-smarking:Syarikat| Staff | Pelan-magnolia:Syarikat| Staff | Pelan-segnalo:Syarikat| Staff | Pelan
    Posted Wednesday, February 28th, 2007 at 1:13pm
    Filed under Idea Bisnes, Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet | RSS

    7 Comments on “Syarikat| Staff | Pelan”

    1. musputra

      selama ni kita telah biasa menjadi pekerja dan level pemikiran saya setakat pekerja dan napa tu napa nih tapi tak pulak kita pk sebagai majikan pula kan. Elok juga ada syarikat sendiri tapi buat permuaan biar establish dulu :smile:

    2. tazamfn

      saya setuju ngan musputra kekadang kita mesti fikir cara majikan pula what they espect from us daripada asyik kita fikir what they can give us. Topik menrik minggu ini dari team shaiful sham

    3. mirul

      emm. topik yang sangat menarik.. satu perkongsian pengalaman yang sangat berguna terutamanya untuk usahawan-usahawan internet yang masih baru.. syabas SaifulSham!

    4. hapisol

      setakat hari ni,
      saya hanya mampu buat seorang diri saja ebiz ni.
      kelak, bila dah ada modal lebih sikit,
      pastinya saya akan ikut jejak langkah anda berdua.
      tq for info.

    5. Jebat Mesranet

      Buat masa ini tak terfikir lagi nak ambil rakan partner apatah lagi perkerja sendiri. Esok kalo dah berjaya dan dah tak cukup tangan.. semua ini boleh dipertimbangkan. Buat masa ini nak gerak sorang-sorang dulu :grin:

    6. nizam

      bagus. tips nak menguruskan sesebuat organisasi. banyak perkara kena ambil kira.

    7. Rahsia Peluang Perniagaan Internet Tips Buat Duit Usahawan Internet » Archive » Cara Mudah Mendapatkan Modal Untuk Mula Bisnes

      [...] kambing (ada seorang pelajar UTP yang berjaya dalam bisnes ini ketika masih belajar lagi, Syazwan pernah menulis mengenaiinya). Saya tahu beliau ini boleh diharap dan betul-betul passionate. Beliau telah memberitahu saya [...]

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.