Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Siri 1| Pengenalan Kepada Joint Venture di Internet

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Salam Hormat Kepada Pembaca Budiman,

Sudah lama saya tidak menulis di SaifulSham.com , jadi hari ini saya ingin menulis sesuatu yang boleh dipraktikkan kepada semua. Bagaimana untuk melakukan joint venture khusus untuk perniagaan internet. Kebetulan juga saya pernah berjanji untuk menulis mengenai hal ini dalam post lepas. (Saya Malu) Untuk pengetahuan anda, joint venture ini tidak terhad kepada infoproduk di mana anda mempromosi produk si polan dan sebagai balasan si polan pula akan mempromosi produk anda.

Sebagai contoh, kami pernah melakukan joint venture untuk menaja sebuah forum Mesir untuk memasarkan laman web kami di sana (produk fizikal). Hatta, saya pernah menggunakan tips-tips joint venture ini untuk mendapatkan sesuatu secara diskaun! (percuma pun ada!).

Jikalau anda protege emas SaifulSham, mungkin anda sedar betapa mudahnya kami mendapatkan diskaun-diskaun dan special favor dari rakan-rakan niaga kami. Apakah rahsianya?

Jeng, jeng, jeng…

Rahsia Utama Perniagaan Internet
Pertamanya, Honesty is The Best Policy. Jujur dengan bakal JV partner anda.
Anda perlu dengan merendah diri menceritakan tujuan anda menghubungi mereka. Kenapa sebenarnya. Jika anda ingin meminta bantuan, beritahu kenapa bantuan itu diperlukan. Besar kemungkinan, orang yang anda hubungi adalah “pemain lama” dalam industri tersebut. Mereka akan dapat melihat jika ada sesuatu yang tidak kena. Ingat, sekali anda dicop tidak jujur, peluang anda akan tertutup buat selama-lamanya.

Rahsia Cepat Kaya
Kedua, Nothing Is Free. Jangan Minta Apa-Apa Secara Percuma. Ia Membuatkan Bakal JV Partner Kita “Turn Off” Dan Tidak Berselera Untuk Ber JV Dengan Kita.
Ramai daripada kita yang suka berkira dan cukup anti kalau ada pihak yang mendapat lebih. Masalahnya, dalam Joint Venture selalunya orang yang kita hubungi itu mempunya sesuatu yang kita mahu. Jadi, sewajarnya pun mereka mendapat lebih. Terima kenyataan ini.

Apabila kita memberi, banyak lagi pintu rezeki akan terbuka untuk kita terima. Jangan meminta sesuatu secara percuma walaupun kita rasa kita berhak mendapatnya. Jika anda tidak mampu, minta diskaun dengan alasan yang kukuh.

Banyak kali kami menawarkan untuk membayar tetapi kami mendapatnya secara percuma. Banyak kali juga kami mendengar rungutan protege-protege kami yang bukan sahaja tidak mendapat percuma, nak dapat diskaun pun tidak dilayan. Salah siapa?

Jika ingatan saya masih baik, servis-servis dan bantuan yang kami dapat percuma, tidak pernah kami minta percuma. Semuanya kami tawarkan untuk membayar. Tetapi kami dapat percuma (reverse physhology) ;)

Rahsia Usahawan Muda berjaya
Ketiga, Wang Bukan Segalanya. Apatah Lagi Wang Yang Tidak Pasti
Orang yang sudah berjaya tidak memandang wang. Mereka sudah ada banyak wang. Mereka berfikiran jauh ke hadapan dan mencari karakter dalam diri anda. Mereka mahu membantu orang yang benar-benar mahu berjaya dan mereka gembira jika dengan bantuan mereka orang ini akan jadi lebih berjaya.

(Patric Chan sendiri memberitahu saya perkara ini ketika saya menemuramah beliau)

Berikan sesuatu yang unik. Menghubungi bakal JV Partner dengan mengatakan bahawa jika mereka mempromosi produk anda, mereka akan mendapat habuan yang lumayan bukanlah caranya. Mereka belum buat keputusan untuk mempromosi produk anda lagi pun. Apa mereka akan dapat jika mereka tidak mempromosi? Tidakkah itu seolah-olah anda cuba mempergunakan mereka?

