Tindakan Untuk Difikirkan | Tiada Betul Tiada Salah | Strategi Cost Saving
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Hari ini kita akan membincangkan satu topik yang panas sedikit.
Kami mahu duduk di belakang dan melihat dahulu komen-komen pembaca kami dan selepas itu barulah kami akan berikan pandangan kami. Oh ya, semalam saya berpeluang duduk semeja dengan Timothy, co-founder NuffNang.com.my dan seorang rakannya di Coffee Bean Low Yat Plaza. Ada beberapa perkara yang kami bincangkan. Pertemuan tersebut membolehkan kami bertukar-tukar fikiran dan memberi saya banyak input baru yang bukan sahaja dapat saya appplikasikan dalam perniagaan saya, tetapi juga untuk dikongsi bersama anda.
Contohnya, tahukah anda jenis-jenis program iklan yang boleh diletakkan di blog anda dan kaedah-kaedah mengiranya? Tahukah anda tempat yang terbaik untuk meletakkan iklan NuffNang?
Dan saya juga berbangga apabila diberitahu Tim bahawa salah seorang 1st Tier Blogger di Malaysia adalah alumni Seminar RBDDI SaifulSham
Nak tahu lebih jawapan-jawapan utk soalan di atas?
Nantikan.
Baiklah hari ini kita akan bercerita mengenai khidmat pelanggan.
Seringkali kita mendengar mengenai pembekal ditamatkan kontrak dan sebagainya. Tetapi pernahkah anda mendengar pelanggan di buang?
Ha…itulah apa yang terjadi apabila penyedia tidak tahan lagi dan mendapati bahawa beberapa kerat pelanggannya menggunakan servis mereka secara tidak adil kepada pengguna-pengguna lain. Dan perkara ini bukan dilakukan oleh syarikat-syarikat kecil sahaja, tetapi oleh syarikat korporat gergasi juga! Dan ia telah mula menjadi trend di Amerika.
Bila saya berfikir dan merenung kembali, rupanya saya pun pernah ditamatkan kontral SEBAGAI PELANGGAN oleh seorang rakan bisnes saya dari US. Seperti dalam contoh yang akan saya berikan kepada anda sekejap lagi, beliau menerangkan situasi yang dihadapi, pilihan yang beliau ada, tindakan yang beliau ambil untuk membantu saya dan tindakan penamatan yang beliau akan lakukan.
Semuanya dilakukan secara sopan dan saya pun menerimanya dengan lapang dada. (bukan salah saya, tetapi saya terpaksa menanggungya)
Butktinya, ini adalah surat yang dihantar SPRINT (sebuah konglomerat US) untuk memecat pelanggannya. Ini satu lagi.
Jika difikir-fikirkan betul juga. Jika ada pelanggan yang menyalahgunakan perkhidmatan kita secara terlampau sehingga kita tidak dapat berkhidmat kepada pelanggan lain dan sehingga menyebabkan motivasi pekerja atau sistem terjejas, memang wajar rasanya.
Tetapi, saya tahu. Naluri pelanggan di jiwa kita tidak bersetuju.
Apapun hati-hati. Jangan sekali-kali mengugut pembekal anda untuk mengganggu dan mengambil masa lama mereka untuk meminta sesuatu yang tidak adil untuk pelanggan yang lain, anda mungkin dipecat nanti!
Jadi apa pendapat anda? Wajarkah pelanggan dipecat?
Bacaan Lanjut:blogger malaysia customer service khidmat pelanggan malaysian blogger nuffnang pecat pelanggan


















Terpulang kepada pembekal barang/perkhidmatan itu sendiri. Faktor utama ialah adakah pelanggan2 sedia ada boleh menampung kehilangan seorang atau sebilangan pelanggan yang lain.
Hanya pembekal yang dah established saja yang akan melakukan pilihan ini.
biasa jugak dengar pelanggan kena pecat. atau pelanggan yang pecat pembekal. selalunya pelanggan yang akan kalah.
wajar dipecat sekiranya banyak kerenah yang tidak menguntungkan pembekal. takkan nak berperang dengan pembekal hosting pulak? kecuali pelanggan tersebut melanggar syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pembekal hosting terbabit sebagai contoh.
begitu sekali iklan nuffnang menguntungkan di satu sudut blog? takper la kita tengok hasilnya nanti…
nuffnang oh nuffnang…
Eh, xdelah sbb ini En Fatah,
begitu sekali iklan nuffnang menguntungkan di satu sudut blog? takper la kita tengok hasilnya nanti…
Tidak ada program yg sah blh menjajikn apa2. usaha juga penentunya.
Cuma, laman web protege kami tu mmg hebat dan penuh dgn content.
Sbb itulah beliau menjadi antara blogger Tier 1 Malaysia. He deserve it.
Berkenaan Nuffnang pula, mereka ada lebih dari satu cara utk blogger menjana pendapatan. Lagi popular sesuatu blog, lg flexible programnya.
Slh satu input sy terima, iklan di sudut atas bkn lokasi terbaik utk meletakkan iklan menurut mereka.
Tp dimana?
Nantikn post sy..
DISCLAIMER: Sy blm pernah bertemu geng advertlets lg, jd sy x dpt komen yg mana satu lg bagus.
Lgpn kami x menggunakn mana2 ad network, jd kami neutral dlm hal ini. kami cuma share sedikit2 yg kami tahu dengan pembaca kami sebaik mungkin.
Sabri
rasanya tak salah kalau kita “pecat” pelanggan kalau disebabkan dia seorang, kita tak dapat tumpukan pada pelanggan lain atau dia melanggar syarat2 yang kita tetapkan atau telah jatuhkan reputasi kita, dll
Tapi sebelum tu, kita nasihatkan dulu sebelum ambik tindakan macam tu.
biasalah tu… pembekal pecat pelanggan…
meh kita teka… tentunya dibahgian komen. kat situ ada yang besau punya tu… wahaha… side bar dah lazim tengok..
mesti kat footer dia kot…? ngeh3
[...] lepas saya ada menulis mengenai sebuah syarikat korporat memecat pelanggannya. Di samping itu, saya juga menyebut setelah berfikir kembali, saya juga pernah dipecat sebagai [...]