Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Hari ini saya akan cover topik Search Engine Optimization yang mudah-mudah khusus untuk menjawab soalan-soalan yang sering saya terima. Search Engine Optimization adalah bagaimana kita dapat memanipulasi enjin carian supaya laman web kita berada di ranking teratas.

Contohnya, apa yang perlu kita buat, supaya apabila orang search “GULA”, laman web kita yang menjual Gula berada di tempat pertama enjin carian. Ini penting kerana biasanya sebelum membeli, orang akan mencari terlebih dahulu informasi mengenai produk tersebut. Dalam proses inilah kita dapat positionkan laman web dan produk yang kita jual di mata dan fikiran pelanggan.

Bayangkan, anda mendapat peluang untuk menjual kepada bakal pelanggan anda sebelum pesaing-pesaing anda, sudah tentulah peluang anda untuk membuat jualan jika tawaran anda betul-betul menarik lebih cerah.

Tetapi ingin saya tegaskan, Tidak ada seorang pun yang tahu dengan sebenar-benarnya apa yang diigini oleh enjin carian. Bisnes Enjin Carian bergantung kepada kebolehannya memberi hasil carian yang relevan dan tidak di manipulasi mana-mana pihak. Jika mereka gagal memberi ini kepada pelanggan mereka, pelanggan mereka tidak akan menggunakan mereka lagi dan perniagaan mereka akan gulung tikar. Jadi enjin carian seperti Google, Yahoo dan MSN Search ini betul-betul menjaga formula mereka dari diketahui orang luar. Usahlah percaya jika ada yang dapat memberi janji manis dengan menjamin kedudukan anda di tempat teratas enjin carian.

Tetapi, kita dapat membuat tekaan bijak mengenai apa yang mereka mahu.

Secara tuntasnya, ada 3 perkara yang Enjin Carian mahu lihat pada laman web anda. Laman web yang seperti ini mereka mahu senaraikan dan beri kedudukan yang baik. Jadi anda kena pastikan laman web anda mempunyai ciri-ciri berikut.

  • Popular
  • Relevan
  • Makumat Terkini

Saya akan bercerita secara ringkas sahaja di sini. Di dalam Seminar RBDDI SaifulSham kami ada menyentuh lebih dalam lagi bagaimana untuk memastikan pelan pemasaran anda mengandungi semua aspek ini.

1) Populariti
Enjin carian mengukur populariti sesebuah laman web itu berdasarkan bilangan link (link ini, apabila di klik menuju ke laman web kita-Jangan terkejut. Saya berjumpa dengan orang yang tidak tahu apa itu link setiap bulan. Ada yang tak tahu :grin: )

Satu link bermaksud satu undi kepada populariti laman web kita. Lebih banyak link anda dapat, lebih banyak undi kepada laman web anda secara ringkasnya.

2) Relevan
Apabila anda mahu laman web anda mendapat ranking tinggi di enjin carian, anda tidak boleh berada di ranking tertinggi untuk semua topik. Jika laman web anda berkaitan futsal, tidak perlu laman web anda berada di ranking tinggi apabila orang mencari mengenai “Barbie Dolls” misalnya.

Bagaimana laman web tahu mengukur relevannya sesebuah laman web?

Enjin carian mengukur kerelevenan sesebuah laman web dengan melihat content laman web anda. Jika laman web anda mempunyai “perkataan-perkataan” berkaitan bola, maka laman web anda akan dikategorikan oleh enjin carian sebagai laman web bola.

Jika anda mahu skor tinggi bagi segmen ini, maka anda perlu mempunyai banyak isi seperti artikel, dan apa2 lagi yang boleh di baca enjin carian. Jadi secara layman termnya, jika laman web anda mempunyai banyak muka surat dan artikel, lagi bagus dan lagi tinggi ranking anda di enjin carian.

