Tips tanam minat bisnes pada anak anda!
Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!
Hello pembaca SaifulSham,
Jika anda merupakan ibu atau bapa, hari ini saya mempunyai beberapa tips yang sesuai untuk anda tanamkan minat bisnes pada anak anda.
Anda mungkin berfikir diri anda sudah terlewat untuk membuat bisnes atau anda tidak mahu mengambil risiko menceburi bisnes dikala usia anda ini mempunyai ramai anak yang bersekolah atau yang ke IPT .
Jadi, untuk kes ini, memaksa anda melakukan bisnes bukanlah cara saya. Tetapi, saya boleh membantu anda untuk menanam minat bisnes pada anak anda. Anda mungkin tidak mampu tetapi tidak salah untuk mempunyai anak yang mampu berfikir seperti seorang usahawan yang boleh mengawal pengurusan kewangan.
Saya akan ceritakan bagaimana bapa saya menanam minat saya dan adik beradik yang lain ke arah perniagaan.
Pertama: Menggalakkan membaca ruangan ekonomi di akhbar setiap hari (walaupun tidak pernah faham pada awalnya.)
Kedua : Menonjolkan sebagai ibu bapa yang berhemah dalam perbelanjaan (tidak membeli perkara yang tidak perlu).
Ketiga : Mempunyai beberapa pelaburan seperti hartanah dan saham.
Keempat: Membawa ke ekspo & ceramah MLM.
Kelima : Membawa saya ke beberapa tempat hartanah miliknya, menunjukkan perjalanan syarikatnya dan mengawal perniagaan.
Keenam : Membantu bapa saya dalam beberapa aspek promosi perniagaannya.
Ketujuh : Menderma.
Sebenarnya banyak lagi yang dilakukan bapa saya dalam menanam minat saya ke arah perniagaan, tetapi saya lebih teruja pada yang ketujuh. Sikap bapa saya yang banyak menderma menyebabkan saya berfikir, inilah kelebihan yang mungkin tidak ada pada kerjaya-kerjaya lain (kalau adapun terlalu terhad).
Sebenarnya, semua ini telah ditanam dalam minda saya sejak saya berada di sekolah rendah. Jadi, mungkin tidak ralat bagi saya apabila menyebut perkataan bisnes.
Mungkin beberapa perkara diatas adalah terlalu ekstrim untuk anda pula melakukannya untuk anak anda. Jika anda boleh mengambil sedikit pun saya sudah gembira.
Cumanya, golongan seperti remaja tidak boleh dipaksa. Anda perlu menunjukkan secara halus kepada anak anda. Jika anda sendiripun tidak cukup wang setiap bulan dan meminjam along, bagaimana anda ingin menjamin bahawa anak anda akan menjadi lebih baik daripada anda.
Anak selalu akan menjadikan ibubapa sebagai role model mereka. Jadi, gunakan peluang ini untuk membentuk minat anak anda ke arah perniagaan dan pengurusan kewangan diri.
Jangan biarkan anak anda hidup terlalu mewah tanpa usaha. Saya suka mengingatkan kisah Adam Khoo dimana katanya, walaupun bapanya seorang yang kaya raya, beliau tidak pernah diajar bermewah-mewah. Beliau hanya mendapat reward daripada bapanya selepas berhempas pulas.
Itu antara penyebab yang menjadikan Adam Khoo menjadi jutawan dalam usia muda.
“Do this before its too late” –haha (teka kenapa saya ketawa ayat ini)
Saya kata sekali lagi, “DO THIS BEFORE ITS TOO LATE”.
Jika tidak, adalah tidak mustahil diusia anda menginjak ke senja, anak anda masih bergantung harap pada anda terutama dari segi kewangan. Saya cukup benci perkara ini, melihat anak yang hidup sesak dan meminta bantuan kewangan dari ibu bapa yang sudah pencen. Sebabnya, anak itu ingin hidup senang lenang.
Ia adalah realiti dan terjadi dalam banyak masyarakat hari ini.
Pada satu masa ya, ia adalah salah pada anak tersebut tetapi ia berbalik juga bagaimana kita mendidik mereka satu ketika dahulu.
