Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Siapa kata membina online store adalah sukar? :mrgreen: Jika anda mengikuti siri membina online store menggunakan Zen Cart di SaifulSham.com sebelum ini, anda sudah memiliki sebuah online store milik anda sendiri. Pada harga cukup MURAH! :razz:

Berapakah harga online store ini jika anda mahu mengupah orang?
Harga standard untuk ecommerce site, out of the box seperti apa yang anda di ajar untuk buat sekarang adalah RM 800. Yup, Syazwan pernah meminta saya mencari professional untuk membina salah satu laman web jualan kami. Laman web Ecommerce bukan seperti laman web biasa. Ia laman web yang berpotensi menjana wang. Sudah tentulah harganya juga lebih mahal. :)

Laman web online store yang sudah diubah mengikut kemahuan anda, harga yang boleh dikira murah adalah RM 2000 hingga RM 3000. Saya tidak terkejut jika ia mencecah 5 angka. Berhenti bercakap soal itu, mari kita belajar memeriahkan online store RM 800 kita dahulu. :razz:

Oh ya, jika anda belum membaca siri Zen Cart SaifulSham yang terdahulu;

  1. Prelude| 5 Dalil Anda Perlu Belajar Menggunakan Zen Cart
  2. Siri 1 : Membina Online Store Anda Sendiri

Oh ya, sedikit iklan. Untuk membina online store menggunakan Zen Cart, anda perlu mempunyai hosting dan sudah semestinya domain sendiri. Untuk membolehkan kami lebih bersemangat menulis post-post seperti ini, ehem3… ;) Dapatkanlah hosting di EcommerceMastery.com (tepuk2~) ;)

Kami ada promosi sekarang.

Pakej Efficient + FREE Domain + FREE Domain Privacy Protection cuma RM100 setahun. (Klik sini untuk order link direct)

Nota: Ada komen yang mengatakan bahawa Siri lepas mengandungi banyak arahan untuk diikuti dan senak perut untuk dicerna, jadi saya akan memendekkan setiap siri dan menambahkan episodnya supaya mudah diikuti.

Dalam membina online store, anda akan didedahkan dengan satu konsep baru yang mungkin tidak biasa didengar oleh orang biasa. “Front End” dan “Back End”. Front End adalah pintu besar online store anda di mana pelanggan akan masuk, dan “Back End” adalah pintu belakang yang akan digunakan oleh pekerja kedai untuk masuk. Begitu juga dengan Zen Cart. Untuk memasukkan produk ke dalam online store anda, anda perlu ke pintu belakang.

Di sini anda dapat menguruskan zen cart anda sama ada mengubah kedudukan template zen cart, menambah produk, menukar atau menambah maklumat produk, mewujudkan kategori produk, meletakkan banner,meletakkan harga produk dan sebagainya.

Pintu Depan: www.domainanda.com/direktoriZenCart
Pintu Belakang: www.domainanda.com/direktoriZenCart/admin

Langkah 1 : Menambahkan Product Di Online Store Anda

Masuk menggunakan pintu belakang dengan username dan password yang anda daftarkan sebelum ini.

Sebelum menambah produk, anda perlu membina kategori untuk produk tersebut dahulu.

Menambah Kategori Produk

Untuk mewujudkan kategori bagi produk-produk anda, pergi ke bahagian menu zen cart yang bewarna hijau dan pilih perkataan Catalog. Daripada drop down list Catalog, klik pada perkataan Categories/Products.

Cara Membina Online Store Dengan Mudah

Paparan berikutnya adalah halaman Categories/Product di mana anda dapat mewujudkan kategori produk, meletakkan gambar produk, maklumat produk, harga produk dan jumlah stok yang tinggal.

Jika anda mahu menambah bilangan kategori, Klik butang new category untuk mewujudkan kategori baru. Jika anda mahu mula menambah produk, klik new product. Seeloknya, anda bina dahulu Kategori sebelum menambah produk supaya produk anda tersusun.

Rahsia Buat Duit Dengan Program Affiliate

Seterusnya, anda akan berjumpa dengan halaman ini.

usahawan muda

Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan ke dalam kotak yang disediakan seperti nama kategori, penerangan kategori tersebut dan muat naik imej bagi kategori tersebut.

Setelah selesai, klik butang save untuk menyimpan kesemua maklumat-maklumat tersebut atau butang cancel untuk mengosongkan kotak-kotak tersebut.

Untuk beginner: Abaikan dua kotak terbawah. Select an existing image & Sort Order. Kosongkan sahaja kotak tersebut.

