Happy Leo Yang Happy & Pemurah | Pesta Untuk Semua
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Pertamanya, biar saya memperkenalkan anda kepada Happy Leo! Beliau adalah seekor Harimau Malaya (Malayan Tigers) yang dilahirkan di Tronoh, Perak (Jika ada pelajar UTP di sini, ketahuilah bahawa Happy Leo dilahirkan di dalam hutan dara di tengah-tengah Academic Complex tu).
Walaupun dilahirkan di Tronoh, surat beranaknya mempunyai alamat London (Virtual Office!), Happy Leo dibesarkan di Calcutta sehingga berusia 3 tahun. Selepas itu beliau dilantik oleh SaifulSham Consultants menjadi duta dan jurucakap kepada EcommerceMastery.com sepenuh masa.
================
BIODATA HAPPY LEO
================
Nama: Happy Leo
Tempat Lahir: Tronoh, Perak
Warganegara: England
Bahasa: Melayu (Loghat Perak), English, Urdu & Hindi
Makanan Kegemaran: Ayam Masak Cili & Gulai Kambing Kawah
Umur: 3 Tahun
Anda ada apa-apa soalan lagi untuk mengenali Happy Leo? Tanya sahaja melalui ruangan komen di bawah, esok saya akan minta Happy Leo sendiri menjawabnya.
Promosi Happy Leo Merdeka Celebrations!

Sebagai meraikan pelantikan Happy Leo sebagai duta EcommerceMastery.com dan juga ulangtahun ke50 kemerdekaan negara Malaysia tanah tempat lahirnya, beliau mengumumkan Pesta Merdeka Happy Leo. Dalam Promosi Pesta ini, semua orang berpeluang dengan mudah untuk mendapat ganjaran.
=========================================
Untuk Pelanggan EcommerceMastery.com (Baru & Lama)
=========================================
Anda berpeluang menyertai cabutan bertuah yang akan diadakan setiap minggu sehingga 31 Ogos 2007. Hadiah cabutan bernilai RM 50 akan diberikan secara rawak kepada seorang pelanggan bertuah setiap minggu (Jadi ada 8 cabutan kesemuanya).
1) Sebuah domain berdaftar bersama kami memberi anda 1 penyertaan Weekly Lucky Draw.
2) Sebuah akaun hosting Experimental bersama kami memberi anda 1 penyertaan Weekly Lucky Draw.
3) Sebuah akaun hosting Efficient memberi anda 2 penyertaan Weekly Lucky Draw.
4) Sebuah akaun hosting Effective memberi anda 4 penyertaan Weekly Lucky Draw.
5) Sebuah akaun hosting Extensive memberi anda 6 penyertaan Weekly Lucky Draw.
Syarat penyertaan, kekal bersama kami dalam tempoh ini sahaja sudah mencukupi!
Untuk membeli dan menyertai acara ini, jalan-jalan cari makan di sini: EcommerceMastery.com
=========================================
Untuk Affiliate EcommerceMastery.com (Baru & Lama)
=========================================
Baiklah berita gembira untuk striker-striker SaifulSham Consultants. Happy Leo ada berita gembira untuk anda juga! Sempena ulang tahun kemerdekaan ini, anda BUKAN SAHAJA akan mendapat KOMISEN seperti biasa, tetapi juga akan mendapat INSENTIF hadiah-hadiah lumayan tambahan.
Berikut adalah pelan ganjaran anda:
Level Alpha: 5-10 Referral Hosting
Level Beta: 10-15 Referral Hosting
Level Gamma: 15-20 Referral Hosting
Level Delta: 20-Ke atas Referral Hosting
Ganjaran Menarik Untuk Hadiah Merit:
1. Untuk setiap affiliate yang mencapai level Alpha, sebuah Pendrive 2GB dan satu undi untuk Grand Prize.
2. Untuk setiap affiliate yang mencapai level Beta, sebuah MP3 Player 1GB (loaded with at least 5 hours of latest Internet Marketing Tips & Technique) dan 2 undi untuk Grand Prize.
