If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Sehari dua ini, saya menghidupkan fungsi Windows Mail dalam Microsoft Vista saya dan memuat-turun emel-emel lama (secara POP3), ke komputer. Tujuannya, emel ini juga adalah emel yang saya gunakan untuk melanggan newsletter marketer-marketer lain. Jadi ketika Internet connection tiada, saya boleh menggali-gali emel lama ini untuk mendapatkan tips-tips berharga.

Saya terjumpa kembali, emel-emel sebenar yang saya gunakan untuk approach JV Partner-JV Partner dalam perniagaan Internet pertama kami (waktu mula-mula dulu emel ini aktif digunakan). Jadi, saya akan berkongsi sebahagiannya dengan anda, semoga anda mendapat manfaat.

Nota: Kotak “SENT” tidak dapat di di download, cuma jika saya membalas emel prospek-prospek JV Partner tersebut, barulah saya dapat melihat emel yang saya tulis. Bermaksud, kemungkinan besar ada emel yang merupakan emel ke 2, 3 yang merujuk kepada emel pertama yang tiada. Apapun, saya mahu anda melihat cara saya menulis sahaja, tidak perlu fahamkan.

Gaya Bahasa & Contoh Sebenar Perhubungan JV Melalui Emel

Ini adalah emel ke 2 yang saya hantar selepas emel pertama (JV/Sponsorship Proposal). Dalam balasan proposal saya, Nicholas ini tidak mahu kami melakukannya secara short term sahaja, tetapi beliau lebih prefer long term tie up. Oleh kerana beliau tidak memberi maklumat spesifik, cara bagaimana beliau mahu kami bekerjasama, saya bertanya mengenai perkara tersebut juga sekali lagi.

Hi Nicholas,

Yes, of course. sure.Well, glad you ask. Hmm, well we are more than willing to have a tie up for a longer term, we can sponsor the prizes for any activity you want to organize (such as contests etc)

We also can give you a few gift certificates (Corporate pack) monthly to distribute among your readers.

Or perhaps, we can use the old way, coupon discount.

Just let me know, which one you prefer, ok?

Btw, if you need to reach my administrative email, info@uhux-uhux.com

Regards,

Thanks

Peter

 

 

Apabila Prospek JV Tidak Membalas Emel Anda

Ramai usahawan internet (terutamanya newbie) yang kecewa apabila seorang prospek JV tidak membalas emel mereka. Sebenarnya, ini normal. Yang tidak normal adalah apabila anda menerima balasan. Anggaplah ia bonus dan hari bertuah anda… ;)

Saya beri anda satu tips.

  • Jika prospek JV tersebut, tidak membalas emel PERTAMA anda, kemungkinan beliau tidak berminat itu besar. Anda boleh follow up dengan lembut jika mahu, tetapi jangan memaksa.
  • TETAPI, jika prospek JV anda tidak membalas emel KEDUA atau seterusnya, itu bermaksud mereka ADA MINAT, cuma mungkin tawaran anda tidak cukup menarik atau mereka sibuk. Jadi, anda boleh follow up dengan lebih agresif dan perbaiki tawaran supaya jadi lebih menarik.

Mari kita lihat contoh saya follow up prospek JV saya yang tidak membalas emel kedua saya.

Hi Nicholas,

We like to follow up on our first correspondence on possible tie up for promotion with your blog. Do you still want to pursue the matter? FYI, we are ready to go. We are only waiting for confirmation from you.

We believe that this agreement will also give you some benefits, in term of readers satisfaction, and maybe it can also help attract new readers to your blog.

We would like to see this partnership last long and benefits both parties. Btw, we will try to add some more Red Widgets to our store ; )  Sorry, we don’t have that much choice for Red fans.

Have a good day.

Regards

Peter

 

Ok, dalam siri perhubungan emel ini, ada beberapa emel lagi untuk saya kongsi, namun buat hari ini cukup sehingga tahap ini. Akan datang, kita akan melihat bagaimana untuk membuat deal, supaya kita tidak nampak terlalu rush (or ada kepentingan) dan bagaimana untuk memastikan JV Partner kita tidak rasa teraniaya.

Selamat Mencuba!

Bacaan Lanjut: