Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Exit Strategy

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Jika anda biasa dalam dunia saham mahupun mungkin Forex, terma seperti “Exit Strategy” adalah terma biasa. Ye tak?

Sebenarnya terma “exit strategy” boleh digunakan dalam banyak situasi dalam dunia ini. Tidak hanya tertumpu pada pelaburan saham.

exit strategy

Untuk pemahaman yang lebih jelas buat anda yang masih samar-samar akan maksudnya, “exit strategy” bolehlah dimaksudkan dengan waktu untuk anda melangkah keluar dari melakukan sesuatu perkara.

Selalunya, tujuan kita melakukannya adalah untuk meraih sesuatu yang baik dan mengelak sesuatu yang buruk atau lebih buruk berlaku.

Saya rasa, saya sukakan jika saya berikan contoh ini dalam dunia nyata.

Anda menyukai anak Pak Abu, si Salmah. Tetapi, Salmah (bukan nama sebenar) ini terlalu jual mahal kepada anda. Berbagai-bagai cara digunakan anda untuk memikat Salmah, tetapi masih gagal.

Sebenarnya, untuk kes ini, selain dari menggunakan bomoh (yang haram disisi agama), salah satu kaedah terbaik adalah anda pergilah cari yang lain. Mengapa perlu menghabiskan masa dan tenaga anda sedangkan si Salmah langsung tidak memandang pada anda.

Jadi, setelah banyak-banyak strategi digunakan anda untuk memikat Salmah, perlu ada Exit Strategy. Jika anda terus berusaha sampailah si Salmah berkahwin dengan orang lain, itu namanya anda terlalu mengharap. Hanya Mat Romeo sahaja yang sanggup berbuat begitu. :grin:

Exit Strategy yang awal (setelah melihat tanda anda memang tidak akan berjaya sampai bila-bila) boleh mengelakkan anda dari luka parah atau lebih teruk frust menonggeng berbulan-bulan lamanya. :cool:

Dalam perniagaan internet juga, kaedah “exit strategy’ boleh digunakan dalam beberapa situasi. Pertama, selepas anda membina laman web, dan selepas anda mencuba berbagai-bagai teknik promosi, mendapatkan nasihat yang pakar, tetapi laman web anda masih gagal mencatatkan jualan yang baik.

Caranya, keluar dari perniagaan itu dan carilah perniagaan yang lain. Carilah produk yang lain untuk dijual. Tidak ada gunanya juga jika selepas setahun berusaha sampai tidurpun tidak lena, tetapi anda masih gagal.

Sebab, jika anda tidak mempunyai “exit startegy”, besar kemungkinan anda akan mengalami kerugian yang lebih besar. Sama ada kerugian itu datang dari masa dan usaha mahupun wang ringgit.

Kerugian yang tidak dapat digantikan dengan wang adalah kerosakan emosi. Emosi anda akan lebih terganggu jika perniagaan internet anda gagal. Dan jikalah emosi anda terganggu, anda mungkin tidak mempunyai selera dan nafsu untuk meneruskan lagi perniagaan internet.

Baik, itu kaedah yang jika situasi anda buruk. “Exit Strategy” juga boleh digunakan hatta situasi anda yang baik. Contohnya, jika anda membina sebuah laman web perniagaan, dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan.

Lambat laun, jika pulangan yang diberikan sungguh lumayan, anda mempunyai sebab untuk menjual laman web anda kepada orang yang berminat.

Sebagai contohnya membina laman web yang memfokuskan Adsense. Jika setelah anda menghasilkan lebih USD 100 sebulan selama setahun berturut-turut, fikirkan kembali. Anda sebenarnya mempunyai sebab untuk menjual laman web itu pada harga USD 2000.

Jika anda fikirkan cara orang-orang kaya berfikir, mereka sudah tahu bagaimana untuk mendapatkan USD100 sebulan itu. Jadi, tidak rugi jika mereka menjualnya dengan USD 2000 kerana mereka boleh membina yang lain.

Mungkin mengikut pemahaman anda, USD 2000 itu mampu dicapai dalam tempoh 20 bulan jika pendapatan Adsense anda kekal USD 100 sebulan. Apakah yang lebih baik, menunggu 20 bulan untuk meraih USD 2000 atau menunggu hanya sehari untuk menjualnya dan meraih USD 2000.

Dengan USD 2,000 anda mempunyai modal yang besar ditangan untuk memulakan sesuatu yang lebih besar.

