Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Masalah Yang Indah

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Dalam kehidupan kita, ada 2 jenis masalah yang wujud. Satu masalah yang indah dan satu lagi masalah yang yang menyiksakan. Pada saya, saya lebih suka masalah yang indah dari masalah yang menyiksakan itu. Saya tahu sudah tentu anda juga bersetuju akan perihal ini. Contoh yang senang diuntuk difahami. Jika anda sudah mempunyai teman istimewa dan ingin menyuntingnya sebagai teman hidup, tetapi anda mempunyai masalah kewangan untuk membiayai hal-hal perihal perkahwinan.

Masalah anda ini adalah masalah indah kerana anda sudah mempunyai teman istimewa ditangan. Berbanding dengan masalah orang lain yang berkali-kali gagal bercinta. Haha. Sekurang-kurangnya anda lebih bertuah dari orang yang gagal dan gagal bercinta (Ini contoh sahaja). Tetapi, seringkali, ramai dari kita memandang masalah yang indah itu satu penyiksaan. Dalam kes diatas, tugas anda adalah mencari wang untuk berkahwin. Itu sahaja.

Sedangkan, orang yang gagal dalam bercinta harus terus dan terus mencari cinta. Wang kahwin satu masalah yang menanti mereka selepas itu. Haha. Itu tidak termasuk lagi mungkin tentangan dari keluarga orang yang disukainya. Sama halnya juga dalam perniagaan internet. Masalah-masalah seperti tidak tahu cara mengeluarkan duit dari Paypal bukanlah masalah yang mengerikan. Sudah tentu ia masalah yang indah kerana kita tidak akan cuba belajar mengeluarkan wang PayPal kita selagi kita tidak mempunyai wang didalamnya (Selalunya begitulah).

Belanja Duit Kahwin

Jadi, jika anda mempunyai wang didalam PayPal, masalah anda adalah masalah yang indah. Sebab, anda sudah menghasilkan wang dari internet. Anda lebih baik dari orang yang mempunyai masalah seperti tidak mempunyai masa untuk membina perniagaan internet. Anda lebih baik dari orang yang langsung tiada idea untuk memulakan perniagaan internet.

Konsep ini tidak lari jauh dari konsep “hutang yang baik” dan “hutang yang menyusahkan”. Sebagai contoh, hutang adalah baik jika digunakan untuk menambahkan aset seperti membeli hartanah (ini hutang dengan bank) dan hutang menjadi tidak baik apabila ia digunakan untuk menambahkan liabiliti. Jadi, lihat kembali kepada masalah anda. Apakah masalah yang anda hadapi hari ini adalah masalah yang indah atau sebaliknya.

Haha.

Jumpa lagi,
W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:akaun usahawan peluang perniagaan rahsia forex rahsia ternak lembu usahawan masa depan usahawan tani

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Tips menulis sales letter : If too good to be true,….
  • Menguruskan cukai e-commerce
  • Saya Perlukan Nasihat Anda! Tolong…
  • del.icio.us:Masalah Yang Indah-digg:Masalah Yang Indah-spurl:Masalah Yang Indah-wists:Masalah Yang Indah-simpy:Masalah Yang Indah-newsvine:Masalah Yang Indah-blinklist:Masalah Yang Indah-furl:Masalah Yang Indah-reddit:Masalah Yang Indah-fark:Masalah Yang Indah-blogmarks:Masalah Yang Indah-Y!:Masalah Yang Indah-smarking:Masalah Yang Indah-magnolia:Masalah Yang Indah-segnalo:Masalah Yang Indah
    Posted Tuesday, June 26th, 2007 at 3:15pm
    Filed under General, Perniagaan Internet | RSS

    7 Comments on “Masalah Yang Indah”

    1. akmal

      Assalamualaikum…
      ape yang Syazwan tu memang betul…
      Saya sekarang dah dapat duit kat paypal, tapi takleh nak accept sebab debit kad tak setel lagi untuk verified akaun paypal tuh…

      Alhamdulillah…buat orang baru seperti saya, tak menjangka kan akan dapat duit dalam mase terdekat…tapi sekali dapat, tak bleh nak accept plak..huhu…

      Syazwan…nak tanye skit eh..kalau duit tu dipulangkan semula pade sender, kite bleh request balik ke payment tuh?

      p/s: sape awek kat atas tuh…cunnye…
      p/ss: u all bile nak kawin, duit dah banyak..huhu…

    2. Hafidz86

      manusia memang tak dapat tidak untuk lari daripada masalah…
      yang penting ialah bukan lari daripada masalah sebaliknya berhadapan dengan masalah dengan berani..
      Jadikan maslah sebgi peluang untuk memajukan diri dan belajarla daripada kesilapan

    3. edyanie

      yap.. saya setuju.. masalah yang indah mampu menjadikan kita sentiasa motivate untuk menyelesaikannya… contohnya macam saya, usaha gigih juga ni nak kumpul duit nak sunting teman istimewa…walau banyak cabaran, tapi bila fikirkan pada penghujung matlamat, jadi semangat ;)

    4. Ayid

      Semua orang ada masalah tersendiri tak boleh nak dielak. Bila cukup bulan masalah kereta meragam pulak bila tengah bulan anak nak beli buku latihanlah dan macam - macam lagi itulah dinamakan cabaran hidup.

      Kalau tak ada masalah alhamdulillah, tapi jika ada masalah kita dapat melatihkan diri untuk berfikir.

      Sebelum ni masalah saya tak tau apa itu internet marketing, bila dah tau masalah saya apa nak jual dan macam mana nak buat website? Kini masalah saya macam mana nak tingkatkan traffic….itulah masalahnya…

      Anyway bukan amway…selamt maju jaya kepada kengkawan semua.

    5. ibnuhassim

      Gambar tue sewaktu majlis pertunangan Syazwan ke? :mrgreen: gurau jer.

      anyway. Masalah yang indah memang best. Masalah ni biasanya merupakan cabaran yang kita lalui untuk mencapai kejayaan.

    6. smartzul

      Berapa banyak haha daa Syazwan.. hehe.. :D

      Batul tu. Masalah membuatkan kita akan tahu sesuatu yg kita tak tahu. Saya lebih suka memanggil masalah sebagai PERKARA YANG PERLU DISELESAIKAN atau orang lain memanggilnya sebagai PELUANG.

      Fikirkan cara nak selesaikan dan bukan fikirkan masalah tersebut sampai berserabut.

      Lapar itu sendiri pun masalah. Asyik kena makan jer.

      Kerja tu pun satu masalah, kena spend 8 jam sehari.

      Belajar di sekolah atau IPT pun satu masalah, berapa tahun baru ‘bebas’.

      Nak jadi usahawan yang berjaya pun satu masalah, ya lah, kena usaha kuat, x boleh malas.

      So, kalau difikirkan kembali, masalah tu hanya perkataan semata-mata. Semua perkara (masalah) yg terjadi adalah PERKARA YANG PERLU DISELESAIKAN. :)

    7. suhaimy

      cun awek tu :grin:
      masalah berada dimana-mana yg penting jgn cari masalah

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.