Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Mengapa FTA Malaysia-Amerika penting untuk perniagaan internet?

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Maaf, disebabkan mood cuti, saya membiarkan sahaja untuk tidak menulis pos baru. Sebab saya tahu, anda semua sedang sakan bercuti.

Apapun, cuti yang terlalu lama adalah tidak baik untuk seorang usahawan. Antara penerima kesannya adalah sepupu saya yang melibatkan diri dalam perniagaan konvensional, beliau merungut, Malaysia ini terlalu banyak cuti sehinggakan menjejaskan perniagaannya.

Baik, saya sebenarnya ingin mengupas topik dropshipping dengan lebih mendalam. Saya ingin mengupas berkenaan isu produk, apakah jenis produk yang boleh dan tidak boleh untuk dijual melalui konsep dropshipping.

Saya akan ceritakan juga bagaimana kes-kes fraud terjadi dalam bisnes dropshipping. Dan juga beberapa payment method yang sesuai selain Paypal, 2co, Worldpay.

Tidak lupa juga, saya akan ceritakan betapa apabila orang menyedari anda penjual dari Malaysia, ada banyak sebab untuk anda ditipu oleh mat-mat afrika. Semua rangkuman itu saya akan ceritakan dalam minggu ini.

Cuma hari ini, saya ingin membawa kembali topik hangat yang didebatkan didada akhbar dalam sebulan dua yang lalu.

Ianya mengenai perjanjian FTA Malaysia-Amerika. Apa yang menarik, FTA ini sebenarnya akan mempengaruhi perkembangan perniagaan internet di Malaysia. Diakhir nanti, saya ingin tahu apakah anda menyokong FTA atau tidak. Hehe.

kerajaan malaysia

Baik, mari kita teliti sedikit sebanyak apa itu FTA.

FTA (Free Trade Agreement), adalah perjanjian perdagangan bebas antara sesebuah negara dengan negara lain. Secara kasar, maksud perdagangan bebas disini adalah kedua-dua negara bebas untuk berdagang dikedua-dua negara tanpa ada sekatan dan halangan.

Contohnya, jika sebelum ini, kereta-kereta jenama Amerika seperti GM tidak diberi akses memasuki Malaysia (halangan untuk melindungi kereta nasional), tetapi dengan FTA, kereta jenama Amerika diberi akses untuk menjual keretanya disini. Sebagai timbal balik, Proton juga diberi akses untuk menjual kereta di Amerika.

Itu contoh secara kasar. Ia tidak terhad kepada satu industri malah meliputi banyak industri.

Saya tidak mahu membincangkan isu pro dan kontra secara mendalam kerana ia sudah banyak diperkatakan didada akhbar. Ya, memang benar, akan ada pro dan kontra kepada Malaysia mahupun Amerika.

Cuma, perjanjian FTA ini sebenarnya membawa erti yang lebih kepada industri perniagaan internet. Jika sektor perbankan dimasukkan dalam perjanjian, ia akan membuka ruang Bank-Bank Amerika untuk beroperasi di Malaysia (walaupun terdapat bank milik Amerika seperti Citibank di Malaysia, ia masih diklasifikasikan bank tempatan).

Haaaaaa, jadi apabila bank Amerika ini dibenarkan beroperasi disini, maka secara tidak langsung banyak manfaat akan diperolehi industri perniagaan internet. Antaranya, adalah kemungkinan Paypal membuka pejabatnya disini.

america.jpg

Untuk pengetahuan anda, Paypal bukanlah tidak mahu membuka cawangannya disini (mereka mahu kerana mereka tahu perniagaan internet di Malaysia sedang berkembang pesat), tetapi kekangan undang-undang ketika inilah yang membuatkan mereka tidak dapat memberikan perkhidmatannya secara berkesan kepada pelanggan Malaysia.

Bukan sahaja PayPal, malah banyak lagi perkhidmatan yang dapat membantu perniagaan internet anda.

