Anatomi Sebuah Laman Web Yang Menjual Dengan Psycho (Salesletter)
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Artikel yang saya tulis hari ini adalah kandungan dalam salah satu emel yang saya hantar kepada seorang protege SaifulSham. Saya memberi komen mengenai salesletter beliau dan cara untuk memastikan salesletter beliau mendapat impak maksimum. Di samping berkongsi sedikit insight mengenai salesletter, ini adalah antara benefit menjadi protege SaifulSham yang aktif.
Oh ya, ini juga sebagai menjawab permintaan pembaca yang mahu kami mengulas mengenai model perniagaan salesletter juga dan bukan sahaja online store dalam post terdahulu.
Salesletter Yang Baik Tidak Perlu Menipu & Atau Melebih-lebihkan Hype
Ramai yang beranggapan bahawa untuk menghasilkan salesletter yang baik dan meyakinkan perlu ada hype dan “menipu” sedikit. Sebenarnya, ini tidak betul. Hanya copywriter (penulis salesletter) yang tidak mahir dan tiada karisma sahaja perlu berbuat begitu. Bagi penulis saleletter yang cekap, mereka hanya perlu mengikut beberapa formula dan menggetik beberapa point emosi pembaca ditempat yang betul (saya sertakan dalam checklist) sahaja untuk menjadikan salesletter mereka meyakinkan pembeli. (atau hypnotic)
Salesletter yang mantap dan di tulis dengan dengan betul banyak impaknya:
- Kami tetap menerima tempahan DAN bayaran, walaupun produk berharga RM 577 telah habis dijual (tempahan ditutup~jangan tanya saya kenapa beliau masih membayar
) - Seorang protege kami membuat jualan ribuan ringgit SEHARI walaupun design laman web beliau ketika itu kelihatan amatur
- Seorang lagi protege kami membuat jualan sebanyak RM 1340.00 dalam seminggu walaupun salesletter beliau tiada testimonial
- Perbezaan Conversion rate sebanyak 0.5% atas bilangan pelawat sebanyak 200 hari (konservatif) boleh memberi perbezaan sebanyak 1 sale. Yang mungkin bermakna perbezaan keuntungan puluhan ringgit dalam kes paling mudah.
Contoh salesletter yang saya rasa boleh dijadikan contoh oleh newbie (sebab jelas struktur dia dan mudah diikut) dan boleh menggoncang iman pembacanya adalah:
Ini yang “clean” lah. Anda boleh juga mengambil contoh laman web-laman web Skim Cepat Kaya yang popular untuk melihat bagaimana mereka menggetik emosi pembaca.
Pada pendapat saya dalam penulisan salesletter yang menarik, fakta biasanya bukan perkara yang penting. Tetapi bagaimana fakta itu dibentangkan dan turutan ia dihidangkan kepada pembaca yang penting. Jika laman web itu mengandungi fakta yang bagaimana hebat sekalipun, tetapi pembaca tidak turut sama merasainya, maka ia tidak akan dapat menjual dengan cemerlang.
Checklist SaifulSham Untuk Sebuah Surat Jualan Yang Hyper Responsif
![]()
Headline
Headline adalah perkara pertama yang pelawat akan baca setelah tiba ke salesletter tersebut. Jadi ia perlu menarik, spesifik dan menimbulkan sedikit rasa “lain macam” kepada jiwa pembaca.
Ramai yang menganggap bahawa headline perlu sangat hebat untuk menarik pelawat membeli ataupun membaca laman web itu sehingga habis. Tetapi, tidak perlu begitu sebenarnya. Cukuplah headline itu dapat menahan pelawat dari beredar dan terus membaca perenggan seterusnya. Itu sahaja. Cukup sekadar pelawat membaca perenggan seterusnya. Itu misi kita dengan headline.
Tips: Berikan satu penyataan yang hebat dan spesifik di headline.
Sub-Headline
Apabila anda telah “mengebom” pembaca dengan headline yang hebat, menggunakan sub-headline anda memberikan ruang bernafas kepada pembaca. Di sini anda boleh memberikan satu fakta. Apabila kita memberikan fakta di sini, pembaca akan bersetuju dengan fakta (sebab itu ia dinamakan fakta). Secara tidak langsung secara emosinya pembaca akan bersetuju juga dengan headline kita tanpa soal.
