If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Saya menerima satu soalan yang cukup baik dari rakan sekelas saya sebentar tadi yang saya ingin kongsikan jawapannya bersama anda.

Soalan: “Banyak kau bina website orang? Best juga ya”
Jawapan: “Eh, aku tak bina website orang la. Laman web aku pun kadang2 orang binakan.”

Soalan: “Aik, habis tu kau buat apa? Eh, aku tak fahamlah.”
Jawapan: ” Test dah nak start. Nanti aku cerita”

Definisi Usahawan Internet: Mereka menjalankan perniagaan internet. Perniagaan internet mereka menjana pendapatan untuk mereka.

  1. Mereka mungkin menjual produk sendiri(AirAsia.com)
  2. Mereka mungkin menjual servis (AsiaTravelMart.com)
  3. Mereka mungkin membeli dan menjual semula produk orang lain aka middleman(Amazon.com)
  4. Mereka mungkin menyediakan bahan maklumat dan mendapatkan pendapatan dari pengiklanan (Ask.com)

Dari 4 kategori usahawan internet ini, terdapat variasinya pula. Ia bergantung kepada kreativiti seseorang usahawan itu. Contoh, CafePress.com, mereka menawarkan khidmat mencetak hasil seni pelanggan mereka, tetapi pada masa yang sama mereka juga menjual produk (T-Shirt & barangan kosong). Produk mereka dipakejkan dengan servis mereka sekali.

Itu satu variasi. Ada banyak lagi. Tetapi ingin saya tegaskan di sini, perniagaan internet ini ada transaksi jual-beli. Dan impak kepada pelanggan itu dapat dilihat dan diukur.

Walaupun usahawan yang menjana pendapatan dengan iklan sekalipun. Pelanggan mereka adalah pengiklan di laman web mereka. Mereka harus mencari cara bagaimana pengiklan tadi mendapat exposure dan keuntungan sepenuhnya dari laman web mereka.

Jika pengiklan tadi rugi, mereka tidak akan dapat beriklan lagi dan akhirnya perniagaan usahawan internet tadi boleh runtuh. Apa-apa yang kepuasan pelanggannya tidak dapat diukur dan golongan pelanggannya tidak jelas tidak boleh dikatakan perniagaan. Pada saya, ia seolah-olah buat duit dengan nasib baik sahaja.

Itu definisi usahawan internet.

Apa yang usahawan internet lakukan setiap hari? Mereka akan melakukan salah satu perkara berikut setiap hari. Tidak ada rutin khusus buat mereka, mereka akan lakukan mengikut apa yang dirasakan perlu ketika itu.

1. Mengenal Pasti Kawasan Yang Sesuai Di Bina Perniagaan (Mencari Niche)

Dalam tugasan ini, usahawan tadi akan mencari kawasan di mana ada banyak permintaan untuk satu-satu produk itu. Kemudian mereka akan memastikan kawasan tersebut mempunyai tahap persaingan yang rendah. Semua usahawan internet martabat cukup-cukup makan dan ke atas (CGPA 2.0 ke atas) melakukan perkara ini.

Sebaliknya usahawan internet martabat tidak cukup makan (CGPA kurang dari 2) tidak. Mereka jual apa sahaja yang mereka mahu/ada.

Bagi usahawan internet dengan CGPA 2.0 dan ke atas tadi, mereka menggunakan beberapa teknik dan peralatan. Pengetahuan mengenai teknik dan peralatan ini mereka dapati dari ebook, di ajar rakan & menghadiri seminar seperti Seminar RBDDI SaifulSham.

Nampak mudah. Tetapi apa yang ramai orang tidak tahu, proses ini kadang-kadang mengambil masa. Selalunya sebelum masuk ke dalam sesuatu niche, usahawan internet itu telah melakukan feasibilty analysis terlebih dahulu (sekurang-kurangnya dalam kepala).

