Apakah ia perlu jika kita kaya..
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Salah satu perkara yang menjadi mind set kebanyakan orang adalah orang-orang yang memandu kereta mewah adalah orang kaya. Mind set ini ada betulnya kerana siapa lagi yang mampu membeli kereta-kereta mewah melainkan jika pendapatannya melebihi paras orang kebanyakan.
(Ya, ada juga orang-orang tidak kaya buat-buat kaya).
Tetapi sebenarnya, saya melihat mind set sebegini dibentuk melalui pengaruh cerita tv, drama, filem dan hiburan. Kita terlalu terpengaruh dengan jalan cerita dan kehidupan selebriti, hinggakan kita sentiasa berfikir, orang kaya harus memakai pakaian berjenama, orang kaya harus memandu kereta mewah, orang kaya harus mempunyai rumah yang besar, harus mempunyai pemandu peribadi, harus mempunyai pengawal keselamatan, harus mempunyai keahlian kelab golf yang bernilai puluhan ribu setiap tahun dan sebagainya.
Sebelum mengenali apa itu erti perniagaan, kekayaan, pelaburan dan perkara sewaktu dengannya, saya juga turut sama mempunyai mind set begini.
Dahulu saya selalu tertanya, mengapakah bapa saya tidak sukakan kereta-kereta taraf mewah sedangkan itu tidak menjadi masalah baginya. Saya berfikir, mungkin perniagaan bapa saya hanya biasa-biasa sahaja. Mungkin juga pelaburan hartanahnya pun biasa-biasa sahaja.
Tetapi, selepas satu persatu hartanah dibelinya, saya mula mencari jawapan, apa sebenarnya yang dilakukannya. Melalui pembacaaan saya dalam banyak buku-buku pelaburan dan perniagaan, barulah kini saya faham, mengapa beliau bertindak sebegitu.
Dan kegilaan saya terhadap barangan mewah mulai berkurangan seiring dengan pengetahuan ilmu pelaburan saya bertambah. Dahulu, saya sanggup menghabiskan duit biasiswa sekadar untuk membeli aksesori dan pakaian berjenama.
Saya mengaku sahajalah, dahulu saya hidup (semasa mula-mula belajar diuniversiti) dengan bantuan kewangan bapa saya. Duit biasiswa adalah duit untuk bersuka ria. Pasti habis.
(Mungkin sebab itu PETRONAS sudah tidak memberikan biasiswa secara lump sum seperti dahulu, mereka telah berikan biasiswa secara bulanan mulai awal tahun ini)
Semasa awal saya mempunyai perniagaan, keuntungan juga banyak disalurkan untuk menampung kehidupan mewah saya. Semasa itu, tidak ada kesedaran dari segi pelaburan.
Mind set saya masih sama, orang kaya harus mempunyai gaya hidup mewah.
Tetapi, pengalaman berkenalan dengan beberapa orang pelabur seperti bekas peserta seminar serta pembacaan buku-buku pelaburan telah banyak mengubah mind set saya.
Saya kini faham dimana sebenarnya wang harus digunakan. Tetapi, kesedaran saya seorang tidak mampu untuk membantu rakan-rakan seusia yang lain.
Rata-rata berpendapat, “Buat apa bisnes, tu semua kerja-kerja orang tua. Kita yang masih muda, bila lagi hendak enjoy (bak kata putri: Kita Enjoy!). Kalau sibuk bisnes, rugila waktu muda kita, hidup hanya sekali”
Lain-lain pula memberitahu, “Money is not important to me. Yang penting kegembiraan untuk bekerja nanti.”
Tambah lagi, ada yang berpendapat,”Bisnes kau dah maju, tukarlah kereta, carilah awek sorang (haha,dalam proses), apa lagi, melancongla…”
Saya tidak salahkan mereka sebab seperti teori Abraham Maslow, pada usia seperti saya, kekayaan bukanlah prioriti utama.
Yang saya pasti, rakan seusia saya sedang sibuk memikirkan kerja dan juga kahwin. Hoho.
Berbalik kepada topik kita, dalam tempoh 4 tahun ini, saya sudah bertemu ramai juga jutawan dalam bidang masing-masing. Dan hampir kebanyakan dari mereka hidup secara besederahana.
