ECommerceMastery Testing :PlanesPlanet Version 2
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Ketiadaan pos kebelakangan ini adalah berpunca kesibukan yang melampau : menyiapkan beberapa laman web perniagaan baru disamping mengemaskinikan laman web perniagaan yang lama.
Kami juga sedang menjalankan percubaan ECommerceMastery Tools ke atas laman web PlanesPlanet.com versi baru. (Tools inilah yang akan diperkenalkan nanti - hendak tahu, silalah klik-klik dilaman PlanesPlanet.com)
Tools ini boleh dibuat basket(order banyak-banyak) dan boleh dibuat order buy now. Apa yang anda lihat di muka depan planesplanet adalah berbentuk buy now.
Ada beberapa lagi laman web yang dalam proses pembangunan. Proses ini tidak termasuk lagi proses mempromosi dan pemasaran kesemua laman web perniagaan kami. Yang pasti, kami sedang meninjau potensi untuk menjadi DropShipper dalam jangka masa sederhana ini.
###########################################
Kenapa anda perlu kaya?

Saya sebenarnya tertarik dengan tulisan Shuth mengenai sesetengah orang tidak kisah untuk tidak kaya, asalkan hidup mereka bahagia.
Sesetengah orang gembira untuk hidup makan gaji dan itu sudah pastinya bukanlah satu kesalahan undang-undang. Haha.
Akan tetapi, izinkan saya untuk menaip sepatah-dua ilham dan daripada pengalaman saya sendiri mengenai perkara ini.
Sebenarnya, sepanjang 22 tahun saya hidup, saya merasai sendiri perasaan hidup dalam keluarga yang bekerja makan gaji dan hidup dalam keluarga yang berniaga.
Sudah pastinya, kegembiraan hidup dalam 2 situasi adalah berbeza. Jika diwaktu bapa saya bekerja sebagai akauntan dahulu, saya sudah merasa gembira dan saya merasakan, cukuplah dengan apa yang ada.
Dalam kata lain, saya dan keluarga tetap gembira dan bahagia.
Tetapi, apabila bapa saya memulakan perniagaan serta terlibat dalam industri hartanah dan jualan langsung (MLM), dan bolehlah dikatakan kewangan bertambah-tambah kukuh - saya merasa lebih gembira.
(Yalah, sebab saya dapat memandu kereta dan mendapat wang saku yang baik setiap bulan walaupun saya mempunyai perniagaan sendiri sekarang ini!
)
Dan disini, semestinya faktor kewangan juga penting dalam proses membina kebahagiaan. Itu saya pasti dan saya akan pertahankan kenyataan ini.
Antara sebab utama kenapa antara orang yang bekerja makan gaji menganggap kehidupan mereka gembira dan selesa kerana mereka tidak hidup dalam 2 situasi.
Jadi, dengan turun temurun keturunan keluarga hidup dengan makan gaji, mereka akan terus berada dalam 1 situasi selama-lamanya. Dan sudah tentu, ia sudah cukup bagi mereka. Ia sudah cukup membahagiakan.
Bukanlah niat saya memaksa sesiapa untuk memulakan perniagaan, tetapi itulah yang saya alami. Saya merasai bagaimana kehidupan dalam keluarga yang makan gaji dan kehidupan dalam keluarga yang berniaga.
Saya akan beritahu, saya lebih gembira dengan hidup dalam keluarga yang berniaga seperti sekarang.
Untuk membuktikan kebenaran kata-kata saya, cubalah anda selidik latar belakang orang yang selalu mengucapkan kata-kata itu. Kebanyakan dari mereka atau dalam bahasa yang jujur, kesemua dari mereka hanya hidup dalam 1 situasi sahaja.
Dalam pada itu sesetengah daripada mereka biasanya akan mengangap, biarlah tidak kaya kerana orang kaya ini selalunya terdiri daripada orang tidak jujur, orang yang menindas kehidupan orang lain, orang yang bongkak, orang yang menipu, orang yang hidupnya tidak bahagia.
“Lihatlah si A tu, biarpun dia kaya, tetapi keluarganya berpecah. Jadi, bersyukurlah keluarga aku bahagia walaupun aku tidak kaya”
Ini salah satu lagi tanggapan yang salah terhadap orang kaya. Pada, dasarnya, semua keluarga mempunyai masalah masing-masing.
