Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Hujung minggu yang melelahkan, tetapi berbaloi apabila dapat berkongsi sesuatu yang baru dan bernilai dalam seminar RBDDI buat saya. Saya diperkenalkan oleh permainan Cash Flow ini dari Fuad, Pakdi, Shuth & En Aku. Melihat keseronokan mereka bermain dan juga usaha Shuth meng”up”kan permainan ini membuatkan saya ingin mencuba sendiri. ;)

Tetapi memandangkan saya kini berpengkalan di Tronoh, saya terpaksa berpuas hati dengan E-Gamenya sahaja. Dan setelah sehari bermain dengan simulasi ini, saya semakin faham dan belajar sangat banyak perkara!

cashflow egame

Walaupun saya telah membaca lebih kurang 4 buah buku dalam Siri Rich Dad, Poor Dad, permainan ini mengajar dengan lebih jelas dan mengejutkan! Robert Kiyosaki memang genius kerana beliau dapat mengintegrasikan pelajaran dalam mengejar kebebasan kewangan.

Syazwan Pasti Akan Bankrap Ketika Kali Pertama Bermain! & Pelajaran Yang Saya Dapat Dari Bermain Cash Flow ini

Haha, ya. Saya pasti, saya mengenali Syazwan dan saya tahu bagaimana dia berfikir dan saya yakin beliau akan bankrap ketika kali pertama bermain. Kenapa? Ini apa yang saya belajar:

  • 1) Saya memulakan permainan ini dengan memegang teguh tips yang saya baca dari Shuth. Pelaburan saham tidak memberikan pulangan yang begitu lumayan dibandingkan dengan pulangan pelaburan lain.
  • 2) Anda perlu melaburkan wang anda supaya ia bertambah dan membesar, tetapi anda juga perlu sejumlah aset yang cair (mudah ditunaikan) supaya anda dapat merebut peluang-peluang dan juga malapetaka (bapa mertua paksa anda beli bot) yang datang secara tidak disangka. Jika anda tidak ada sedikit safety net, bank akan memerah anda secukup-cukupnya.
  • 3) Ada hutang baik, ada hutang jahat. Ya, ya. Saya tahu anda sudah tahu. Tetapi anda belum jumpa lagi hutang munafik dalam permainan ini. Anda perlu bayar segera hutang-hutang munafik ini. (Hutang munafik=Hutang baik yang jahat!)

  • 4) Membayar hutang munafik lebih utama dari menghasilkan wang.
  • 5) Cashflow is everything. (Saya tahu, saya tahu anda sudah tahu) TETAPI, benarkah anda benar-benar tahu? Ya, tuan-tuan dan puan-puan, Cashflow munafik pun ada juga. Cashflow munafik ini positif dan sangat menarik, tetapi ia hanya menjadi baik apabila bertemu dengan orang yang betul. Bertemu dengan orang yang salah, pelaburan-pelaburan ini akan merosakkan kewangan anda. Sesuatu perkara yang sangat menguntungkan orang lain, mungkin sangat berbahaya untuk kita. (dan ini bukan skim cepat kaya pun!)

  • 6) Perjalanan ke arah financial freedom bukanlah perjalanan dengan Pukat Tunda (anda sediakan pukat dan ikan akan berebut-berebut masuk). Perjalanan ke arah kebebasan kewangan adalah seperti menaiki tangga. Anda perlu ada Exit Strategy untuk sampai lebih cepat ke destinasi. Syazwan ada menulis mengenai hal ini di SaifulSham sebelum ini, tetapi bagaimanakah Exit Strategy (melangkah untuk ke tingkat seterusnya) yang perlu anda ada untuk rancangan kewangan anda? Adakah anda yakin? Apa akan terjadi jika anda tidak mahu Exit?

haha, lebih banyak persoalan timbul sekarang. Untuk anda yang telah bersedia dan memiliki pengetahuan kebebasan kewangan, bermainlah dengan CashFlow game ini. Ia akan membuka perspektif baru dan mengajar anda lebih banyak perkara. Jika anda rasa ia remeh, ini nasihat saya:

Jika bercakap mengenai strategi mencapai kebebasan kewangan, saya rasa hampir 90% darinya sudah saya tahu, faham & ingat. Anda boleh berbincang mengenai apa sahaja dan saya boleh memberi pandangan yang bernas. Tetapi, Cash Flow game ini mengajar saya perkara yang saya sudah tahu dengan lebih hebat lagi dan menyelamatkan saya dari melakukan malapetaka kewangan di masa depan dengan memberitahu saya perkara yang saya tidak tahu.

Jika anda benar-benar mahu mencapai kebebasan kewangan, mainlah permainan ini. Tolonglah main sebelum anda dipermainkan. :p Anda akan mengucap setelah anda merasai sendiri. :razz:

Kesimpulannya: Syazwan akan bankrap ketika kali pertama bermain. Biar beliau pula tulis sendiri apa pengalaman beliau. (ketika artikel ini ditulis, beliau tidak main lagi kerana merasakan ia seperti Monopoly. Tetapi saya akan pass CD ini dan biar dia cuba.) Haha! Mari kita paksa dia main.

Akhir kata, Thanks to Shuth, Pakdi, Fuad dan En Aku kerana menggembar-gemburkan permainan ini. Mika semua telah menyelamatkan masa depan hamba :mrgreen:

p/s: Saya tidak suggestkan orang yang tiada asas kewangan peribadi bermain, sebab anda tidak akan dapat belajar 150% darinya. Anda menuntut dan membaca dahulu, lepas tu baru main Cash Flow ini supaya anda lebih faham dan alert dengan kesalahan-kesalahan yang bakal anda lakukan.

p/p/s: Oh ya, akhir sekali, permainan ini bukan permainan menyuap seperti anda di sekolah. Anda belajar dan anda perlu faham apa yang anda buat betul dan salah. Ia hanya menunjukkan jalan sahaja (seperti banyak panduan dalam hidup ini). Anda yang akan menentukan nasib anda. Jika anda mahu belajar dengan disuap seperti di sekolah, anda akan mendapat sakit hati dengan permainan ini (sama seperti majoriti perkara yang anda cuba dalam hidup ini)