  • Mereka sudah tahu apa yang hendak dijual
  • Mereka tahu siapa pelanggan mereka
  • Mereka tahu di mana mereka mahu beriklan
  • Mereka tahu siapa pesaing mereka yang paling hampir
  • Mereka tahu apa kekuatan dan kelemahan mereka berbanding pesaing

Kepada yang sudah bergelar usahawan internet, “Anda pernah tak bertanya soalan-soalan di atas kepada diri sendiri?”. Jika belum tanya, tanya.

Kepada yang belum bergelar usahawan internet, tanyalah kepada mana-mana usahawan internet yang Dean List, mereka akan dapat menjawab soalan di atas dengan yakin. Nampak remeh dan tiada apa-apa yang menarik pun, tetapi semua usahawan internet Dean List pernah sekurang-kurangya sekali bertanyakan diri mereka soalan ini.

Dan mereka bukan menjawab ikut logik. Mereka menjawab ikut kajian yang mereka lakukan.

2. Mencari Produk Dan Supplier (Product Sourcing)

Bagi usahawan internet martabat tidak cukup makan (CGPA 2 ke bawah), mereka buat ini hanya sekali.

Bagi usahawan internet CGPA 2 dan ke atas, mereka meluangkan masa untuk mencari supplier yang betul dan sesuai dengan perniagaan mereka. Supplier yang di cari adalah;

  • Dapat memberi harga yang membolehkan usahawan tadi bersaing dengan pesaingnya
  • Cekap dan berkebolehan. Reliability (stok selalu ada, penghantaran segera
  • Menepati strategi bisnes mereka

*Menepati strategi bisnes di sini bermaksud, walaupun ada supplier yang lebih baik, usahawan tadi memilih supplier tersebut kerana supplier tadi ada keunikan yang diperlukan. Contohnya, supplier jam ada banyak dan dapat memberikan harga yang murah, tetapi usahawan tadi hanya menjual jam Casio sahaja. Jadi, beliau akan memilih supplier yang mempunyai inventori jam Casio yang paling baik.

Contoh ke 2, PlanesPlanet sendiri. Ada banyak supplier yang mungkin dapat melawan harga supplier kami dulu ketika kami mula-mula memilih mereka (sekarang tidak dah. Sebab kami dapat volume discount yang besar). Tetapi, kami memilih supplier-supplier kami sekarang kerana mereka menerima bayaran Paypal.

Nota: Strategi kami, pelanggan bayar guna Paypal, kami dapat duit mereka. Kemudian kami cari pula dropshipper yang menjual harga lebih rendah, kami beli dari dropshipper tadi. Jadi dalam proses ini kami tidak menggunakan duit sendiri langsung. :) Ada banyak penjual model kapal terbang di Internet, tetapi bilangan yang menerima Paypal boleh dikira dengan jari.

Bagi infopreneurs dan penyedia servis pula, pembekal mereka adalah kontraktor yang dapat menghasilkan maklumat. Ada kalanya mereka menulis @ menyervis :shock: pelanggan mereka sendiri, tetapi ada juga usahawan internet yang sub-contract kepada orang lain.

Proses ini tidak dilakukan sekali, tetapi lebih dari sekali mengikut keadaan. Jika ada pembekal yang prestasinya merosot, mereka akan ditukar dengan pembekal yang lebih baik yang dapat di cari usahawan internet tadi.

3. Membina Dan Memperbaiki Laman Web Perniagaan

Seperti biasa, usahawan internet tidak cukup makan melakukannya hanya sekali.

Tetapi usahawan internet yang CGPAnya 2 dan ke atas melakukan proses penambahbaikan kepada laman webnya dengan sangat kerap. Jika usahawan internet tadi tidak melakukannya sendiri, beliau akan memastikan ada orang yang melakukan bagi pihak dirinya.

Dalam proses membina laman web, usahawan internet tadi boleh mengupah kontraktor luar dan bertindak sebagai pengurus projek sahaja. Tetapi usahawan internet yang berkebolehan atau tidak cukup modal boleh sahaja melakukannya sendiri.

Laman web yang telah di bina juga perlu dikendalikan dan dikemaskini. Itu juga perlu dilakukan oleh usahawan internet.