Dan apabila melihat terdapat keluarga kaya mempunyai masalah, sesetengah daripadanya terus menutup minda dan melihat kekayaan sebagai seekor syaitan
Walhal ramai sahaja keluarga yang berpecah belah datang dari keluarga yang tidak kaya. Cuma, apabila ditonjolkan pecah belah terhadap keluarga yang kaya, maka kekayaan itu dirasakan seperti sebuah neraka.
“Tengoklah keluarga yang sibuk dengan mencari duit semata-mata (berniaga), anak pula terbiar, tu tengok tu, seorang hisap dadah, seorang tu masuk jail kes pukul. Takde gunanya kita kaya kalau anak kita macam itu”
“Tu Paris Hilton tu, tulaa budak rosak disebabkan banyak sangat duit
“
Hey, ini satu lagi kesalahan dalam meletakkan situasi orang yang berniaga dan kaya. Perkara diatas bergantung bagaimana mereka membentuk keluarga masing-masing. Ia tidak ada kena mengena dengan kekayaan.
Contoh terbaik untuk situasi ini adalah Donald Trump, walaupun dirinya kaya tetapi anak-anak Donald Trump tidak hidup liar walaupun mereka tahu mereka datang daripada keluarga kaya. Donald Trump tahu mendidik anaknya dan kesemua anaknya kini adalah orang kanan penting dalam penyambung empayar Trump.
Jadi ia tidak berkenaan kekayaan dan perniagaan. (Malah, saya sendiri juga mendapat 8A1 dalam SPM. Adik saya juga kesemua A1) (Ehm,ehm..jadi adakah ia berkait dengan kekayaan dan berniaga?)
P/S: Contoh terbaik untuk situasi ini adalah adik Lebanon (saya suka pangil lebanon itu lanun
). Dengar katanya datang dari keluarga berniaga, tetapi pelajaran tetap tip top. Perniagaan internet Lebanon pun sudah mula menampakkan hasil yang baik.
Jadi, adakah kekayaan itu merosakkan keluarga?
Baik, apa yang saya perhatikan, salah satu penyebab lagi menyebabkan orang tidak berminat dengan perniagaan adalah disebabkan pengaruh keluarga. Jika moyang, nenek, tokki, atok, ayah dan ibu dari golongan makan gaji, besar kemungkinan, anak mereka juga akan melihat, itulah kehidupan mereka kelak : belajar pandai-pandai dan bekerja dengan orang.
“They only see world in 1 side. And they will live with 1 side forever (betui ka ayat ni,haha)”
Sekali lagi, saya tidak memaksa sesiapa untuk memulakan perniagaan.Dan pastinya, tidak ramai yang pandai berniaga dan minat dengan perniagaan. Seperti kata Shuth, jika sudah orang gembira untuk bekerja makan gaji, teruskanlah.
Saya hanya memberikan pendapat sebagai salah seorang yang datang dari keluarga yang berniaga. Harapan saya, jangan tutup minda dan pemikiran ke arah kekayaan.
Kekayaan memang tidak semestinya datang dari berniaga, tetapi, 90 peratusnya adalah pasti dari perniagaan.
Sekian,
W.M.Syazwan
Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under Idea Bisnes, Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet, Sales | RSS


















Emm..betul tu Syazwan
Saya pun pelik kena ramai yang menyalahkan DUIT sedangkan duit tu tak bernyawa. Kenapa tak salahkan orang yang punya DUIT. Betul tak?
Saya selalu mendengar kata-kata orang yang menyatakan banyak DUIT akan merosakkan diri seseorang. Perlu di ingat bahawa, DUIT tidak punya perasaan. Yang menjadi masalah ialah ORANG yang membelanjakan DUIT. Cara seseorang membelanjakan DUIT tersebut menentukan BAIK BURUK nya.
So, renung2kanlah..
Emm..saya nie ader sikit nak comment pasal PlanesPlanet Version 3, saya ader buat tinjauan sikit laman web tu.Saya dapati version 2 nie ok tapi kalau ader customer saifulsham nak order lebih dari satu produk…hai susahlah, sbb saya tengok tak der tools untuk kita update basket.Kalau customer kite kebanyakannya beli single jer x perlah.Tapi aper salahnya kalau ader pelbagai kemudahan
Kalau ader tolls untuk update basket kan lebih bagus sbb nyer x lah susahkan pelaggan yg nk beli lebih dari satu produk.Terpaksa nk berulang kali melakukan proses check out.Berbanding versi satu yang dulu, saya rasa versi itu lebih baik bukan
?? sbb customer kite ader peluang untuk update basket.
