Nasihat dari seorang bapa
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Sebenarnya, saya dan Sabri baru sahaja cuba bergiat aktif dalam pelaburan saham. Selepas lebih berbulan-bulan lamanya membaca berbagai jenis buku pelaburan saham dan membaca laporan-laporan ekonomi seperti The Edge, The Edge Financial Daily dan macam-macam lagi laporan, kami berkeputusan untuk membuat langkah pertama secara serius.
Dahulu, selepas SPM, saya meletakkan pelaburan dalam IPO (Initial Public Offering) dengan 100 peratus diuruskan bapa saya. Tetapi, sifat ingin tahu dan mencuba membuatkan kami berdua cuba untuk belajar bagaimana pula bermain saham indeks berbanding IPO.
Dahulu, saya tidak pandai membaca senarai panjang pergerakan saham sehari setiap syarikat dalam akhbar. PE ration pun tidak tahu, 52 Weeks Low-High pun tiada idea dan macam-macam lagi.
Mencuba dengan pelaburan yang sedikit dan berkat sedikit ilmu yang ada, kami membuat keuntungan yang ok-ok sahaja. (Yalah, jumlah pelaburan pun bukan banyak, saja test power).
Tetapi, selepas diketahui bapa saya, lantas beliau melarang saya bermain saham. Mulanya, saya tidak tahu sebab-sebab kukuh, tetapi ini nasihat beliau kepada saya.
Bapa saya mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam pasaran saham. Beliau pernah mengambil bahagian dalam pengurusan pelaburan bagi syarikat pelabuhan semasa bekerja sebagai akauntan dahulu. Beliau sendiri memberitahu, bukan senang untuk membuat pelaburan dalam saham tambah-tambah lagi saya hanyalah pelabur kecil (runcit).
Katanya, kami hanya membazir masa untuk membuat market research, membuat kajian, dan belajar semua benda sedangkan jumlah pelaburan kami tidak besar.
Beliau lebih menyarankan kami menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan internet yang lebih lumayan.
Apabila saya fikirkan, ada beberapa pro dan kontra.
Pronya, kami dapat belajar dengan praktikal bagaimana bermain saham.
Kontranya, ya betul, kami membazir begitu banyak masa hanya untuk membuat study mengenai saham. Keuntungan memanglah ada, tetapi jika dibahagikan dengan masa untuk membuat keuntungan tersebut, ia tidak langsung berbaloi berbanding perniagaan internet.
Katanya lagi, beliau mempunyai ramai kawan yang mengajaknya bermain kembali saham. Semuanya bercerita seolah-olah mereka pakar. Mereka tahu bila market akan naik, mereka tahu fundamental dan macam-macam. Tetapi seperti biasa, ada antara mereka bila disuruh belanja minum kopi pun tidak mampu.
Kata bapa saya lagi, ya kami mungkin boleh mengaut keuntungan tetapi, pasaran saham bukan sesuatu yang boleh dijangka dengan tepat. Walaupun banyak indicator-indicatornya, ia bukanlah satu petunjuk jelas kita akan menjadi kaya melalui pelaburan saham.
Bagi kami, bila difikirkan kembali. Ada benarnya perkara ini. Kami hanyalah pelabur runcit. Senang sahaja untuk dimakan pelabur institusi ataupun pelabur gergasi (yang membuat pelaburan berjuta-juta ringgit).
Jelas bapa saya, keuntungan memanglah agenda semua pelabur tetapi selepas diambil kira masa untuk membuat kajian, jumlah keuntungan tidak berpadanan dengan masa yang telah terbuang.
Mungkin anda yang melabur dalam pasaran saham mempunyai pendapat berbeza. Tetapi, apa yang kami pelajari, lebih baik masa itu digunakan untuk mempelajari selok belok perniagaan mahupun hartanah.
Jadi, nasihat ini mungkin juga sesuai buat anda untuk pelabur ikan bilis seperti kami.
Bacaan Lanjut:akauntan hartanah jutawan muda jutawan tani kementerian usahawan dan koperasi pasaran sahamPembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under Idea Bisnes, Keusahawanan, Perniagaan Internet, Saham, Sales | RSS


















Apa-apa pun pada pandangan saya anda telah menyatakan sesuatu yang tepat.
Pertama.
Sebelum memulakan apa juga perkara anda telah study dengan membaca dan melakukan research.
Kedua.
Anda juga telah mendapatkan feed back dari orang yang berpengalaman, akauntant iaitu bapa anda. Tak ramai yang ingin mendapatkan pandangan pakar kerana malu, segan dan takut diri dianggap bodoh.” Kalau tak tanya sesat jalan” bidalan hanya tinggal bidalan.
Ketiga.
Anda telah mengambil kira keupayaan anda sendiri sama ada hendak meneruskan pelaburan atau pun tidak. Kita perlu bersikap ukur baju dibadan sendiri sebab kebanyakan orang cepat sangat nak kaya dan mulalah masuk bank sana dan sini nak mula buat pinjaman dan mula nak melabur…ilmu tak cukup dan mula berangan…
Pada pendapat saya anda tidak ruga kerana membuang masa kerana…sekurang-kurangnya anda telah memperolehi serba sedikit tentang ilmu pelaburan walaupun anda tidak menceburi secara serius.
Bapa saya pernah berkata, Ilmu merupakan harta yang tak ternilai…
Itulah. Setiap orang mempunyai profil risiko yang berbeda. Macam kami yang dikatakan newbie dalam pasaran saham, ada benarnya kata bapa saya.
