Fenomena cepat kaya|Skim pelaburan diinternet
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Saya sebenarnya ada perkara lain untuk diceritakan untuk pos kali ini (mengenai perniagaan internet), tetapi saya agak kecewa apabila ramai rakan saya terpedaya untuk menjadi OKB (Orang Kaya Baru) dengan membuat pelaburan yang tidak diketahui diinternet.
Oleh sebab kami sedang menjalani industrial training, mungkin ramai daripada rakan saya tidak dapat berjumpa saya untuk memberikan nasihat kepada mereka (jika diuniversiti, saya banyak membantu mereka dalam hal perihal internet).
Minggu lalu sahaja, saya menerima tidak kurang 3 sms daripada rakan-rakan yang menjalani industrial training di tempat lain meminta pendapat saya akan pelaburan entah apa-apa.
Masalahnya, staff di tempat kerja merekalah yang cuba mencocok-cocok mereka menyertai program tersebut. Walhal, mereka (staff tersebut) semua adalah jurutera berpengalaman dan berpelajaran tinggi.
Tidak cukup dengan itu, saya mendapat tahu, hatta rakan saya yang top scorer (setiap semester dean list) pun turut terjebak. Bertambah buruknya, ibubapa mereka pun diheret menyertai kancah pelaburan yang tiada jaminan.
Itu baru lingkungan rakan-rakan sebaya saya. Saya berfikir, mungkin diluar sana, musibahnya lebih besar. Saya tahu ianya pasti lebih besar kerana dimana-mana saya bercakap mengenai perniagaan internet, ada sahaja yang mengaitkan cakap-cakap saya dengan pelaburan internetlah, MLM lah dan bermacam-macam skim yang saya sendiri tidak tahu kewujudannya.
Fenomena ingin cepat kaya. Apa pandangan Team SaifulSham?
Saya sebenarnya sudah lali untuk bercakap mengenai perkara ini. Tetapi, disebabkan hampir setiap minggu ada sahaja saya mendengar orang-orang yang terkena, saya perlu menggunakan pengaruh blog ini untuk menjawab kekeliruan ramai orang.
Ramai sebenarnya berkali-kali meminta pandangan kami mengenai situasi ini. Jadi, biarlah saya menjawabnya, tolonglah jangan sertai mana-mana program pelaburan diinternet.
Bagi saya, kalau benarlah program tersebut membuatkan orang cepat kaya, Warren Buffetlah orang pertama akan melaburnya. (Warren Buffet adalah orang kedua terkaya didunia dengan kekayaan daripada pelbagai jenis pelaburan).
Dan saya cukup benci apabila orang-orang kuat program pelaburan diinternet menyalahgunakan quote-quote seperti:
“Hanya orang yang berani mengambil risiko sahaja akan berjaya”
“Orang lain buat duit, anda buat alasan”
“Money can make money”
Semuanya untuk menarik orang lain turut terjebak dengan program pelaburan mereka.
“Baik, jika ya program tersebut adalah scam, senaraikan”
Baik, senang sahaja, apa sahaja pelaburan diinternet itulah dia. Itu jawapan ringkas saya.
“Aku sudah kaya dengan program tersebut, apa lagi bukti yang anda mahu?”
Saya ingin anda menghantar proposal ke Bank Negara untuk meluluskan program tersebut di Malaysia secara sah atas alasan, anda sudah menjadi jutawan. Disebabkan anda menggunakan quote diatas untuk menarik ahli, maka, sebagai orang ‘berjaya’, anda harus berani mengambil risiko untuk menghantar proposal ke Bank Negara.
Bawalah ’syarikat’ program tersebut ke Malaysia, beroperasilah dengan lesen. Maka, akan lebih ramai jutawan di Malaysia, makin makmurlah ekonomi negara kita. Dan, sayalah orang pertama akan menyertainya jika ia mendapat lesen yang sah.
“Pengurus Bank **** pun masuk, Dato’ XYZ pun masuk, Tan Sri !@@ juga masuk, apa lagi mahu dibuktikan?”
Satu pernyataan paling tidak bijak. Taktik ini sudah banyak dilakukan oleh orang-orang MLM palsu. Mereka akan menggunakan nama orang berpengaruh untuk mengajak anda menyertai program pelaburan mereka.