Sbb itulah saya sendiri pun suka menggunakan shopping cart yang macam tu, zen cart, cube cart, etc.
Emm tapi x perlah. Walaupun cam nie, saya bangga juga tool nie dapat memudahkan rakyat malaysia terutamanya yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan internet.Syabas saya ucapkan atas saifulsham atas usaha ini.
Untuk pengetahuan saifulsham saya masih dalam pelancaran website perniagaan saya. :?:Ape laman web nya…
Oklah, bile dh siapa nnt saya umumkan.
Ok, cukup di sini saje.Saya harap saifulham dapat beri maklum balas komen saya nie untuk perkongsian bersama.
Yang Ikhlas,
Muhammad Hafiz Bin Bakri.
Sbnrnya, tools tu boleh sj nk buat basket..cuba tgk di kingfuelsaver.com.
Ia belum siap lagi laman web tu, dan memang sy akan ubah. Just nk tunjuk sistem dia shj.
Benar apa Syazwan katakan tu.
Sebab nak cepat sangat hari tu, waktu tengah buat baru sedar. Lagi satu, ia sebagai training ground untuk staff kami. Dia belum mahir 100% dengan tools tersebut. Sebagai start, dah ada rangka dia ok. Tapi memang elemen2 pembaharuan akan dimasukkan.
Still a lot of things can be improved.
Sebenarnya, kami masih lagi ada versi 1 Zen Cart PlanesPlanet,
http://www.planesplanet.com/index.php
Ia perisian yang sangat bagus untuk membantu beginner dan memang kami ajar beginner menggunakan Zen Cart. Senang tak perlu fikir2 panjang.
Tapi bila sesebuah website tu dah mencecah “siling” dia (ada diterangkan dalam interview kami dengan Gobala Krishnan-coming soon from Gobala) Kita perlu something else untuk bring the website to the “next level”. In terms of dollar & cents.
This is “something else” tu. Tools ini akan membawa PlanesPlanet to the next level. It’s experimental berdasarkan pengalaman kami dalam perniagaan internet so far, tapi kami masih “test & track” hasilnya. For sure, we will share the findings dengan pembaca SaifulSham nanti
Apapun, good observation there Hafiz!
Hmm… topik ni mmg saya suka. Act la ni saya kerja makan gaji. But, still looking for own business. Saya preffer biz. Keluarga saya mmg biz, tapi kat kg jer la. Dlm adik-beradik saya hanya saya dan abang kedua saja kerja makan gaji. Yg lain niaga. Saya keenam dari 10 adik beradik. Membesar pun dlm suasana niaga. Mungkin family b.ground pun salah satu faktor. Wallahu’alam…
Hehe cerita P.Ramlee juga sering mengaitkan orang kaya sebagai kedekut
nampaknya minda orang melayu sudah di didik sebegitu rupa.. agak susah nak ubah
Cis! lanun haha
saya pulak tak pernah lagi hidup dalam keadaan parents makan gaji
Hehe tapi hidup dalam keluarga berniaga best jer
Yer.. setuju dengan semua point yg syazwan nyatakan.
Believe it or not, banyak anak2 yg bermasalah sebenarnya datang dari keluarga yang bermasalah dan bercerai berai.
Dan kes bercerai berai pula kebanyakkanya berpunca daripada masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga tersebut.
Seperkara lagi… memang kita tidak boleh memaksa sesiapa pun untuk berniaga dan menjadi kaya.. semuanya terpulang kepada hati masing2..
bila terbaca, terasa jugalah sebab sebelum ni saya juga berfikiran sedemikian iaitu biar tak kaya asal bahagia. dari blog ini, saya dah sedar sepenuhnya mengapa kita perlu ceburkan diri dalam dunia perniagaan. banyak kelebihan dari keburukan. cuma itulah, mentaliti mahu hidup”senang” yang sebenarnya menyebabkan mereka memberi alasan sebegitu(biar makan gaji, asal bahagia)coz saya sendiri pun sebelum ni jawab camtuh untuk tutup sebab utama(tak nak susah)
. tapi sekarang totally different…. saya suka sangat berniaga!! 