W.M.Syazwan


August 10th, 2007 at 7:46 am
betul tu syazwan. masalah sebenar yang menyebabkan ramai yang tak minat nak ceburi perniagaan ialah tiadanya dipupuk minat sejak kecil lagi. jika yang jenis berada, anak2 kelihatan mudah untuk mendapatkan wang dari ibu bapa mereka..
ia sebenarnya memberikan kesan yang negatif kerana mereka telah dimanjakan dan ini akan menyebabkan anak2 mereka sukar untuk menghadapi cabaran..
August 10th, 2007 at 10:32 am
kesedaran dari awal amatlah penting, melentur buluh biar dari rebung. kalau dah jadi buluh boleh buat buluh lemang aje(jika buluh lemang laa..
)
August 12th, 2007 at 12:37 am
bertuah W.M Syazwan ni
August 12th, 2007 at 1:04 am
Memang bertuah,ibu-bapa saya tidak pernah menanamkan apa-apa pada anak-anaknya.Walaupun dalam apa bidang sekali pun.Tapi saya tetap bersyukur kerana di bukakan hati untuk menceburi bidang perniagaan.Satu hari nanti bila saya sudah berkeluarga saya pasti akan menanamkan semangat niaga.huhuhu
August 12th, 2007 at 1:53 am
walaupun bapa, mak dan2 orang adik perempuan saya Cikgu, minat saya pada bisnes timbul dengan sendirinya, keseronokan bermula bila menjual jambu batu di sekolah rendah!
Thanks Syazwan, artikel yang memberi inspirasi
- Shueqry -
August 13th, 2007 at 9:49 am
Saya setuju dengan pendapat ini, sebab tu la bila saya buat blog untuk anak saya tu, saya guna tag sebagai “MHariz.com bila besar Hariz nak jadi boss”, ianya sebagai latihan awal mind set anak, sebab kebanyakan akan pilih kerja makan gaji. Di harap akan berjaya suatu hari nanti.Insyaallah. Di harap dia akan menjadi Anak Kelantan macam Syazwan huuu..huuu…
August 18th, 2007 at 11:24 am
Suke sangat ngan post nih…kite perlu dididik dan dibentuk untuk menjadi usahawan perniagaan…Masalah masyarakat kite sekarang, mereka terlalu memandang tinggi pada pelajaran dan menganggap cume dengan akademik yang baik akan memberikan pekerjaan yang akan memberi pulangan yang tinggi…hakikatnya, kebanyakan graduan kite masih tersepit dalam perlumbaan kehidupan dan maslah kewangan…
Mak dan ayah saya termasuk dalam golongan yang menganggap pelajaran itu segala-galanya…saye terpakse melawan arus demi menegakkan pendirian saye, dan Alhamdulillah sekarang mereka dah boleh menerima ape yang saye perjuangkan…
Berharap sangat2 team Saifulasham dapat same2 menyampaikan mesej ini kepada segenap masyarakat…”pelajaran itu penting, tetapi ia bukan satu2nya kunci kepada kejayaan, berilah pilihan dan laluan yang boleh dilalui oleh mereka2 yang kurang berjaya dalam pelajaran untuk berjaya dalam kehidupan”
August 20th, 2007 at 11:08 am
betul la. ibu bapa memainkan peranan penting dlm mencorak masa depan anak. cm sy, mak abah org kg, blajar pun tak abis sbb tu la sy tak pernah terfikir pasal bisnes, pe yg sy tau, blajar, masuk U,family bangga tu je. tp, kat U la sy tau ttg bisnes(walaupun sy majoring in history), skang ni pun masih dlm proses blajar ttg bisnes lg…family sokong ape sy buat.
ilmu ni byk, bukan takat blajar smpi U je. walaupun kita rasa ilmu kita da byk tp sebenarnya tidak, ibarat kita celup tgn kat air pastu angkat, air yg melekat kat jari tu la ilmu kita sedangkan ilmu itu melaut luasnya.
yg ketujuh tu sy setuju, menderma, cm sy amal ibadah tak banyak, ala takat yg wajib je puasa, solat, yg sunat tak terbuat, sikit2 ada la. so menderma salah satu jln ibadah. bekalan buat kita, lagi2 org cm sy hehe…