Biasanya setelah beberapa ketika, laman web tersebut akan menjadi stabil. Tugas usahawan internet pada ketika ini adalah mengkaji, penambahbaikan apa yang boleh dilakukan di laman webnya yang boleh meningkatkan jualan.

Dalam proses ini, usahawan internet tadi perlu menambahkan ilmunya dengan apa-apa kaedah yang boleh. Antaranya, kajian sendiri, pembacaan, menghadiri seminar, perkongsian maklumat dengan rakan atau melalui perisikan terhadap laman web lain. Dan sudah tentunya kaedah-kaedah yang saya sebutkan di atas merupakan salah satu kerja usahawan internet.

Melayan pelanggan (customer service) juga adalah antara perkara yang termasuk dalam sektor ini yang dilakukan oleh usahawan internet (boleh juga di outsource).

4. Mempromosi Laman Web Perniagaan Mereka

Usahawan internet tidak cukup makan tidak melakukan perkara ini.

Usahawan internet yang CGPA 2 dan ke atas melakukan perkara ini dengan sangat kerap juga. Lagi tinggi CGPA seseorang usahawan itu, bermaksud lagi kuatlah dia memasarkan laman webnya.

Memasarkan laman web ini biasanya menjadi trade secrets seseorang usahawan internet itu. Mereka tidak akan memberitahu secara spesifik di mana mereka beriklan (mereka akan beritahu tempat-tempat umum, tetapi mereka akan menyimpan tempat-tempat terbaik untuk diri mereka sendiri) Dan ada insan daif lagi naif yang mempertikaikan “Mana ada orang kaya dan berjaya mahu kongsi rahsia bisnes dia. Kalau dia kongsi orang lawan lah!”

Ya betul. Insan daif lagi naif ini betul. Tetapi siapa kata usahawan internet yang berjaya dan kaya ini berkongsi semua rahsia mereka? :oops: Adakah anda yakin mereka berkongsi semuanya? Ha. Ha. Ha…

Contoh mudah, kami. Kami berkongsi banyak tips, strategi dan apa yang kami lakukan. TETAPI, ada juga perkara YANG ANDA NAMPAK KAMI LAKUKAN, tapi kami tidak pernah sebut. :lol: Kami tidak pernah kongsi data-data berkaitan. *Tetapi* Sebelum anda menuduh saya kedekut ilmu, biar saya beritahu. Saya berkongsi secara peribadi JIKA ada protege saya yang bertanya secara spesifik. Saya tak kisah dalam hal itu. Sebab ilmu makin kita kongsi makin bertambah (dan bilangan pesaing pun tak lah banyak sangat. Masih terkawal :cool: ). Tetapi kalau tiada permintaan dan pertanyaan spesifik saya tidak akan beritahu. :mrgreen:

Contoh lagi, tahukah anda Mike Filsaime (jutawan internet dunia tersohor) pernah bergelumang dalam niche tennis di sebuah laman web XYZ.com (nilai sale seminggu ketika itu US$15,xxx) . Saya mengikuti perkembangan MF sekian lama, sepatah haram pun beliau tidak pernah menyentuh mengenai hal ini. Perkara ini saya tahu dari protege kami (nama dirahsiakan kerana telah menandatangani NDA dengan Mike) yang di ambil bekerja secara kontrak dengan syarikat MF. (hmm, laris alumni Seminar RBDDI SaifulSham ni rupanya kan? :grin: )

Jadi inilah perkara-perkara yang kami lakukan. Kami bukan sekadar membina laman web, tetapi usahawan internet juga kadang-kada buat kajian. Kadang-kadang melakukan risikan terhadap pesaing. Kadang-kadang kami belajar dan mendalami ilmu. Kadang-kadang-kami berbincang dengan pembekal. Kadang-kadang kami merangka strategi bisnes dan macam2 perkara lagi.

Bacaan Lanjut:kerja usahawan internet sehari dalam usahawan internet tugasan usahawan usahawan internet usahawan muda