Tips perniagaan untuk pelajar universiti
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Banyak yang berlaku sepanjang akhir-akhir ini. Kadangkala saya berfikir, jika ditakdirkan saya dan Sabri mencapai tahap kesibukan melampau, blog SaifulSham akan tidak terurus seperti dahulu.
Perniagaan internet kami sudah mencapai kemajuan yang mengkagumkan. Saya akan kongsikan beberapa insider secret kami dalam blog SaifulSham serta tidak lupa seminar tercinta kami, Rahsia Buat Duit Dengan Internet.
Saya tahu ramai pembaca blog SaifulSham adalah lepasan universiti. Tidak kurang juga masih belajar di universiti mahupun kolej. Saya melihat potensi ini sudah bertahun dahulu cumanya saya baru mengaplikasi teknik ini. And, it really works!
Kebanyakan pelajar universiti di Malaysia lebih suka berkawan sesama bangsa (ramai bukan semua). Pada satu tahap, ia memudahkan anda untuk belajar dan menyesuaikan diri. Yalah kalau anda tinggal sebilik dengan bangsa lain, banyak perkara anda perlu belajar mengenai budaya dan cara hidup teman sebilik anda diuniversiti.
Jadi, kaedab paling senang, tinggal dan berkawan dengan kaum sebangsa sahaja.
Peluang perniagaan sebenarnya telah bermula sejak dari universiti. Ia terpulang kepada anda sama ada mahu atau tidak untuk memulakannya. Anda tidak akan tahu mungkin mamat dari Sudan yang tinggal sebelah bilik anda, 20 tahun akan datang menjadi Perdana Menteri di negaranya! Siapa tahu?
(Psst, peluang rakyat-rakyat dari negara begitu menjadi ketua tertinggi di negara mereka satu hari nanti lebih cerah berbanding di Malaysia)
Jadi, mengapa tidak anda bermula sekarang menjalinkan hubungan persahabatan yang baik. Jika sudah baik, tambahkan lagi baiknya. Dan itulah yang Team SaifulSham sedang lakukan.
Kami sudah mengeksport beberapa buah produk ke negara-negara yang tidak dikenali ramai seperti Sudan dan Turkmenistan dengan menggunakan bantuan pelajar asing di universiti kami! (Ia secara tidak langsung menambahkan jumlah dagangan antara Malaysia dengan negara berkenaan~)
Menjalinkan pakatan dengan mereka tidak susahpun. Untuk pengetahuan anda, bukan semua pelajar dari negara seperti itu miskin. Pada saya, yang datang ke Malaysia ini kebanyakannya mempunyai keluarga berpengaruh di negara mereka.
Ada dari mereka datang dari kalangan keluarga tokoh perniagaan disana, ada datang dari keluarga pemerintah dan bermacam-macam lagi latar belakang.
Berbaik-baik dengan mereka adalah satu jalan terbaik untuk anda mendapatkan secebis pasaran luar negara jika anda berhasrat meneroka pasaran negara mereka.
Ketika ini, kami menjalinkan pakatan dengan beberapa pelajar (yang mempunyai keluarga bisnes di negara mereka) dan pelajar itu sudahpun berada di tahun akhir pengajian. Ia memang lebih menyenangkan berbanding jika kami terpaksa berlepas ke luar negara untuk mencari pasaran yang tidak diketahui potensi dan risikonya.
Sekali lagi, internet memainkan peranan penting bagi kami berhubung.
Anda terutama pelajar univerisiti/kolej, jika anda mempunyai semangat dan passion dalam dunia bisnes, ini adalah antara teknik terbaik untuk anda menggapai pasaran baru. Anda lebih senang menggapainya berbanding dengan peniaga lain (mereka perlu sertai trade show lah dan macam-macam halangan).
Yang penting, dunia bisnes adalah mengenai bagaimana anda bersosial. Jadi, bergaullah dengan ramai orang. Sama perihalnya untuk mencari pasangan hidup, berkawanlah dengan seramai mungkin orang.
Akhirnya, anda akan juga tersangkut kepada seseorang. Hehehe.
Ikuti tips eksport pada pos akan datang.
Bacaan Lanjut:

