Kepentingan premis dalam perniagaan internet
Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!
Hello pembaca SaifulSham,
Sudah 5 hari SaifulSham tidak diupdate, kesemuanya disebabkan kesibukan kami menguruskan hal-hal teknikal akhir untuk ECommerceMastery.com. Secara rasminya, ia telah 99 peratus siap dan menunggu masa untuk dilancarkan mengikut pelan perancangan.
Oh ya, hari ini, saya akan menjelaskan sesuatu yang tidak banyak dikupas oleh kebanyakan internet marketer di Malaysia. (Malah, Sabri berkali-kali meminta saya untuk tidak perlu lagi memberitahu perkara ini!)
Disebabkan saya bukanlah selalu sehaluan dengan Sabri, maka saya akan tetap memberitahu anda.
Rasionalnya, adalah tidak best jika lambat laun anda tahu daripada orang lain.
Seperti yang anda tahu, perniagaan internet adalah sebuah perniagaan yang boleh dimulakan dari rumah, ini bermakna rumah anda juga adalah premis perniagaan anda (tetapi mengikut undang-undang sedia ada di Malaysia, adalah satu kesalahan menukarkan status kediaman kepada premis perniagaan).
Saya mengerti ada antara anda yang akan tidak senang duduk mendengar kenyataan ikhlas daripada saya. Bertenang! Sebenarnya, kita juga belum mempunyai undang-undang yang jelas mengenai e-commerce di Malaysia. Malah, tidak ada peruntukan khas tentang bagaimana perniagaan internet harus dijalankan di Malaysia.
Apakah jika kita usahawan eBook, usahawan dropship, usahawan cover design, adakah logik mengikut perkiraan kita untuk mempunyai premis seperti perniagaan lain?
Sudah tentu anda akan mengatakan ia adalah kerja gila.
Jadi, saya mempunyai jawapan konkrit untuk persoalan ini. Sekurang-kurangnya, jawapan ini membantu untuk menaik taraf profesionalisme perniagaan anda.
Jawapannya, sewalah alamat virtual office!.
Ya, menggunakan alamat premis perniagaan yang sah tetapi dalam masa yang sama menjalankan perniagaan dari rumah anda.

Industri virtual office sebenarnya telah lama berkembang di Malaysia, cuma ia tidak disedari oleh kebanyakan usahawan internet di Malaysia.
Virtual Office adalah bermaksud pejabat maya yang selalunya disewakan oleh individu atau syarikat yang tidak mampu/berjimat untuk menyewa premis dikawasan-kawasan premium.
Syarikat yang menjalankan perniagaan virtual office ini selalunya akan memilih kawasan-kawasan berstatus tinggi (premium) seperti di sekitar KLCC, sekitar Ampang, Hartamas, Damansara dan lain-lain.
Selalunya, mereka akan membeli sebuah premis/lot/bangunan disana. Syarikat ini kemudian akan menawarkan khidmat virtual office kepada pelanggan mereka, yang selalunya terdiri daripada individu atau syarikat-syarikat kecil (tidak terhad kepada perniagaan internet).
Terdapat banyak jenis perkhidmtan virtual office. Salah satu perkhidmatan yang popular adalah dengan menyewa alamat premium.
Contohnya, katakan syarikat Virtual Office itu mempunyai alamat premis seperti:
B-12, 5th Floor,
Megan Avenue,
Jalan Yap Kwan Sweng,
50450 Kuala Lumpur
Maka, apabila anda menyewa perkhidmatan alamat daripada mereka, anda akan mendapat alamat seperti dibawah.
B-12#1, 5th Floor,
Megan Avenue,
Jalan Yap Kwan Sweng,
50450 Kuala Lumpur.
Kemudian, orang lain yang menyewa pula akan menerima alamat seperti ini pula:
B-12#2, 5th Floor,
Megan Avenue,
Jalan Yap Kwan Sweng,
50450 Kuala Lumpur.
(Nampak tak perbezaan antara #1, dan #2, itulah yang membezakan peti surat anda dengan peti surat orang lain yang mengunakan perkhidmatan sama dengan anda).
Itu adalah contoh yang mudah.
Apakah significant kaedah ini untuk usahawan internet?
Ya, jika anda mahukan profesionalisme dalam perniagaan (tetapi dalam masa yang sama ingin menjimatkan kos), ini adalah kaedah yang paling relevan.
Anda masih menjalankan perniagaan dari rumah, tetapi kesemua laman web perniagaan anda akan menggunakan alamat yang ada kelas, mungkin KLCC (di KLCC juga terdapat syarikat virtual office)
.
Selalunya, syarikat virtual office seperti ini akan menyediakan banyak peti surat (macam peti surat di rumah apartment) dan anda boleh mengambil apa jua surat atau barangan yang dipos kepada anda oleh klien anda.
