Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Menguruskan cukai e-commerce

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Jika anda peniaga produk fizikal yang mempunyai jualan yang tinggi diinternet, istilah cukai-cukai seperti GST adalah satu istilah kebiasaan pada anda terutama jika anda mempunyai pelanggan dari luar negara.

Tetapi, jika anda masih baru dalam perniagaan internet, istilah seperti itu selalunya membuatkan anda runsing sehingga membantutkan langkah pertama anda.

Saya sering diasak soalan sama tidak kira orang yang masih baru mahupun orang yang senior dalam bisnes internet.

Soalan kebiasaan, “Bagaimana harus memberitahu pelanggan tentang cukai?”

Nampaknya cukai telah menjadi igauan ramai orang. Beginilah serba sedikit ringkasan nasihat yang boleh saya berikan. (Saya bukan konsultan bab-bab cukai tetapi nasihat saya bolehlah membantu jika anda masih tidak yakin).

Apabila berniaga dengan target market yang luas seperti seluruh dunia, perihal cukai menjadi isu utama.

Sebabnya, setiap negara mempraktikkan percukaian yang berbeza. Nasihat saya, jangan lari daripada cukai. Kita sememangnya harus menghadapinya.

Cuma, kita sebagai peniaga perlu sedikit sebanyak belajar bagaimana cukai seperti cukai produk yang dieksport ke sesebuah negara.

Apabila anda membina laman web, beritahu bahawa harga produk anda adalah tidak termasuk cukai. Jangan sesekali meletakkan harga termasuk dengan nilai cukai.

Sebab masalah akan terjadi apabila pelanggan anda datang dari banyak negara. Maka banyak hal perihal percukaian yang berbeza.

Contohnya, jika di New Zealand, menghantar melebihi NZ 1000 akan dikenakan cukai 12.5%. Akan tetapi di Australia, tidak ada cukai e-commerce!

Apa akan terjadi jika pelanggan itu tahu produk kita tidak dimasukkan dengan cukai?

Jangan lari dari memberitahu hal sebenar. Pengalaman saya, pelanggan akan maklum akan situasi itu. Contoh, jika sesebuah negara mempunyai kadar cukai yang tinggi, pelanggan yang datang dari negara itu tahu bahawa mereka sudah ditakdirkan untuk menjadi warganegara dinegara yang tinggi cukainya, haha. Mereka boleh menerima keadaan seperti itu.

Jadi, kita tidak perlu pun risau akannya.

Bagaimana sekiranya kita menipu dengan membuat pengisytiharan nilai lebih rendah dari nilai sebenar?

Haha, pada satu ketika saya pun rasa ini teknik selamat tetapi sebenarnya tidak!
Kerajaan dunia (terutama bahagian kastam-kastam) semakin bijak dari hari ke sehari.

Mereka pun akan menaik taraf sistem mereka. Jadi, teknik membuat isytihar nilai lebih rendah sudah dikira tidak terlalu berkesan. Teknik ini bergantung kepada nasib anda. Jika selamat, terlepas lah, tetapi jika tidak, kena juga cukai.

Cadangan saya, cara paling afdal adalah membuat penghantaran secara berasingan. Pengalaman saya, jika anda terkena cukai, nilainya menjadi lebih mahal daripada kos penghantaran secara berasingan.

Jadi, inilah teknik yang paling afdal bagi saya. Biar sedikit mahal apabila menghantar produk secara berasingan tetapi selamat dari dikenakan cukai yang tinggi.

(hey, ini bukan lari dari cukai tetapi mengelakkan perkara yang boleh dielakkan).

Apapun, ia memerlukan pengalaman anda untuk menghadapinya. Itulah yang paling mahal sebenarnya. Masalah-masalah seperti ini semuanya masalah yang indah.

Menguruskan masalah seperti cukai e-commerce dengan baik akan memaksimumkan keuntungan anda.

Begitulah sedikit sebanyak coleteh saya. Jumpa lagi.
W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Belanjawan 2009 Esok | Hotline Kastam | Kenapa Ya?
  • SaifulSham.Co.Nz & Kisah Si Tony
  • Cukai Percukaian Dalam Perniagaan Internet
  • del.icio.us:Menguruskan cukai e-commerce-digg:Menguruskan cukai e-commerce-spurl:Menguruskan cukai e-commerce-wists:Menguruskan cukai e-commerce-simpy:Menguruskan cukai e-commerce-newsvine:Menguruskan cukai e-commerce-blinklist:Menguruskan cukai e-commerce-furl:Menguruskan cukai e-commerce-reddit:Menguruskan cukai e-commerce-fark:Menguruskan cukai e-commerce-blogmarks:Menguruskan cukai e-commerce-Y!:Menguruskan cukai e-commerce-smarking:Menguruskan cukai e-commerce-magnolia:Menguruskan cukai e-commerce-segnalo:Menguruskan cukai e-commerce
    Posted Friday, August 3rd, 2007 at 1:01am
    Filed under Idea Bisnes, Keusahawanan, Perancangan Ebiz, Perniagaan Internet, Sales | RSS

    3 Comments on “Menguruskan cukai e-commerce”

    1. Muzri@Muyie(Team Kamrie)

      hai… dah lame tak komen blog korang…
      byk info menarik…
      :D

    2. sham

      bab ni susah skit & banyak trik..Banyak kene belajar & p tanya pihak terbabit..

      barangan seperti baju adalah bercukai..dah lupa apa lagi benda bercukai..dulu pernah praktikal kat kastam..dia ada senarai barang yang akan dikenakan cukai & berapa cukai yang akan dikenakan..tak alert benda ni masa tu.

    3. kimi

      aku pun dah terkena dengan cukai kastam nie.. dah la kena cukai. pas tu kena amik AP permit lak..
      benda2 nie la buat aku untung tak banyak..hehe
      RM 215 untuk permit import handphone. itu untuk 3 HP.. kalau 12 biji macam aku kena? korang kira la.. tapi nasib baik aku dapat murah je.. RM100 untuk 3 produk..

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.