July 31st, 2007 at 11:43 am
July 31st, 2007 at 12:16 pm
Maknanya, bina network lah ni ye… apa-apa pon keihlasan berkawan diutamakan…. biz tu priority kedua lah kan
*’tersangkut kepada seseorang’ yang tak tahan tuh, ho ho
July 31st, 2007 at 12:54 pm
Good tips!
Kalau tak salah saya, tips menjalinkan hubungan baik dengan pelajar asing di universiti ini telah menjadi amalan ramai tokoh korporat dan jutawan.
Antaranya Tan Sri Ananda Krishnan yang memulakan bisnes carigali minyak dengan rakan seHarvard dari US dan Arab.
Begitu juga dengan Tan Sri Azman Hashim yang memulakan bisnes perbankan dengan bantuan bekas roommate beliau semasa di universiti. Roommate beliau tu rupanya anak tokoh perbankan di Arab Saudi. Itulah asalnya nama bank beliau Arab-Malaysian Banking Berhad (nama lama).
July 31st, 2007 at 4:03 pm
menjalinkan hubungan memang satu langkah strategi yang baik. Mulakan tempatan dulu dan seterusnya kungkin ke peringkat universel.
Sekarang ni saya pun tengah berbincang untuk mengadakan hubungan dengan seorang rakan perniagaan internet…
August 1st, 2007 at 12:14 am
wah..best tips ni..Dulu roomate saya sepatutnya budak indon..anak datuk bandar medan..Saya tak pernah kenal dia sebab dia tak pernah balik bilik..Kat uum,fully residencial tapi mana tah mamat tu stay..rasanya dia stay dengan kembar dia kot..sebab dia ada kembar.
Saya tahu pun bila ayah dia datang bilik..Sempat sembang la dengan datuk bandar medan..anak dia tak penah jumpa & bertegur sebab saya tak tahu mana satu..huhuhu
sebelah bilik pulak budak thai,dia masuk uum atas sponsor yayasan al bukhari..Depan bilik pulak, budak cina, langsung tak tegur orang..Saya penah tegur sekali,tapi dia buat tak tahu je..tak tegur dah lepas tu..diorg jenis nerd skit..
Saya dulu aktif skit masa kat kolej..sebab saya cameraman kolej & timbalan exco biro penerbitan & informasi.felo offer jadi exco,saya tolak sebab ada krisis dengan ydp kolej..Ada ke patut buat orang mcm hamba dia pulak..Saya lebih suka kerja bersama,bukan asyik mengarah je..Yang paling teruk,rumah dia dekat gan umah tunang saya..p sana mesti jumpa dia..tapi jumpa tegur la..dulu je krisis,tak baik berdendam.:p
Rasa nak sambung belajar balik plak..ambik master teknousahawan mcm irwan dahnil..Masa p bagi ceramah sana tahun lepas,dapat offer..saya tak apply lagi.Insyallah nanti apply kot.
August 1st, 2007 at 5:06 am
owhhh sham. jangan amik MSc Techno macam saya.. buat siksa badan je. Tak well established lagi even dah intake ke 4. Heheh… tak recommend walau nak konvo bulan 9 ni.jubah pun tak amik lagi. Dah tua2 ni, rasa kurang teruja pulak nak konvo…Heheh
Nak amik masuk Sarjana Keusahawanan IT (SKIT) UTM… tapi dengar cerita sama sakit je..
Dah nama amik Master, mesti la sakit
Eh, ni cerita posting blog ke, cerita master ni
August 1st, 2007 at 1:12 pm
[...] Saifulsham , kali ini saifulsham memberikan sebab-sebab yang kukuh mengapa anda perlu berteman tapi mesra dengan pelajar-pelajar dari luar negara yang belajar di universiti yang sama dengan anda. [...]
August 1st, 2007 at 5:38 pm
Thanks Irwan.Actually ada beberapa option samada Msc Tekno, atau Business Admin..tengok la rasa yang mana terbaik.
August 2nd, 2007 at 6:42 pm
eeemm..
satu cadangan yang baik
tapi sayang… dah habis sekolah daaa…
bergaul rapat dengan mereka banyak kelebihannya.
selain mengeratkan silaturrahim sesama meraka, kita
juga dapat mengetahui budaya dan cara hidup mereka.
rasa macam nak gi sekolah balik je..

makwe pun banyak gak
August 2nd, 2007 at 6:55 pm
eemm..
satu tip yang baik 
tapi sayang dah habis sekolah daaa…
selain mengeratkan hubungan silaturrahim
sesama mereka, kita juga dapat mengetahui budaya dan
cara hidup mereka dengan lebih dekat lagi.
ini rasa macam nak gi sekolah lagi.

mak we pun ramai gak
August 2nd, 2007 at 9:16 pm
alaa…saye dah terlepas peluang tuh…dah abis study..huhu..
saye dulu mase study sampai sekarang suke berkawan ngan orang2 yang buat bisnes, ade yang bukak kedai makan, kedai bunga ( pernah offer JV ngan saye ), cyber cafe ( sekarang keje kat sini sementara internet bisnes memberikan hasil), kedai baju terpakai, dan banyak lagi lah…sekarang nih ngah ajar basic komputer dan blogging kepade kawan2 dari Nepal…
Pape pun network memang penting, carilah network yang berkualiti seramai mungkin..
August 2nd, 2007 at 10:07 pm
makasi ya…bagus skali tips nya..huhu da jadi cm org indon lak ek…coursemate ada gak budak indon, UKM tak ramai sgt la org luar…paling ramai indon je la…yg lain2 nak jupe pun susah…dulu masa duk kolej ada gak la budak China, jepun sorg…tp skang da duk uma sewa..keliling ramai indon n bangla…myanmar pun ada..tp takut plak nak kawan, sebab sy pompuan..
huhu…byk alasankn…manusia tau cipta alasan je…
..pasni nak lagi rapat la…bleh gak mengeratkn silaturrahim dan kaut keuntungan
…huhu
thanks bg info tu…tak pernah terfikir pun.
August 19th, 2007 at 12:23 am
[...] Hehe tip ini juga boleh digabungkan dengan post yang dibuat oleh Team SaifulSham bertajuk ” Tip Perniagaan Untuk Pelajar Universiti “. Kepada ibubapa yang membaca blog ini juga anda boleh printkan post ini dan beri kepada [...]
August 22nd, 2007 at 12:33 pm
salam, betul ape yg saudara perkatakan, jalinkan hubungan teman tapi mesra dgn foreigner dan bukannya bermusuhan dgn mereka