Walhal, ia hanya daripada mulut mereka sahaja. Tidak ada bukti jelas orang-orang berpengaruh menyertai program mereka. Senang sahaja, tanyalah mereka, “Apakah bukti orang-orang tersebut masuk?”
Jawapan yang biasa akan didengari anda adalah…
“Si Abu cakap…
“Adalah, bapa saya kawan baik dia….
“Memangla dia masuk, aku sendiri tengok dia join seminar….
“Janganlah anda bising, kalau ya pun, pergilah membantah KWSP, ASB. Mereka lagilah haram”
Jawapan ini sebenarnya diberikan semata-mata untuk menghalalkan pelaburan mereka. Apabila kita mengajukan soal haram, mereka akan membangkitkan perkara ini.
Apabila perkara ini dibangkitkan, maka adalah lebih baik kita berundur daripada berbalah dengan mereka. Sebabnya, mereka sudah pasti tidak dapat dinasihat lagi.
Ucapkan Salam Jutawan dan berlalulah pergi.
Seperkara lagi, senang sahaja untuk mengenal orang-orang seperti ini, mereka selalunya terdiri daripada orang-orang yang pernah menceburi bidang autosurf (satu ketika dahulu) dan orang yang sudah banyak portfolio pelaburan diinternet sebelum ini.
Jalan penyelesaian:
Saya tidak nampak jalan penyelesaian yang total. Saya sudah kenal skim cepat kaya sejak dari kecil lagi. Seperti mana kita berevolusi, skim ini juga berevolusi mengikut zaman.
Internet adalah satu cara paling mudah untuk mengembangkan program pelaburan skim cepat kaya. Senang untuk menyorok dan senang untuk melesapkan duit anda.
Kejahilan dalam ilmu kewangan dan perniagaan adalah satu sebab mengapa ramai rakyat Malaysia menceburi pelaburan diinternet. Tidak hairan, ada ustaz, pensyarah, jurutera, lawyer, malah rakan saya yang top scorer menyertainya.
Mengikut pandangan saya, kita mungkin boleh membantu rakyat Malaysia yang lain dengan menghindarkan diri daripada skim-skim entah apa-apa ini.
Caranya, kita kutip dana sedikit daripada setiap orang, dan gunakan dana itu untuk memberikan informasi kepada rakyat Malaysia. Informasi bolehlah melalui pamplet, ebook, atau apa jua bentuk media.
Dan, gunakan dana itu untuk memasarkan informasi tersebut. Salah satunya dengan menempah iklan diakhbar atau akhbar online.
Untuk tujuan ini, Team SaifulSham akan menyediakan satu lagi report revise edition mengenai skim cepat kaya dalam masa terdekat ini.
Sekian.
Bacaan Lanjut:

March 20th, 2007 at 2:36 am
memang ramai orang di luar sana mudah terpengaruh dengan skim skim cepat kaya ni, pantang di sebut saja, dapat untung dalam 40 hari, 30 hari dan yang penting tidak perlu buat apa-apa, duduk saja dapat duit pasti orang nak join. Tetapi yang masuk duitnye penganjur skim tu. Memang tidak di nafikan ramai yang join adalah orang yang berpelajaran, orang yang bergelar ustaz pun join,entahla…heran2. semua nak cepat kaya nih. Jika nak melabur selidik dahulu kemana duit itu dilaburkan.
March 20th, 2007 at 8:29 am
“Janganlah anda bising, kalau ya pun, pergilah membantah KWSP, ASB. Mereka lagilah haramâ€
Kalau orang Islam, saya selalu jawab - ‘Kedai mana yang kita akan masuk, kedai yang orang pakai tudung @ kopiah berlogo Jakim ke, atau kedai orang yang bermata sepet dan tulisan sign board berkotak2 ?’
p/s : Hanya sekadar analogi, tiada niat utk menghina sesiapa…
March 20th, 2007 at 11:28 am
KIAMAT SUDAH DEKAT!!!
Insaflah wahai ummat. Nabi SAW pernah berpesan, di akhir zaman akan wujud 73 golongan, dan hanya 1 golongan yang kan terselamat… Wallahu’alam.
