Apa yang perlu anda tahu mengenai 2CO
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Disebabkan Sabri tidak pun bercerita apa yang ingin diceritakannya mengenai 2CO (lambatlah ko Sab), biarlah saya membuka cerita. Huhu.
Kami lupa menulis perkara penting didalam buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” mengenai 2Checkout.com kerana ingin menyiapkan manuskrip secepat yang mungkin pada tahun lalu.
Lupa kami bersebab. Satunya, kami sudah ada 2 akaun 2CO dan sudah lama digunakan (tak ingat sangat step-step awal). Keduanya, dalam buku tersebut pun sudah ada ditunjukkan VCD step by step cara-cara meletakkan akaun 2CO dilaman web.
2CO atau nama penuhnya 2Checkout adalah satu penyedia bayaran kad kredit yang popular selepas beberapa nama besar lain seperti PayPal, Worldpay, Paymentech dan beberapa lagi. Menurut En Bitol (si tukang milik MalaysiaPal yang sudah ditutup,hoho), 20 peratus pelangganya menggunakan 2CO.
Dan kebanyakan pengguna 2CO nya adalah rakyat Amerika. Jadi, secara jelas menunjukkan, 2CO adalah alternatif lain yang popular selain PayPal. Mengikut kajian kami, mereka menggunakan 2CO jika terdapat sebab-sebab seperti akaun PayPal kena freeze ataupun ada masalah-masalah lain.
Dalam beberapa minggu lepas, seorang bekas peserta seminar menghubungi kami dengan rasa cemas kerana beliau tidak boleh membuat transaksi dengan 2CO walaupun selepas membayar USD49. Kamipun pelik, tidak pernah dalam sejarah kami terjadi begitu.
Dengan jawapan diberikan olehnya, beliau menjual produk yang sah disisi terma yang ditetapkan 2CO. Belek punya belek, rupa-rupanya laman webnya tidak siap pada pandangan 2CO.
Haa, inilah yang kami lupa beritahu anda. 2CO tidak akan sama dengan PayPal. Menggunakan Paypal, anda boleh berurusniaga sejurus selepas berdaftar tetapi tidak buat 2CO.
2CO mewajibkan anda menunjukkan laman web anda kepada mereka dan mereka akan membuat penelitian sebelum memberi kelulusan transaksi boleh dilakukan. Tujuannya mungkin untuk mengelakkan kes-kes menjual barangan tiruan, kes menipu pelanggan dan sebagainya.
Walaupun agak leceh, tetapi sebab inilah 2CO diiktiraf antara penyedia pembayaran kad kredit yang terhormat dan selamat. Berlainan dengan PayPal, dengan 100 juta akaun didaftarkan dengannya, adalah mustahil untuk mereka meneliti satu-persatu apa yang cuba dibuat oleh pemegang akaun mereka melainkan ada yang membuat aduan.
Jika anda menjual barangan fizikal, pastikan laman web anda siap pada pandangan 2CO. Siap disini bermaksud mempunyai shipping polisi yang dinyatakan, refund polisi dan sebagainya (Apa-apa syarat yang perlu hendaklah dinyatakan).
Tips kami, jika laman web anda belum siap sepenuhnya (terutama jika anda mempunyai lebih daripada 10 produk untuk diletakkan didalamnya), buatlah laman web satu muka surat dahulu. Letak satu produk dan letak semua polisi-polisi. Tujuannya hanya untuk memastikan anda mendapat lampu hijau sahaja.
Tetapi, sebenarnya, lebih baik tunggu laman web siap sepenuhnya. Tips diatas termaktub sesuai untuk anda yang terlalu ghairah untuk membuat transaksi tanpa sabar menunggu laman web siap sepenuhnya.
Satu lagi tips kami, walaupun anda tidak mengenakan kos penghantaran (maksudnya penghantaran percuma) ke atas produk itu, shipping polisi wajib ada. Jangan bergaduh dengan 2CO mengatakan anda tidak perlu pun shipping polisi dalam laman web anda kerana anda membuat “free shipping”,hoho.
Shipping polisi bukanlah semata-mata bermaksud kos penghantaran, tetapi ia bermaksud apakah kurier yang digunakan anda. Bagaimana produk itu dihantar (dalam kotak ke, dalam sampu surat ke), bagaimana berkenaan kehilangan ketika penghantaran dan sebagainya.
Rujuk www.planesplanet.com diruangan shipping polisi untuk mengetahui lebih lanjut berkenaannya.
Bacaan Lanjut:jutawan hartanah jutawan internet kejayaan kisah kisah kejayaan Perniagaan Internet perniagaan sms tokoh korporat usahawan mudaPembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under Idea Bisnes, Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet, Sales | RSS


















Mike Filsaime ada bagi tip kalau kita guna Paypal. Lepas siap website, that better hubungi paypal dulu agar mereka tahu pasal laman web kita. Langkah ini bertujuan agar apa2 hal, mudah urusan kelak dgn paypal dan tak akan terjadi akaun kita freeze mcm tu jer sebab paypal dah review web dan produk kita.
Tapi tu lah, paypal lambat sikit support dia. Namun lebih baik buat daripada tak buat.
Bagi 2CO, bila dah siap web, hantar satu emel ke support dia dan bagi mereka sikit masa utk review. Selagi mereka tak activate akaun kita, selagi tu button buy 2co tak akan berfungsi.
Mesti ada yg tanya. Kalau web jualan dalam BM macam mana, 2CO faham ke nak review? Jawabnya, hantar je satu emel yg kata web anda dah siap sedia nak terima pelanggan. Biasanya mereka akan balas dgn bertanya, “anda jual produk apa?”. So, bagitahulah secara jelas dan terang apa yg anda jual.
Pengalaman saya, kalau produk kita Ok dan tak terlarang dalam syarat / polisi mereka, so tak ada masalah yg akan timbul. Akaun anda akan diaktifkan…
Terima kasih kepada Sdra Sabri dan Smartzul di atas komen dan penerangan yang membina. Saya rasa sayalah orangnya seperti yang dimaksudkan oleh Sdra Sabri. Saya dah lama mengikuti perkembangan dalam hal pernigaan internet melalui pembacaan (teori) tetapi masih “baby” melalui praktikal sehingga saya mengikuti pembelajaran secara fomal melalui sdra Sabri.
Selepas mendapat nasihat dari sifu sabri, saya update balik halaman web saya pada hujung minggu lepas. Saya berharap halaman web saya akan diaktifkan oleh 2CO dalam minggu ini. Baru saya tahu bukan senang nak jadi senang! he..he..
Alamat web saya: http://www.mediconlinestore.com
ehm…nak tanye skit…kat atas tadi ade tulis tenteng En Bitol…betul ke MalaysiaPal dah tutup?