Jika anda dapat melihat hari tua anda…
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Semalam saya berbicara mengenai kekayaan dan perniagaan. Dan saya ingin menyambung satu lagi pos mengenai perkara ini. (Kita hold dulu pos perniagaan internet ok).
Perkara ini sebenarnya antara proses terpenting dalam menaikkan motivasi anda sebagai pembaca setia kami. Ya, tepat sekali, motivasi untuk sekurang-kurangnya menanam minat ke arah perniagaan (bagi mereka yang masih keliru akan kepentingan untuk berniaga).
Jika sebelum ini saya banyak menulis mengenai perniagaan internet, tetapi jujur saya melihat tidaklah ramai sebenarnya yang mengambil serius tips-tips saya.
Oleh itu, pos hari ini adalah pos untuk kita serius melihat perniagaan sebagai sumber pendapatan kita, bukanlah sebab kita terpaksa kerana tidak mendapat pekerjaan yang dikehendaki.
Baik, begini ceritanya, pernahkah anda terfikir keadaan diri anda ketika berumur 60 tahun, 70 tahun, 80, 90 tahun atau 100 tahun?

Dikala ketika itu, saya jangkakan ada 6 kemungkinan akan terjadi kepada anda:
Pertama, anda akan hidup dengan dijaga oleh pembantu perubatan peribadi.
Kedua, anda hidup dijaga anak-anak anda.
Ketiga, anda akan hidup di rumah kebajikan orang-orang tua.
Keempat, anda akan hidup sebatang kara.
Kelima, anda akan hidup terlantar dihospital.
Keenam, anda sudahpun tiada didunia!
Saya pasti, setiap hari, anda sentiasa berdoa kepada tuhan bahawa anda akan dipanjangkan umur. (Dalam doa itu terselit sebab anda untuk panjang umur adalah amal jariah tidak cukup,haha
)
Disebalik doa anda itu, pernahkah anda terfikir, jika dimakbulkan anda untuk hidup 100 tahun, apakah sumber pendapatan anda untuk hidup selama itu?
Untuk mengharapkan wang pencen bekerja makan gaji, saya kira tidak sampai 10 tahun selepas pencen sudah habis. (Itupun bernasib baik jika 10 tahun - dalam banyak kes, saya melihat tidak sampai 5 tahun pun sudah habis duit pencennya)
Jadi, apakah anda akan mengharapkan sumbangan anak-anak anda? Atau pulangan pelaburan Swisscash anda,hoho
- jangan marah? Atau sumbangan kerajaan? Atau sumbangan TV3 Bersamamu?
Dalam kebanyakan kes, jika anda berumur sepanjang itu, besar kemungkinan anda akan berada dalam situasi ketiga (rumah kebajikan) , keempat (sebatang kara), kelima (dibedah dihospital) dan keenam(sudah mati)!
Itulah mimpi ngeri yang harus dihadapi untuk hidup selama itu.
Salah satu sebab kebanyakan daripada kita selesa untuk tidak kaya disebabkan kita tidak dapat merasai keadaan kita dihari tua nanti.
Kita memang tahu kita akan tua, kita memang tahu kita mungkin diserang penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi (kebanyakan penyakit dihadapi orang Malaysia), tetapi disebabkan kita tidak merasainya sekarang, kita tidak mengendahkannya.
Kalau anda ingin merasai waktu tua hari ini, saya sarankan anda membuat latihan usia senja. Anda boleh membuat praktis berjalan bongkok selama 1 jam (lihatlah kesannya, saya takut anda terus bongkok, jadi saya tidak mahu bertanggungjawab
).
Atau, anda boleh cuba menaiki kerusi roda kemana jua anda pergi. Saya pasti tidak sampai 10 minit, anda akan merasa bosan dan ingin melompat keluar dari kerusi roda itu.
(Tips saya: Sentiasa ingat iklan hari raya Petronas “Aku Ingin Pulang”. Walaupun iklan itu memaparkan kisah anak yang derhaka, tetapi itulah hakikatnya menjadi orang tua.
