Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Pengajaran di sebalik CTOS

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Akhir-akhir ini, orang ramai bercakap mengenai CTOS. Saya tidak mahulah mengulas panjang isu-isu berat ini (mengikut undang-undang, kita tidak boleh membuat tindakan dibelakang mahkamah, haha), tetapi saya nampak sesuatu yang menarik disebalik isu itu.

Disebabkan saya masih pelajar dan belum pernah membuat mana-mana pinjaman (dan yakninya tidak tersangkut apa-apa bayaran dari peminjam, haha), jadi saya komenlah sedang-sedang sahaja. Sebab nanti ada orang cakap, “Cakap diblog senang lah, hoho”.

Walaupun jika terbukti syarikat CTOS itu salah atau tidak, ia membuka satu perkara yang penting yang mungkin tidak diambil kisah kita selama ini.

Ianya mengenai rekod kewangan anda. Isu CTOS ini tidaklah dibimbang oleh orang-orang yang boleh melangsaikan hutang.

Ia adalah mengenai rekod orang yang gagal membayar hutang. Saya tahu berkenaan isu privasi serta tidak membuat update berkenaan rekod kewangan, tetapi, jika kita fikir kembali, isu ini lebih daripada itu.

Kita harus berfikir secara rasional, isu ini membuka mata untuk kita berhati-hati dalam mengambil hutang. Jika sudah tahu tidak mampu membayar nanti, tidak payahlah berhutang. (Sekali lagi, saya tahu ada orang akan kata didalam hati, “Kau tiada anak bini. Kau tiada kereta sport macam aku, cakap senanglah”)

Apapun, isu ini juga membuka mata, bahawa rakyat Malaysia perlu banyak belajar mengenai pengurusan kewangan. Nama anda tidak akan tersenarai dalam senarai blacklist jika anda berjaya membayar hutang.

Menangislah dan hantarlah aduan anda kepada M. Kayveas. Beliau sudi mendengar luahan mangsa-mangsa yang di CTOS. Cuma, pada saya, selain mengambil tindakan terhadap syarikat CTOS, M. Kayveas perlu juga memberitahu kepada si pengadu, “Lain kali, belajarlah pengurusan kewangan. Masalah ini tidak timbul jika peminjam itu tidak pernah mendatangkan masalah”.

Soal privasi itu saya tidak mahu komen lebih-lebih. Saya bercakap kepada orang yang gagal membayar hutang. Hoho.

Apapun, stay tune with SaifulSham.

(P/S: Mungkin pendakwa raya yang akan mendakwa syarikat CTOS perlu juga tengok, kot-kot namanya pun tersenarai hitam. Haha, gurau saja. Jangan ambil hati)

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Pn Rohana, Sila Hubungi Kami :)
  • Dari perspektif Syazwan: Mengapa Makro gagal?
  • Statistik Bukan Sekadar Nombor
  • del.icio.us:Pengajaran di sebalik CTOS-digg:Pengajaran di sebalik CTOS-spurl:Pengajaran di sebalik CTOS-wists:Pengajaran di sebalik CTOS-simpy:Pengajaran di sebalik CTOS-newsvine:Pengajaran di sebalik CTOS-blinklist:Pengajaran di sebalik CTOS-furl:Pengajaran di sebalik CTOS-reddit:Pengajaran di sebalik CTOS-fark:Pengajaran di sebalik CTOS-blogmarks:Pengajaran di sebalik CTOS-Y!:Pengajaran di sebalik CTOS-smarking:Pengajaran di sebalik CTOS-magnolia:Pengajaran di sebalik CTOS-segnalo:Pengajaran di sebalik CTOS
    Posted Sunday, July 8th, 2007 at 9:21pm
    Filed under Hartanah, Idea Bisnes, Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet, Sales | RSS

    10 Comments on “Pengajaran di sebalik CTOS”

    1. AmirulFaisyal

      Mungkin juga M.Kayveas boleh beli buku-buku Azizi Ali pada harga borong dan jual balik pada yang melapor, he he (sambil menyelam sambil minum air) :grin:

      Hanya gurauan semata-mata, :mrgreen:

      Amirul Faisyal

    2. aduuss

      tapi ctos mmg tak patut, lambat sgt update. 2 tahun tak bergerak. nak buat loan pon susah. kalau hutang tak bayar cepat jer update, tapi kalau dah bayar, lambat jer, aper ingat bole claim handling charges lebih ker. (emo gile). Tapi, kalau ctos dilakukan dengan lebih efisyen dan takde masalah legal, ia merupakan satu badan yang amat penting di negara ini.