Dengan kaedah ini, klien anda akan lebih yakin dengan anda. Mereka akan melihat anda sebagai seorang yang penuh profesional dalam perniagaan.
Saya sebenarnya akan menyarankan kaedah ini jika anda bukan seorang yang kedekut
. Saya tidak akan menyarankan sesebuah kaedah jika ia tidak mempunyai impak yang nyata kepada perniagaan anda.
Bagaimana pula dengan caj perkhidmatan?
Sudah tentu anda tidak akan dicaj sama dengan caj menyewa dikawasan premium berkenaan! Sebenarnya, caj bergantung kepada syarikat virtual office terbabit dan bergantung apakah jenis perkhidmatan yang digunakan anda.
Ia akan bergantung juga kepada berapa premiumkah kawasan berkenaan. Jika alamatnya di KLCC, maka ia akan lebih mahal.
Selalunya, caj menggunakan perkhidmatan menyewa alamat adalah dalam lingkungan RM100-200 sebulan.
Apakah jenis perkhidmatan lain selain menyewa alamat?
Oh, banyak sekali. Setiap syarikat virtual office mempunya berbagai-bagai pakej mereka sendiri. Anda boleh menyewa berbagai jenis perkhidmatan seperti meeting room, service room, fax machine dan sebagainya.
Yang penting, bergantung kepada bajet dan keperluan anda. Jika perniagaan anda telah berkembang, apa salahnya anda mempunyai premis sendiri, lebih baik begitu.
Bagaimana pula dengan cara P.O BOX?
Terdapat kelemahan jika anda menggunakan kaedah P.O. BOX. Ini kerana selalunya jika anda menerima surat atau bungkusan daripada syarikat kurier, ia tidak akan sampai kepada anda (sesetengah syarikat kurier seperti Fed Ex) kerana ia memerlukan tanda tangan anda.
Berlainan dengan kaedah virtual office, staff syarikat virtual office boleh membantu anda menurunkan tanda tangan mereka.
Apakah ini cadangan anda Syazwan, apakah baik untuk saya, jika ya dimanakah saya boleh mendapatkan syarikat virtual office?
Cadangan saya bukanlah cadangan yang muktamad. Ia akhirnya bergantung kepada anda. Jika anda mahukan profesionalisme dalam perniagaan internet anda, saya akan katakan ya.
Dan saya lebih mencadangkan anda hanya menyewa sahaja alamat tetapi masih menjalankan perniagaan dari rumah anda sendiri. Sudah pasti untuk menyewa premis sendiri dikawasan premium adalah satu kaedah yang tidak munasabah untuk usahawan internet kecil-kecilan dan baru.
(Tetapi, stick pada rule yang saya dan Sabri selalu katakan, Start Small Finish Big).
Jika anda telah mampu dan perniagaan internet anda berkembang, maka jangan mengehadkan perkembangan itu. Dapatkan alamat perniagaan yang baik seperti menggunakan virtual office.
Saya dapat memberi jaminan, ia sebenarnya mengubah tanggapan klien terhadap perniagaan anda, memudahkan anda untuk mendapatkan klien baru dan pastinya memberikan impak yang lebih baik!
Tetapi, untuk usahawan internet yang baru dengan modal yang kecil, fokuskan dahulu perhatian anda untuk mendapatkan keuntungan awal. Kemudian, barulah gunakan keuntungan tersebut untuk perkembangan bisnes seperti alamat perniagaan yang ada uhmmm….
Baik, soal dimana untuk mendapatkan syarikat yang menawarkan perkhidmatan virtual office, anda bolehlah menggunakan Google untuk mencarinya.
Yang penting, selepas anda menyenaraikan beberapa pilihan syarikat virtual office, adalah lebih baik anda pergi sendiri melihat tempatnya.
Ada banyak syarikat virtual office di Malaysia, malah ada juga syarikat virtual office asing yang membuka pejabatnya disini.
Jika anda menggunakan syarikat virtual office asing (yang selalunya mempunyai banyak cawangan di negara-negara lain juga), anda berpeluang untuk menyewa alamat-alamat diluar negara dimana cawangan mereka berada. Ini akan membantu anda untuk mendapatkan beberapa perkhidmatan diinternet yang tidak menerima rakyat Malaysia seperti Clickbank.
Baiklah, itu sahaja untuk hari ini. Moga anda dapat sesuatu yang bermakna.
Jumpa lagi.
W.M.Syazwan


April 3rd, 2007 at 12:32 am
Terima Kasih atas info yang bermakna ni. Dengan adanya alamta office w/pun virtual ia akan menampakan perniagan yang dijalankan lebih profesional.
April 3rd, 2007 at 10:15 am
oh, please repair your plugin problem sabri
Rugi tu, kang ada visitor yang lari..