Penekanan disini bukanlah sikap derhaka anak itu, tetapi bagaimana susahnya apabila kita terus hidup dilewat usia nanti. Tetapi jangan pula anda membunuh diri disebabkan anda sudah dapat melihat diri anda diwaktu tua. Ia mungkin penyebab anda tidak masuk syurga
)
Sebetulnya, kita memerlukan wang untuk terus hidup hingga ke akhir usia. Apabila anda memilih untuk makan gaji, anda harus sedar bahawa, anda akan hanya mempunyai pendapatan tetap sehinggalah anda pencen nanti.
Selebih dari itu, anda hanya dapat bergantung terhadap pulangan simpanan, pelaburan (itupun jika ada), simpati anak-anak, simpati kerajaan.
Dan jika anda ingin memulakan perniagaan mahupun pelaburan selepas pencen, ia sebenarnya sudah terlalu lewat untuk anda. Diwaktu usia tua, anda seharusnya tidak mengambil risiko untuk kehilangan wang jika perniagaan anda rugi mahupun pelaburan yang salah.
Jika rugi, bertambah buruk hari tua anda.
Jadi, sekali lagi pos hari ini menambah baik pos semalam. Mengapa anda perlu kaya dan mengapa anda perlu belajar untuk berminat dengan perniagaan di awal usia yang mungkin.
Dan semestinya saya faham, tiada paksaan untuk anda meminati perniagaan. Tiada paksaan untuk anda menjadi kaya.
Saya sudah lebih dari gembira jika anda dapat membaca pos kali ini dengan hati terbuka.
Kesimpulan pos kali ini, jika anda ingin tahu sebab saya menyuruh anda kaya, sila berimaginasi anda dihari tua.
Sekian,
W.M.Syazwan


April 13th, 2007 at 9:06 am
Syazwan, satu motivasi yang baik, ini salah satu perkara yang selalu brmain diminda. Terfikir juga, bagaimana diri kalau dah tua, selalu je terbayang-bayang sesuatu yang indah,dijaga dengan baik oleh keluarga dan mempunyai personal doktor. Semoga impian menjadi kenyataan.
Lately dalam metro heboh pasal 7 anak derhaka,tinggalkan ibu bapa sebatang kara, sehingga menjadi topik utama dalam parlimen.Lagilah rasa risau , macam mana nasib hari tua. Adakah aka menerima nasib yang sama? Nauzubillah
April 13th, 2007 at 9:41 am
Setuju tu. Kena luangkan masa untuk bayangkan sejenak bagaimana keadaannya bila kita tua nanti.
Kalau tak leh fikir jauh2, pakar2 motivasi selalu bertanyakan soalan ini … “Di mana dan bagaimana keadaan anda 5 tahun dari sekarang?” Tak kira apa jawapannya, anda yang tentukan!
April 13th, 2007 at 10:20 am
Great pos.. memang kita perlu jadi kaya! Berniagalah ketika usia masih muda hehe
April 13th, 2007 at 2:40 pm
Fuhh..takut gak fikir masa depan ni. Tapi kena positif hadapinya. Kena buat financial planning dari awal2 lagi. Kena buat barkup byk -insuran, simpanan,aset tetap, pelaburan etc. Tetapi semua tu perlukan duit gak.
April 13th, 2007 at 4:13 pm
satu artikal sangat memberi motivasi, apabila saya memikirkan hari tua , tiba-tiba sahaja teringatkan mati, arghh bagaimanakah saya di akhirat kelak… (ingatkan mati dapat pahala..
)
boleh ke kita berdoa panjang umur ekss..??? sebab rezeki ,ajal maut , jodoh pertemuan telah ditentukan oleh tuhan.
April 13th, 2007 at 7:12 pm
Mmg tajuk yang best ni
Kesimpulannya, Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
April 13th, 2007 at 8:33 pm
Hari tua itu lumrah, semua kita akan merasainya. Berbalik pada tajuk post, kekadang terfikir juga kerja makan gaji swasta macam saya.. mana ada duit pencen.. Kalau ada pun nanti duit kwsp atau insuran je. Sebab tu nak persiapkan diri dari sekarang. Cubalah menceburkan diri dalam e-biz nie, kelebihan e-biz nie dah tua nanti pun boleh buat lagi kerja nie.. tak berat mana pun he..he.. Selalu teringat usikan kawan-kawan kalau time borak kat tempat keje tu “jebat dah tua esok ko nak jadi JAGA kat mana” he..he.. maklumlah kerja makan gaji he..he..
