Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Saya dari Washington!

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Jika anda membina sebuah laman web kedai seperti PlanesPlanet, salah satu kriteria yang perlu ada adalah nombor telefon anda.

Berdasarkan pengalaman kami, jika laman web anda berbahasa Inggeris, majoriti pelawat datangnya dari Amerika Syarikat ( dan sudah tentu majoriti pembeli juga dari Amerika Syarikat!).

Meletakkan nombor telefon adalah salah satu kaedah untuk menyakinkan pelawat bahawa laman web anda bukanlah didalangi oleh kumpulan-kumpulan penyangak seperti Swisscash :).

Ini bermaksud, pelawat boleh mencapai anda ditalian jika mereka memerlukan maklumat dan bantuan seberapa segera.

Untuk permasalahan ini, meletakkan nombor telefon Malaysia sebenarnya boleh membebankan pelawat (mereka terpaksa membayar bil pada harga yang mahal) terutamanya buat majoriti pelawat dari Amerika Syarikat.

US Phone Number

Untuk menggunakan talian bebas tol, ia tidaklah masuk akal buat usahawan internet baru. (Disebabkan Malaysia sudah banyak jalan tol, jadi elakkan menggunakan tol-tol termasuklah talian bebas tol :razz: ).

Untuk menjadikan laman web kita ber’warga’ Amerika, kita boleh menggunakan nombor telefon Amerika secara percuma! Anda boleh dapatkan perisian dan nombor telefon Washington percuma ini di www.ipkall.com atau di www.freedigits.com.

(Terdapat banyak lagi penyedia seperti ini, saya hanya senaraikan beberapa sahaja).

Jadi, antara kelebihan menggunakan kaedah ini:

Menjimatkan kos pelanggan dari Amerika menelefon anda.

Menampakkan anda adalah penyokong setia Hillary Clinton (hehe,bukan..laman web anda berwarga Amerika)

Menambah baik profesionalisme

Tips hari ini, gunakan ia untuk menerima panggilan dari Amerika sahaja. Jika anda menggunakannya untuk menelefon ke Amerika, sila buka dompet anda, duit hendak terbang :razz: . (Jadi, gunakan ia untuk menerima panggilan sahaja, percuma!).

Seperti kata Digi….”Fuuuuuuuuuyooooohhhhh” -tercabut tekak

Bagaimana menggunakannya?

Ya, ia sama seperti YM. Download dahulu perisian itu dan ikutilah langkah demi langkah. Terdapat sedikit kesukaran untuk set up perisian ini. Tetapi apapun, ia sebenarnya tidaklah sesukar mana. Ikutilah sahaja langkahnya (saya tidak dapat tunjukkan disini).

Apabila pelanggan mendail no anda, seperti biasa anda boleh mengangkat pangilan itu di skrin komputer anda. (Tidak perlu memasang telefon).

P/S: Laman web PlanesPlanet sudah mula menggunakan nombor telefon Amerika. Jika anda tinggal di Amerika, silalah hubungi kami!Hehe.

Sekian,
W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:AF5 Akademi Fantasia 5 bursa malaysia dafi ijok jutawan hartanah kementerian pembangunan usahawan Perniagaan Internet

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Derma sambil mengaut keuntungan!
  • del.icio.us:Saya dari Washington!-digg:Saya dari Washington!-spurl:Saya dari Washington!-wists:Saya dari Washington!-simpy:Saya dari Washington!-newsvine:Saya dari Washington!-blinklist:Saya dari Washington!-furl:Saya dari Washington!-reddit:Saya dari Washington!-fark:Saya dari Washington!-blogmarks:Saya dari Washington!-Y!:Saya dari Washington!-smarking:Saya dari Washington!-magnolia:Saya dari Washington!-segnalo:Saya dari Washington!
    Posted Tuesday, April 17th, 2007 at 10:10am
    Filed under Idea Bisnes, Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet, Sales | RSS

    13 Comments on “Saya dari Washington!”

    1. Hasafi

      Satu tips yang sangat berguna! :razz: Saya tentunya akan explore servis ni dengan lebih mendalam lagi.

    2. Zaizen

      Wow..great info SS!!.Ni yg di tunggu sangat2 ni..segala kerungsingan sblm ni telah terjawab akhirnya :wink:

      Mekasih byk Syazwan.

    3. irwan.dahnil

      Bagus2.. nanti boleh apply kan ni

    4. sham

      kene ada ip phone ke syazwan? Tak paham lagi konsep telefon free tu..Kalo ip phone,kene beli la…

    5. JimieRay

      Wahh…selama ni ramai gak orang tak ambil berat tentang no phone ni.

      Satu tips dan info yg cukup berguna. W/pun saya balum ada lg perancangan untuk market luar negara.
      Thanks Syazwan.

    6. Sabri

      hoho…

      Tak perlu IP Phone pun Sham… ;)

      Syazwan bocorkan “trick of trade” ni cepat. Isy3..

      The best thing about this style is, even Skype Out Credit pun tak perlu beli dan dial no bebas toll US adalah percuma. :mrgreen:

    7. BujangJutawan

      Wah… untung la pada mereka yang mempunyai laman web berbahasa inggeris. Lepas ni, makin gempak la perniagaan internet diorang.

      Tips yang hebat!!

    8. HPK

      perisian tu percuma ke berbayar?

    9. Sabri

      Adeh…

    10. batagolek

      mmg berguna tips ni…;) tapi kalo depa US, mesti tepon masa kita tengah tido kan ? ke nak letak mode auto answering machine ? hmm

    11. Syazwan

      Yaaa…automatik die kne tinggalkan mesej. Kite boleh dgr inbox mesej tu. Tkde mslah besar.

    12. sham

      wah..sape yang buat dropshipping patut apply benda ni..Banyak gunanya..

    13. ahmadaiman

      very informative…
      byk lagi kena belajar dr saudara berdua ni..

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.