…salah satu penyebab lagi menyebabkan orang tidak berminat dengan perniagaan adalah disebabkan pengaruh keluarga. Jika moyang, nenek, tokki, atok, ayah dan ibu dari golongan makan gaji, besar kemungkinan, anak mereka juga akan melihat, itulah kehidupan mereka kelak : belajar pandai-pandai dan bekerja dengan orang…
Saya setuju dengan pendapat Swazwan ttg salah satu faktor pengaruh keluarga menyebabkan orang kita malas nak menceburkan diri dalam perniagaan. Salah satunya kita tgk golongan Chinese, kalau keluarga mrk terlibat dgn perniagaan dah tentu anak2 mereka akan terlibat sama walaupun pada permulaannya mereka bekerja. Satu hari nanti mereka akan ikut jejak keluarga mereka.
Ini pengalaman saya bergaul dengan family sebelah isteri saya. (Emak mertua saya dari keturunan Chinese) Sejak dari kecil lagi mereka sudah terapkan cara2 perniagaan kepada anak2 mereka.
Sebab itulah salah satu faktor saya terlibat dalam perniagaan ni supaya generasi saya yg akan datang akan beralih ke bidang perniagaa pula. Itu maktalamat saya. Dan saya suka libatkan anak2 utk merasai suasana perniagaan ini.
fantastic la planesplanet.com tu. well done guys, satu pembaharuan!!!
tentang topik kaya, pada pendapat saya, apabila tiba masanya saya akan memilih bisnes sebab kerja makan gaji ni atau kerja dibawah bos ada hadnya.sama ada dari segi pendapatan dan juga bakat kita. memang tidak salah kerja makan gaji tapi kenapa harus kita hadkan bakat kita kalau nak maju dan berdaya saing.so,personally business is my choice..
biar makan gaji dulu,lepas tu berusaha sedaya upaya utk buat biz.. alang-alang hidup didunia buatlah kerja yg berbaloi… kalau setakat belajar bersungguh-sungguh untuk makan gaji saja, tak berbaloi nak hidup kat dunia ni,berapa lama sangat nak makan gaji, lebih baik duduk kat pondok,lepas mati dapat guna ilmu itu selama-lamanya,…alang-alang kita diciptakan tuhan didunia ini, tanamkan cita-cita ingin mencapai benda yang amat berbaloi…
di dunia- kejar duit adalah berbaloi
di akhirat - kejar amal adalah berbaloi
cikgu - berbaloi kerana mengajar org(passive income di akhirat)
cita-cita ku - nak buat bisnes..
(ayat diatas diucap dlm nada lembut-smile)
duit adalah satu keperluan, lagi banyak lagi bagus sebab dengan jumlah duit yang banyak macam-macam bende yang berfaedah boleh buat. kalau xde duit nak buat apa2 semuanya terhad.berniga sahaja jawapannya untuk mendapatkan duit yang banyak. masalah memang sentiasa ada dalam hidup tidak kira ada duit atau tidak, jadik lebih baik ada duit banyak dan jangan melihat keburukan orang yang berduit banyak kerana yang salahnya adalah orang itu bukan duit yang salah, so jangan salah fikir(ditujukan kepada sesiapa yang menyalahkan duit).
Kalau dalam NLP, ini yang dipanggil modelling. . Subconcious mind akan rakam apa yang kita lihat dan lalui. Then kita akan tiru balik. Bagi Syazwan, dia dah pernah merasa kedua-dua situasi, dan beliau dapat menilai yang terbaik dan boleh membuat keputusan.
Tetapi bagi yang tinggal dalam satu situasi, pasti akan terikut-ikut dengan apa yang dialami, kerana semua telah dirakam, so akan selesa dengan cara tersebut.Kalaau hidup dalam family berniaga, minat niaga pasti akan timbul, sebab kita pernah melihat dan merasai gembira bahagianya hidup jadi anak peniaga.Gembira adalah satu emosi, so senanglah Subconcious mind bekerja. Begitu juga dengan keluarga yang makan gaji.Apabila dah rasa selesa dengan makan gaji, sukar juga untuk melihat orang berubah untuk berniaga, apabila dengar betapa susahnya, nak berjaya dalam bisnes dll. Itu dilihat dalam persepsi yang negatif,Tetapi semua boleh berubah kalau kita reprogram balik mind kita.Yang negatif kita tukar balik jadi positif. Just my 1 cent opinion
Betul kata Syazwan kalau telah mencuba 2 situasi yang berbeza baru lah kita nampak kelebihannya.
Bila agakanya ECommerceMastery Tools akan beroperasi? Saya teringin nak tgk servis autoresponder…