Apabila anda dapat kombinasi bom-fakta ini, pembaca anda akan rasa tertarik untuk membaca lebih lanjut kerana beliau rasa ada harapan dan kita tidak memberikan janji kosong.
Kunci untuk sub headline ini adalah supaya pembaca membaca lebih lanjut. Itu sahaja.
Optional: Masalah Yang Biasa Dihadapi Pelanggan
Ini lebih bersifat pilihan. Jika anda rasa mahu meletakkan masalah-masalah yang sering dihadapi pelanggan yang dapat diselesaikan dengan produk kita, silakan. Tetapi jangan terlalu panjang. Sebaik-baiknya walaupun anda telah menyenaraikan masalah ini, pelanggan masih dapat melihat perenggan permulaan salesletter kita tanpa perlu scroll ke bawah.
Optional: Jawapan Kepada Masalah Yang Sering Dihadapi Pelanggan
Ia pilihan juga. Dengan memberi jawapan kepada soalan-soalan tersebut anda secara tidak langsung meningkatkan kredibiliti anda dan produk anda. Pembaca akan tahu bahawa anda merasai apa yang mereka rasai (empati) dan harapan bahawa produk anda dapat menyelesaikan masalah mereka akan bertambah beberapa poin.
Perkenalkan Latar Belakang Pemilik Website
Lakukan dengan cermat dan kemas. Pemilihan kata bukan bertujuan untuk meninggikan diri atau merendahkan diri. Tujuan memperkenalkan diri adalah untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika anda mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang tersebut, nyatakan untuk menguatkan background anda. Jangan bimbang jika anda tiada apa-apa untuk dihebahkan. Jika produk anda adalah berdasarkan hasil kajian, nyatakan.
Tawarkan Produk Anda
Hentikan tanda tanya di minda pembaca. Jangan biarkan mereka tertunggu-tunggu trick anda;
“Ini ayat semacam ni, mesti nak jual apa-apa”
Jika anda membiarkan pembaca bersifat defensif, perisai ego mereka akan diperkukuhkan. Sebaliknya, jika anda mengaku awal-awal bahawa memang anda menjual sesuatu, mereka sudah kehilangan perisai ego mereka dan mereka akan lebih bersedia untuk mendengar mengenai produk kita.
Manusia ini kadang-kadang sangat unik. Kita mahu membeli, tetapi kita tidak mahu dijual. Kita mahu membeli atas pilihan kita sendiri. Jangan rampas keistimewaan ini dari pembaca. Biar mereka pilih untuk membeli. Kita boleh buat mereka pilih untuk membeli
Hidangkan tawaran ini dengan ayat yang logik dan rasional. Beritahu dengan jelas apakah bendanya yang sedang dijual.
Senaraikan Benefits Produk
Benefit adalah faedah produk tersebut kepada pengguna. Ramai usahawan internet yang melakukan kesalah di sini dengan menekankan kandungan (features) produk.
Jika anda mahu menekankan features tersebut, pastikan bahawa ia diolah supaya mengandungi faedah kepada pengguna.
Contoh:
Ayat Yang Boleh Diperbaiki: Baju ini dibuat dari bahan kalis air.
Ayat Yang Lebih Menarik: Baju ini direka dengan fabrik kalis air supaya anda tidak basah kuyup ketika meredah hujan.
Untuk senarai ini, JANGAN senaraikan semua. Bagi 5-6 untuk nampak panjang sudah cukup. Saya akan kongsi kenapa kita tidak perlu menulis panjang-panjang kehebatan produk kita.
Baiklah, saya ada 14 point dalam penulisan sales letter yang menjual ini dan sekarang kita berada di poin yang ke 7. Saya akan sambung 7 point lagi dalam post seterusnya Selasa ini.