April 13th, 2007 at 11:53 pm
bagus..hujah yang bagus bagi menyedarkan mereka yang masih dibuai kesenangan dimasa muda
April 14th, 2007 at 1:05 am
[...] ini saja nak sambung kesinambungan post-post SaifulSham yang banyak memberi sebab mengapa kita perlu kaya? Saya nak kongsi pendapat ringkas saya dengan [...]
April 14th, 2007 at 8:46 am
topik yg perlu kita renungkan bersama.betul apa yang diperkatakan oleh syazwan.hakikatnya, apabila kita sudah tua harga barang sudah melambung tinggi. berapa banyak barang yg dpt dibelikan dgn rm10.00 pada 10 tahun akan datang.so, kita perlu tingkatkan sumber pendapatan mulai sekarang, iaitu wang. dengan wang banyak perkara dapat diselesaikan.
saya ingin kongsi satu cerita benar, cuma nama tak disebutkan…ada seorang kwn yang berjaya dalam kariernya..mempunyai ramai kwn dan popular di kalangan rakan2 di pejabat dan juga bukan di pejabat dia kerja.tidak kedekut dengan wang dengan belanja kwn2 di kedai kopi. suka akitiviti sosial such as kerja amal, bersukan, gotong royong dan karaoke. tapi kita harus ingat, langit tidak cerah sepanjang tahun, sekali sekala hujan dan mendung. jadi, pada suatu hari dia dimasukkan ke hospital dan ingatkan penyakitnya tidak serius.rupa2nya dia dalam keadaan kritikal dan perlu dirujuk ke Institut jantung negara,KL. dia perlu menjalani pembedahan…dia dimasukkan ke bilik pembedahan dan bersedia untuk dibedah..pakar bedah pun menyemak document rasmi dan perjanjian oleh keluarga terdekat. nak tau endingnya….dia tidak jadi dibedah sebab hospital perlu deposit wang untuk pembedahan. semua keluarga di mempunyai wang tunai yang mencukupi ketika dalam keadaan kritikal itu.lepas itu, keluarganya mula telefon kwn2 rapatnya tapi amat menyedihkan, mereka juga tak ada tunai yang banyak. so, apa kesudahannya…sama2 anda fikirkan…saya bukan nak jadi story teller di sini tapi nak berkongsi satu senario di mana wang ada peranan penting dalam keadaan kecemasan..ingat, semakin umur meningkat semakin tinggi risiko penyakit.
moral kisah di atas adalah kita boleh mempunyai banyak kwn, tidak salah malah memang bagus.tapi dalam situasi tertentu ramai kwn tak padat bantu bukan tak mau bantu.jadi, tak salah jika ada banyak wang(halal)sebab kwn2 akan datang sendirinya jika kita ada wang. so, pandai2lah memilih kawan.
April 14th, 2007 at 7:09 pm
Paling saya sedih tgk bila umo dah melepasi 56 (umo pencen) ada yg terpaksa pergi keja jaga malam2.
April 14th, 2007 at 10:40 pm
mu pandai la cakap, sebab mu pendebat…(gurau jer, jgn marah)
April 14th, 2007 at 10:44 pm
jebat mesranet- jaga ker tauke jaga. tauke jaga kot?
April 15th, 2007 at 2:51 am
good motivation bro..sbb tu nk katakan bhw perancangan masa muda ni menjamin masa tua kita kelak..susah senang kita kelak bergantung dgn usaha kita sekarang..
jika senang, mungkin kemingkinan 1 tu lebih sesuai tp kalo kurang senang?? pikir2kanla..(”,)
April 15th, 2007 at 12:37 pm
[...] Pakar pemasaran internet yang juga menjadi sifu saya, SaifulSham [...]
June 24th, 2008 at 4:30 pm
OK!