3) Maklumat Terkini
Ini yang paling penting. Walau sehebat, sepopular dan selengkap mana pun laman web anda, tetapi jika ia tidak selalu dikemaskini, di tambah isinya, ia akan merana di enjin carian. Enjin carian mempunyai cara tersendiri bagaimana mereka boleh tahu kali terakhir laman web anda di update.

Dalam hal ini, konsistensi adalah lebih baik dari kuantiti. Bermaksud, walaupun sekali kemaskini anda melakukan secara besar-besaran tetapi anda jarang sekali melakukannya, lebih baik anda melakukan perubahan-perubahan kecil tapi kerap. Dengan cara ini, ranking anda di enjin carian lebih terpelihara.

Jawapan Kepada Kes Benar & Persoalan Benar Yang Saya Terima.


1) Menggunakan Fantastico Menyebabkan Ranking Saya Di Yahoo Jatuh

Nonsense. Perkara ini tidak ada kaitan sama sekali. Jika ia terjadi, ia hanya kebetulan semata-mata. Kemungkinan besar, laman web anda tidak mengandungi 3 elemen penting di atas. Sebab itulah ranking laman web anda jatuh. Sila semak semula laman web anda.

Btw, bandwith yang anda gunakan untuk melakukan installation juga tidak boleh direset kembali. Ia bukan seperti data. Ia adalah seperti panggilan telefon yang anda buat. Kita tidak boleh memanggil Telekom Malaysia untuk membatalkan atau “undo” atau “reset” kembali panggilan yang anda buat malam tadi kan?

2) Saya Berada Di Ranking Tertinggi Di Enjin Carian Tanpa Perlu Berusaha!

Jika seseorang itu berkata demikian, sila semak untuk kata kunci apa beliau berada di ranking tertinggi itu. Jika sekadar untuk “nama beliau” atau nama syarikat tersebut lebih baik tidak payah.

Sesiapa sahaja, bahkan monyet pun boleh menekan-nekan keyboard dan mendapat ranking tinggi enjin carian untuk laman webnya jika nama monyet tersebut unik dari monyet-monyet lain. (even a monkey can do that if they are there~ antara ayat kegemaran salah seorang pensyarah saya)

Jadi jangan cepat percaya dengan claim-claim pakar-pakar SEO yang ada. Kunci kepada ranking di Enjin Carian yang baik adalah, konsistensi dan usaha berdasarkan kepada 3 perkara di atas.

*Artikel ini ditulis untuk kefahaman newbie SAHAJA. Search Engine Optimization adalah satu bidang yang sangat luas dan tidak cukup sehari untuk membincangkannya. Di lain ketika kita mungkin boleh berbincang mengenai teknik yang lebih advance, tetapi nasihat saya kepada semua, jangan cuba merenangi Selat Inggeris seperti Malek Maidin jika terapung di kolam renang pun belum mampu. :mrgreen:

Bacaan Lanjut:enjin carian google malaysia optimisasi enjin carian perniagaan internet enjin carian search engine malaysia search engine optimization malaysia seo malaysia

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Teknik Internet Marketing : Apakah enjin carian terhebat?
  • Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine
  • Sesi 2 Tips Menulis Blog Popular | Blog Adalah Laman Web
  • del.icio.us:5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)-digg:5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)-spurl:5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)-wists:5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)-simpy:5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)-newsvine:5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)-blinklist:5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)-furl:5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)-reddit:5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)-fark:5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)-blogmarks:5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)-Y!:5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)-smarking:5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)-magnolia:5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)-segnalo:5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)
    Posted Monday, September 3rd, 2007 at 12:12pm
    Filed under Ecommerce Mastery, Enjin Carian, Hosting, Rahsia Internet | RSS

    1 Pandangan Bernas on “5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Enjin Carian (Yahoo, Google & MSN Search)”

    1. abdfatah

      berjalan dalam kolam renang boleh laa… wahwahwahwah… :lol:

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.