Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Pay,pay, and pay your affiliates

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Tips hari ini ada kena mengena dengan pelancaran ECommerceMastery secara besar-besaran nanti. Mungkin juga ada kena mengena dengan anda, siapa tahu?!

Baik, sejarah telah membuktikan, tidak ada manusia yang ingin hidup bekerja untuk anda selagi tidak ada inisiatif atau ganjaran yang menanti mereka.

(Melainkan Superman, Batman, dan superhero lain, dimana mereka bekerja membantu orang lain tanpa dibayar gaji!).

Hal yang sama juga berlaku dalam perniagaan internet. Dalam perniagaan internet, tentu sekali pernyataan “bekerja untuk anda” adalah ditafsirkan sebagai program affiliate.

Ahli-ahli yang mendaftar dengan sebarang program affiliate sudah tentu mempunyai matlamat yang sama, mereka semua pastinya inginkan ganjaran hasil promosi yang dilakukan mereka.

Dan jika anda merupakan penyedia program affiliate, anda pastinya mahukan ahli-ahli affiliate anda sentiasa bekerja untuk anda. Anda mahukan mereka menjadi askar-askar anda yang sentiasa setia selama-lamanya.

Sepanjang penglibatan saya dalam perniagaan internet, sebenarnya sukar untuk mengekalkan kestabilan program affiliate pada satu tempoh masa yang lama. Kesukaran untuk mengekalkan kesetiaan ahli affiliate tersebut atas beberapa faktor:

- Produk sudah tidak relevan
- Terlalu banyak persaingan
- Ganjaran yang tidak menarik
- Tiada bantuan sokongan

Askar-askar anda (ahli affiliate) juga adalah bijaksana. Masakan mereka mahu menjadi askar anda jika mereka terpaksa berperang dengan golok dan parang sedangkan lawan mereka (program affiliate lain) menggunakan M16 dan bom atom.

Masakan mereka mahu mengangkat anda sebagai presiden mereka jika mereka mengunggang kuda sedangkan lawan mereka menaiki jet pejuang.

Jadi, jawapan untuk masalah ini, perbetulkan program affiliate anda. Cari produk lain yang mampu membawa pulangan secara berterusan kepada ahli affiliate.

Dan paling penting, produk anda haruslah relevan sepanjang zaman. Maka, akan lebih senang ianya terjual. Sudah pasti, ahli affiliate anda akan tersenyum lebar dan anda sudah pasti adalah seorang Jeneral yang paling hebat dalam sejarah.

Untuk membolehkan anda berterusan mendapat sokongan ahli affiliate, maka bayarlah ahli affiliate anda secara berterusan.

Kaedah ini sedang digunapakai kami untuk ECommerceMastery.com. Sebagai contohnya, kami akan membayar ahli affiliate selagi mana pelanggan yang dirujuknya kepada kami kekal menggunakan khidmat di ECommerceMastery.com!

Bukan sahaja bayaran setiap tahun, tetapi juga bayaran bulanan! Ya kami akan membayar secara bulanan ahli affiliate jika pelanggan yang dirujukkan kepada kami menggunakan tools-tools e-commerce di ECommerceMastery.com.

*******************************************

Jadi, tips hari ini mudah sahaja:

Salah satu cara untuk mengekalkan ahli affiliate adalah dengan membayar mereka secara berterusan.

Kaedah ini amatlah sesuai jika produk yang dipromosikan anda dikenakan bayaran bulanan atau tahunan, sebagai contohnya membership site (bukan hosting sahaja tau!).

Bacaan Lanjut:AF5 Akademi Fantasia 5 jutawan hartanah jutawan muda Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Machap Perniagaan Internet proton Tun Dr Mahathir usahawan berkaya usahawan muda

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Motivate Your Affiliates
  • Pembayaran Untuk Affiliates Telah Dilakukan
  • Pembayaran Affiliates SaifulSham & EcommerceMastery May 2007
  • del.icio.us:Pay,pay, and pay your affiliates-digg:Pay,pay, and pay your affiliates-spurl:Pay,pay, and pay your affiliates-wists:Pay,pay, and pay your affiliates-simpy:Pay,pay, and pay your affiliates-newsvine:Pay,pay, and pay your affiliates-blinklist:Pay,pay, and pay your affiliates-furl:Pay,pay, and pay your affiliates-reddit:Pay,pay, and pay your affiliates-fark:Pay,pay, and pay your affiliates-blogmarks:Pay,pay, and pay your affiliates-Y!:Pay,pay, and pay your affiliates-smarking:Pay,pay, and pay your affiliates-magnolia:Pay,pay, and pay your affiliates-segnalo:Pay,pay, and pay your affiliates
    Posted Wednesday, April 4th, 2007 at 1:13pm
    Filed under Idea Bisnes, Keusahawanan, Perniagaan Internet, Sales | RSS

    9 Comments on “Pay,pay, and pay your affiliates”

    1. Ibnu Hassim

      Wow best tue… Bila nak lancarkan ECommerceMastery.com ni. Dah boleh daftar affiliate ker??

    2. Labanon FlareBiz

      Thanx bro.. gunakan anologi camni mudah nak faham :twisted:

    3. SmartZuL

      Affiliate ni kita kena train mereka. Kena selalu follow up. Kena bagi tools dan teknik apa yg perlu mereka buat. Sebab, x semua affiliate ni rajin membaca. Mike Filsaime pun kata, kita kena mudahkan affiliate, jangan susahkan mereka. Dari mula sampai akhir, affiliate kena dijaga betul2.

      Saya harap dengan wujudnya projek saifulsham tu, ia akan majukan lagi industri perniagaan Internet di Malaysia.

    4. Syazwan

      ECommerceMastery sudah dilancarkan secara tidak rasmi. Hanya tinggal part make-up2.

      Dh boleh join affiliate tp kami belum siapkan banner utk affiliate dan tools2 yg membantu.

      Sbnrnya, kami ingin mengorak langkah lebih jauh utk ke pasaran B2B. Byk perkara sdg berjalan dan sememangnya kami akan membawakan manfaat utk perkembangan perniagaan internet di Malaysia.

      Salah satunya tools ecommerce.

    5. irwan.dahnil

      tahniah… tahniahh

    6. shahrul

      TAHNIAH TEAM SAIFULSHAM………..

      sesuatu yg bermakna itu akn bererti jika ……… dinilai dgn keikhlasan.
      team saifulsham tak kira apa korang buat tetapi korang mesti memberi manfaat pada semua. itu yg sy suka dgn korang.

    7. FayZ

      Sokong smartzul, at least banner mestilah yang betul2 menarik, bukan main tangkap muat..tetapi ada juga affiliate yang tahu product bagus tapi promotion tools seller tak bagus, kekadang kena buat banner sendiri..tetapi berapa ramai yang berinisiatif macam nie..kebanyaknny main ambik tampal jea kat website..
      :smile:

    8. Imo Imora

      Kesimpulannya sediakan askar kita dengan senjata yang paling ampuh baru la berfungsi :razz: .

    9. waka

      dapat komisyen tinggi, laju la askar-askar bekerja

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.