April 3rd, 2007 at 10:48 am
Kekadang guna alamat rumah sendiri boleh menganggu privacy. Ada yang tinggal berhampiran bole datang rumah bertanya itu dan ini
. Namun dengan adanya syarikat virtual office selain baik untuk perniagaan internet ini, kita dapat juga mengelakkan gangguan ke alamat rumah sendiri. Cuma yang baru bermula dalam peniagaan internet ini, mungkin tak sesuai guna lagi kot! Budget belum cukup.
April 3rd, 2007 at 2:12 pm
jika pendapatan dah baik elok guna virtual office nih, tapi kalau baru bermula, tunggu dulula
April 3rd, 2007 at 5:23 pm
salam n selamat sejahtera.
terima kasih diatas pendapat n nasihat yg diberi. ada alamat premis mmg terbaik. sy ingin sgt ada bisnes/ ada premis tetapi ……….. tak ada rezeki lagi. tapi sy tgh berusaha buat masa nie. walaupun waktu terhad n begitu juga kewangan. harap team saifulsham blh beri tunjuk ajar n bimbingan pada sy.
sy harap dilain sesi team saifulsham menerangkan ttg pembangunan sesuatu perniagaan bersama sistem pula. cth terbaik team saifulsham.
April 3rd, 2007 at 6:28 pm
salam semua,
info hari ni ada berkait dengan saya juga. saya melanggan P.O.Box kerana di tempat saya tiada perkhidmatan pos..dengan kata lain, pejabat pos,posmen,postbox dan seme2 yang sewaktu dengannya tidak wujud di sini. Sebab saya berada di sebuah pulau peranginan. Sebelum melanggan P.O.Box, surat2 yg diterima slalunya akan dilonggokkan di pejabat majlis daerah. Jenuh nak cari satu-satu, nak pos surat kitorang terpaksa keluar dr pulau ini ataupun kirim kat sape-sape nak keluar.
Selepas melanggan P.O.Box, surat2,bil2 seme selamat sampai ke peti surat tersebut dan memang betul apa yg Syazwan cakap..perkhidmatan kurier tak hantar parcel kita ke P.O.Box tu. Saya pernah order buku dan penjual hantar menerusi kurier Skynet.Staf di Skynet menghubungi saya utk memberitahu parcel tersebut ada di pejabat dorang.
Kelemahan P.O.Box?..
1)pelanggan P.O.Box terdahulu (yang melanggan peti tersebut sebelum kita) tidak pulangkan kunci & membuka peti tersebut sesuka hati.
2)posmen tersalah letak surat kita di P.O.Box org lain.
3)posmen tidak diberitahu P.O.Box tersebut telah bertukar pemilik di mana, jika ada pos berdaftar/pos laju, posmen tersebut akan terus hantar ke pemilik lama.-saya baru sahaja mengalami masalah ini di mana dokumen yang dihantar melalui pos laju tidak sampai ke tangan saya.Bila penghantar semak kat pejabat pos laju, dokumen tu sudah diterima siap ditandatangan n ade nombor ic. Pening sekejap. Di pendekkan cerita, posmen yang bertugas pergi tuntut balik dokumen saya tu kat pelanggan lama P.O.Box.
April 3rd, 2007 at 7:24 pm
thanks for the useful information. baru tahu hari ni. kalau tak baca blog ni, pasti terlepas maklumat penting ni. thanks again…
April 3rd, 2007 at 8:27 pm
Bercakap tentap virtual office ni, just nak share on MBE - Mail box etc, concept sama macam PO box, cuma boleh terima mail dari fed-ex, dhl as ada orang tolong sign kan document. Harganya berpatutan RM20/- sebulan. murah sikit dari virtual office, mahal dari mail bos. service memang ader klass. Try this kalau nak tau lebih lanjut http://www.mbe.com.my….well kita tak dapat komisen tau
April 4th, 2007 at 1:27 am
Plan saya skrg just nak guna alamat sahaja. Tapi masih dalam perkiraan berdasarkan keperluan. Masalahnya, kat JB ni x jumpa pihak yg tawarkan servis sebegini. Kalau ada dah lama sewa. Semuanya banyak kat KL. Mcm la JB ni x membangun. hehe..
April 4th, 2007 at 6:08 am
Satu informasi yang baik dan menarik. info yg baru untuk saya. dengan adanya alamat perniagaan walaupun virtual ofice, ini dalam menambahkan keyakinan prospek terhadap perniagaan yg kita jalankan.
April 4th, 2007 at 8:09 am
[...] Saifulsham (bukan kad je boleh di virtualkan, opis pun boleh tau! kata saifulsham) [...]
April 7th, 2007 at 3:00 am
Bagi saya, saya akan buat virtual office ni bila income dah ‘galak’ nanti..
.