Fikir-fikirkan “Exit Strategy” anda.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:biodata usahawan berjaya hartanah jutawan hartanah jutawan muda jutawan tani Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perniagaan Internet tan sri syed mokhtar al bukhari

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Pelajaran Yang Saya Dapat Dari Bermain Cash Flow Egame
  • Courting Lovers And Customers | A Comparison
  • Tips menjual beribu-ribu lemon
  • del.icio.us:Exit Strategy-digg:Exit Strategy-spurl:Exit Strategy-wists:Exit Strategy-simpy:Exit Strategy-newsvine:Exit Strategy-blinklist:Exit Strategy-furl:Exit Strategy-reddit:Exit Strategy-fark:Exit Strategy-blogmarks:Exit Strategy-Y!:Exit Strategy-smarking:Exit Strategy-magnolia:Exit Strategy-segnalo:Exit Strategy
    Posted Sunday, July 1st, 2007 at 8:20pm
    Filed under Idea Bisnes, Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet, Sales | RSS

    10 Comments on “Exit Strategy”

    1. zool

      Suka baca tang Salmah tu..
      Kenapa?? Adalah…
      Hm idea yang menarik cuma masih belum nampak lagi sebab saya belum dapat sebarang hasil dari blogging.. mungkin sebab masih baru lagi..

    2. kiki

      yeah sokong..

      satu analogy yg senang difahami dengan cerita salmah tu..

      bukan menyerah diri ,tapi berikhitar mencari alternative lain..

    3. hasrul

      post yang menarik.

    4. Rizal Ramli

      hmmm… menarik jugak post kali nie… ingatkan dlm saham jer ada exit strategy. Rupanya ada gak dlm IM yer.. Ada tak indicator atau garis panduan mcm mana kita nak tau yg situasi kita perlukan exit strategy? Especially yg newbie. Kena tunggu 3-4 bln slps dh guna mcm2 marketing strategy ker.. or lps dh guna mcm2 marketing strategy, tp tak der hasil jugak lps 6 bln br buat exit strategy nih?… Apakah ‘tanda2′ yg project kita tuh perlukan exit strategy nih, Syazwan?

    5. syahrulshah

      Salam,

      Salah satu “Winning Investment Habits” yang diamalkan oleh Warren Buffet dan George Soros ialah menentukan “exit strategy” dengan terperinci sebelum pelaburan dibuat!

      Maksudnya bila mereka ingin membuat sesuatu pelaburan ada dua kriteria “exit strategy” yang akan ditentukan:

      i) Apa yang perlu dilakukan bila pelaburan menepati sasaran cth: bila nak ambil untung / nak jual saham semula selepas target % keuntungan diperolehi

      ii) Langkah kontingensi apabila pelaburan tak menepati sasaran@ mengalami kerugian cth: bila nak bail out dari pasaran bila market is against us

      p/s: menurut buku The Winning Investment Habits of Warren Buffett & George Soros karangan Mark Tier (yang sedang saya baca), merancang “exit strategy” is the single most important habit from all 23 winning investment habits of warren buffet and geotge soros! bila diaplikasikan, ia sangat-sangat membantu untuk merancang dan mengurus keuntungan@kerugian tak kira dalam apa jenis pelaburan yang kita ceburi.

    6. Md

      smart! :)

    7. SyahrulShah.com » Taking Care of Your Investments Like Warren Buffet and George Soros

      [...] as papers here in Malaysia. Syazwan from Saifulsham.com for example posted an entry entitled “Exit Strategy” which happens to be one of the 23 Winning Investment Habits of Warren Buffett & George [...]

    8. Perniagaan Internet Tips Rahsia Buat Duit Internet » Archive » Pelajaran Yang Saya Dapat Dari Bermain Cash Flow Egame

      [...] ke destinasi. Syazwan ada menulis mengenai hal ini di SaifulSham sebelum ini, tetapi bagaimanakah Exit Strategy yang perlu anda ada untuk rancangan kewangan anda? Adakah anda yakin? Apa akan terjadi jika anda [...]

    9. nama

      jika exit strategy saja yang diguna.. bila nak kaya..? tak faham.. perlu penjelasan,

    10. Forex e-Learning › Taking Care of Your Investments Like Warren Buffet and George Soros

      [...] here in Malaysia. Syazwan from Saifulsham.com for example posted an entry entitled “Exit Strategy” which happens to be one of the 23 Winning Investment Habits of Warren Buffett & George [...]

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.