Ya saya akui, yang hidup mewah-mewah pun ada. Tetapi, itu tidak salah kerana, mereka bermewah tetapi kekayaan mereka terus bertambah.
Akan tetapi, kehidupan kita hari ini jauh telah berubah. Tidak semestinya kita harus mengikut apa yang ditayangkan didrama tv untuk membolehkan kita digelar kaya. Tidak semestinya kita harus memakai apa yang selebriti pakai, barulah kita layak digelar kaya.
Yang mengarang,
W.M.Syazwan
Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under Hartanah, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet, Saham | RSS


















Ini adalah tentang pilihan antara kemahuan hati atau keperluan hidup. Perasaan nak bergaya tu memang kuat (macam saya la
). Tapi yang mentukan tindakan kita adalah akal fikiran dengan ilmu yang ada. Kawal nafsu tu! 
mind set saya pun begitu pada mula2 bekerja dahulu tapi sejak baca SaifulSham mind set sama mula berubah.
Betul tu Syazwan.. saya bukanlah jenis bermewah sebab bukan asal dari org mewah pun..
saya rasa duit patut disimpan ketika muda.. cam saya tak berpeluang untuk menyimpan ketika muda sebab baru2 je mendapat keje… tapi takpelah walaupun rasa cam terlambat tapi kita kena piki tentang masa depan.. cam pepatah yang selalu saya ingat ‘ukur di badan sendiri’.. Buang pepatah ‘ bior papa asal bergaya’.. Sebab kalau dah papa jangankata nak bergaya nak makan pun susah…
Huhuhu…
Salam,
Boleh tolong bagi pendapat,pandangan atau ulasan mengenai kuasaforex.Anak didik saifulsham.Bukan apa kerana banyak sekali komen2 yg tidak elok cthnya mengatakan kuasaforex itu tipu.Cthny komen yg boleh didapati di forum http://nogold.com/forum/classes-lessons/22044-kuasa-forex-bikin-gempar-2007-speed-trap-jana-beribu-pips-sehari-3.html
ye betol tu…pendek kata kita beli barang yg nilainya tidak akan susut walau ditelan masa.
cthnya hartanah, nilainya bertambah dari tahum ke tahun..kalau kereta, cepat je nilainya susut.
Ammar: Benda ni En Nasir dh explain dlm 2 pos lepas. Sy pn tk ambil kisah forum-forum Nogold dan Carigold.
Sy ttp yakin dgn En Nasir kerana sy mengenalinya secara dekat. Jutawan Senyap~
sebab itulah diriku belum membeli lagi mercedes atau bmw. buat masa ini, pakai je la bmx dulu. hehe.
p/s: sedang sibuk beli tanah, buat rumah - jual. pak cik kayo! hehe..
Syazwan,
Terima kasih banyak-banyak kerana penjelasan yg ringkas tetapi bermakna dan memberikan keyakinan kepada saya.Insya’Allah ada rezeki saya akan hadir ke seminar kausa forex.Dapat berjumpa dengan SaifulSham pd 17Jun.Selepas itu,Insya’Allah ada rezeki saya akan pergi seminar RBDDI pula.Tq so much.
masa saya belajar kat ipts, memang saya ditanggung oleh mak ayah saya.. dapat duit habis joli.. kini baru sedar bagaimana hendak mengurus kewangan.. lagi-lagi dah kawen nih..
Pada padangan saya memang saya berdoa menjadi kaya.
Sebabnya adalah saya ada terlibat di dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan.Biarpun saya tidak kaya harta,tetapi saya ada tenaga dan masa.Itulah aset yang saya dapat sumbangkan.
Saya ada matlamat jika kaya,lebih banyak amal bakti dapat saya lakukan dengan duit,harta yg dianugerahkan Allah.Biar apa pun bakal orh kata saya akan tempuh.
Pakcik kaya….kaya….
Ada juga kengkawan jutawan yang saya kenal masih menjalankan kehidupan yang sederhana. Bagi mereka kebendaan tak pentinglah sangat cukup ada kereta untuk bergerak dari point A ke B (bak kata Azizi Ali) dan ada rumah untuk berlindung dah memadai.