Sekali lagi, Pro dan Kontra tetap ada. Pronya, perniagaan internet akan lebih berkembang pesat. Kontranya, untuk bank-bank milik Malaysia, mereka mungkin tidak mampu melawan bank asing yang lebih hebat dari segi modal dan aset serta akses pasaran global.

Kontranya, akan terdapat peningkatan keluar wang ke luar negara. Dan banyak lagilah jika saya ingin senaraikan satu persatu.

Tetapi, apapun, pada pendapat peribadi saya, perjanjian FTA ini salah satu langkah yang dinantikan saya selama ini. Jikalah perjanjian ini melibatkan sektor perbankan nanti, sudah tentu banyak perubahan dalam perniagaan internet di Malaysia akan kita perolehi kelak.

Yang lebih penting, anda tidak perlu lagi untuk memohon kad debit seperti EtradeBank, memohon akaun Bank Singapura, menggunakan trader, dan bermacam kaedah lagi yang umum kita tahu.

Malah, kepercayaan rakyat Malaysia dalam perniagaan internet akan meningkat dengan adanya perkhidmatan seperti PayPal di Malaysia.

Jadi, apa pula pendapat anda?

Bacaan Lanjut:cuti cuti malaysia jutawan hartanah kahwin kaya melancong Perniagaan Internet PLKN usahawan wangcyber

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Saya dari Washington!
  • Perniagaan internet: Pilihan Pasaran & Produk
  • “Merempat” di negara sendiri
  • del.icio.us:Mengapa FTA Malaysia-Amerika penting untuk perniagaan internet?-digg:Mengapa FTA Malaysia-Amerika penting untuk perniagaan internet?-spurl:Mengapa FTA Malaysia-Amerika penting untuk perniagaan internet?-wists:Mengapa FTA Malaysia-Amerika penting untuk perniagaan internet?-simpy:Mengapa FTA Malaysia-Amerika penting untuk perniagaan internet?-newsvine:Mengapa FTA Malaysia-Amerika penting untuk perniagaan internet?-blinklist:Mengapa FTA Malaysia-Amerika penting untuk perniagaan internet?-furl:Mengapa FTA Malaysia-Amerika penting untuk perniagaan internet?-reddit:Mengapa FTA Malaysia-Amerika penting untuk perniagaan internet?-fark:Mengapa FTA Malaysia-Amerika penting untuk perniagaan internet?-blogmarks:Mengapa FTA Malaysia-Amerika penting untuk perniagaan internet?-Y!:Mengapa FTA Malaysia-Amerika penting untuk perniagaan internet?-smarking:Mengapa FTA Malaysia-Amerika penting untuk perniagaan internet?-magnolia:Mengapa FTA Malaysia-Amerika penting untuk perniagaan internet?-segnalo:Mengapa FTA Malaysia-Amerika penting untuk perniagaan internet?
    Posted Wednesday, May 2nd, 2007 at 10:22pm
    Filed under Idea Bisnes, Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet, Sales | RSS

    9 Comments on “Mengapa FTA Malaysia-Amerika penting untuk perniagaan internet?”

    1. linn_comel

      Selama ini, saya asyik disogokkan oleh kesan negative because of FTA. Tetapi apabila menbaca entry diatas, baru saya tahu, ada juga benefit untuk usahawan internet Malaysia.Apa pun terima kasih Syazwan, kerana memberitakan info tersebut

    2. ramzy0

      ermm…kalau dilihat dari positive sidenya, ada jugak advantagenya pada bidang e-businez. kan bagus kalau saifulsham panjangkan sedikit article ni kan best, banyak sikit info yg dapat digarap. :cool:

    3. ibnuhassim

      FTA ia ada pro n contranya, kalau untuk IM memang bagus tapi Kalau untuk KM masalah sikit ler. Tapi saya setuju kalau beberapa perkara yang berkaitan dengan kepenting agama diutamakan

    4. suhaimy

      Salam,
      Memang setiap suatu itu ada pro dan kontra. Positif dan negatif. FTA bagi pengguna ia adalah positif tetapi kalau diambil dalam konteks yang lebih luas lagi. FTA mempunyai banyak kelemahan kepada negara kecil dan tidak berdaya saing.Oleh itu kalau mengikut Islam mana yang membawa mudarat yang lebih besar hukumnya haram contoh seperti rokok dan dadah.