    3. Afzai Afandi

      Disebalik isu CTOS ni…apa yang pasti ranking Melayu adalah tertinggi dikalangan individu yang disenarai hitamkan.

      Mintak jauh nama aku daripada di CTOSkan :grin:

    4. Tazilan

      Semasa saya kerja di bank dulu, CTOS ini belum wujud lagi. Kami hanya periksa latarbelakang bakal peminjam drpd database dalaman bank kami sendiri. Tak lama selepas itu, wujud pula kerjasama antara bank2 utama dgn perkongsian database maklumat pelanggan.

      CTOS sebenarnya suatu idea atau jenis perniagaan yang bijak dan unik. Hanya provide database yg amat diperlukan oleh banyak pihak terutama bank dan industri kewangan (info biz?). Maklumlah sekarang ini ramai orang yg tidak boleh dipercayai lagi kejujurannya dari segi pembayaran balik pinjaman. Percayalah.. dulu saya pernah bertugas di bahagian credit & recovery, memang tinggi loan default rate, bank pun boleh tumbang dibuatnya.

      Kini CTOS sedang didakwa atas 87 alasan ‘teknikal’. Soalnya, mengapa selama 17 tahun ini tiada satupun agensi kerajaaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Bank Negara, Kementerian kewangan dan yg berkaitan tak nampak kesalahan CTOS selama ini? Malah Bank Negara adalah antara pelanggan utama CTOS!

      Secara peribadi, semakin banyak M. Kayveas tuding jari kepada CTOS, semakin banyak jari menunjukkan kelemahan di pihak penguatkuasaan kerajaan…

    5. noordectx

      betul la mirul.
      mrk2 yg di CTOS kena bace dan praktik buku zz ali tu, esp kat bhgn melangsaikan hutang.

    6. leLabu

      yg pelik,

      kan BNM (Bank Negara Malaysia) dah ujudkan CCRIS. Kenapa masih perlu bergantung kepada CTOS.

      dan, PM plak suruh wujudkan satu agensi yg peranannya seperti CTOS. Kenapa tidak suruh perkasakan saja fungsi CCRIS?

      pelik kan? BNM tak percaya kat agensi dia sendiri ke?

      apa-apa pun, yg penting, pandai uruskan kewangan sendiri dulu.. :grin:

    7. UmiAfiat

      Selama 17 tahun CTOS bermaharajalela…. sudah berapa ramai yang menjadi “mangsanya”. Persoalan: kenapa begitu lama, masyarakat Malaysia (khasnya para pentadbir-pentadbir negara ) mengambil masa untuk menyedari hal ini? Atau adakah mereka sudah sedar sebelum ini tetapi DENGAN SENGAJA menidaksedarkan diri mereka?
      apapun, jauhkan diri dari berhutang kerana hutang akan menghilangkan segala nikmat kita. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, amalkan konsep SS: “start small finish big”

      (P/S: Sabri, mana komen tentang http://www.mytadika.com? kak umi tunggu ni. TQ)

    8. Akmalnizam

      sokong Amirul, bernas gak idea tuh…masalahnye diorang nih kalau beri percume pun buku tuh takkan dibacenye…

      satu lagi masalah sikap orang Malaysia terutamanye Melayu… :cry:

    9. Fauzul@e-Kedai.Net

      Mengikut berita yang boleh dipercayai. Perkara ini timbul selepas ada di kalangan pemimpin negara yang sememangnya banyak berhutang dan tak bayar hutang disekat daripada mengambil pinjaman daripada bank. Hutang mereka mencecah jutaan ringgit dan sudah diblacklist oleh CTOS. Jadi apabila mereka tidak dapat pinjaman barulah pecah cerita.

      Jadi bila terantuk baru terngadah. Dan orang besar Malaysia yang bawa laungan perang kepada CTOS adalah salah seorang daripadanya. Dikatakan dia ada hutang RM1.5 juta. Ini masih rumors so tak tahu betul ataupun tidak. Sekadar berkongsi maklumat.

    10. nama

      kalau data update ok la.. tak la menyusahkan orang.. tapi kalau dah bayar tapi dalam data masih berhutang.. itu menyusahkan orang.. itu yang salah tu.. dan kalau digunakan oleh orang tertentu untuk tujuan tak baik.. menyusahkan juga tu.. saya selalu menerima panggilan dari tidak dikenali menawarkan pelbagai kad diskaun yang mempunyai unsur2 menipu.. mereka tahu data kita.. ini kerja ctos la ni.

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.