Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Blue Chip Produk vs Low End Produk

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Sebenarnya, saya ingin menulis mengenai dropshipping, ada banyak topik yang saya akan beritahu anda. Tetapi, saya ada sesuatu yang menarik perhatian saya untuk dibincangkan hari ini.

Ianya mengenai persoalan memilih produk. Saya tahu ia masalah utama pada usahawan-usahawan internet yang baru.

Tiada idea untuk menjual atau pening-pening memikirkan jenis produk yang sesuai.

Tetapi saya juga tahu, sebenarnya anda ada sahaja ideanya, tetapi selalunya anda terlalu ghairah mengejar untuk mencari produk yang high end (blue chip) untuk dijual. Maksud high end disini adalah produk yang berharga mahal.

Pada saya, apa-apa produk yang melebihi RM50, ia boleh dikategorikan sebagai mahal (servis adalah dikecualikan). Salah satu sebab keghairahan usahawan internet yang baru mendapatkan produk blue chip ini adalah kadar keuntungan yang tinggi. (Tetapi mungkin ya, mungkin juga tidak).

Keghairahan ini hanya akan membawa kepada satu kesan sampingan negatif untuk anda memulakan perniagaan ini, iaitu anda tidak ada modal yang banyak untuk mendapatkan stok. Kes ini berlainan jika anda sudahpun memiliki kedai di dunia nyata. (Tetapi selalunya, usahawan internet baru bukanlah terdiri daripada golongan ini).

Selalunya, kita akan bermula dengan menjual produk melalui affiliate program ataupun dropshipping. Itulah kebiasaanya. Ya, memang kita tidak mahu memegang risiko menyimpan produk terlalu lama jika ianya tidak laku dipasaran, maka lebih baik kaedah affiliate ataupun dropshipping.

Walaupun kaedah affiliate dan dropshipping adalah kaedah mendapatkan produk dengan senang, tetapi, ia tidak senang juga. Apabila melibatkan urusan pemindahan wang, melibatkan pembayaran komisyen kepada ahli affiliate, tidak menerima orang Malaysia sebagai ahli dropship, dan lain-lain, ia jadi tidak menarik dan membosankan. :cool:

Itulah halangannya untuk usahawan internet yang bercita-cita menjual produk yang mahal.

Sebenarnya ramai daripada kita terlepas pandang produk yang dalam kategori low end (produk-produk murah). Sebagai contohnya ialah lilin, kertas pembalut hadiah, peta, barangan cenderamata yang kecil dan sebagainya.

Kesemua produk ini tadi juga mempunyai pasaran yang luas diinternet. Dan selalunya, ia bukanlah masalah yang besar untuk anda mendapatkan stok dan menyimpannya.

Dan, produk yang murah tidak semestinya untungnya rendah. Dengan produk murah, anda lebih berpeluang cerah untuk meraih keuntungan berlipat-lipat ganda.

Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan peta pada harga RM3-5, dan menjualnya kembali pada harga USD5-10. Malah, jika anda mendapatkannya secara terus dari pengilang, harganya mungkin jauh lebih murah.

Pada anggapan anda, dengan nilai USD 10, bilalah mungkin anda akan menjadi jutawan diinternet?

Tetapi, diinternet banyak sahaja penjual yang menjadi jutawan hanya dengan menjual produk-produk yang mungkin pada anggapan kita amatlah tidak ada kelas. :lol:

Contohnya, www.scrapyourtrip.com.

Kelebihan produk murah adalah ia lebih senang untuk dijual diinternet.

Dan produk murah selalunya bersaiz kecil dan ringan, maka harga kos penghataran adalah jauh lebih murah daripada harga kos penghantaran produk yang berat dan besar.

Apabila murah, pembeli selalunya tidak teragak-agak untuk membeli. Mereka lebih bersedia meletakkan kad kredit mereka berbanding produk-produk high end. Teori ini sama sahaja dengan teori 7 secrets dolar, tetapi ia tidak tertakluk pada produk digital, malah boleh juga produk fizikal.

Kesimpulannya mudah sahaja. Jangan lupakan produk low end.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:AF5 akademi fantasia Akademi Fantasia 5 ananda krishanan bursa malaysia Celcom Digi Maxis Perniagaan Internet usahawan internet

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Kelas Saham bersama Syazwan SaifulSham!
  • Tips Membeli Saham Di Masa Krisis
  • Kelas Saham bersama Syazwan : Sesi 2
  • del.icio.us:Blue Chip Produk vs Low End Produk-digg:Blue Chip Produk vs Low End Produk-spurl:Blue Chip Produk vs Low End Produk-wists:Blue Chip Produk vs Low End Produk-simpy:Blue Chip Produk vs Low End Produk-newsvine:Blue Chip Produk vs Low End Produk-blinklist:Blue Chip Produk vs Low End Produk-furl:Blue Chip Produk vs Low End Produk-reddit:Blue Chip Produk vs Low End Produk-fark:Blue Chip Produk vs Low End Produk-blogmarks:Blue Chip Produk vs Low End Produk-Y!:Blue Chip Produk vs Low End Produk-smarking:Blue Chip Produk vs Low End Produk-magnolia:Blue Chip Produk vs Low End Produk-segnalo:Blue Chip Produk vs Low End Produk
    Posted Monday, May 7th, 2007 at 10:10am
    Filed under Idea Bisnes, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet, Sales | RSS

    7 Comments on “Blue Chip Produk vs Low End Produk”

    1. adikajie

      Artikel yang banyak membantu dalam pemilihan produk.
      Walaupun brnag murah tetapi memberi potensi pelanggan yg banyak. :razz:

    2. Hafidz86

      Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada SaifulSham di atas artikel yang begitu informatif.

      Saya berminat dengan tajuk kali ni.

      Memang saya sendiri pun sentiasa memkirkan nak jual suatu yang besar dan mahal tp xpernah terfikir nak jual benda yang murah.

      So, penerangan U all kali nie memang sangat berguna untuk newbie macam saya.

      Sekali lagi Tahniah!!

    3. kayrules

      terima kasih di atas info yang cukup bermakna bagi mereka yang masih tercari-cari produk untuk dijual secara online(mcm saya) :lol:

      syabas, info yang memberi saya idea :idea:

    4. Sain

      memang masalah utama untuk dalam memulakan bisnes internet ialah dalam pemilihan produk yang nak dijual,, spt saya jugak.

      info hari ni berguna buat saya dalam memilih produk apa nak dijual. adalah lebih baik kita jual produk berharga rendah dan sentiasa laku, berbanding produk yg mahal tapi tak laku-laku.. betul tak???
      fikirkan lah… :grin:

    5. shahrani77

      sekarang ni saya tengah usahakan perniagaan online tetapi sampai sekarang ni gagal mendapat pelanggan.. aduh.. pening2.. :sad:

    6. rosealley

      artikel yg sangat2 berguna, memang sy tgah pening pk nak jual produk apa, thanx a lot :lol:

    7. BujangJutawan

      Memang benar. Dului, saya pun tercari-cari produk dan memilih jenis produk yang tengah top di pasaran. Namun, walaupun saya mendapat keuntungan daripada perniagaan tersebut tetapi ianya tidaklah sebanyak mana kerana saya bukanlah pelopor kepada bidang tersebut.

      So, daripada tips ini saya akan cuba untuk lebih kerative dan tampil dengan produk sendiri walapun mungkin ianya dahulu di pandang remeh.

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.