      Sebenarnya kalau kita mengkaji konsep perniagaan,FTA ini dibelakangknya adalah pemain-pemain perniagaan yang terdiri daripada orang-orang Yahudi.

      Bukan bermakna disini.Saya tidak menyokong FTA. Tetapi jika tidak dikawal mengikut konteks sesebuah negara.FTA ini akhirnya akan membawa musibah yang lebih besar.

      Memang sebagai pengguna kita seronok dapat barang berkualiti dengan harga murah dan sebagainya.Tapi dalam konteks jangka panjang anda sudah dapat mengetahui implikasinya.

      Sebagai seorang peniaga saya seronok kerana banyak kemudahan dapat ditawarkan.Masalah birokrasi dan ketidakcekapan dapat dibaiki kerana wujud persaingan.

      Oleh itu FTA ini ada positif dan negatif.Pernahkah anda terfikir apakah kesan jangka panjang FTA ini kepada negara dan agenda disebaliknya?

    5. Syazwan

      Sbnrnya pakar ekonomi sendiri bercanggah pendapat mengenai perkara ini.

      Sy percaya, kerajaan juga sudah menetapkan had-had pada FTA. Bermaksud, bukan semua perkara akan diberi kebebasan tanpa had.

      Jika tidak, tidak mungkin kerajaan duduk berbincang mengenai FTA. Sy tidak mahu meletakkan isu lain dlm pos kali ini kecuali kepentingan perniagaan internet.

      Mksudnya, isu-isu lain yg melibatkan kepentingan negara seperti sektor automotif dan lain-lain perlu dinilai dengan teliti.

      Dlm konteks perniagaan internet, FTA byk membawa kelebihan dr kelemahan.

    6. waka

      FTA memang bagus jika kualiti produk malaysia setanding dengan luar. Tetapi jika kualiti tidak setaraf maka produk2nmalaysia mungkin akan mengalami masalah.Untuk bersaing perlu tingkaktkan kualiti(offline produk)

    7. rahsia

      FTA membawa kesan lebih buruk kepada sesebuah negara..cuba lihat apa yg terjadi kat Korea. Rakyatnya merusuh kerana ekonomi mereka (orang bawahan seperti petani) jatuh teruk.

      Klau FTA hanya dihadkan ke atas perniagaan internet je kan bagus..hehehehe :grin:

      Bagi aku FTA hanya menuntungkan sebelah pihak iaitu pihak yg mempunyai kuasa yg lebih besar dalam ekonomi.

    8. BujangJutawan

      Memang benar FTA pasti akan memberikan pro dan kontra kepada sesebuah ekonomi negara. But, apa yang Saifulsham hendak sampaikan kepada kita adalah baik buruknya kepada perniagaan internet.

      Bila difikir2 semula FTA akan memberikan peluang yang besar kepada usahawan2 perniagaan internet jika apa yang dikatakan oleh saudara Shaifulsham itu berlaku. Apa yang paling pentingnya ialah cara bagaimana kita memanfaatkan kewujudan FTA itu nanti. :lol:

    9. adikajie

      Pendapat saya, FTA hanya memberi kesan besar kepada perniagaan internet Malaysia hanya jika pelanggan mereka adalah worldwide. Kalau setakat pelanggan dari Malaysia shj, tak ke mana faedah FTA boleh dinikmati. Kemudahan bank US dan Paypal, sehingga sekarang telah ada banyak option peniaga-peniaga internet boleh lakukan. Jadi secara peribadi saya rasa kalau tidak diteruskan FTA pun tak mengapa.

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.