Sebaliknya tips saya, buatkan mereka rasa mereka sedang menyumbang kepada satu halatuju yang lebih besar. Sesuatu yang lebih berharga dari wang. Tawan hati mereka dengan matlamat ini.

Saya bagi anda satu contoh real yang saya sering gunakan ketika saya tawar menawar ketika saya baru bermula dulu. (diterjemah kepada Bahasa Melayu)

Saya seorang usahawan muda yang sangat berminat dalam perniagaan internet dari Malaysia. Saya tertarik dengan…. tetapi saya tidak mempunyai … kerana kemudahan di sini tidak lengkap. Saya seorang yang sangat rajin dan saya sering mengkaji mengenai … Saya rasa saya memerlukan bantuan … (dan seterusnya)

Pendek kata, inilah cerita yang saya jual untuk mendapatkan bantuan dan bimbingan mengenai perniagaan internet ini. Namun, jangan anda salah sangka. Jangan jadi desperate. Desperado pun salah satu turn off kepada orang lain untuk membantu juga. Membantu orang yang terdesak seolah-olah cuba menyelamatkan kapal terbang yang akan terhempas. Penuh tekanan. Sell yourself. (Macam interview mendapatkan kerja)

Tips Nak Jadi Kaya
Keempat, Jangan Lupa Menyebut Nama Orang Yang Menghantar Anda
Ada orang takut untuk memberi kredit kepada orang yang mencadangkan sesuatu produk kepada penjual produk tersebut. Mereka takut orang yang mencadangkan tadi mendapat komisen. Komisen tersebut sudah tentulah akan datang dari bayarannya. Ini adalah pemikiran orang dangkal.

Kenapa saya berkata demikian? Saya beri anda satu sebab cukup.

Dengan anda menyebut nama orang yang menghantar anda, secara tidak langsung anda masuk dalam satu kelompok pembeli. Penjual mungkin sukar untuk memberi diskaun kepada anda jika anda membeli secara individu, tetapi kalau anda membeli secara berkumpulan, penjual tadi mungkin lebih mudah untuk memberi anda diskaun kerana dia tahu dia tidak rugi! :lol:

Nampak tak? Jangan takut untuk menyebut nama orang yang menghantar anda dan memuji mereka jika perlu.

Percaya atau tidak, Bitol (dari CheapestCovers) pernah dipuji oleh seorang rakan niaga saya dari US kerana Bitol pernah memuji kami di hadapan beliau (walaupun kami tiada di situ). Beliau menganggap Bitol seorang yang jujur dan trustworthy. (betul ke Bitol? :?: ) hehe…

Tanya Bitol macam mana layanan yang Bitol terima dari rakan niaga kami tu selepas itu sehingga sekarang? (kalau Bitol tak jawab, saya jawabkan… 1st class!)

(yup, anda betul. Sepatutnya angka 5 berada di sini dan bukan 4. you got me there!)
Salah nombor jutawan malaysia
Kelima, Jangan Mengikat Tangan Orang Yang Memberi
Ketika anda menyebut nama orang yang menghantar anda tadi, jika dia mendapat layanan istimewa, jangan sekali-kali meminta layanan yang sama. Nanti anda tak dapat dan nikmat kawan anda tadi pula ditarik-balik.

Kalau orang nak bagi, dia akan bagi. Tapi jangan paksa dia bagi.