Soal ilmu memang tiada nilainya, tetapi masa yang ada adalah lebih baik disumbangkan kpd sesuatu yg sudah kami pakar iaitu perniagaan internet.
Saya tahu, ada orang yang hidupnya bermain saham akan mempertahankan keputusannya. Its Ok anyway. Saya hanya memberitahu sedikit nasihat dari bapa saya sahaja, tidaklah bermaksud semua orang perlu mengikutinya.
Salam, sekadar nak bagi berkongsi… ada sebuah buku yang saya sedang baca dan nak cadangkan sebagai bahan bacaan untuk mereka yang berminat untuk melabur dalam saham atau pun apa jenis bentuk-bentuk pelaburan lain…tajuknya “The Winning Investment Habits of Warren Buffett & George Soros” hasil nukilan Mark Tier. Siapa yang nak tahu tabiat dan strategi 2 trader paling berjaya ni bolehlah luangkan masa membaca buku ni.Lepas baca buku ni bolehlah timbang-timbangkan sendiri samada kita ni ada tak apa yang diperlukan untuk jadi seorang pelabur berjaya…
Ha! ha!.. betul tu… saya pun setuju ngan entry kali ini. Bermain saham ini memang ada pro & kontranya.. dan nak tahu mana yang lebih banyak? Sama ada pro atau kontra yang lebih banyak? Ia bergantung kepada setiap individu..
Bagi saya.. lebih banyak kontra dari pro.. sama macam syazwan, buat masa ini, lebih baik saya tumpukan masa saya pada perniagaan internet..
Satu perkara yang saya perasan setelah join bengkel cashflow ahad lepas..
Main saham = boleh buat duit tapi bukan pendapatan pasif
Perniagaan internet = boleh buat duit dan merupakan pendapatan pasif..
Masa ‘lebih penting’ daripada ilmu sebenarnya.
Bila banyak masa, bertambahlah ilmu perniagaan sebab ada banyak masa nak fokus, study dan build business.
Reverse what we talk. Kalau kita kata sesuatu ilmu (bidang) tu bernilai kpd kita, ilmu lain pun ada nilai juga kepada orang lain.
Mcm kata Shuth, terserah kepada peribadi masing2. Bagi saya, ilmu ebiz lebih bernilai dan penting. Bagi orang lain, ilmu saham lebih penting sebab itu bidang dia. So, semua ilmu bernilai dan perlukan masa. Tiada siapa betul atau salah di sini.
Saya yang fokus ebiz ni pun masih banyak tak tahu, inikan pula nak buat itu dan ini. hehe..
Good luck.
betul tu…kadang2 semua benda kita nak kejar…itu kita nak buat..ini nak buat…pastu.”yang dikejar tak dapat yang di kendong bericiran”
Bagi saya, “main” saham dengan “melabur” saham adalah sesuatu yang berbeza.
Orang yang “main” saham itu selalunya nak cepat untung dengan mengambil risiko yang tinggi dan banyak bergantung kepada naik turun harga pasaran dalam masa yang singkat.
“Melabur” dalam saham pula bermakna kita tidak mengharapkan mendapat untung dalam masa yang singkat, malah boleh tunggu bertahun2 lamanya. Di sinilah kita gunakan fundamental analysis. Selain dari harga pasaran saham, keuntungan juga boleh datang dari dividen, bonus issue, capital repayment dan sebagainya.
Setuju dengan pendapat ShaifulSham kali ini bahawa kalau setakat menjadi pelabur ikan bilis, lebih baik jangan masuk saham. Margin keuntungan selalunya tak berbaloi dengan tempuh masa yang dikorbankan.
saham…..aduh pening saham ni
Bagi saya, lebih baik bisnes internet.. kalau main saham risiko lgi tinggi…silap haribulan boleh bankrupt…hahahaha..
Bisnes internet la yek..boleh jadi jutawan juga…Macam Irfan Khairi…
Nasihat bapa,jgn dipandang remeh…maybe kita tak berpuashati dgn nasihat tu,tp dikemudian hari banyak kebaikannye yang kita dapat.




Dulu, beriye2 abah suruh ambil course farmasi,
separuh hati,ambil la course tu dan melupakan bidang yg diminati.
bestnye,belum grade,dah dapat offer keje.. tak perlu nak gi interview…
N skrg ni,banyak pee peluang buat duit dlm bidang ni.tp PERLU DIINGAT
bukan jual dormicum,sibutramine atau ubat batuk tau….
dapat beramal dengan org yang perlukan nasihat ubat2an…dapat pahala.
Terima kasih abah…kerana tunjukkan jln yang lurus ni.
waaah, mau main saham daaa? memang betul kena ada kajian dan ilmu saham yang mendalam. setakat kita-kita nih nak main aras yang tohor aje boleh laa. nak menerjah lautan dalam dengan saham yang power2? jauh lagi nak dapatnya…
mmm… invest dalam saham ade risikonye tersendiri.. tak kire sama ade ikan bilis atau ikan jerung.. tak kire sama ada anda seorang fundamental atau TA. Cuba fahami ape risiko dulu baru bleh enter market.. Bukan semua orang sesuai invest dalam saham ni
Pelaburan dalam saham memang ada risiko dan masa yang digunakan untuk kajian pasaran tidak berbaloi dengan pulangan. Jika ada modal berjuta-juta mungkin berbaloi juga dan dapat untuk banyak. Tapi kalau pasaran saham merundum, habis……..