Jadi, saya juga sering buat komen kat mana2 tentang hal ini dan banyak hantar sms kpd kawan2. Yang penting bagi saya, sampaikanlah walau sepatah perkataan. Depa tu nak ikut ke tak bukan kerja saya lagi. Yang penting bila ditanya di akhirat nanti, semoga saya mampu menjawabNya insyaAllah. Hidup susah sikit pun takperla, hutang belum setel lagi pun sabarlah yang penting kita tengah usahakan satu cara HALAL untuk langsaikan hutang. Ilmu ada pada mereka yang tahu/pakar.
Sama-samalah kita war-warkan berita ini semoga kita semua selamat di sana nanti. Wallahu’alam…
March 20th, 2007 at 12:31 pm
saya tak tahu nk kata apa kali ni..post anda kali ini mempunai maklumat/info yg sgt berguna..good job team saifulsham..
ps: melaburlah dlm kwsp@asb@ pelaburan yg disahkn kerajaan..jgn asyik nk jd OKB je..

March 20th, 2007 at 6:38 pm
Betul tu… jgn main labur jer…
March 20th, 2007 at 7:04 pm
masyarakat sekarang mmg sangat mudah terjebak. kenapa saya kata begitu.?? sebabnya.. upline mereka mmg sudah dapat keuntungan dari pelaburang yang disertai. bukti dapat di tunjuk daripada akaun bank mereka yang penuh dengan wang datang dari progrem itu. itu sbbnya. mmg dapat duit betul-betul. bukan saya nak promote benda alah ni.. tapi kita yang beragama islam perlu tau di mana duit dilaburkan? halalkah duit yg diterima? itulah.. tepuk dada tanya selera..
http://mengintaipeluang.blogspot.com
March 20th, 2007 at 10:17 pm
pade saya pulak. ok jek dorang nak join. at least dorang dpt belajar ‘the hard way’ if the program turns out to be upside down. pasal halal haram tu kita bagi org yg ‘bertauliah’ komen. islamic finance is still an infant in a conventional world.
March 21st, 2007 at 9:46 am
telah terbukti memang haram dari sudut islam. bukan kita bercakap kosong, hanya berdasarkan akal, tetapi semua berdasarkan hukum dan dalil..masin-masing ada pandangan, dan saya pun ada pandangan yang tersendiri. bila memperkatakan kewangan islam masih kecil dan ia dijadikan alasan untuk membenarkan konvensional digunakan, itu sebenarnya cuba lari dari hukum yang telah ditetapkan oleh agama. dulu masih boleh diconsider sebagai harus kerana tiada langsung kewangan islam di malaysia, tapi sekarang semua bank di malaysia sudah ada menyediakan perkhidmatan kewangan islam. sampai bila islam nak dominan kalau kita masih menyokong konvensional. itu yang mesti kita fikirkan…ini hanya berdasarkan pandangan dan apa yang telah saya pelajari..
p/s-biarlah miskin asalkan rezeki halal.
p/s-berkata berdasarkan ilmu, bukan hanya berdasarkan akal
March 21st, 2007 at 11:46 am
[...] pula dihirau betul atau salah. Halal atau haram. SmartZul ada sebut dalam blognya. Begitu juga Team SaifulSham dalam blog mereka. Apatah lagi rujukan utama tentang hal ini dalam web Ustaz Zaharuddin. Segalanya diterangkan [...]
March 21st, 2007 at 11:47 am
Anda nak baca lebih banyak lagi alasan2 yg mungkin diberikan?? baca post saya tentang skim cepat kaya: http://ro.botys.com/index.php/tips-mengenal-skim-cepat-kaya/
Penat gak ar nak maintain post tuh.. dah cecah 330++ comments dah.. hampir sumernyer menghentam admin.. (saya la tu).
kalau ada sesaper yg rajin nak backing saya, jemput la jenguk2 jap..
saya nak tolong bangsa melayu kiter keluar daripada lubuk skim-cepat-kaya nih.. tuh jer.