Contohnya, kami pernah mendapat permintaan untuk memberi testimonial kepada sebuah ebook yang akan dijual. Perkara pertamanya, kami tidak mengenali beliau. Lebih parah, beliau tidak memberikan ebook itu pun. Sebaliknya beliau hanya berkata, “Jika tuan bersetuju untuk memberikan testimonial, sila hantarkan emel kepada saya di sifulan@domain.com

Dalam hal ini, walaupun ebook tersebut berbayar tapi kami tidak ghairah untuk mendapatkan benda percuma. Bagaimana nanti jika kami bersetuju, tetapi ebook tersebut tidak berkualiti. Jika saya tidak memberikan testimonial, nanti dikatakan saya pencuri, penipu. Jika saya berikan, nampak sangat saya tidak berprinsip.

Jadi bagaimana?

Senang-senang saya katakan sahaja saya tidak memberi testimonial kepada orang yang tidak saya kenali.

(psst….sangat sukar memuaskan hati saya. Tidak percaya tanya En Irwan. Ok kata Syazwan (2 huruf), 2 jengkal setengah komen saya) :razz:

Biarkan orang yang kita minta bantuannya tadi ada pilihan. Jangan kita sempitkan ruang dan peluang untuk dia. Mengikut pengalaman saya, rakan-rakan niaga saya online (even orang Malaysia) seperti Zul, Sham, Gobala, Zamri Nanyan tidak pernah memaksa saya buat sesuatu. Nak endorse, endorse. Tak nak endorse sekarang, projek lain pula. Mereka minta semula. No hard feeling.

Tetapi yang lucunya orang yang tidak dikenali boleh memaksa-maksa? Jadi bagaimana? Jika ini sikapnya, mustahil untuk orang-orang seperti ini berjaya.

Ada banyak lagi tips-tips JV yang ingin saya kongsi. Namun biar kita serap yang ini dulu. Mungkin di lain kali kita akan tengok bagaimana nak berJV dengan supplier, berJV dengan IM Malaysia, berJV dengan bangsa asing. Nantikan.

Buat masa itu, anda perlu juga membaca artikel lain yang saya tulis berkenaan JV-JV di Internet ini:

Kejayaan dalam Perniagaan Internet, You Have To Earn It dan Teknik Efektif Internet Marketing | Buat Duit Melalui Kawan-Kawan

Kemungkinan besar ada yang tidak bersetuju dengan tulisan saya. Sebab saya tahu topik JV-JV ini agak sensitif. Ada orang ingat, untuk berJV perlu sampai status tertentu, baru dilayan. Sebenarnya ini propaganda sahaja. Seperti yang saya tulis, orang yang dah berjaya tidak memandang wang. Kami memandang sikap dan sifat tidak mementingkan diri dalam diri seseorang itu. Ada juga yang membuat pakatan “anti-orang2 besar” sebab konon-konon, orang yang dah berjaya ni nak tolong geng sendiri sahaja. Sebenarnya, tidak begitu.

Amalkan sahaja prinsip-prinsip yang saya sharekan di atas. Yang paling penting, jangan ikat tangan orang yang memberi. Sebab memang sure anda tak akan dapat. Itu rahsianya. :mrgreen:

Saya nak dengar komen anda mengenai hal ini!

Nantikan siri-siri akan datang pula!

peluang perniagaan

Bacaan Lanjut:joint venture jv Perniagaan Internet rahsia jv saifulsham tips jv

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • SaifulSham pecah rahsia JV
  • Pelaburan Hartanah: Siri 2
  • Projek terkini SaifulSham
  • del.icio.us:Siri 1| Pengenalan Kepada Joint Venture di Internet-digg:Siri 1| Pengenalan Kepada Joint Venture di Internet-spurl:Siri 1| Pengenalan Kepada Joint Venture di Internet-wists:Siri 1| Pengenalan Kepada Joint Venture di Internet-simpy:Siri 1| Pengenalan Kepada Joint Venture di Internet-newsvine:Siri 1| Pengenalan Kepada Joint Venture di Internet-blinklist:Siri 1| Pengenalan Kepada Joint Venture di Internet-furl:Siri 1| Pengenalan Kepada Joint Venture di Internet-reddit:Siri 1| Pengenalan Kepada Joint Venture di Internet-fark:Siri 1| Pengenalan Kepada Joint Venture di Internet-blogmarks:Siri 1| Pengenalan Kepada Joint Venture di Internet-Y!:Siri 1| Pengenalan Kepada Joint Venture di Internet-smarking:Siri 1| Pengenalan Kepada Joint Venture di Internet-magnolia:Siri 1| Pengenalan Kepada Joint Venture di Internet-segnalo:Siri 1| Pengenalan Kepada Joint Venture di Internet
    Posted Friday, April 20th, 2007 at 12:00am
    Filed under Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet | RSS

