Tips menulis sales letter : If too good to be true,….
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Minggu ini SaifulSham jarang diupdate disebabkan kesibukan saya dan Sabri dengan tugasan masing-masing. Beginilah akan terjadi apabila anda mempunyai tanggungjawab terhadap syarikat anda (ingat pos yang lalu).
Mungkin selepas Sabri berumah tangga kelak, segala-galanya akan bertambah lebih sibuk
.
Baik, sepintas lalu, hari ini saya akan memberikan tips yang simple sahaja (tetapi selalunya yang simple lah yang banyak memberi kesan). Menurut Mike Filsamie dalam ButterflyMarketing, perubahan yang kecil akan membawa kesan yang besar mengikut peredaran masa.
Untuk memudahkan pemahaman, saya berikan contoh seharian dalam kehidupan anda. Bagi sesiapa yang sudah berkahwin, cuba lihat kembali zaman cinta anda.Haha.
Dengan mungkin tidak mengungkapkan perkataan “Will you marry me/Will you be my wife” - hanya beberapa patah perkataan ini, si dia mungkin tidak menjadi isteri anda dahulu.
Itulah yang dikatakan, dengan sedikit perubahan, kesannya adalah besar mengikut peredaran masa. Baik, berbalik kepada topik kali ini:
Jika anda mempunyai masalah menaip sales letter yang bagus, terutama jika produk atau servis yang ingin dijual tersebut mempunyai beberapa ‘kecacatan’, jangan menutup kecacatan tersebut dengan ungkapan yang manis-manis seolah-olah ianya sempurna.
Tetapi, gunakan ‘kecacatan’ sebagai kelebihan anda. Bagaimanakah begitu?
Katakan jika anda menjual e-book cara-cara menjadi kaya…..Katakan……. Anda mungkin boleh menggunakan teknik ini…
“….. Jika anda mahu menjadi jutawan dalam tempoh 30 hari, jika anda mahukan rahsia meraih RM1 juta dalam seminggu, jika anda mahukan wang bekerja untuk anda sepanjang malam, jika anda kaya sekelip mata, disinilah bukanlah tempat ideal untuk anda.
Tetapi jika anda mahukan teknik serta langkah satu persatu bagaimana memulakan perniagaan internet yang menguntungkan (dengan disertai video tutorial),maka anda sudah berada ditempat yang tepat. Dengan mengikuti langkah kami, adalah tidak mustahil untuk anda menjadi seperti protege-protege kami yang lain……”
Jangan sekali-kali menulis seolah-olah produk/servis anda terlalu indah untuk menjadi kenyataan (too good to be true) seperti begini:
” Saya akan menunjukkan bagaimana saya meraih RM1 juta dengan mudah, tanpa perlu bekerja mudah, tanpa sebarang modal, dan anda dijamin untuk meraih perkara yang sama dengan saya…”
Kebanyakan produk/servis cuba menutup ‘kecacatan’ mereka dengan mereka-reka sesuatu yang indah, sesuatu yang menurut logik akal tidak akan berlaku. Walaupun akan ada yang akan terpedaya dengan janji manis sebegini, tetapi sudah tentu mereka tidak akan terpedaya untuk kali kedua (jika anda mengeluarkan produk seterusnya).
Tetapi dengan menutup ‘kecacatan’ secara berhemah, menukarkannya ‘kecacatan’ tadi kepada kelebihan, ianya akan menjadi lebih menyakinkan.
Itulah tips ringkas saya hari ini.
P/S: Sebab itu saya tidak pernah membuat mana-mana pelaburan diinternet terutamanya HYIP, sebab mereka “too good to be true”
.
Sekian,
W.M.Syazwan
Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet, Sales | RSS


















Thanks, Syazwan.Satu post yang membuka minda saya bagaimana untuk membuat salesletter berkesan
Arigato!
saya pun tidak berminat dengan pelaburan internet, tak tau pasal apa…
Ya.. tips menulis sales letter yang bagus.. inilah dikatakan salah satu “rahsia” menulis sales letter berkesan
Saya ingat Syazwan + Sabri ni jodoh dah dekat laaa…
kalau salesletter melampau, susah nak percaya. kena siasat lebih.
Irwan: Haha yeke, Sabri dulu..
sales letter seminar saifulsham mmg mengancam..sekali baca je dah konpem nak pegi seminar..hehe
[...] sementara anda menunggu artikel saya yang seterusnya, mungkin artikel dari Syazwan mengenai tips menulis salesletter ini boleh mengisi masa lapang [...]