3. Untuk setiap affiliate yang mencapai level Gamma, sebuah printer Bubble Jet Canon dan 3 undi untuk Grand Prize.
4. Untuk setiap affiliate yang mencapai level Delta, seutas jam tangan berjenama premium dan 4 undi untuk Grand Prize.
Grand Prize: Tiket Udara Pergi Balik Ke Mana-mana destinasi di Semenanjung Malaysia
(cabutan Grand Prize akan diadakan di hadapan saksi-saksi hadirin seminar RBDDI, manakalan cabutan Lucky Prize akan diadakan secara adil di pejabat urusan SaifulSham Consultants). To register as EcommerceMastery.com affiliates you can click here or register here.
Jadi, semua orang boleh menang dengan mudah! (Nantikan tips-tips dan post-post berkaitan pesta ini dalam masa terdekat dari Happy Leo!)
=====================================
Untuk Memudahkan & Membantu Promosi Affiliates
=====================================
Untuk memudahkan para affiliates dan membantu promosi anda, kami telah mempertingkatkan conversion rates EcommerceMastery.com dan memperkenalkan Pakej 50 Khas Untuk Pesta Kemerdekaan ini. Untuk hanya RM 50 pelanggan akan mendapat 6 barang!
1) 50MB Hosting Experimental EcommerceMastery.com
2) 500MB Premium Bandwith Data Transfer
3) Domain Name .com Percuma
4) FREE Domain Privacy Protection For Life
5) 2 Entry For Happy Leo RM50 Lucky Draws
6) Peace of Mind, Your Site Are With Leo, Ecommerce Hosting Expert!
Tambahan pada 11 Julai Jam 11.23 Malam. Atas permintaan ramai, satu lagi pakej diperkenalkan.

Klik Di Sini Untuk Lihat Sendiri
Untuk membeli pakej 50, klik di sini (direct)
Untuk membeli pakej 100, klik di sini (direct)
Klik Di Sini Untuk Menjadi Affiliates Mempromosi Pakej ini
Yang Benar
Sabri HA
SaifulSham Consultants
p/s: Perut Happy Leo comel kan? ![]()
Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under Affiliates, Ecommerce Mastery, Hosting, Promosi | RSS



















Tahniah!!Satu Tawaran yang hebat.Rugi rasanya kalau tak rebut peluang yang diberikan.
Kirim salam kat duta Happy Leo tu
Comelnye perut Leo
Macam perut sape eh?
Memain je.. heheh
Pihak SaifulSham Consultants akan memuktamadkan semua banner utk promosi ini dalam hari ini.
Kami akan menukar syarat referal jika didapati susah untuk dipromosi. Kemungkinan kami akan memperkenalkan beberapa kaedah untuk memudahkan anda mempromosikan produk kami.
Tawaran hadiah juga akan dinaikkan menjadi lebih lumayan jika sambutan menggalakkan daripada pembeli.
Salam,
Tahniah! Nampaknya team Ecommerce Mastery dah ada maskot..
Siapa la yang bertuah dapat pakai kostum harimau tu nanti.. Sabri ke Syazwan ??
Huhuhu gurau jek…
wah..congrats!..siap juga maskot. :wink:.kan cantik tu. ..irwan,rasanya tau perut sape tu..hehe.
waa…tahniah sebab dah ade maskot…
alaaa…saye tercepat seminggu…saye baru beli hosting experimental ngan domain…RM80..huhu…
nasib baik skang ngah berkire2 untuk beli lagi satu hosting n domain…time kasih Saifulsham…
Takpe Akmal. Ini tawaran terhad. Bukan kira lambat atau cepat, harga asal dah kira murah.
Memurahkan lagi harga ni nak mendorong pelanggan berbelanja lebih. hehe…jangan marah no..
Sebab secara statistiknya:
1) Tidak ada usahawan internet yang serius (berjaya?) yang mempunyai satu domain sahaja. Semuanya mempunyai lebih dari satu.
Tidak percaya, lihat betul2 trend ini.
Tahniah !! Maskot yang baik.. Dan tawaran yang sangat HEBAT.. Semoga denga tawaran HEBAT ini, dapat lahir lebih banyak usahawan - usahawan internet. Maju kita menuju kejayaan.. Great Job SaifulSham…!!
Assalamualaikum, tahniah kepada anda berdua, bagus la pakej2 yang ditawarkan, siap ada maskot lagi, bagus la…saya pun ingat nak ada maskot jugak la…
jgn mare yer…
memang betul cakap sabri tu, nak berjaya tak leh tumpu satu web sahaja, kena la ada banyak web, thank sabri atas nasihat anda
lebih dari satu domain? memang dah tentunya pasti berjaya dengan melebihbanyakkan domain yang ada.
kalo nak berjaya begitulah caranya. buat masa nih saya ada satu domain aje dan satu hosting aje.
dengan saifulsham belum dapat buat tempahan lagi daaaa… wahahahaaaa..