Yang lain hanya fikir macam mana nak tambah lagi pendapatan….
Tapi saya ada juga membaca beberapa buah buku motivasi kebanyakannya kata kalau kita nak jadi jutawan minda kita juga perlu begitu…dan pilih lah rakan2 yang mempunya pemikiran dan berjiwa jutawan.
Sebagai motivasi diri..
wah, bagusnya impian anda semua…saya pun nak kaya jugak
Sape yang taknak jadi kaya kat dunia nih.Semua orang taknak hidup susah.Tapi satu menda je yang perlu kita ingat bila dah kaya jangan sesekali kita menjadi hamba duit.Kerana sesungguhnya kekayaan duniawi itu hanyalah sementara.
Hmmm…
Pada pendapat Kak G, ramai orang sekarang nak kaya kebendaan … banyak wang, kereta mewah, rumah besar dan percutian di lokasi luar negara …
Tapi kita harus ingat, kekayaan harta benda saja tidak menjaminkan kebahagiaan.
Dalam mengejar kemewahan, kita harus juga mengperkayakan diri dengan akhlak yang mulia dan terpuji dan juga kayakan minda dengan pengetahuan berguna dan kayakan diri dengan ketakwaan …
Kalo tengok Paris Hilton tu kaya betul tapi asyik2 ada je berita tak baik tentang dia dan jiwanya seperti kosong walaupun dikurniakan kemewahan berlipat-ganda.
Semoga kita semua menjadi insan yang bukan hanya kaya pada wang tetapi kaya dalam sahsiah diri dan kaya pada sifat-sifat yang terpuji.
Kaya yang sebenar tidaklah hanya terletak kepada kekayaan lahirah semata-mata.
Ramai yang berpandangan kita hanya akan jadi kaya sekiranya memiliki duit jutaan ringgit, kereta yang mewah, rumah bungalow bertingkat2, isteri ramai (hehehhe) dsb…
Masih ramai yang tak menyedari erti kekayaan yang sebenar…
Tidak kita sedar bahawa kejujuran dan akhlak mulia juga merupakan kekayaan yang patut dimiliki oleh semua ???
Tidakkah kita mengerti bahawa keluarga yang bahagia dan sejahtera juga merupakan kekayaan kita???
mencari kekayaan itu digalakkan, boleh membantu orang lain, spt memberi peluang kerja,dan membantu org lain yg memerlukan
kaya budi pekerti. dengan menjadi kaya anda juga boleh mengkayakan orang lain. jika saifulsham tidak kaya macam mana? di manakah saifulsham sekarang jika tidak kaya-kaya?
saifulsham tak kaya?
saya belum kaya-kaya lagi daaaa…
sekian terima kasih
Good info & cara hidup bg golongan muda yg ngaji tinggi macam anda…
sedikit pendapat peribadi kebanyakan kita org melayu muslim berminda berniaga nak kaya,nak jadi jutawan,nak masyhur dll utk mendapat mitovasi dlm berniaga. pernah kah kite dok pikir laa kalau biz maju gila, pitih terlalu byk trilion-trilion sampai dok tahu nak buat ape? nok beli ape,nak ape,nak buat ape semua dpt dgn mudah (macam Bill gate laa).
Ape lagi mitovasi lagi yg kita Nak cari?(U the best in the World).
kalau Bill Gate, letak Microsoft tepi buat kerja Amal kat sape-sape dok kira bangsa dan Agama.
so bagi pendapat aku laa BERNIAGA ni adalah kita MENOLONG org.Fardu kifayah dlm islam.
Jadi dok kira berapa berjaya ,berapa besar,berapa glamer,berapa kecik pun bisnes kita Mitovasi utk mengembagkan bisnes dok akan malap, walau apepun yg belaku kalau niat kita BERNIAGA UTK MENOLONG ORG - cakap senang laaa, ye tak! cuba bisnes untung juta-juta tak kan tak nak beli keta besor :)-.
Pada Permerhatian aku: Bagi Masyrakat Melayu islam keturunan , berjayanya perniagaan seseorg bergantung kepada berapa BESOR/MAHAL/BRANDED kereta seseorg itu.dok percaya ask yuorself.
Sekian Terima Kasih
Yang tak kaye-kaye,tapi hati senang