Dalam post akan datang, saya akan kongsi teknik bermain dengan emosi yang sangat berkesan. Kekuatan teknik ini, apabila kita bermain dengan emosi, kita tidak perlu hype lebih-lebih. Cukup sekadar anda menyatakan apa yang benar dengan cara yang meyakinkan. Itu sudah cukup. Nantikan post seterusnya.
Soalan Yang Lazim Ditanya Mengenai Sales Letter:
Soalan satu: Mana Lagi Bagus, Sales Letter Panjang atau Pendek?
Bergantung kepada apa yang anda jual. Jika produk anda memerlukan
penerangan yang lebih panjang, silakan. Tetapi jangan lebih-lebih. Produk yang sudah ramai orang tahu dan harganya murah, bolehlah mempunyai salesletter yang pendek. Tetapi, jika produk tersebut tidak dikenali orang dan berharga mahal pula tu, mungkin ia perlu lebih panjang.
Soalan 2: Mana ada orang nak baca salesletter panjang-panjang atau salesletter promosi diri sendiri.![]()
Orang yang bercakap itu yang tidak baca. Selagi salesletter itu tidak membosankan, informatif dan tidak berjela-jela orang akan baca.
Soalan 3: Nak guna bahasa ganti diri pertama atau ketiga? (Saya VS Beliau)
Terpulang pada anda. Tetapi perlu konsisten. Apabila kita menulis, tujuan kita
adalah untuk menyampaikan sesuatu dengan cara yang terbaik. Syazwan selalu berpesan pada saya, dan saya pesan pula pada protege kami, “Tujuan kita adalah untuk sampaikan sesuatu dengan cara yang terbaik dan mudah difahami. Jangan biar APA SAHAJA (manusia, situasi, tatabahasa dll) halang kita”
Jadi, jangan risau apa orang kata. Buat yang terbaik, berikan yang terbaik, jika anda ikhlas pembaca akan dapat rasainya.
Baiklah, sementara anda menunggu artikel saya yang seterusnya, mungkin artikel dari Syazwan mengenai tips menulis salesletter ini boleh mengisi masa lapang anda.
Sabri
Bacaan Lanjut:iklan berkesan sales letter yang menjual salesletter membunuh teknik copywriting teknik menulis di laman webPembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet, Portal Iklan, Rahsia Internet | RSS


















Amalkan sahaja konsep KISS. Keep it simple. Yg penting adalah kita berjaya sampaikan kefahaman kepada pembaca apa yg kita jual, apa yg mereka akan dapat (benefits) dan berapa harganya. Itu sudah memadai.
Betul Zul.
Sebagai permulaan konsep KISS memang sesuai. Tetapi kadang-kadang kalau newbie tanpa sokongan padu (dah establish dalm bidang tu), mendapatkan sales menjadi satu benda yang susah.
Jika itu terjadi, make mereka boleh cuba menggunakan checklist ini.
Ataupun kalau mereka mencari cara yang lebih powerful untuk menulis salesletter, mereka boleh gunakan checklist ini sebagai panduan
Sebenarnya key penulisan yang berkesan ni satu sahaja:
Tulis dari hati.
Bila kita tulis dari hati , secara automatik semuanya akan jadi hypnotic.
Kata Tuan
“Orang yang bercakap itu yang tidak baca. Selagi salesletter itu tidak membosankan, informatif dan tidak berjela-jela orang akan baca.”
Benar! Saya bersetuju dengan point ini. Informasi mengikat pembaca, jika saya sudah tertarik dengan perengga pertama. Habis saya bacanya.
Seingat saya ada satu web yang memulakan dengan statistik penceraian kemudian, selebihnya ia mengikat saya membaca sampai habis.
[...] ingin meneruskan siri menulis laman web surat jualan kita sebelum ini, tetapi sebelum itu mari kita ambil sedikit masa untuk melihat dan melawat [...]
[...] Untuk anda yang terlepas kelas pertama, anda boleh ikuti dahulu checklist terawal di post ini : Menulis Laman Web Jualan Yang Berkesan | Siri 1 [...]
it really can attract as much people to read your salesletter by follow saifulsham tip
[...] Tips Menulis Killer Salesletter 1 [...]