Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Wahh… produktif juga saya kebelakangan ini ya, setelah sekian lama agak perlahan menulis. Bukan apa, sebelum ini sebenarnya ada banyak perkara dan sistem untuk saya sesuaikan diri. Jadi saya tidak punya banyak masa untuk menulis. Hari ini saya ingin menulis mengenai sesuatu yang banyak membantu memudahkan dan menjimatkan masa kami. Besar kemungkinan ia boleh membantu anda juga.

Strategic Thinking.

Ramai di antara separa newbie (saya termasuk), stuck ketika melakukan sesuatu atau tidak dapat melakukan sesuatu kerana tidak tahu melakukannya atau kerana teknologi yang ada terlalu mahal.

Ramai di antara kita yang terus mencari atau akhirnya berhenti setelah jemu. Perkara ini terjadi kerana kita tidak berfikir secara strategik.

Berfikir secara strategik pada saya adalah, bertanyakan 2 soalan kepada diri sendiri:

  • Bagaimana dengan hanya apa yang aku ada sekarang, aku boleh buat macam tu untuk mencapai TUJUAN yang SAMA?
  • Ada tak cara lain yang lebih mudah, yang aku boleh faham untuk aku buat benda ni?

Dalam banyak kes, biasanya kita tercari-cari SATU BENDA ajaib yang boleh menyelesaikan masalah kita, sedangkan sebenarnya kita sudah mempunyai peralatan yang cukup untuk menyelesaikannya sendiri. Jika peralatan tidak cukup pun, kita hanya perlu menambah sedikit sahaja lagi peralatan yang ada. (Kos jauh lebih murah dari membeli SATU BENDA AJAIB-jika benda ajaib tadi wujud)

Contohnya, satu ketika dahulu saya tidak tahu membina Form. Saya gunakan perisian yang sudah ada di dalam Fantastico untuk menghasilkan Form (sehingga sekarang sebab ia mudah). Apabila saya mengetahui bahawa ada bahagian form tersebut perlu dilindungi, saya gunakan cara mudah untuk membuat bahagian berpassword di laman web saya. Gunakan fungsi CPanel sahaja sudah cukup. (dan ramai yang stuck mahu membina ruangan khas untuk ahli. Buat apa fikir susah2. Get busy doing dan anda akan jumpa banyak solution along the way)

Nah, berapa ramai di antara kita yang masih termanggu-manggu tidak boleh berbuat apa-apa kerana tidak tahu menghasilkan form? Saya tahu ramai.

Contoh lagi, ketika merangka versi baru PlanesPlanet.com, biasanya apabila kita design versi baru sesebuah website, versi lama akan hilang. Dan jika anda menggunakan satu sistem khas seperti shopping cart, besar kemungkinan seluruh shopping cart tersebut terpaksa di padam.

Tetapi saya juga tahu sesuatu yang lebih penting. Apa sahaja yang sudah ada di Enjin Carian, biarkan. Tambah, tapi jangan buang.

Jika saya mengemaskini PlanesPlanet.com yang lama seperti biasa, sudah tentu ranking saya di Enjin Carian akan merana sementara menunggu versi baru mendapat rentak.

Jadi saya berfikir dengan cara paling mudah bagaimana kedua-duanya dapat hidup secara simbiosis tanpa mengakibatkan mana-mana versi dikenakan penalti oleh Enjin Carian (duplicate content, broken link, etc)

Itu sedikit cerita berdasarkan pengalaman. Saya suka membayangkan sebuah laman web perniagaan itu sebagai sebuah tanah kosong. Bila kita perlukan Istana, kita bina istana. Bila kita mahu, kolam renang, kita bina kolam renang. Bila kita mahu kebun, kita upah tukang kebun memulakan kebun kita. Dengan cara ini saya boleh memiliki istana idaman saya dengan lebih pantas, cepat dan murah.

Ramai newbie, mereka mahu membina istana idaman mereka dari awal lengkap segala-galanya. Tetapi mereka biasanya mengalami masalah kerana tidak dapat mengupah arkitek (lagi mahal harga rumah, lagi mahal caj arkitek) dan juga kerana mereka tidak mampu membiayainya. Jadi mereka berangan sahaja dulu sementara menanti wang cukup. (Harap2 anda bukan dari golongan ini!)

Ada juga yang berani bertanya saya apabila saya berkongsi analogi ini dengan mereka; “Macam mana kalau kita tambah2, tak rancang dari awal, tiba-tiba tak cukup tanah?” :cool:

Saya jawab dengan selamba. Kalau tak cukup tanah, belilah tanah sebelah! Besarkan lagi empayar istana kita. Kita mampu, kerana ketika orang lain bekerja keras dan berangan untuk membina istana mereka, kita bekerja keras di dalam istana impian kita. Sudah semestinya produktiviti kita lagi tinggi. Tidak begitu? :)

Dalam mesej saya hari ini. Sebenarnya saya mendapat idea ini semalam ketika berbincang dengan Syazwan macam mana untuk implementkan satu function seperti MyWeddingFavors.com ke dalam sebuah laman web kami. Modal Brad Fallon super besar jadi bolehlah beliau memperkenalkan macam-macam. Bagaimana kami boleh buat dan mencapai tujuan yang sama, dengan kos yang lebih kecil.

Dan selepas beberapa minit, idea itu datang kepada saya. :idea:

Semuanya hasil berfikir secara strategik ini. Baiklah, mungkin nanti saya boleh ceritakan apa yang kami nak buat seperti MWF dan apa yang kami buat, tetapi itu kisah di lain hari. Cuma selepas saya renung balik;

Saya tak suka betul orang yang memberi alasan dan mensabotaj diri sendiri. Pada saya itu lame. Pathetic. Kalau kita buat alasan untuk diri kita, memang diri kita akan manja dan kekal macam itu. Keluar dari Zon Selesa dan capai sesuatu! Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Buktikan anda boleh. Usah beralasan lagi, alasan tak laku.

Sabri