Langkah 2: Menambah Produk di dalam Kategori Yang Di Bina

Untuk menambah produk di dalam kategori-kategori tertentu, klik mana-mana folder kategori berikut. Tetapi sekiranya anda ingin menambah lagi kategori,klik butang new category dan lakukan langkah yang sama untuk menambah kategori.

Bina Kedai Online Di Internet

Setelah anda berada di dalam kategori yang anda telah pilih, klik butang new product untuk menambah produk di dalam kategori tersebut.

Kemudian, borang maklumat produk akan dipaparkan dan anda perlu mengisi butiran- butiran produk di dalamnya. Berikut adalah borang maklumat produk yang telah diisi dengan lengkap.

Ok, baiklah. Untuk siri kedua ini, saya akan berhenti sehingga setakat ini. Kepada anda yang telah maju, anda boleh terus menambah produk. Jika anda ada soalan, boleh bertanya di ruangan komen. Syazwan atau saya atau pembaca lain akan menjawab.

Dalam siri seterusnya, kita akan menambah produk pula dengan melihat satu persatu perkara yang perlu dimasukkan.

Saya berhenti di sini, kerana part memasukkan produk ini kadang kala menyangkutkan ramai pengguna Zen Cart. Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan dalam pelajaran ini. Cuba praktikakan terus, kerana siri seterusnya akan lebih mencabar. :smile:

Oh ya, jika anda terpinga-pinga membaca post ini, baca post-post sebelum ini dalam siri membina online store menggunakan Zen Cart ini dahulu.

  1. Prelude| 5 Dalil Anda Perlu Belajar Menggunakan Zen Cart
  2. Siri 1 : Membina Online Store Anda Sendiri

Jumpa lagi!

Sabri

Bacaan Lanjut:bina shopping cart cara bina kedai online dengan mudah cara bina online store panduan zen cart

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • 10 Minit Menjadi 44 Minit & Kesilapan Besar Sabri!
  • Ada segalanya dengan X-Cart
  • Soalan 13: Adakah Menjual Melalui Online Store (Kedai Online) Ini Adalah Cara Yang Paling Mudah Untuk Menjana Keuntungan Dari Internet?
  • del.icio.us:Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2-digg:Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2-spurl:Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2-wists:Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2-simpy:Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2-newsvine:Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2-blinklist:Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2-furl:Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2-reddit:Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2-fark:Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2-blogmarks:Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2-Y!:Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2-smarking:Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2-magnolia:Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2-segnalo:Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2
    Saya Tidak Mahu Baca Artikel Seperti Ini LagiTerima kasih Kerana MenulisArtikel Ini Bagus, TQ!Saya Banyak Belajar Dari Artikel Ini!Saya Mahu Lagi Banyak Artikel Macam Ini (7 undi, purata: 5 dari 5)
    Loading ... Loading ...
    Posted Friday, August 24th, 2007 at 12:00am
    Filed under Ecommerce Mastery, Hosting, Kedai Online, Perniagaan Internet, Shopping Cart | RSS

    5 Comments on “Memasukkan Produk Untuk Jualan Di Internet Ke Online Store Anda | Siri 2”

    1. sham

      Dulu pernah test gak Zent Cart ni..Ok gak cuma community yang guna kurang skit berbanding Os Commerce..

      p/s: mcmane respon rate iklan kat harakahdaily? Just want to know sebab nak test.:)

    2. Perniagaan Internet Tips Rahsia Buat Duit Internet » Archive » Anatomi Sebuah Laman Web Yang Menjual Dengan Psycho (Salesletter)

      […] Oh ya, ini juga sebagai menjawab permintaan pembaca yang mahu kami mengulas mengenai model perniagaan salesletter juga dan bukan sahaja online store dalam post terdahulu. […]

    3. syed ammar

      salam saifulsham..

      saya perlu bantuan anda , harap dpt beri komen . saya sedang testing zencart ,.. for buying tapi menghadapi masalah dengan nak checkout di step 3 . bila klik confirm order ..akan balik semula di step 2 .

      harap dpt bantu saya terima kasih

    4. hariz

      :oops: sya nak pinjam rm 2000. masukkan dalam akaun BSN : 1014129000027487. nanti pas saya dapat duit 2000 yang luxor bagi saya akan bayar balik duit tu.

    5. gitar

      lorr.. apa kes ni pinjam duit pakai komen ?? Luxor jalan lagi ke ?? donno …

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.



    Close
    E-mail It