    9 Comments on “Siri 1| Pengenalan Kepada Joint Venture di Internet”

    1. irwan.dahnil

      Kadang-kadang testimonial di minta dari orang yang tidak berkaitan.

      Apabila saya berkesempatan berjumpa Azizi Ali, beliau berpesan supaya testimonial hendaklah datang dari domain atau kumpulan yang sama, mempunyai kredibiliti dalam ilmu, kepakaran atau pengalaman.

      Testimonial yang datang dari orang yang salah hanya akan degrade both pemberi dan penerima testi..

    2. Hasafi

      Saya rasa prinsip & etika untuk menjalankan perniagaan internet lebih kurang sama dengan perniagaan biasa yang lain. Yang membezakan mereka ialah apa yang dijual.

    3. edy_sifuku

      bagus sangat tips kali ni..betul2 dah sedarkan sy :D..as newbie, sebenarnya sebelum ni saya rasa begitu juga ( yang berjaya sahaja yang dapat buat jv), rupa-rupanya tidak..tips yang sangat bagus..

    4. Bitol

      Oh, tidak kutahu cerita itu. Jumpa nanti story kat aku ok Sabri, hehe.

      Hmm, layanan yang diterima? Layanan yang memang besh :p Benda yang bernilai beratus-ratus USD setahun saya boleh dapatkan free sahaja. Tapi kena win-win situation la. Dia kasi saya free, saya berikan beliau customer-customer baru :)

    5. BujangJutawan

      Tips hari ini memang betul2 buat saya terkejut! Terlalu banyak yang masih belum saya tahu mengenai JV ni. Syabas SaifulSham

      Bahagian yang saya gemari ialah Testimonial… memang tidak sepatutnya orang memaksa kita memberikan testimoni terhadap sesuatu produk. Testimoni adalah satu pandangan dan pendapat yang lahir dari perasaan jujur dan ikhlas.

      Jika sesuatu produk itu tidak baik, mengapa pula mesti kita katakan bagus? sama-sama kita fikirkanlah… :-)

    6. Hafidz86

      Terima kasih saya ucapkan kepada saifulsham yang banyak memberi tunjukajar yang sangat berguna.

      Saya menganggap kalian seperti guru saya juga.

      Saya telahpun membeli buku RBDDI, sangat berinformatif dan berguna bagi newbie macam saya.

      Ditambah pulak dengan saifulsham.com, saya merasakan pengetahuan makin bertambah.

      Saya terfikir pulak nak menjadikan kalian sebagai JV saya satu hari nanti(lepas ada website sendiri, hehehe :smile: ), tapi bila xtaula..idea dah ada cuma tengah kumpul duit siket…

      Selamat maju jaya!!

    7. waka

      Tips JV memang wajar dibaca dan di fahami sebelum memulakan sesuatu JV, untuk mengelakkan anda tersilap

    8. amar

      pertama skali…
      salam pada rakan2…

      terima kasih pada saifulsham.com atas kesudian berkongsi tips JV sebegini kepada rakan2…
      tips ni sebegini memeng amat kite perlukan..

      semoga yang dicita tercapai…

    9. Rahsia Peluang Perniagaan Internet Tips Buat Duit Usahawan Internet » Archive » JV Yang Tidak Pernah Gagal, Apa Susah?

      [...] sekali lagi akan memberi definisi non-academic di sini. JV atau Joint Venture pada saya adalah kerjasama dalam menjalankan perniagaan. Tidak semestinya JV membawa pulangan [...]

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.