Strategi Perniagaan Syarikat Pakaian Berjenama Premium
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Pertamanya, biar saya akui. Dalam berpakaian, saya adalah orang yang agak “konservatif”. Saya berpakaian untuk keselesaan dan saya tidak boleh membuat diri saya membeli sesuatu yang sangat mahal jika ada alternatif lain. Taste orang tua, orang selalu memberitahu saya.
Namun setelah didesak oleh adik saya dan juga rakan saya, yang telah bertahun-tahun memujuk saya untuk mencuba sesuatu yang baru, saya mengambil keputusan untuk melihat apa yang sebenarnya mereka ini hendak lihat saya pakai.
Saya sebenarnya tidak kisah sangat dengan mereka, asalkan saya selesa. Tetapi, sekali sekala dapat membuat mereka gembira apa salahnya. Jadi saya pun dengan baik hati melakukan makeover ini. Untuk membuat mereka gembira.
Misi: Membeli pakaian2 yang agak moden dan “ok2″
Jumaat lepas saya ke sebuah shopping complex untuk membeli-belah bersama adik-adik saya.
Kami bermula di sebuah butik pakaian berjenama. (Mega Sale sekarang, ini masanya untuk mendapatkan barangan seperti ini!
) Adik saya yang menjadi pemilih dan pengritiknya, manakala saya pasrah sahaja. Lagipun jika diikutkan saya, memang saya akan kembali ke pakaian “comfort zone” saya.
Masuk kedai pertama, tiada saiz saya. (XLnya kecil)
Masuk kedai kedua, ada saiz saya, tetapi sendat. (anda harus tahu, walaupun saya hensem, tetapi perut saya sedikit ehem2
)
Saya pun menyuarakan kepelikan saya kepada adik saya. Tidak pernah sebelum ini saya membeli baju di pasaraya, tiada saiz. Kenapa saiz-saiz di kedai-kedai ini walaupun sama XL tapi berbeza-beza?
Adik saya pun menerangkan. Kedai-kedai ini mempunyai scale saiz yang berbeza-beza. Tambah beliau lagi, Seeds & Hush Puppies mempunyai skala saiz yang agak besar jika dibandingkan dengan SODA, FILA & beberapa nama kedai yang saya ingat2 lupa (maklumlah! Saya tidak biasa masuk)
Saya bertanya lagi, “Memang diorang tak buat saiz XXL ke kalau mcm gini?”
Adik saya menjawab,
“Abang, diorang pun nak jaga juga. Diorang memang tak buat baju untuk orang gemuk. Diorang mestilah nak jaga brand diorang. Kalau ada orang gemuk pakai jadi tak lawalah sebab baju tu tak kena dengan dia. Nanti kalau orang tengok, mesti imej brand tu jatuh walaupun actually orang yang pakai tu yang salah. Lagipun, orang yang gemuk ini kan selalunya orang yang tak mementingkan penampilan. Diorang memang tau, ada je orang nak beli kalau dia buat saiz besar. Tapi diorang nak jagalah tu”
“Kau kuruslah abang. Tengok, kan dah susah nak cari baju ******Dialog adik beradik********”
(NOTA BESAR: Saya tidak bermaksud mendiskriminasi golongan orang yang chubby. Jangan salah sangka. Saya pun termasuk dalam golongan ini. Saya hanya cuba menceritakan semula apa yang terjadi dan pemerhatian saya. Bagi anda yang berada dalam golongan ini, jangan malu untuk mengaku anda berbadan besar. Mengakui bahawa kita mempunyai masalah, adalah langkah pertama menyelesaikan masalah kita. Saya cukup benci orang gemuk malu dia gemuk. Jadi macam Adlin Shauki, proud of it)
Kemudian saya berkata kepada adik saya.
“Oh. Betul juga ya. Mana kau tahu?”
Hmm.. pandai2. Penjual produk terlebih dahulu menyaring bakal-bakal pelanggannya dan memilih pelanggan yang telah diketahui sesuai. Ini penting untuk mengelakkan imej sesebuah syarikat itu tercemar kerana kelemahan pelanggannya.
Saya sebenarnya pernah beberapa kali juga melihat teknik ini digunakan oleh usahawan internet mat salleh. Terutamanya, bagi wholesaler yang mengenakan pelbagai syarat seperti kena etc2 baru boleh apply (baru boleh apply tu, bukan beli lagi!), bahkan dalam niche internet marketing sendiri, ia sudah mula dilakukan untuk menjual coaching program.
Ini sesuatu yang boleh kita applikasikan juga. Bagaimana? Sanggupkah anda memilih pelanggan anda untuk memastikan kualiti? ![]()
Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under Pemasaran & Promosi, Sales, strategi bisnes | RSS



















Salam saifulsham..
Alhmdlh sy dh bc buku korg.Emm sy t’tarik.Sy sebenrny de beberpa soalan nk ditnya kn.So bt ms ni sy nk tny pe software yg korg bt utk bt CD tutorial tu ye?
Macam saya selalu dikutuk sebab tak pandai bergaya…
Boss saya selalu suruh saya pakai baju fit tapi tak minat sbb menampakkan kebuncitan…Huarg..
lagipun pakai ketat2 tak selesa lann
Saya setuju Zool, lagipun pakai2 ketat2 kalau panas rasa tak best.