BTW, thx saifusham meng”hightlight”kan balik isu nih. Isu penting yg kalau x dirawat akan menjadi barah perniagaan internet. Kang satu hari nanti bila sebut jer perniagaan internet, first sekali yg terbayng adalah Skim Pelaburan Cepat Kaya Internet nih.. huhuhu
ps: saya pon x nampak penyelesaian total. Mungkin bila org melayu sumer dah berubah untuk tidak mementingkan periuk nasik sendirik tanpa mengira halal-haram dan org lain, mungkin pada masa tuh masalah ini akan selesai. mungkin….
March 21st, 2007 at 4:15 pm
[...] P.S - Anda juga boleh dapatkan pandangan dan rujukan dalam blog SmartZul dan SaifulSham. [...]
March 21st, 2007 at 4:36 pm
9/10 rezeki daripada berniaga. Tapi orang kita, belum cuba berniaga dah kata susah. Macam mana tak susah, macam mana tak untung, macam mana cepat lingkup, dah tak nak belajar dan rasa diri dah serba tahu + buat kerja sambil lewa.
Tak perlu cakap top scorer syazwan, yang ada PhD, pangkat Dr, lecturer dan pegawai U pun terjebak… Sedih betul bila yg bijak pandai ni dah jadi sama taraf dengan mereka yg xder pendidikan tinggi. Hilang respek.
March 22nd, 2007 at 12:51 pm
Hmm … akhir2 ini banyak pulak menda ni semua surface. Tapi yang peliknya, orang di Malaysia ni selalu taksub dengan satu2 program. Contoh - SwissCash, etc. Padahal ada beratus lagi program macam ni.
Yang pelik. Orang tanya aku camne nak buat business online. Aku cerita pasal web hosting, domain name, etc, dalam RM500 setahun … dia orang cakap, “Mahal tu …”
Tapi bila orang lain ajak join program, bleh buat 300% dalam 30 hari, bergolok bergadai. Habis duit PTPTN, duit loan, duit scholarship. Peliknya, ini orang yang sama yang kata RM500 setahun tu adalah mahal.
Pada aku, ini masalahnya …
Program macam ni, aka High Yield Investment Program (HYIP) pasti beroperasi secara anonymous. Biasanya takde address yang tersenarai. Hanya ada contact form. Kalau ada pun, hanya address PO Box atau virtual office. Aku pun bleh dapat address NYC, KLCC, Singapore, etc. Besok pun bleh up.
Bila business dia beroperasi secara anonymous, macam mana nak track down? Dan pada lazimnya, business ni memang akan hilang satu hari nanti. Setahun, sebulan, sapa yang tau? Cuba cek balik, apa program HYIP yang paling lama beroperasi dan MASIH beroperasi sekarang?
Lepas tu, bila cerita halal haram — apa aktiviti perniagaan dia orang sebenarnya. Dia orang selalu kata forex. Atau tak pun futures, commodity, etc. Tapi betul ke? Kalau belakang dia orang ni semua pro sports arbitrage (sports betting), camne? Belakang, duit korang tu dia orang buat untung dari lumba kuda, bet NFL, NHL, etc … how?
Sebab tu aku tak join menda2 ni semua. Dan aku nasihatkan kawan2 tak payahlah. Biarlah ada Datuk, Datin, Tan Sri, Dr, Prof, bank manager, etc dah join dan dah buat duit berjuta pun.
Kalau nak jugak, daripada join menda2 ni, belajar sendiri camne nak trade forex, camne nak trade futures. Trade sendiri, lagi puas hati. Untung rugi, tanggung sendiri.
Tidak2 pun, carilah business model yang sesuai kat hati dan usahakan. Memang susah pada awalnya, tapi manakan dapat sagu kalau tak dipecahkan ruyung. Jangan nak ambil jalan mudah aje. Usahalah sikit …
March 22nd, 2007 at 7:58 pm
salam
mana boleh dapat 2% satu hari
bermakna 365 harix2 = 730% untuk satu tahun
bank yang paling besar di Malaysia iaitu Maybank pun baru offer kurang daripada 4% untuk satu tahun
memang kelentong
September 14th, 2007 at 6:07 am
semua ni penipu jerlahhh…skim cepat kaya tu semuanya adalah haram jika nak ikut kan undang2 sebenar di negara kita ni..
September 14th, 2007 at 6:08 am
bukan kelentong..tetapi penipu!!!:&