Wah… Effecient package dpt free domain? Alamak… rugi kalau tak rebut peluang nih… ‘menarik, tertarik… kau pasti D’BOOOMMMMM!!!’ (haha… betul ke lirik Rufedge tu…
). Apa pun… tahniah! Kirim salam gak kat Happy Leo yek.. err bukan Leo tu sinonim utk singa ke Sabri.. hehe 
[…] klik di sini. […]
Apa lagi abdfatah, memang ngam2 la timing tu…
gempak tul daaaa… promosi berganda maaaa…
takder tarikh lanjutan ke kalo ada sambutan mendadak?
buat masa ni promosi aje dulu laa… ngeh3.
Wah.. menarik nie..
Tawaran hebat ni… La Leo duk England ke ingat duk Malaysia.
Good thing..Baru semangat sikit hehe..May be I can push all my clients yang nak buat website kahwin supaya register dengan SaifulSham..Banyak laman web pengusaha perkahwinan yang masih guna fotopages ..mungkin boleh suruh mereka choose ec sbb diaorang trafik pun tak banyak tapi nak jaga image jea
Tahniah le kepada yang join peraduan nie..
Saya tak dapat le hendaknya sebab bukan ahli ecommercemastery..
Tapi cute gak logo tu… Selamat berjaya dgn harimau tu ..
alaa…jom a join zool…
aku baru nak start nih…
join jadi aff tu free je lah…
buat saifulsham…
teruje a dgn tawaran pakej RM100 tu…huhu..
Sabri/Syazwan..kenapa bila saya pegi kat ecommercemastery tu nak test order dia masih lagi charge RM80 utk domain (RM30) and RM50 (hosting)? i though ada offer RM50 with free dot com domain?
Cuba abg Faisal gunakan link ini direct: Should be fixed already.
(Pakej RM 50)
http://www.ecommercemastery.com/my/order.php?step=2&pid=13
(Pakej RM 100)
http://www.ecommercemastery.com/my/order.php?step=2&pid=15
Ok, dh betulkan. Sbnrnya, offer ni kitorang buat agak tergesa-gesa. Web tk sempat ubah lagi dh tk sabar nk offer.
Btw, dh. Kami dh tukar.
wah, begitu sekali tak sabar nak offer yer? peraduan saya anak malaysia cukup hangat apa lagi promosi hari merdeka ke 50 team saifulsham…
selamat maju jaya. nampaknya senarai nama takder. selalunya yang menang mereka yang ada senarai nama. wuahaha…
oh ketinggalan lagi nampaknya… biarpun dah berada dimuka dua di google dengan title “peraduan saya anak malaysia”
memang gempak!
orang lain tentu lagi hebat promosinya…
Saifulsham,
Saya cadang nak beli la pakej RM 100 tu..yang domain free tu untuk setahun je ke atau selama-lamanya..???
Adakah saya masih boleh menggunakan banyak sub-domain kalau saya guna pakej free domain ni dan berapa limitnya????
sabri, kak umi dah beli hosting yang RM100 tu, adakah ianya termasuk dalam pakej merdeka yang ditawarkan? satu lagi, kenapa sampai sekarang kak umi tak boleh nak log in, ,macam slow sikit rasanya?
Kak Umi, dia termasuk sekali
Saya dah lihat senarai ticket Kak Umi dan saya dah jumpa puncanya. Saya rasa password yang salah kot. Saya dah buat modification.
Password yang betul saya dah send ke emel kak Umi.
Thanks!
Sabri
[…] telah mempunyai pemenang untuk cabutan bertuah minggu pertama Happy Leo. (berita di sini) Tahniah diucapkan kepada En Mohd Nizam Salimin dari Johor. Semoga business anda terus sukses dan […]
[…] mingguan cabutan bertuah Happy Leo pula. Chance to win RM 50 just for becoming our customer! http://www.saifulsham.com/index.php/archives/2007/07/10/happy-leo-yang-happy-pemurah-pesta-untuk-se… Bacaan Lanjut:Share […]