Sabri
mau pakai ketat ke? mana best ketat dan sendat. tak besssssssst…. hahaaa.
kalo kualiti ditentukan oleh mereka yang nak membeli, bagaimana kita hendak buktikan ia adalah berkualiti. jika itu ini tak kena dan semuanya nak kena baiki. apa lagi yang tinggal untuk kita untuk menghasilkan kualiti…
hehe… faham ke?
hehehe..Sama la kita.. Saya jenis tak kisah pakai apa pun..Saya kurang gemar beli baju² ni.Bukan tak mampu,cuma tak suka shopping pkaian..biasa nak raya baru beli baju..kalo off season raya,saya tak beli kecuali terdesak contoh travel..pakaian tak cukup,beli la..
kalo makanan suka la.kat rumah,stok makanan mesti banyak..sampai akak saya cakap,xnak bawa makanan kalo datang rumah sebab banyak makanan..
cuba beli pakaian “second-hand”/ bundle
saya cukup puas hati dengan kualiti kain dan saiz nya
biasanya saiz yang besar (macam saya juga) tidak berapa disukai/kurang sambutan sebab kebanyakan nya membeli saiz orang asia
hmm… setuju juga dengan targeted market.
Biasanya dia orang ni research power. Dah test macam2 strategi.
Ada kemungkinan yang walaupun mereka keluarkan baju saiz kecil untuk brand ni, tapi sebaliknya mereka pun ada keluarkan baju yang saiz besar tapi gunakan brand lain. It’s about strategy and psychology.
la….bvaru ari ni tau.

padanpun,sesetengah baju bleh muat saiz s, kekadang kena beli saiz m.
opps…ada gak strategi yang mcm ni yek dalam bisnes.
tq sabri sbb memberi info yg berguna ni.
bertambah ilmu untuk ari ni
laa…awat jadik camni…?
sebelum ni badan slim, elok ja…
itu maknenye u’all kene rajin exercise…patutla tengok banner ecommercemastery tu lain macam je chubby die…ingatkan gambar tu yang stretch..
ok, untuk topik ni, saye setuju sebab untuk sesuatu perniagaan mesti ade target market sendiri dan kite tak mahu mereka yang diluar target market datang dan membeli produk kite. bukan setakat baju sahaja, kalau kat KLCC tu, kite bleh tengok ade kedai yang mengamalkan pintu tertutup seperti LV, Dunhill, Ermenegildo Zegna, Paul Smith, Gucci, Prada dan banyak lagi. Kedai ini sentiasa tertutup kerana mereka hanya mahu pelanggan yang betul2 mahu membeli ( yang pastinye duitnye berkoyan2 ) sahaja masuk ke kedai mereka. Bagi kite yang duit belum berkoyan ni, nak masuk pun rase segan.Mereka sebenarnye taknak membazir mase dan tenage diorang untuk layan dan mengemas semule barang2 sekiranya mereka amalkan pintu terbuka. Tengok saje lah, kedai Seeds, Giordano, ngan PDI, selalu kene kemas dan lipat semula sebab pelanggannye selalu kirai baju2 tu.
Mungkin pade kite, akan terfikir, ade ke orang yang masuk dan beli? Sebenarnye, kedai2 macam tu bleh dapat jualan puluhan ribu sehari.
Untuk internet business plak, Sabri dan Syazwan pastinye lebih arif…tak berani nak komen…huhu…
p/s : sabri n syazwan, exercise la rajin2, duit da banyak, jangan badan plak tak sihat…bile nak anjur game futsal untuk pembace Saifulsham.com?
kalo cadangan yang bernas dari pelanggan mungkin bleh dipertimbangkan. jangan ikut suka hati pelanggan pulak nak tentukan kualiti mana yang best2, itu ini itu ini… kita yang tentukan kualiti dan mereka yang akan menilainya nanti.
kalo pasaraya buat begitu macam macam mana? konfom takkan bertahan lama. asyik tukau kualiti je… tukau kualiti? mana bleh gitu…?
“anda harus tahu, walaupun saya hensem, tetapi perut saya sedikit ehem2″
wakaka, bleh aa aku jual Tummy Trim kat ko ye. hehe.
Anyway, to stay on topic, nice observation, i wont be surprised if someday there would be a brand only for XXXL-ers. Leh jadi pioneers ni.
Regards,
Najmi Yusoff
www.najmiyusoff.com
Internet Marketer - Traffic Broker - Graphic Designer
hahaa… nak gelak guling2 nih… wakakkaa… biasalah perut kita-kita yang bernama lelaki nih.
leh ke nak mencelah ni?
biasa la kedai cmtu susah nak cari baju yg terlebih saiz ni…hihi…stategi tu memang la…mau tak jenama2 tu da dikenali ramai…so klu pakai mesti org pandang…sesetenagh la kot…sy plak tak kisah…jenama atau tak…tp klu takat nak pakai seeds,pdi,soda,padini,levi’s,guess,topshop(jenama yg mampu dibeli…LV,COACH,DIOR tak mampu lg) dll sy tgu megasale je la…klu tak pun buat2 muka sedih kat kakak and abang…
sayang rasanya nak kuarkn duit banyak2 untuk beli baju2 mahal…yg nanti pastinya akan buruk juga…