Blog untuk bisnes anda
Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!
Hello pembaca SaifulSham,
Dunia bisnes sememangnya kompleks dan kadangkala penuh dengan birokrasi. Satu kaedah berkesan untuk anda selaku pemilik sesebuah perniagaan/ketua sebuah syarikat untuk mendengar segala komen dan pandangan pelanggan anda adalah dengan turun sendiri mendengar luahan mereka.
Jika anda tidak mempunyai masa berbuat demikian, kaedah terbaik buat masa ini adalah dengan memiliki blog.
Sepanjang kami dalam dunia bisnes (walaupun bisnes internet), blog sememangnya efektif dalam menjalinkan hubungan baik dengan pelanggan.
Dalam blog, anda boleh menulis misi syarikat dan harapan syarikat.
Anda boleh juga menulis kemajuan dan aktiviti terkini disamping menjawab secara terus pertanyaan pelanggan.
Pelanggan yang tahu akan kewujudan blog anda akan merasa selesa untuk berhubung dengan syarikat anda dan tidak akan merasakan ianya sesuatu yang terlalu formal.
Contoh terbaik di Malaysia adalah CEO TuneMoney.com, iaitu Tengku Zafrul (ini laman webnya, www.tengkuzafrul.com)
Saya suka baca kisahnya yang sanggup berhenti kerja semata-mata ingin memulakan TuneMoney. (boleh baca di blognya)
Selain itu Puan Ainon sendiri (Pengerusi Kumpulan PTS), www.universitipts.com, menulis saban hari di blognya. Keaktifan Puan Ainon menulis dan memberikan pendapat banyak menyakinkan bakal penulis untuk menulis dengan syarikat PTS.
Sebab itu saya rasa mendorong PTS agresif menghasilkan ratusan buku setahun. Sebab penulis yakin dan selesa berhubung secara terus dengan pemilik syarikat penerbitan seperti PTS.
Jadi, pos hari ini memberi kesimpulan bahawa, dunia hari ini sudah berubah.
Blog bukan lagi tempat orang-orang muda menulis diari hidup atau untuk hiburan semata-mata. Blog adalah kaedah efektif dalam meningkatkan hubungan antara entiti bisnes dan pelanggan.
Sama seperti SaifulSham.com, blog ini adalah tempat kami berkongsi pengalaman dan pendapat. SaifulSham.com banyak memberikan kami idea untuk bisnes-bisnes baru.
Sebagai contoh, daripada komen yang dihantar kepada SaifulSham.com, kami menerima banyak pertanyaan tentang hosting dan domain serta perisisan ecommerce.
Dengan sebab itulah kami memperkenalkan www.EcommerceMastery.com. Itulah hebatnya BLOG!!
Sekian,
P/S: Jika anda mahu blog anda dibina besertakan DOMAIN DAN HOSTING , apa kata anda mencuba perkhidmatan kami! Promosi 50 tahun MERDEKA masih berjalan. Klik disini untuk maklumat lanjut~


September 23rd, 2007 at 6:41 am
saya bersetuju juga dengan pandangan saudara. blog menjadi salah satu strategi wajib dalam mempromosikan perniagaan di zaman teknologi ini. dengan adanya blog, kita dapat bina reputasi dan kredibiliti dalam membina kepercayaan dikalangan pembaca blog. dengan terbinanya kredibiliti ini, ia akan menyumbang kepada keyakinan pembaca dan mereka akan lebih mudah menerima segala saranan yang kita cadangkan terutama berkaitan dengan perniagaan kita.
September 24th, 2007 at 12:49 am
Yes…Ada blog untuk biznes dan ada juga blog untuk kerjaya…
Seperti blog saya, untuk membina kredibiliti saya sebagai seorang perunding kewangan. Seseiapa sahaja yang ingin tahu lebih mendalam tentang pelaburan boleh ke blog saya.
Dan setelah mereka membaca informasi yang berguna, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan saya secara menerus…
Interaksi fasa pertama, antara client dan blog. Fasa kedua, client dan saya secara menerus
September 24th, 2007 at 5:39 pm
Masa tu kawan saya mintak sy try website die.
Saje je la nak test SEO. try masuk nama website die, tup tap tup tap, name website die ada dlm blog 2 3 org.
1st page lak tu. Sy nak tanya ckit ni, SEO memang ade kaitan dgn penulisan blog yer?
September 24th, 2007 at 11:40 pm
hmm .. bagaimana pula berblog sebagai satu cabang bisnes?
- Shueqry -
September 25th, 2007 at 8:56 am
setuju amat sangat.selain daripada luahan rasa, kita boleh mengasah bakat menulis..
September 28th, 2007 at 4:00 pm
Bila sebut pasal blog saya memang terujah….

Tapi saya sendiri masih mengunakan blog free
Saya masih baru dalam bidang blog…
Dalam penulisan blog, masih banyak perkara yang belum diterokai. Saya sendiri dalam perancangan untuk membina blog yang lain daripada yang lain. Saya nak tanya saifulsham, Macam mana yang nak buat supaya dalam blog kita orang lain boleh komen (jika guna blogspot)?
September 29th, 2007 at 11:34 am
[...] to : daniel, saifulsham, eenx, mohdsuhaimy, alang, ideaunik, rajawang, rajaadsense, naem, [...]
October 22nd, 2007 at 4:17 pm
saya bersetuju dengan pendapat saudara bahawa blog memudahkan dan melancarkan perjalanan perniagaan. Ianya adalah cara yang efektif untuk menyampai maklumat dan perkembangan terbaru perniagaan. Ia juga langkah yang mudah untuk berinteraksi dengan pelanggan.